2010–2019
Bapa
Oktober 2018


10:18

Bapa

Setiap kita ada potensi untuk menjadi seperti Bapa. Untuk melakukan demikian, kita mesti menyembah Tuhan dalam nama Putera.

Sepanjang umur dia, isteri saya, Melinda, cuba dengan sepenuh hati untuk menjadi pengikut Yesus Kristus yang setia. Tetapi, bermula pada masa mudanya, dia tidak berasa layak untuk kasih sayang Bapa Syurgawi kerana tidak memahami sifat Dia. Mujurlah, Melinda terus mematuhi perintah-perintah walaupun dia berasa sedih. Beberapa tahun lalu, dia ada beberapa pengalaman yang menolong dia memahami sifat Tuhan dengan lebih baik, termasuk kasih sayang-Nya bagi kanak-kanak-Nya dan kesyukuran-Nya bagi usaha tidak sempurna kita untuk melakukan kerja-Nya.

Dia menjelaskan bagaimana ini telah mempengaruhi dia: “Saya sekarang yakin bahawa rancangan Bapa berkesan, Dia terlibat secara peribadi dengan kejayaan kita, dan Dia memberi kita pelajaran dan pengalaman yang kita perlu untuk kembali ke hadirat-Nya. Saya menganggap diri saya dan orang lain lebih seperti Tuhan menganggap kita. Saya boleh membesarkan, mengajar, dan melayan dengan lebih banyak kasih dan kurang takut. Saya berasa damai dan yakin sebagai ganti rasa takut serta tidak selamat. Saya bukannya dihakimi, tetapi disokong. Iman saya lebih yakin. Saya berasa kasih sayang Bapa semakin mendalam.”1

Mempunyai “pemahaman betul watak, kesempurnaan, dan sifat-sifat [Bapa Syurgawi]” adalah penting untuk cukup beriman supaya mendapati permuliaan.2 Pemahaman yang betul tentang watak Bapa Syurgawi boleh mengubah bagaimana kita menganggap diri kita dan orang lain dan menolong kita memahami kasih Tuhan besar bagi kanak-kanak-Nya dan keinginan-Nya yang besar untuk menolong kita menjadi seperti Dia. Pandangan yang tidak betul tentang sifat-sifat-Nya boleh meninggalkan kita dengan perasaan tidak cekap untuk kembali ke hadirat-Nya.

Matlamat saya hari ini adalah untuk mengajar asas-asas ajaran tentang Bapa yang membenarkan setiap kita memahami watak sebenar-Nya dengan lebih baik dan menggunakan iman lebih besar kepada Dia, Putera-Nya, dan rancangan-Nya bagi kita, terutamanya bagi mereka yang tertanya-tanya jika Tuhan mengasihi mereka.

Hidup Pra-fana

Di dunia pra-fana, kita dilahirkan sebagai roh-roh kepada Ibu Bapa Syurgawi dan tinggal bersama Mereka sebagai sekeluarga.3 Mereka mengenali, mengajar, dan menyayangi kita.4 Kita sangat inginkan untuk menjadi seperti Bapa Syurgawi kita. Tetapi, kita mengenali bahawa kita perlu melakukan:

  1. Memperolehi tubuh badan jasmani yang dimuliakan serta abadi;5

  2. Berkahwin dan membentuk keluarga dengan kuasa memeteraikan imamat;6 dan

  3. Mendapati semua pengetahuan, kuasa, dan sifat ilahi.7

Akibatnya, Bapa mencipta sebuah rancangan yang membolehkan kita dengan syarat-syarat tertentu8 untuk memperolehi badan jasmani yang akan menjadi abadi dan dimuliakan pada Kebangkitan; berkahwin dan membentuk keluarga semasa hidup fana atau, bagi orang setia yang tiada peluang ini, selepas hidup fana;9 maju ke kesempurnaan; dan akhirnya hidup bersama Mereka dan keluarga kita dalam keadaan permuliaan dan kegembiraan abadi.10

Ini dipanggil rancangan keselamatan dalam tulisan suci.11 Kita sangat bersyukur untuk rancangan ini apabila dibentangkan, sehingga kita berteriak gembira.12 Setiap kita menerima syarat-syarat rancangan, termasuk pengalaman dan cabaran yang akan menolong kita membangunkan sifat-sifat ilahi.13

