Persidangan Umum
Laporan Jabatan Pengauditan Gereja, 2019
Persidangan Umum April 2020


Laporan Jabatan Pengauditan Gereja, 2019

Kepada Presidensi Utama Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir

Kepada Para Saudara: Diarah dengan wahyu, seperti dicatatkan dalam bahagian 120 di Ajaran dan Perjanjian, Majlis untuk Penggunaan Sepersepuluh—yang terdiri dari Presidensi Utama, Kuorum Dua Belas Rasul, dan Lembaga Uskup Utama—mengesahkan penggunaan dana Gereja. Entiti Gereja mengagihkan mengikut belanjawan, polisi dan prosedur yang diluluskan.

Pengauditan Gereja, yang terdiri dari profesional dengan bukti kelayakan dan adalah bebas dari semua jabatan Gereja dan entiti yang lain, ada tugas untuk membuat audit untuk memberikan jaminan yang munasabah tentang sumbangan yang diterima, wang yang digunakan, dan perlindungan harta Gereja.

Berdasarkan audit yang dilakukan, Pengauditan Gereja berpendapat bahawa, dalam setiap aspek bahan, sumbangan diterima, perbelanjaan dibuat, dan aset Gereja bagi tahun 2019 telah direkodkan dan ditadbir mengikut belanjawan, polisi dan amalan perakaunan yang diluluskan. Gereja mengikut ajaran yang diajarkan kepada ahlinya iaitu hidup dalam belanjawan, menjauhi hutang, dan menjimat duit bagi masa yang memerlukanya.

Dikemukakan dengan hormat,

Jabatan Pengauditan Gereja

Kevin R. Jergensen

Pengarah Urusan