2010–2019
Cuba, Cuba, Cuba
Oktober 2018


Cuba, Cuba, Cuba

Juruselamat sedang meletakkan nama-Nya di dalam hati anda. Dan anda merasakan kasih murni Kristus untuk orang lain dan untuk diri anda.

Saudara dan saudari saya yang dikasihi, saya bersyukur untuk peluang berucap dengan anda. Persidangan ini telah meningkatkan dan meneguhkan saya. Muzik yang dinyanyikan dan kata-kata yang diucapkan telah di rasa dalam hati kita oleh Roh Kudus. Saya berdoa bahawa apa yang saya katakan akan dibawa kepada anda oleh Roh yang sama.

Banyak tahun yang lalu, saya merupakan penasihat pertama kepada presiden daerah di bahagian timur Amerika Syarikat. Lebih dari sekali, semasa kami memandu kereta ke cabang kecil kami, dia berkata kepada saya, “Hal, apabila kamu bertemu dengan sesiapa, layani mereka seolah-olah mereka mempunyai masalah serius, dan kamu akan menjadi betul lebih dari separuh masa.” Bukan sahaja dia betul, tetapi saya telah pelajari selama bertahun-tahun bahawa dia terlalu rendah dalam anggarannya. Hari ini saya ingin menggalakkan anda dalam masalah yang anda hadapi.

Kehidupan fana kita direka oleh Tuhan yang penuh kasih untuk menjadi ujian dan sumber pertumbuhan bagi setiap kita. Anda ingatlah firman Tuhan mengenai anak-anak-Nya di Penciptaan dunia: “Dan dengan ini kita akan menguji mereka, untuk melihat adakah mereka akan melakukan segala hal apa pun yang Tuhan Raja mereka akan perintahkan kepada mereka;.”1

Sejak permulaan, ujian tidak begitu mudah. Kita menghadapi ujian yang berkaitan dengan mempunyai tubuh fana. Kita semua hidup di dunia di mana peperangan Setan terhadap kebenaran dan terhadap kebahagiaan peribadi kita menjadi lebih sengit. Dunia dan kehidupan anda seolah-olah menjadi semakin kekecohan.

Kepastian saya adalah ini: Tuhan yang pengasih yang membenarkan ujian-ujian ini untuk anda juga merancang cara yang pasti untuk menghadapinya. Bapa Syurgawi sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia mengutus Putera-Nya untuk membantu kita.2 Putera-Nya, Yesus Kristus, dengan rela memberi nyawa-Nya untuk kita. Yesus Kristus menanggung di Getsemani dan di atas salib berat semua dosa kita. Dia mengalami semua kesedihan, kesakitan, dan kesan dari dosa-dosa kita sehingga Dia dapat menghiburkan dan menguatkan kita melalui setiap ujian dalam hidup.3

Anda ingatlah bahawa Tuhan berfirman kepada hamba-hamba-Nya:

“Bapa dan Aku ialah satu. Aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku; dan sejauh kamu telah menerima-Ku, kamu di dalam Aku dan Aku di dalam kamu.

“Kerana itu, Aku berada di tengah-tengahmu, dan Aku ialah gembala yang baik, dan batu Israel. Dia yang membangun di atas batu ini tidak akan pernah jatuh.”4

Nabi kita, Presiden Russell M. Nelson, juga memberi jaminan yang sama. Tambahannya, dia menggambarkan cara kita dapat membangun di atas batu itu dan bersedia mengikuti Tuhan untuk membimbing kita melalui ujian kita.