Hidup Fana

Semasa kehidupan fana, Bapa Syurgawi memberikan syarat-syarat yang kita perlu untuk maju menurut rancangan-Nya. Bapa mendatangkan kelahiran Yesus Kristus dalam daging14 dan memberikan bantuan ilahi kepada Dia untuk memenuhi misi-Nya yang fana. Bapa Syurgawi akan menolong setiap kita juga jika kita berusaha mentaati perintah-perintah-Nya.15 Bapa memberi kita hak pilihan.16 Kehidupan kita ada di tangan Dia, dan “hari-harimu telah diketahui” dan “tidak akan dipendekkan.”17 Dan Dia memastikan bahawa semua hal akan akhirnya menjadi baik bagi mereka yang mengasihi Dia.18

Bapa Syurgawi yang memberi kami makanan yang kami perlukan pada hari ini ,19 termasuk makanan yang kita makan dengan kekuatan yang kita perlu untuk mematuhi perintah-perintah-Nya.20 Bapa memberi hadiah yang baik.21 Dia mendengar dan menjawab doa-doa kita.22 Bapa Syurgawi membebaskan kita dari kejahatan jika kita membenarkan Dia.23 Dia menangis ketika kita menangis.24 Akhirnya, semua berkat kita datang daripada Bapa.25

Bapa Syurgawi membimbing kita dan memberi peluang berdasarkan kekuatan, kelemahan, dan pilihan supaya kita menghasilkan buah yang baik.26 Bapa meneguri kita apabila diperlukan kerana Dia mengasihi kita.27 Dialah “Manusia Nasihat,”28 yang akan berunding dengan kita jika diminta.29

Bapa Syurgawi menghantar pengaruh dan kurnia Roh Kudus ke dalam hidup kita.30 Melalui kurnia Roh Kudus, kemuliaan Bapa—atau kecerdasan, cahaya, dan kuasa—boleh diam bersama kita.31 Jika kita berusaha meningkatkan cahaya dan kebenaran sehingga tumpuan mata kita satu-satunya pada kemuliaan Tuhan, Bapa Syurgawi akan menghantar Roh Kudus Perjanjian untuk memeteraikan kita kepada kehidupan abadi dan mengungkapkan muka-Nya kepada kita—baik pada hidup ini atau yang seterusnya.32

Hidup Selepas Kefanaan

Di dunia roh selepas kefanaan, Bapa Syurgawi terus mencurahkan Roh Kudus dan menghantar para penginjil kepada yang memerlukan injil. Dia menjawab doa-doa dan menolong mereka menerima tatacara-tatacara perwakilan yang masih perlu.33

Bapa membesarkan Yesus Kristus dan memberi Dia kuasa untuk mendatangkan Kebangkitan,34 iaitu cara untuk memperolehi tubuh badan abadi. Penebusan Juruselamat dan Kebangkitan membawa kita kembali ke hadirat Tuhan, di mana kita akan dihakimi Yesus Kristus.35

Mereka yang bergantung pada “jasa, dan belas kasihan, dan rahmat Mesias yang Kudus”36 akan memperolehi badan dimuliakan seperti Bapa37 dan tinggal bersama Dia “dalam keadaan kebahagiaan yang tak akan berakhir.”38 Di sana, Bapa akan mengelap air mata kita39 dan menolong kita teruskan pada perjalanan menjadi seperti Dia.

Kamu boleh melihat Bapa Syurgawi selalu sedia ada bagi kita.40

Sifat Bapa

Untuk menjadi seperti Bapa, kita mesti membangunkan sifat-sifat-Nya. Kesempurnaan dan sifat-sifat Bapa Syurgawi termasuk yang berikut:

  • Bapa adalah “Tanpa Akhir dan Abadi.”41

  • Dia betul-betul adil, penuh rahmat, baik hati, panjang sabar, dan hanya inginkan apa yang terbaik bagi kita.42

  • Bapa Syurgawi itu kasih.43

  • Dia mentaati perjanjian-perjanjian-Nya.44

  • Dia tidak berubah.45

  • Dia tidak dapat berdusta.46

  • Bapa memperlakukan semua orang dengan sama rata.47

  • Dia mengetahui semua hal—masa lalu, masa sekarang, dan masa depan—dari permulaan.48

  • Bapa Syurgawi lebih cerdas49 daripada kita semua.50

  • Bapa memiliki semua kuasa51 dan melakukan semua yang dia putuskan dalam hati-Nya.52

