2010–2019
Wanita dan Pembelajaran Injil di Rumah
Oktober 2018


Wanita dan Pembelajaran Injil di Rumah

Juruselamat ialah teladan sempurna bagi cara anda akan main peranan besar dalam keutamaan-Nya menjadi pembelajaran injil di rumah satu fokus yang besar.

Para saudari, sungguh gembira bersama anda. Kini adalah masa yang menakjubkan dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Tuhan sedang mencurahkan pengetahuan tentang Gereja-Nya seperti Dia telah janji untuk melakukan.

Anda ingat apa yang Dia kata: “Berapa lamakah air yang mengalir dapat kekal tercemar? Kuasa apakah yang akan menahan syurga? Seperti juga manusia merentangkan lengannya yang lemah untuk menghentikan Sungai Missouri dalam alirannya yang telah ditetapkan, atau untuk memesongkannya ke hulu sungai, seolah-olah untuk menghalang Yang Maha Kuasa daripada mencurahkan pengetahuan dari syurga kepada para Orang Suci Zaman Akhir.1

Sebahagian pemberian pengetahuan Tuhan pada masa kini berkaitan dengan mempercepatkan pencurahan kebenaran abadi ke atas minda dan hati umat-Nya. Dia telah menjelaskan bahawa puteri-puteri Bapa Syurgawi akan main suatu peranan utama dalam pencepatan yang menakjubkan itu. Satu bukti mukijzat itu adalah bimbingan-Nya kepada nabi hidup untuk menekankan arahan injil di rumah dan dalam keluarga.

Anda mungkin bertanya, “Bagaimanakah itu menjadikan saudari-saudari satu usaha utama dalam membantu Tuhan mencurahkan pengetahuan ke atas Orang Suci-Nya?” Tuhan memberi jawaban dalam “Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia.” Anda ingat kata katanya, tetapi anda boleh lihat dengan pengertian baru dan mengenal bahawa Tuhan mengetahui perubahan yang menakjubkan ini dan berlaku pada masa kini. Di dalam perisytiharan, Dia memberikan saudari-saudari arahan menjadi pendidik injil utama di dalam keluarga dengan berkata “Para ibu bertanggungjawab bagi pemeliharaan anak-anak mereka.”2 Ini termasuk pemeliharaan kebenaran dan pengetahuan injil.

Perisytiharan sambung berkata: “Para bapa dan para ibu diwajibkan membantu satu sama lain sebagai ahli pasangan yang setaraf.”3 Mereka adalah setaraf, setaraf di segi potensi pertumbuhan rohani dan memperoleh ilmu, dan dipersatukan dengan saling membantu sesama. Mereka setaraf dalam takdir ilahi untuk dimuliakan bersama. Hakikatnya, lelaki dan wanita tidak dapat dimuliakan berseorangan.

Jadi, kenapa seorang puteri Tuhan dalam perhubungan bersatu dan setaraf menerima tanggungjawab utama untuk memelihara dengan nutrisi amat penting, iaitu pengetahuan kebenaran dari syurga? Sesungguhnya saya dapat lihat, itulah cara Tuhan sejak keluarga dicipta di dunia ini.

Contohnya, Hawa yang menerima pengetahuan bahawa Adam perlu makan buah dari pokok pengetahuan supaya mereka mematuhi semua perintah Tuhan dan menjadi sebuah keluarga. Saya tidak tahu kenapa ia datang kepada Hawa terdahulu. Tetapi Adam dan Hawa bersatu dengan sempurna apabila pengetahuan dicurahkan ke atas Adam.

Contoh seterusnya ialah Tuhan menggunakan kurnia pemeliharaan wanita merupakan cara Dia menguatkan anak-anak lelaki Helaman. Saya berasa terharu apabila membaca cerita itu dan mengenang kembali kata-kata keyakinan ibu saya ketika saya meninggalkan rumah untuk pergi ke perkhidmatan tentera.

Helaman mencatat:

“Mereka telah diajar oleh ibu-ibu mereka, bahawa jika mereka tidak ragu, Tuhan akan membebaskan mereka.

