Kitab Suci
2 Nefi 4


Bab 4

Lehi menasihati dan memberkati cucu cicitnya—Dia meninggal dunia dan dikebumikan—Nefi bermegah dalam kebaikan Tuhan—Nefi menaruh kepercayaannya kepada Tuhan selama-lamanya. Kira-kira 588–570 tahun S.M.

1 Dan sekarang, aku, Nefi, berbicara berkenaan nubuat-nubuat yang berkenaannya telah bapaku berbicara, tentang aYusuf, yang telah dibawa ke Mesir.

2 Kerana lihatlah, dia benar-benar bernubuat berkenaan semua keturunannya. Dan anubuat-nubuat yang telah dia tuliskan, tidak banyak yang lebih agung darinya. Dan dia bernubuat berkenaan kita, dan generasi-generasi kita pada masa akan datang; dan ia ditulis di atas kepingan-kepingan loyang.

3 Oleh kerana itu, setelah bapaku selesai berbicara berkenaan nubuat-nubuat Yusuf, dia memanggil anak-anak Laman, para anak lelaki dan perempuannya, dan berkata kepada mereka: Lihatlah, anak-anak lelaki dan perempuanku, yang merupakan anak-anak kepada anak asulungku, aku berhasrat bahawa kamu akan memasang telinga kepada kata-kataku.

4 Kerana Tuhan telah berfirman: aSejauh mana kamu mentaati perintah-perintah-Ku, kamu akan makmur dalam negeri ini; dan sejauh mana kamu tidak mentaati perintah-perintah-Ku, kamu akan disingkir dari hadirat-Ku.

5 Tetapi lihatlah, para anak lelaki dan puteriku, aku tidak boleh turun ke dalam kuburku kecuali aku meninggalkan suatu aberkat ke atasmu; kerana lihatlah, aku tahu bahawa jika kamu dibesarkan dalam bjalan yang patut kamu ikut, kamu tidak akan menyimpang darinya.

6 Oleh kerana itu, jika kamu dikutuk, lihatlah, aku meninggalkan berkatku kepadamu, agar kutukan itu dapat diambil darimu dan dipertanggungjawabkan ke atas akepala ibu bapamu.

7 Oleh kerana itu, disebabkan berkatku, Tuhan atidak akan membiarkan bahawa kamu akan binasa; oleh kerana itu, Dia akan bberbelas kasihan kepadamu dan kepada keturunanmu selama-lamanya.

8 Dan terjadilah bahawa setelah bapaku membuat penghabisan berbicara kepada para anak lelaki dan perempuan Laman, dia menyebabkan para anak lelaki dan perempuan Lemuel dibawa ke hadapannya.

9 Dan dia berbicara kepada mereka, mengatakan: Lihatlah, para anak lelaki dan perempuanku, yang merupakan anak-anak kepada anak lelakiku yang kedua; lihatlah, aku meninggalkan kepadamu berkat yang sama seperti yang telah aku tinggalkan kepada para anak lelaki dan perempuan Laman; oleh kerana itu, kamu tidak akan sama sekali dibinasakan; tetapi pada akhirnya, keturunanmu akan diberkati.

10 Dan terjadilah bahawa apabila bapaku telah selesai berbicara kepada mereka, lihatlah, dia berbicara kepada para anak lelaki aIsmael, ya, dan bahkan seisi rumahnya.

11 Dan setelah dia selesai berbicara kepada mereka, dia berbicara kepada Sam, mengatakan: Diberkatilah kamu, dan keturunanmu; kerana kamu akan mewarisi negeri ini seperti adikmu Nefi. Dan keturunanmu akan dihitung bersama keturunannya; dan kamu akan menjadi seperti adikmu, dan keturunanmu seperti keturunannya; dan kamu akan diberkati sepanjang hidupmu.

12 Dan terjadilah bahawa setelah bapaku, Lehi, berbicara kepada seisi rumahnya, menurut perasaan hatinya dan Roh Tuhan yang berada dalamnya, dia menjadi tua. Dan terjadilah bahawa dia meninggal dunia, dan dikebumikan.

13 Dan terjadilah bahawa tidak banyak hari selepas kematiannya, Laman dan Lemuel dan para anak lelaki Ismael marah terhadapku kerana teguran Tuhan.

14 Kerana aku, Nefi, telah didesak berbicara kepada mereka, menurut firman-Nya; kerana aku telah membicarakan banyak hal kepada mereka, dan juga bapaku, sebelum kematiannya; banyak daripada kata-kata itu tertulis atas akepingan-kepinganku yang lain; kerana bahagian yang mengandungi lebih banyak sejarah tertulis di atas kepingan-kepinganku yang lain.

15 Dan di atas aini aku menulis perkara-perkara jiwaku, dan banyak di antara tulisan-tulisan suci yang terukir di atas kepingan-kepingan loyang. Kerana jiwaku bersukacita akan tulisan-tulisan suci, dan hatiku bmerenungkannya, dan menuliskannya bagi cpembelajaran dan keuntungan anak-anakku.

16 Lihatlah, ajiwaku bersukacita akan perkara-perkara Tuhan; dan bhatiku merenung secara berterusan berkenaan hal-hal yang telah aku lihat dan dengar.