Saudara-saudari, kita boleh mempercayai dan bergantung pada Bapa. Kerana Dia memiliki perspektif abadi, Bapa Syurgawi melihat hal-hal yang kita tidak dapat lihat. Kebahagiaan, pekerjaan, dan kemuliaan Dia adalah untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi kita.53 Semua hal yang dilakukan Dia adalah untuk manfaat kita. Dia “inginkan kegembiraan abadi bagi [kita] lebih banyak daripada [kita].”54 Dan Dia “tidak akan memerlukan [kita] mengalami seketika susah yang tidak diperlukan bagi manfaat [kita] atau bagi mereka yang [kita] sayangi.”55 Sebagai hasilnya, Dia berfokus pada kemajuan kita, tidak menghukum mahupun menuduh kita pun.56

Menjadi Seperti Bapa Kita

Sebagai anak lelaki dan perempuan Tuhan yang rohani, setiap kita berpotensi menjadi seperti Bapa. Untuk melakukan demikian, kita mesti menyembah Tuhan dalam nama Putera.57 Kita melakukan ini dengan berusaha menjadi patuh kepada kehendak Bapa, seperti Juruselamat patuh,58 dan bertaubat secara berterusan.59 Semasa kita melakukan hal-hal ini, kita “menerima rahmat demi rahmat” sehingga menerima kegenapan Bapa60 dan dianugerahi dengan “watak, kesempurnaan, dan sifat dia.”61

Memikirkan jarak antara kita sebagai orang fana dengan siapa Bapa Syurgawi telah menjadi, tidak menghairankan beberapa orang berfikir menjadi seperti Bapa tidak dapat dicapai. Tetapi, tulisan suci adalah jelas. Jika kita berpegang pada iman kepada Kristus, bertaubat, dan mencari rahmat Tuhan melalui kepatuhan, kita akan akhirnya menjadi seperti Bapa. Saya ditenangkan dengan fakta bahawa orang yang berusaha menjadi patuh akan “menerima rahmat demi rahmat” dan akhirnya “menerima kegenapan dia.”62 Dalam kata-kata lain, kita tidak akan menjadi seperti Bapa berseorangan.63 Sebaliknya, ia akan datang melalui kurnia rahmat, beberapa yang besar tetapi terutamanya yang kecil, yang akan saling membina sehingga kita memiliki kegenapan. Tetapi, saudara dan saudari, ia akan datang!

Saya menjemput anda untuk percaya bahawa Bapa Syurgawi mengetahui cara memuliakan anda; carikanlah bantuan harian Dia yang menyokong kita; dan maju ke hadapan dengan iman dalam Kristus walaupun anda tidak dapat berasa kasih Tuhan.

Ada banyak yang kita tidak fahami tentang menjadi seperti Bapa.64 Tetapi saya boleh bersaksi dengan yakin bahawa berusaha menjadi seperti Bapa bernilai setiap pengorbanan.65 Pengorbanan yang kita buat di hidup fana, tanpa mengira kebesarannya, tidak dapat dibandingkan dengan kebahagiaan, kegembiraan, dan kasih teramat besar akan dirasai kita di hadirat Tuhan.66 Jika anda susah mempercayai nilai pengorbanan yang diminta anda, Juruselamat memanggil anda, berkata, “Kamu masih belum memahami setakat ini betapa besar berkat-berkat yang Bapa telah … sediakan bagimu; … kamu tidak dapat menanggung segala hal sekarang; walaupun demikian, cerialah, kerana Aku akan menuntunmu.”67

Saya bersaksi Bapa Syurgawi mengasihi anda dan inginkan agar anda hidup bersama-Nya sekali lagi. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Nota dalam pemilikan pengarang; juga lihat D. Melinda Ashton, “The Holy Ghost: Direction, Correction, and Warning” (Persidangan Wanita Universiti Brigham Young, Apr. 28, 2016), byutv.org.

  2. Lectures on Faith (1985), 38.

  3. Lihat “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” Liahona, Mei 2017, 145; “Mother in Heaven,” Gospel Topics, topics.lds.org.

  4. Rasul Paulus mengajar bahawa kita mengenali Bapa dengan sangat baik sehingga jiwa kita masih ingin memanggil dia Abba, yang maksud “Ayah,” sebuah istilah yang diperuntukkan untuk bapa yang kita sangat kenali (lihat Roma 8:15).