“Dan mereka menceritakan kembali kepadaku perkataan-perkataan para ibu mereka, mengatakan: Kami tidak ragu ibu-ibu kami mengetahuinya.”4

Saya tidak tahu segala sebab Tuhan memberi tanggungjawab utama untuk memelihara keluarga kepada saudari-saudari yang beriman, saya percaya ia berkaitan dengan keupayaan anda untuk mengasihi. Ia mengambil kasih yang besar untuk merasai keperluan seseorang lebih daripada diri anda. Itulah kasih suci Kristus bagi orang yang anda memelihara. Perasaan kasih ihsan itu datang daripada seseorang dipilih untuk menjadi pemelihara dan telah layak menerima kesan-kesan Korban tebusan Yesus Kristus. Moto Lembaga Pertolongan yang diteladani ibu saya, bagi saya mengilhami: “Kasih Ihsan Tidak Akan Gagal.”

Sebagai puteri-puteri Tuhan, anda memiliki keupayaan besar dan semula jadi untuk mengetahui keperluan orang lain dan mengasihi mereka. Oleh itu, ia menjadikan anda lebih peka pada bisikan Roh. Roh dapat membimbing anda untuk berfikir, bercakap, cara untuk memelihara orang supaya Tuhan dapat mencurah pengetahuan, kebenaran dan galakan ke atas mereka.

Kepada saudari-saudari yang mendengar suara saya, anda berada pada masa yang unik dalam perjalanan hidup. Ada yang merupakan remaja puteri di dalam sesi umum wanita buat kali pertama. Ada wanita muda yang bersedia menjadi pemelihara yang Tuhan inginkan. Ada yang baru berkahwin tetapi belum mempunyai anak; ada yang menjadi ibu muda dengan satu atau lebih anak. Ada yang ibu kepada remaja dan yang lain sudah ada anak dalam pelayanan misi. Ada yang mempunyai anak yang lemah dalam iman dan jauh dari rumah. Ada yang tinggal berseorangan tanpa teman yang beriman. Ada yang menjadi nenek.

Walau bagaimana pun keadaan peribadi, anda sebahagian—bahagian penting—keluarga Tuhan dan keluarga anda, pada masa kelak, di dunia ini, atau di dunia roh. Tanggungjawab diberi oleh Tuhan adalah untuk memelihara ahli keluarga-Nya dan keluarga anda sebanyak mungkin dengan kasih dan iman anda dalam Yesus Kristus.

Cabaran anda adalah untuk mengetahui siapa untuk memelihara, bagaimana dan bila. Anda perlukan bantuan Tuhan. Dia tahu hati orang lain, dan Dia tahu bila mereka akan menerima pemeliharaan anda. Doa anda yang beriman akan menjadi kunci kejayaan. Anda boleh bergantung kepada penerimaan bimbingan Dia.

Dia memberi galakan ini: “Mintalah kepada Bapa dalam nama-Ku, dalam iman percaya bahawa kamu akan menerima, dan kamu akan memperoleh Roh Kudus, yang menyatakan segala hal yang perlu kepada anak-anak manusia.” 5

Tambahan pada doa, kajian tulisan suci yang sungguh-sungguh akan menjadi sebahagian kuasa untuk memelihara yang sedang berkembang. Inilah perjanjiannya: “Jangan juga kamu memikirkan apa yang harus kamu katakan sebelumnya; tetapi simpanlah baik-baik dalam fikiranmu secara berterusan firman kehidupan, dan akan diberikan kepadamu pada jam yang tepat bahagian itu yang akan dibagikan kepada setiap orang.”6

Jadi anda akan mengambil masa lebih untuk berdoa, merenung, dan memikir tentang hal-hal rohani. Anda akan mempunyai pengetahuan kebenaran di curah ke atas anda dan kuasa untuk memelihara orang lain dalam keluarga anda akan bertumbuh.

Akan ada masa di mana anda berasa kemajuan pembelajaran untuk memelihara lebih baik adalah perlahan. Itu akan mengambil iman untuk bertahan. Juruselamat memberi galakan kepada anda:

“Kerana itu, janganlah jemu dalam melakukan yang baik, kerana kamu sedang meletakkan landasan bagi sebuah pekerjaan yang besar. Dan dari hal-hal yang kecil bermulalah hal yang besar.

“Lihatlah, Tuhan menuntut hati dan suatu fikiran yang rela; dan yang rela dan patuh akan menikmati hasil dari negeri Sion pada zaman akhir ini.”7

Kehadiran anda malam ini adalah bukti bahawa anda rela menerima undangan Tuhan untuk memelihara orang lain. Itulah benar dan juga kepada yang paling muda di sini. Kamu juga boleh tahu siapa untuk memelihara dalam keluarga anda. Jika anda berdoa dengan ketulusan, nama atau wajah orang seseorang akan datang ke dalam minda anda. Jika anda berdoa untuk ingin tahu apa yang perlu dibuat atau bercakap, anda akan merasai sesuatu jawapan. Setiap kali anda mematuhi, kuasa untuk memelihara anda akan bertumbuh. Anda akan bersiap sedia pada satu hari apabila anda akan memelihara anak-anak sendiri.