Dia berkata: “Anda yang mungkin sedikit kecewa, ingatlah, kehidupan tidak direka untuk menjadi senang. Kita mesti menanggung ujian dan menahan kesedihan di sepanjang jalan. Apabila anda mengingati bahawa ‘bagi Tuhan tiada perkara yang mustahil’ (Lukas 1:37), ketahuilah bahawa Dia ialah Bapa anda. Anda adalah anak lelaki atau perempuan yang dicipta menurut rupa-Nya, berhak melalui kelayakan anda untuk menerima wahyu untuk membantu anda dalam usaha soleh anda. Anda boleh mengambil ke atas diri anda nama Tuhan yang kudus. Anda boleh berbicara dalam nama kudus Tuhan (lihat Ajaran dan Perjanjian 1:20).”5

Kata-kata Presiden Nelson mengingatkan kita tentang janji yang terdapat dalam doa sakramen, janji yang Bapa Syurgawi kita penuhi sewaktu kita melakukan apa yang kita janjikan.

Dengarlah kata-kata ini: “Ya Tuhan, Bapa Yang Abadi, kami mohon kepada-Mu dalam nama Putera-Mu, Yesus Kristus, untuk memberkati dan menguduskan roti ini bagi jiwa mereka semua yang mengambilnya, agar mereka boleh makan sebagai peringatan akan tubuh Putera-Mu, dan bersaksi kepada-Mu, Ya Tuhan, Bapa Yang Abadi, bahawa mereka bersedia mengambil ke atas diri mereka nama Putera-Mu, dan selalu mengingati-Nya, dan taat kepada perintah-perintah-Nya yang telah Dia berikan kepada mereka, agar mereka boleh selalu memiliki Roh-Nya bersama mereka. Amin.”6

Setiap kali kita menyebut perkataan amin apabila doa itu persembahkan bagi pihak kita, kita berjanji bahawa dengan mengambil roti, kita bersedia mengambil ke atas diri kita nama kudus Yesus Kristus, sentiasa mengingati Dia, dan mematuhi perintah-perintah-Nya. Dengan melakukan ini, kita dijanjikan bahawa kita boleh selalu memiliki Roh-Nya bersama kita. Kerana janji-janji ini, kita boleh berharap kepada Juruselamat dengan selamat dan tanpa rasa takut di setiap ribut yang kita hadapi.

Ketika saya merenungkan kata-kata perjanjian dan berkat-berkat yang sepadan yang dijanjikan, saya tertanya-tanya apakah maksudnya bersedia mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus.

Presiden Dallin H. Oaks menjelaskan: “Ia penting bahawa apabila kita mengambil sakramen kita tidak bersaksi bahawa kita mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus. Kita bersaksi bahawa kita sanggup melakukan demikian. (Lihat Ajaran dan Perjanjian 20:77.) Fakta bahawa kita hanya bersaksi kepada kesanggupan kita menunjukkan bahawa sesuatu yang lain mesti berlaku sebelum kita benar-benar mengambil ke atas diri kita nama kudus itu dalam erti yang paling penting.”7

Pernyataan bahawa kita “bersedia mengambil ke atas diri [kita]” Nama-Nya memberitahu kita bahawa walaupun kita mula-mula mengambil nama-Nya apabila kita dibaptiskan, mengambil nama-Nya tidak selesai pada pembaptisan. Kita mesti bekerja secara berterusan untuk mengambil nama-Nya sepanjang hidup kita, termasuk ketika kita memperbaharui perjanjian di meja sakramen dan membuat perjanjian di bait suci kudus Tuhan.

Oleh itu, dua soalan penting untuk setiap kita menjadi “Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengambil nama-Nya ke atas diri saya?” dan “Bagaimana saya tahu apabila saya membuat kemajuan?”

Kenyataan Presiden Nelson mencadangkan satu jawapan yang berguna. Dia berkata bahawa kita boleh mengambil nama Juruselamat ke atas diri kita dan kita boleh bercakap untuk Dia. Apabila kita bercakap untuk Dia, kita melayani Dia. “Kerana bagaimanakah seseorang mengenal tuan yang tidak dia layani, dan yang adalah orang asing baginya, dan berada jauh dari fikiran dan maksud hatinya?”8

Bercakap untuk Dia memerlukan doa beriman. Ia memerlukan doa yang sungguh-sungguh kepada Bapa Syurgawi untuk mempelajari kata-kata yang kita dapat cakap untuk membantu Juruselamat dalam pekerjaan-Nya. Kita mesti menjadi layak untuk janji: “Apakah melalui suara-Ku sendiri atau melalui suara para hamba-Ku, itu adalah sama.”9

Tetapi ia memerlukan lebih dari bercakap untuk Dia untuk mengambil nama-Nya ke atas diri kita. Terdapat perasaan dalam hati kita yang kita mesti ada untuk layak sebagai hamba-hamba-Nya.