  5. Lihat Ajaran dan Perjanjian 130:22.

  6. Lihat Ajaran dan Perjanjian 132:19-20.

  7. Lihat Matius 5:48; lihat juga 2 Petrus 1:3–8.

  8. Syarat-syarat ini termasuk menepati syarat keadaan pertama (lihat Abraham 3:26) dan kemudian di dunia fana beriman kepada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya, bertaubat, dibaptiskan dengan pencelupan oleh seseorang yang memegang imamat Tuhan, menerima kurnia Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir (lihat 3 Nefi 27:16–20).

  9. Presiden Dallin H. Oaks telah mengajar: “Beberapa yang sedang mendengar pesanan ini mungkin berfikir, ‘Tetapi bagaimana dengan saya?’ Kita tahu ramai Orang Suci Zaman Akhir layak dan indah masih tidak mempunyai peluang ideal dan keperluan penting untuk kemajuan mereka. Kesunyian, kemandulan, kematian, dan penceraian menghalang cita-cita dan menangguhkan pemenuhan berkat yang dijanjikan. … Tetapi kekecewaan ini sementara sahaja. Tuhan telah berjanji bahawa tiada berkat-berkat yang akan dinafikan kepada anak lelaki dan perempuan dia yang mematuhi perintah-perintah, setia kepada perjanjian, dan inginkan apa yang benar” (“The Great Plan of Happiness,” Ensign, Nov. 1993, 75).

  10. Lihat Mosia 2:41.

  11. Lihat Alma 42:5; ia juga dipanggil rancangan penebusan (lihat, misalnya, Yakub 6:8) dan rancangan kegembiraan (lihat Alma 42:8, 16).

  12. Lihat Ayub 38:4–7.

  13. Lihat, misalnya, Ibrani 5:8; 12:11; Eter 12:27. Pada mulanya, sekurang-kurangnya beberapa cabaran yang kita hadapi di hidup fana menghalang kita daripada mendapati beberapa berkat-berkat yang kita paling harapkan, menurut pemahaman terhad kita. Meskipun percanggahan ini, Tuhan akan memberi kita setiap berkat yang dijanjikan jika kita tetap setia.

  14. Lihat Lukas 1:31–35; Yohanes 1:14; 1 Nefi 11:18–21; Panduan Tulisan Suci, “Yesus Kristus,” scriptures.lds.org.

  15. Lihat Ajaran dan Perjanjian 93:4–5, 16–17, 19–20.

  16. Lihat Musa 7:32.

  17. Ajaran dan Perjanjian 122:9.

  18. Lihat Roma 8:28.

  19. Lihat Matius 6:11.

  20. Lihat N. Eldon Tanner, “The Importance of Prayer,” Ensign, Mei 1974, 50-53.

  21. Lihat Lukas 11:10–13; Yakobus 1:17.

  22. Lihat Lukas 11:5–10; Terjemahan Joseph Smith, Lukas 11:5–6 (dalam Lukas 11:5, nota kaki a); 3 Nefi 13:6.

  23. Lihat Matius 6:13.

  24. Lihat Musa 7:31–40.

  25. Lihat Yakobus 1:17.

  26. Lihat Yohanes 15:1–2; Ajaran dan Perjanjian 122:6–7.

  27. Lihat Ibrani 12:5–11; Ajaran dan Perjanjian 95:1.

  28. Musa 7:35.

  29. Lihat Alma 37:12, 37.

  30. Lihat Yohanes 14:26; 2 Nefi 31:12.

  31. Lihat Yohanes 17:21–23, 26; Ajaran dan Perjanjian 93:36.

  32. Lihat Ajaran dan Perjanjian 76:53; 88:67–68.

  33. Lihat 1 Petrus 4:6. Elder Melvin J. Ballard, bercakap tentang mengapa seorang lelaki yang dia baptiskan telah menyertai Gereja, berkata, “Ia diberitahu kepada saya bahawa nenek moyang dia di dunia roh telah menerima Injil bertahun-tahun lalu dan berdoa supaya seseorang di keluarga mereka di atas bumi akan membuka pintu bagi mereka, dan doa-doa mereka telah berjaya dan Tuhan telah membimbing para penginjil ke pintu lelaki ini” (dalam Melvin R. Ballard, Melvin J. Ballard, Crusader for Righteousness [1966], 250).