Para ibu kepada remaja dapat berdoa untuk ketahui cara untuk memelihara seorang anak lelaki atau perempuan untuk kelihatan tidak respon pada pemeliharaan. Anda boleh berdoa untuk tahu siapakah yang mempunyai pengaruh rohani terhadap keperluan anak anda dan akan menerimanya. Tuhan mendengar dan menjawab doa yang tulus ikhlas oleh para ibu yang risau dan Dia menghantar bantuan.

Dan juga, seorang nenek di sini mungkin merasai susah hati kerana bebanan dan kesusahan anak-anak dan cucu-cucu dia. Anda boleh mengambil petunjuk dan keberanian dari pengalaman-pengalaman keluarga dalam kitab suci.

Sejak zaman Hawa dan Adam, hingga Bapa Israel, dan terus kepada setiap keluarga dalam Kitab Mormon, terdapat satu pelajaran yang meyakinkan tentang cara bertindak kepada kesedihan anak-anak yang tidak responsif: jangan henti mengasihi.

Kita mempunyai teladan yang amat menggalakkan oleh Juruselamat apabila dia memelihara anak-anak rohani Bapa Syurgawi yang memberontak. Sampai mereka dan kita menyebabkan kesakitan, tangan Juruselamat tetap terbuka.8 Dia berkata dalam 3 Nefi kepada para saudari dan saudara rohani-Nya yang Dia telah cuba untuk memelihara: “Wahai kamu orang … iaitu dari bani Israel, betapa seringnya Aku telah mengumpulkan kamu seperti ayam betina mengumpulkan anak-anaknya di bawah sayapnya, dan telah memelihara kamu.” 9

Pada semua saudari dari setiap peringkat dalam perjalanan hidup, di setiap situasi keluarga, dan merentasi setiap kebudayaan, Juruselamat ialah teladan sempurna bagi cara anda akan main peranan besar dalam keutamaan-Nya menjadi pembelajaran injil di rumah dan dalam keluarga satu fokus yang besar.

Anda akan membawa sikap kasih ihsan semula jadi pada perubahan dalam aktiviti dan amalan dalam keluarga anda. Itu akan mendatangkan pertumbuhan rohani yang lebih besar. Apabila anda berdoa bersama dan untuk ahli keluarga, anda akan merasakan kasih anda dan Juruselamat untuk mereka. Itu akan mulai semakin menjadi kurnia rohani anda apabila anda mencarinya. Ahli keluarga anda akan merasainya ketika anda berdoa dengan iman yang lebih besar.

Semasa keluarga membaca ayat-ayat suci dengan bersuara, anda sudah membacanya dan berdoa akan bacaan untuk mempersiapkan diri. Anda akan ada saat-saat untuk berdoa agar Roh menerangi minda anda. Kemudian, ketika giliran anda membaca, ahli keluarga akan merasakan kasih anda kepada Tuhan dan firman-Nya. Mereka akan dipelihara oleh Dia dan Roh-Nya.

Pencurahan sama boleh datang ke setiap pengumpulan keluarga jika anda berdoa dan merancang bagi pengumpulan itu. Ia akan mengambil usaha dan masa, tetapi ia akan mendatangkan mukjizat. Saya ingat satu pelajaran yang ibu saya ajari ketika saya masih kecil. Saya masih boleh melihat dalam minda saya peta berwarna yang dibuat tentang perjalanan Rasul Paulus. Saya hairan bagaimana dia mencari waktu dan tenaga untuk membuat peta itu. Sampai hari ini, saya diberkati oleh kasihnya terhadap Rasul yang beriman itu.

Setiap anda akan mencari cara untuk menyumbang pada pencurahan kebenaran ke atas keluarga anda di dalam Gereja Tuhan yang dipulih. Setiap anda akan berdoa, belajar dan merenung untuk mengetahui sumbangan unik anda. Namun saya tahu: setiap anda, dikuk setaraf dengan putera-putera Tuhan, akan memainkan peranan besar untuk mukjizat mempelajari dan menjalani injil yang akan mempercepatkan pengumpulan Israel dan akan mempersiapkan keluarga Tuhan untuk kedatangan Tuhan Yesus Kristus yang mulia. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.