Nabi Mormon menggambarkan perasaan yang melayakkan dan membolehkan kita mengambil nama-Nya ke atas diri kita. Perasaan ini termasuk iman, harapan, dan kasih ihsan, yang merupakan kasih murni Kristus.

Mormon menjelaskan:

“Kerana aku menilai bahawa kamu beriman kepada Kristus kerana kelembutan hatimu; kerana jika kamu tidak beriman kepada-Nya maka kamu tidak layak untuk dihitung di kalangan umat gereja-Nya.

“Dan lagi, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku akan berbicara kepadamu tentang harapan. Bagaimanakah mungkin bahawa kamu dapat memperoleh iman, kecuali kamu berharapan?

“Dan apakah yang harus kamu harapkan? Lihatlah aku berkata kepadamu bahawa kamu akan berharapan melalui korban tebusan Kristus dan kuasa kebangkitan-Nya, untuk dibangkitkan kepada kehidupan yang abadi, dan ini disebabkan imanmu kepada-Nya menurut perjanjian tersebut.

“Oleh itu, jika seseorang beriman dia mestilah perlu berharapan; kerana tanpa iman tidak akan ada apa-apa harapan pun.

“Dan lagi, lihatlah aku berkata kepadamu bahawa dia tidak dapat beriman dan berharapan, kecuali dia akan melembutkan hati, dan rendah hati.

“Jika demikian, iman dan harapannya adalah sia-sia, kerana tidak seorang pun dapat diterima di hadapan Tuhan, kecuali yang lembut hati dan rendah hati; dan jika seseorang manusia melembutkan hati dan rendah hati, dan mengakui melalui kuasa Roh Kudus bahawa Yesus adalah Kristus, dia mestilah perlu mempunyai kasih ihsan; kerana jika dia tidak memiliki kasih ihsan dia tidak bermakna langsung; oleh itu dia mestilah perlu mempunyai kasih ihsan.”

Selepas menerangkan kasih ihsan, Mormon terus berkata:

“Tetapi kasih ihsan adalah kasih suci Kristus, dan ia bertahan untuk selamanya; dan sesiapa yang didapati memilikinya pada hari terakhir, maka akan baiklah kesudahannya.

“Oleh itu, saudara-saudaraku yang dikasihi, berdoalah kepada Bapa dengan sekuat tenaga hati, agar kamu boleh dipenuhi dengan kasih ini, yang telah Dia berikan kepada semua yang merupakan pengikut sejati Putera-Nya, Yesus Kristus; agar kamu boleh menjadi anak-anak Tuhan; agar apabila Dia akan memperlihatkan diri-Nya kita akan kelihatan seperti Dia, kerana kita akan melihat-Nya sebagaimana Dia adanya; agar kita boleh memiliki harapan ini; agar kita boleh disucikan bahkan seperti Dia yang adalah suci. Amin.”10

Kesaksian saya ialah Juruselamat meletakkan nama-Nya di dalam hati anda. Bagi kebanyakan anda, iman anda kepada-Nya semakin meningkat. Anda berasa lebih harapan dan optimis. Dan anda merasakan kasih murni Kristus untuk orang lain dan untuk diri anda.

Saya melihatnya di dalam para penginjil yang melayani di seluruh dunia. Saya melihatnya di dalam ahli-ahli gereja yang bercakap kepada kawan dan ahli keluarga mereka mengenai Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Lelaki, wanita, orang muda, dan juga kanak-kanak melayani dengan kasih kepada Juruselamat dan orang sekeliling.

