2010–2019
Ucapan Pembukaan
Oktober 2018


Ucapan Pembukaan

Ia adalah masa untuk Gereja berpusat di rumah, disokong oleh apa yang berlaku dalam bangunan cabang, bahagian, dan pancang kita.

Para saudara dan saudari yang dikasihi, kami telah menantikan masa untuk berkumpul dengan anda sekali lagi dalam persidangan umum Oktober ini. Kami menyampaikan sambutan kami yang tulus kepada setiap daripada anda. Kami bersyukur untuk sokongan doa-doa anda. Kami boleh merasakan kesannya. Terima kasih!

Kami bersyukur untuk usaha besar anda untuk bertindak atas nasihat diberikan di persidangan umum enam bulan yang lalu. Para presidensi pancang di seluruh dunia telah mencari wahyu yang diperlukan untuk mengorganisasikan semula kuorum-kuorum penatua. Lelaki dalam kuorum-kuorum itu bersama dengan para saudari Lembaga Pertolongan berdedikasi kita sedang bekerja dengan tekun untuk melayan para saudara dan saudari kita dalam cara lebih baik dan lebih suci. Kami diilhamkan oleh kebaikan dan usaha luar biasa anda untuk membawa kasih Juruselamat kepada keluarga, jiran-jiran, dan kawan-kawan anda dan melayan mereka seperti Juruselamat.

Sejak persidangan April, Sister Nelson dan saya telah bertemu dengan ahli-ahli di empat benua dan pulau-pulau di laut. Dari Yerusalem ke Harare, dari Winnipeg ke Bangkok, kami telah mengalami iman hebat dan kekuatan kesaksian anda.

Kami sangat gembira dengan nombor remaja kita yang telah menyertai batalion remaja Tuhan untuk membantu mengumpulkan Israel yang tersebar.1 Kami berterima kasih kepada anda! Dan apabila anda terus mengikuti jemputan saya yang diberi di pertemuan rohani remaja seluruh dunia, anda sedang memberi contoh untuk kita ikuti. Anda remaja telah membuat perbezaan yang besar!

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kami yang berada dalam majlis utama Gereja telah membincangkan soalan asas: bagaimana kita boleh mengambil Injil dalam kesuciannya dan tatacara-tatacara dengan kesan abadi mereka kepada semua anak-anak Tuhan?

Sebagai Orang Suci Zaman Akhir, kita telah terbiasa memikirkan “gereja” sebagai sesuatu yang berlaku di rumah pertemuan kita, disokong oleh apa yang berlaku di rumah. Kita memerlukan perubahan untuk pola ini. Ia adalah masa untuk Gereja berpusat di rumah, disokong oleh apa yang berlaku dalam bangunan cabang, bahagian, dan pancang kita.

Ketika Gereja terus berkembang di seluruh dunia, ramai ahli-ahli hidup di tempat yang tidak ada gereja—dan tidak akan ada untuk masa yang lama. Saya ingat satu keluarga yang perlu bertemu di rumah mereka kerana keadaan ini. Saya bertanya kepada ibu bagaimana dia suka pergi ke gereja di rumah sendiri. Dia menjawab, “Saya sukakannya! Suami saya menggunakan bahasa yang lebih baik di rumah sekarang kerana dia akan memberkati sakramen di sini setiap hari Ahad.”

Objektif Gereja adalah untuk membantu semua ahli-ahli meningkatkan iman mereka kepada Tuhan Yesus Kristus dan dalam Korban tebusan-Nya, untuk membantu mereka membuat dan mentaati perjanjian mereka dengan Tuhan, dan menguatkan dan memeteraikan keluarga mereka. Di dunia yang kompleks hari ini, ini tidak mudah. Musuh dengan cepat sedang meningkatkan serangannya terhadap iman dan terhadap kita dan keluarga kita. Untuk bertahan hidup secara rohani, kita memerlukan rancangan proaktif dan menentang musuh. Kami sekarang ingin menerapkan perubahan organisasi yang akan memperkukuhkan para ahli kita dan keluarga mereka.

Selama bertahun-tahun, para pemimpin Gereja telah mengusahakan kurikulum bersepadu untuk menguatkan keluarga dan individu melalui satu rancangan berpusat di rumah dan disokong Gereja untuk mempelajari ajaran, menguatkan iman, dan memupuk ibadat peribadi yang lebih besar. Usaha kita dalam beberapa tahun ini untuk menyucikan hari Sabat—untuk membuatnya satu kenikmatan dan tanda peribadi kasih kita kepada Tuhan—akan dipertingkatkan dengan perubahan yang kita sekarang akan memperkenalkan.

Pagi ini kami akan mengumumkan satu keseimbangan baru dan penghubungan antara pengajaran Injil di rumah dan di Gereja. Kita masing-masing bertanggungjawab untuk pertumbuhan rohani individu kita. Tulisan suci membuatnya jelas bahawa ibu bapa mempunyai tanggungjawab penting untuk mengajar ajaran kepada anak-anak mereka.2 Ia adalah tanggungjawab Gereja untuk membantu setiap ahli dalam matlamat jelas untuk meningkatkan pengetahuan Injil mereka.

Elder Quentin L. Cook sekarang akan menjelaskan perubahan penting ini. Semua ahli-ahli Majlis Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul bersatu dalam mengesahkan pesanan ini. Kami dengan kesyukuran mengakui inspirasi dari Tuhan yang telah mempengaruhi perkembangan rancangan dan prosedur yang akan disampaikan oleh Elder Cook.

Para saudara dan saudari yang terkasih, saya tahu Tuhan hidup! Yesus ialah Kristus! Inilah Gereja-Nya yang Dia pimpin melalui nubuat dan wahyu kepada hamba-hamba rendah hati-Nya. Saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.