Persidangan Umum
Renungkan Kebaikan dan Keagungan Tuhan
Persidangan Umum April 2020


Renungkan Kebaikan dan Keagungan Tuhan

Saya menjemput anda untuk mengingati setiap hari keagungan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dan apa yang Mereka telah lakukan bagi anda.

Sepanjang masa, terutamanya pada masa yang susah, para nabi telah galakkan kita untuk ingati keagungan Tuhan dan renungkan apa yang Dia telah lakukan bagi kita sebagai individu, keluarga dan rakyat.1 Arahan ini didapati di seluruh kitab suci tetapi paling ketara dalam Kitab Mormon. Halaman judul menjelaskan salah satu daripada tujuan Kitab Mormon adalah “untuk memperlihatkan kepada bani Israel yang selebihnya hal-hal besar apa yang telah Tuhan lakukan bagi nenek moyang mereka.”2 Di pengakhiran Kitab Mormon, terdapat permohonan Moroni iaitu: “Lihatlah, aku hendak mendorongmu agar apabila kamu akan membaca hal-hal ini … bahawa kamu akan mengingati betapa Tuhan telah penuh berbelas kasihan kepada anak-anak manusia, … dan merenungkannya di dalam hatimu.”3

Ketekalan dalam mohonan daripada para nabi untuk fikirkan kebaikan Tuhan adalah menarik.4 Bapa Syurgawi ingin agar kita mengingati kebaikan Dia dan Putera-Nya yang Dikasihi, bukan untuk kepuasan diri Mereka, tetapi untuk pengaruh tersebut terhadap kita. Dengan merenungkan kebaikan hati Mereka, perspektif dan pemahaman kita diperbesarkan. Dengan memikirkan belas kasihan Mereka, kita menjadi lebih rendah hati, penuh doa dan tabah.

Sebuah pengalaman memilukan dengan bekas pesakit menunjukkan bagaimana kesyukuran untuk kemurahan hati dan belas kasihan boleh mengubah kita. Pada tahun 1987, saya berkenalan dengan Thomas Nielson, seorang lelaki hebat yang memerlukan pemindahan jantung. Dia berumur 63 tahun dan tinggal di Logan, Utah, di Amerika Syarikat. Selepas perkhidmatan ketenteraan semasa Perang Dunia II, dia mengahwini Donna Wilkes di Bait Suci Logan Utah. Dia menjadi pakar batu-bata yang bertenang serta berjaya. Pada tahun-tahun kemudian dia terutamanya suka bekerja dengan cucu tertua dia, Jonathan, semasa cuti sekolah. Mereka berdua menjalin persahabatan istimewa, sebahagiannya kerana Tom nampak kemiripan dirinya dalam diri Jonathan.

Tom berasa kecewa semasa menunggu penderma jantung. Dia bukan seorang lelaki yang penyabar. Dia selalu boleh menentukan dan mencapai matlamat melalui kerja keras dan keazaman. Berjuang dengan kegagalan jantung, dengan hidupnya ditunda, Tom kadangkala menanya saya apa yang saya lakukan untuk mencepatkan prosesnya. Sebagai gurauan, dia cadangkan cara untuk buatkan penderma jantung sedia ada bagi dia dengan lebih cepat.

Pada satu hari gembira tetapi teruk, seorang penderma jantung ideal ada bagi Tom. Saiz dan jenis darah adalah sama, dan penderma itu muda, hanya berumur 16 tahun. Jantung yang didermakan adalah milik Jonathan, cucu lelaki Tom yang dikasihi. Awal hari itu, Jonathan cedera parah apabila kereta yang dia naiki dilanggar oleh kereta api.