Pada laporan pertama bencana di seluruh dunia, ahli-ahli gereja membuat rancangan untuk pergi ke penyelamatan, kadang-kadang merentasi lautan, tanpa diminta. Mereka kadang-kadang mendapatinya sukar untuk menunggu sehingga kawasan yang dilanda bencana sedia menerima mereka.

Saya sedar bahawa sebahagian daripada anda yang mendengar hari ini mungkin merasakan bahawa iman dan harapan anda sedang diatasi oleh masalah anda. Dan anda mungkin ingin merasakan kasih.

Saudara dan saudari, Tuhan mempunyai peluang berhampiran anda untuk merasakan dan berkongsi kasih-Nya. Anda boleh berdoa dengan keyakinan untuk Tuhan membimbing anda untuk mengasihi seseorang untuk Dia. Dia menjawab doa sukarelawan yang lembut hati seperti anda. Anda akan merasakan kasih Tuhan untuk anda dan bagi orang yang anda melayani untuk Dia. Apabila anda membantu anak-anak Tuhan dalam masalah mereka, masalah anda sendiri mungkin kelihatan lebih ringan. Iman anda dan harapan anda akan diperkuatkan.

Saya seorang saksi tentang kebenaran itu. Selama seumur hidup, isteri saya telah bercakap untuk Tuhan dan melayani orang untuk-Nya. Seperti yang saya katakan tadi, salah seorang uskup kami pernah berkata kepada saya: “Saya kagum. Setiap kali saya mendengar seseorang di dalam bahagian yang berada dalam masalah, saya bergegas untuk membantu. Tetapi pada masa saya tiba, isteri kamu selalu sudah ada di sana.” Itu benar di semua tempat yang kami telah tinggal selama 56 tahun.

Sekarang dia boleh bercakap hanya beberapa perkataan setiap hari. Dia dilawati oleh orang yang dia kasihi untuk Tuhan. Setiap malam dan pagi saya menyanyi lagu rohani dengannya dan kami berdoa. Saya harus menjadi suara dalam doa dan dalam lagu. Kadangkala saya boleh melihat bibirnya bergerak mengikuti kata-kata lagu rohani. Dia lebih suka lagu kanak-kanak. Sentimen dia paling suka diringkaskan dalam lagu itu “Ku Mau Jadi Seperti Yesus.”11

Pada hari lain, selepas menyanyikan kata-kata di baris korus: “Saling mengasihi s’perti Yesus, Ker’na Dia pun mengasihimu. Baik hati, penuh kasih serta lembut,” dia berkata dengan lembut, tetapi jelasnya, “Cuba, cuba, cuba.” Saya rasa dia akan mendapati, apabila dia melihat Yesus, bahawa Juruselamat kita telah meletakkan nama-Nya ke dalam hatinya dan bahawa dia telah menjadi seperti Dia. Dia membantunya melalui masalahnya sekarang, seperti Dia akan membantu anda juga.

Saya memberi anda kesaksian saya bahawa Juruselamat tahu dan mengasihi anda. Dia tahu nama anda seperti yang anda tahu Dia. Dia tahu masalah anda. Dia telah mengalaminya. Dengan Korban tebusan-Nya, Dia telah mengatasi dunia. Dengan kerelaan anda untuk membawa nama-Nya ke atas diri anda, anda akan mengangkat beban orang lain yang tidak terkira. Dan anda akan mendapati dengan masa yang anda tahu Juruselamat lebih baik dan anda lebih mengasihi Dia. Nama Dia akan berada di dalam hati anda dan tetap dalam ingatan anda. Ia adalah nama yang anda akan dipanggil. Saya bersaksi, dengan rasa terima kasih atas kasih sayang-Nya kepada saya, kepada orang yang saya sayangi, dan kepada anda, dalam nama Yesus Kristus, amin.