17 Walaupun demikian, walau bagaimanapun akebaikan besar Tuhan, dalam memperlihatkan kepadaku kerja-kerja Dia yang menakjubkan dan agung, hatiku berseru: Ah, alangkah manusia bmalangnya aku ini! Ya, hatiku berdukacita kerana dagingku; jiwaku berasa pilu kerana kederhakaanku.

18 Aku dikerumuni sepenuhnya, kerana godaan-godaan dan dosa-dosa yang begitu senang amenggangguku.

19 Dan apabila aku berhasrat untuk bersukacita, hatiku mengerang akibat dosa-dosaku; walaupun demikian, aku tahu kepada siapa aku telah percaya.

20 Tuhanku telah menjadi sokonganku; Dia telah menuntunku melalui penderitaanku dalam padang belantara; dan Dia telah melindungiku di atas perairan samudera.

21 Dia telah memenuhiku dengan akasih-Nya, bahkan sehingga menyelubungi dagingku.

22 Dia telah menundukkan amusuh-musuhku, sehingga menyebabkan mereka menggigil di hadapanku.

23 Lihatlah, Dia telah mendengar seruanku pada siang hari, dan Dia telah memberiku pengetahuan melalui apenglihatan pada malam hari.

24 Dan pada siang hari telah aku menjadi gagah dalam adoa yang membara di hadapan Dia; ya, suaraku telah aku panjatkan ke tempat yang tinggi; dan para malaikat turun dan melayaniku.

25 Dan di atas sayap-sayap Roh-Nya telah tubuhku adibawa pergi ke gunung-ganang yang teramat tinggi. Dan mataku telah melihat hal-hal yang agung, ya, bahkan terlalu agung bagi manusia; oleh kerana itu, aku diperintahkan agar aku tidak menuliskannya.

26 Ah, maka jika aku telah nampak hal-hal yang begitu agung, jika Tuhan dalam perendahan diri-Nya kepada anak-anak manusia, telah mengunjungi manusia dengan begitu banyak belas kasihan, amengapakah hatiku harus menangis, dan jiwaku berlegar-legar dalam lembah dukacita, dan dagingku melemah, dan kekuatanku berkurang, akibat penderitaanku?

27 Dan mengapakah aku harus amenyerah kepada dosa, akibat dagingku? Ya, mengapakah aku harus menyerah kepada bgodaan, agar dia yang jahat itu memiliki tempat dalam hatiku untuk menghancurkan ckedamaianku dan menyengsarakan jiwaku? Mengapakah aku marah kerana musuhku?

28 Bangunlah, jiwaku! Jangan lagi layu hati kerana dosa. Bersukacitalah, Wahai hatiku, dan jangan lagi memberi tempat bagi amusuh jiwaku.

29 Jangan marah lagi kerana musuh-musuhku. Jangan mengurangkan kekuatanku kerana penderitaanku.

30 Berbahagialah, Wahai hatiku, dan berserulah kepada Tuhan, dan berkata: Ya Tuhan, aku akan memuji-Mu selama-lamanya; ya, jiwaku akan berbahagia dalam-Mu, Tuhanku, dan abatu keselamatanku.

31 Ya Tuhan, akankah Engkau menebus jiwaku? Akankah Engkau membebaskanku daripada tangan musuh-musuhku? Akankah Engkau menjadikanku agar aku menggementar apabila munculnya adosa?

32 Semoga pintu gerbang neraka sentiasa tertutup di hadapanku, kerana ahatiku hancur dan jiwaku menyesal! Ya Tuhan, semoga Engkau tidak menutup pintu gerbang kesolehanku di hadapanku, agar aku dapat bberjalan di jalan lembah yang rendah, agar aku boleh tetap benar di jalan yang datar.

33 Ya Tuhan, semoga Engkau menyelubungiku dalam jubah kesolehan-Mu! Ya Tuhan, semoga Engkau membuatkan jalan agar aku dapat melepaskan diri dari hadapan musuh-musuhku! Semoga Engkau menjadikan jalanku lurus di hadapanku! Semoga Engkau tidak meletakkan batu sandungan dalam jalanku—tetapi semoga Engkau akan membersihkan jalanku di hadapanku, dan janganlah menghalang jalanku, melainkan jalan-jalan musuhku.

34 Ya Tuhan, aku telah percaya kepada-Mu, dan aku akan apercaya kepada-Mu selama-lamanya. Aku tidak akan menaruh bkepercayaanku pada lengan daging; kerana aku tahu terkutuklah dia yang menaruh ckepercayaannya pada lengan daging Ya, terkutuklah dia yang menaruh kepercayaannya pada manusia atau menjadikan lengannya daging.

35 Ya, aku tahu bahawa Tuhan akan memberi adengan murah hati kepada dia yang mohon. Ya, Tuhanku akan memberiku, jika aku bmemohon secara ctidak salah; oleh kerana itu, aku akan mengangkat suaraku kepada-Mu; ya, aku akan menyeru kepada-Mu, Tuhanku, dbatu kesolehanku. Lihatlah, suaraku akan selama-lamanya naik kepada-Mu, batuku dan Tuhanku yang kekal. Amin.