Apabila saya melawat Tom dan Donna di hospital, mereka tidak keruan. Ia susah untuk bayangkan apa yang mereka alami, mengetahui yang kehidupan Tom boleh dipanjangkan dengan menggunakan jantung cucu lelaki mereka. Pada mulanya, mereka menolak untuk pertimbangkan jantung yang ditawarkan oleh ibu bapa Jonathan yang berduka, anak perempuan dan menantu lelaki mereka. Tetapi Tom dan Donna tahu yang Jonathan mati otak, dan menyedari yang doa-doa mereka untuk penderma jantung bagi Tom tidak menyebabkan kemalangan Jonathan. Tidak, jantung Jonathan ialah hadiah yang boleh memberkati Tom dalam masa keperluannya. Mereka menyedari yang sesuatu baik boleh datang daripada tragedi ini dan memutuskan untuk meneruskannya.

Prosedur pemindahan berlalu dengan baik. Selepas itu, Tom ialah orang berbeza. Perubahan itu melebihi kesihatan yang lebih baik bahkan kesyukuran. Dia memberitahu saya yang dia setiap pagi fikirkan Jonathan, anak perempuan dan menantu lelaki, hadiah yang dia terima dan apa yang terlibat dengan hadiah itu. Walaupun kelucuan dia semula jadi dan ketabahan dia masih jelas, saya perhatikan yang Tom adalah lebih serius, bertimbang rasa dan baik hati.

Tom hidup tambahan 13 tahun selepas pemindahan, yang tidak akan berlaku dalam keadaan lain. Notis kematian dia menyatakan tahun-tahun tersebut membenarkan dia untuk menyentuh kehidupan keluarga dia dan orang lain dengan kemurahan hati dan kasih. Dia seorang penyumbang peribadi dan teladan optimisme dan keazaman.

Sepertimana Tom, setiap kita telah menerima kurnia yang kita tidak dapat sediakan bagi diri kita, kurnia daripada Bapa Syurgawi dan Putera-Nya Terkasih, termasuk penebusan melalui korban tebusan Yesus Kristus.5 Kita telah menerima hidup di dunia ini; kita akan menerima hidup jasmani selepas ini, dan keselamatan abadi dan permuliaan—jika kita memilihnya—semuanya kerana Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Setiap kali kita guna, dapat manfaat, atau fikirkan kurnia-kurnia ini, kita harus merenungkan korban, kemurahan hati dan rasa kasihan pemberi-pemberi. Ketakziman bagi pemberi-pemberi melakukan lebih daripada hanya membuat kita bersyukur. Memikirkan kurnia-kurnia Mereka boleh dan harus mengubah kita.

Salah satu perubahan menakjubkan ialah perubahan Alma yang Muda. Sewaktu Alma “berkelana memberontak melawan Tuhan,”6 malaikat muncul. Dengan “suara guruh,”7 malaikat mendera Alma kerana menganiaya Gereja dan “mencuri hati orang.”8 Malaikat menambah teguran ini: “Pergilah, dan ingatlah penawanan nenek moyangmu …; dan ingatlah betapa besar hal-hal yang telah [Tuhan] lakukan bagi mereka.”9 Daripada semua desakan, itulah apa yang malaikat tekankan.

Alma bertaubat dan mengingatnya. Dia kemudian berkongsi teguran malaikat bersama anak lelaki dia Helaman. Alma menasihati, “Aku menghendaki agar kamu hendaknya melakukan seperti yang telah aku lakukan, dalam mengingati penawanan nenek moyang kita; kerana mereka dalam perhambaan, dan tiada seorang pun dapat membebaskan mereka kecuali Tuhan Abraham, … Ishak, dan … Yakub; dan Dia memang telah membebaskan mereka dalam kesengsaraan mereka.”10 Alma berkata dengan mudah, “Aku menaruh kepercayaanku kepada-Nya.”11 Alma faham yang dengan mengingati pembebasan daripada perhambaan dan sokongan semasa “pencubaan dan kesusahan daripada setiap jenis,” kita mengenali Tuhan dan kepastian perjanjian-perjanjian-Nya.12

Tidak ramai daripada kita ada pengalaman dramatik seperti Alma, tetapi perubahan kita boleh menjadi mendalam juga. Juruselamat berikrar dahulu:

“Aku akan memberi kamu hati dan fikiran yang baru. Aku akan menggantikan hati kamu yang keras dengan hati yang taat.

“Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke dalam hati kamu. …

“… Kamu akan menjadi umat-Ku dan Aku menjadi Tuhan kamu.”13

Juruselamat yang dibangkitkan memberitahu bangsa Nefi bagaimana perubahan ini bermula. Dia menyebut ciri-ciri penting dalam rancangan Bapa Syurgawi apabila Dia berkata:

“Dan Bapa-Ku mengutus-Ku agar Aku boleh diangkat ke atas salib; dan setelah Aku diangkat ke atas salib, agar Aku boleh menarik semua orang kepada-Ku. …

“Dan untuk sebab ini Aku telah diangkat; oleh itu, menurut kuasa Bapa Aku akan menarik semua orang kepada-Ku.”14

Apa yang diperlukan supaya anda tertarik kepada Juruselamat? Pertimbangkan serahan Yesus Kristus kepada kehendak Bapa-Nya, kemenangan-Nya ke atas kematian, pengambilan ke atas diri-Nya dosa dan kesalahan anda, penerimaan-Nya kuasa daripada Bapa untuk membuat perantaraan bagi anda, dan penebusan muktamad Dia bagi anda.15 Bukankah hal-hal ini cukup untuk menarik anda kepada Dia? Hal-hal ini cukup bagi saya. Yesus Kristus “berdiri dengan tangan terbuka, mengharapkan dan bersedia untuk menyembuh, mengampuni, membersihkan, menguatkan, menyucikan dan menguduskan [anda dan saya].”16

Kebenaran ini sepatutnya memberi kita hati baru dan mendorong kita untuk memilih mengikuti Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Tetapi hati baru juga “mudah menyimpang, … mudah meninggalkan Tuhan yang [kita] kasihi.”17 Untuk melawan kecenderungan ini, kita perlu fikirkan setiap hari tentang kurnia yang kita telah terima dan apa yang terlibat. Raja Benyamin menasihati, “aku menghendaki agar kamu patut ingat, dan selalu kekalkannya dalam ingatan, keagungan Tuhan … dan kebaikan dan panjang sabar-Nya terhadapmu”18 Jika kita melakukan demikian, kita melayakkan diri bagi berkat-berkat syurgawi yang menakjubkan.

Memikirkan kebaikan dan belas kasihan Tuhan membantu kita menjadi lebih terbuka secara rohani. Kemudian, kepekaan rohani yang ditingkatkan membenarkan kita untuk datang kepada pengetahuan semua hal melalui kuasa Roh Kudus.19 Ini termasuk kesaksian kebenaran Kitab Mormon, mengetahui yang Yesus ialah Kristus, Juruselamat dan Penebus peribadi kita dan menerima yang injil-Nya telah dipulihkan pada zaman akhir ini.20

Apabila kita mengingati keagungan Bapa Syurgawi kita dan Yesus Kristus dan apa yang Mereka telah lakukan bagi kita, kita akan menghargai Mereka, sepertimana Tom menghargai jantung Jonathan. Dalam cara yang gembira dan takzim, setiap hari Tom mengingati tragedi yang memanjangkan hidup dia. Dalam keriangan mengetahui yang kita boleh diselamatkan dan dimuliakan, kita perlu ingat yang keselamatan dan permuliaan datang dengan harga besar.21 Kita boleh menjadi bergembira secara takzim semasa kita menyedari yang kita terkutuk tanpa Yesus Kristus tetapi kita boleh menerima kurnia terbesar daripada Bapa Syurgawi .22 Sememangnya, ketakziman ini membenarkan kita menikmati perjanjian “kehidupan abadi di dalam dunia ini” dan akhirnya menerima “kehidupan abadi … bahkan kemuliaan baqa” di dalam dunia yang akan datang.23