  34. Lihat Mormon 7:5–6; lihat juga Yohanes 5:21, 26; 1 Korintus 6:14; 2 Nefi 9:11–12; Alma 40:2–3; 3 Nefi 27:14.

  35. Lihat Yohanes 5:22; Yakub 6:9; Alma 11:44; Helaman 14:15–18. Korban Tebusan Kristus mengatasi semua kesan Kejatuhan Adam, termasuk kematian jasmani dan rohani, kedua-duanya harus diatasi untuk membenarkan kita kembali ke hadirat Bapa Syurgawi kita. Mereka yang telah bertaubat akan dosa-dosa mereka akan tinggal bersama Bapa dan Putera dalam keabadian. Tetapi, mereka yang gagal bertaubat akan menderita kematian kedua, yang didatangkan oleh dosa-dosa diri mereka (lihat Helaman 14:15–18).

  36. 2 Nefi 2:8.

  37. Lihat Ajaran dan Perjanjian 76:56; 88:28-29.

  38. Mosia 2:41.

  39. Lihat Wahyu 7:17.

  40. Lihat Musa 7:30. Bapa Syurgawi terus menjaga keselamatan dan menyediakan mereka di kerajaan terestrial melalui pelayanan Yesus Kristus dan orang selestial yang lain (lihat Ajaran dan Perjanjian 76:77, 87) dan orang di kerajaan telestial melalui pelayanan Roh Kudus dan malaikat (lihat Ajaran dan Perjanjian 76:86, 88).

  41. Matius 7:35; juga lihat Yohanes 90:2.

  42. Lihat Mazmur 103:6–8; Lukas 6:36; Musa 7:30.

  43. Lihat 1 Yohanes 4:16.

  44. Lihat Ajaran dan Perjanjian 84:40.

  45. Lihat Yakobus 1:17.

  46. Lihat Bilangan 23:19.

  47. Lihat Kisah Rasul-Rasul 10:34–35.

  48. Lihat 1 Nefi 9:6; Ajaran dan Perjanjian 130:7.

  49. Dictionary.com mentakrifkan kecerdasan sebagai “keupayaan untuk pembelajaran, pemikiran, pemahaman, dan bentuk aktiviti mental yang serupa; kebolehan dengan memahami kebenaran, hubungan, fakta, makna, dan sebagainya” dan “pengetahuan.”

  50. Lihat Abraham 3:19. Yesus Kristus sebagai orang dimuliakan serta disempurnakan juga lebih cerdas daripada kita semua.

  51. Lihat Wahyu 21:22.

  52. Lihat Abraham 3:17.

  53. Lihat Musa 1:39.

  54. Richard G. Scott, “Trust in the Lord,” Ensign, Nov. 1995, 17.

  55. Richard G. Scott, “Trust in the Lord,” 17.

  56. Lihat Yohanes 5:22; Musa 1:39. Kedua-dua Setan dan diri kita sendiri menuduh kita (lihat Wahyu 12:10; Alma 12:14).

  57. Lihat Yohanes 4:23; Ajaran dan Perjanjian 18:40; 20:29.

  58. Lihat 3 Nefi 11:11; Ajaran dan Perjanjian 93:11–19.

  59. Dengan proses pertaubatan kita mengubah sifat kita supaya menjadi lebih seperti Tuhan. Oleh itu, kita harus bertaubat secara berterusan, bukan sahaja bertaubat apabila kita “melakukan sesuatu tidak baik.”

  60. Lihat Ajaran dan Perjanjian 93:19–20.

  61. Lectures on Faith, 38; juga lihat Moroni 7:48; 10:32–33; Ajaran dan Perjanjian 76:56, 94–95; 84:33–38.

  62. Ajaran dan Perjanjian 93:20; penekanan ditambah.

  63. Lihat Moroni 10:32–33; Ajaran dan Perjanjian 76:69, 94–95.

  64. Mengapa Tuhan tidak boleh atau tidak akan mewahyukan lebih banyak tentang proses menjadi seperti Dia? Sejujurnya saya tidak tahu semua sebab. Tetapi ada dua sebab yang saya fahami. Yang pertama ialah beberapa perkara tidak dapat difahami di keadaan fana kita (lihat Ajaran dan Perjanjian 78:17). Ia mungkin serupa dengan cuba menjelaskan internet kepada seseorang yang hidup pada Zaman Pertengahan. Konteks dan perspektif tiada pun. Dan yang kedua ialah kurnia rahmat sering tepat datang kepada kita kerana kita mesti menderita dan berjuang dengan tidak mengetahui.

  65. Pengorbanan yang diminta kita mungkin penting untuk mencapai kesempurnaan (lihat Terjemahan Joseph Smith, Ibrani 11:40 [dalam Ibrani 11:40, nota kaki a]).

  66. Lihat Roma 8:18.

  67. Ajaran dan Perjanjian 78:17-18.