Apabila kita mempertimbangkan kebaikan Bapa Syurgawi kita dan Yesus Kristus, kepercayaan kita kepada Mereka meningkatkan. Doa kita berubah kerana kita mengetahui Tuhan ialah Bapa kita dan kita ialah anak-anak Dia. Kita tidak mencari untuk mengubah kehendak Dia tetapi untuk selaraskan kehendak kita dengan kehendak Dia dan mendapat berkat yang Dia ingin berikan diri kita, dengan syarat jika kita memohon untuk berkat tersebut.24 Kita berusaha untuk menjadi lebih lembut hati, lebih suci, lebih tabah dan lebih seperti Kristus.25 Perubahan ini melayakkan kita untuk berkat-berkat syurgawi tambahan.

Dengan mengakui yang setiap hal baik datang daripada Yesus Kristus, kita akan menunjukkan iman kita dengan lebih berkesan kepada orang lain.26 Kita akan ada keberanian apabila dihadapi dengan tugas dan keadaan yang kelihatan mustahil.27 Kita akan menguatkan azam kita untuk mentaati perjanjian yang kita telah buat untuk mengikuti Juruselamat.28 Kita akan dipenuhi kasih Tuhan, ingin bantu mereka yang memerlukan tanpa menghakimi, mengasihi anak-anak dan membesarkan mereka dalam kesolehan, mengekalkan pengampunan dosa-dosa kita dan selalu bergembira.29 Inilah hasil hebat daripada mengingati kebaikan dan belas kasihan Tuhan.

Secara berbeza Juruselamat memberi amaran, “Tidak dalam apa pun manusia menyinggung Tuhan, atau tidak terhadap sesiapa pun kemurkaan-Nya dinyalakan, kecuali mereka yang tidak mengakui tangan-Nya dalam segala hal.”30 Saya tidak berfikir Tuhan dihina apabila kita melupakan Dia. Tetapi saya berfikir Dia sangat kecewa. Dia tahu yang kita telah kehilangan peluang untuk mendekati Dia dengan mengingati-Nyadan kebaikan-Nya. Kemudian kita terlepas peluang untuk Dia mendekati kita dan berkat-berkat tertentu yang Dia telah janjikan.31

Saya menjemput anda untuk mengingati setiap hari keagungan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dan apa yang Mereka telah lakukan bagi anda. Biarkan renungan anda tentang kebaikan mereka mengikat hati anda yang mudah menyimpang lebih teguh kepada Mereka.32 Renungkan belas kasihan Mereka, dan anda akan diberkati dengan kepekaan rohani tambahan dan menjadi lebih seperti Kristus. Merenungkan empati mereka akan membantu anda “bertahan setia sampai akhir,” sehingga anda “diterima ke dalam syurga” untuk “berdiam bersama Tuhan dalam suatu keadaan kebahagiaan yang tak akan berakhir.”33

Bapa Syurgawi kita, merujuk kepada Putera-Nya yang Dikasihi, berfirman, “Dengarkanlah Dia!”34 Semasa anda bertindak pada kata-kata itu dan mendengar Dia, ingatlah, dengan gembira dan takzim, yang Juruselamat suka untuk pulihkan apa yang anda tidak dapat pulihkan; Dia suka memperbaiki apa yang telah dirosakkan,35 Dia memberi pampasan bagi apa-apa ketidakadilan yang dikenakan anda,36 dan Dia suka untuk sembuhkan hati yang hancur secara kekal.37

Semasa saya fikirkan kurnia-kurnia daripada Bapa Syurgawi kita dan Yesus Kristus, saya telah mengenali kasih Mereka yang tidak terhingga dan rasa kasihan Mereka yang tidak dapat difahami bagi semua anak Bapa Syurgawi.38 Pengetahuan ini telah mengubah saya, dan ia akan mengubah anda juga. Dalam nama Yesus Kristus, amin.