2010–2019
Menggembala Jiwa
Oktober 2018


Menggembala Jiwa

Kita melayan orang lain dengan belas kasihan kerana Juruselamat memerintah kita untuk membuat demikian.

Dalam satu perbualan dengan seorang rakan baru-baru ini, dia beritahu saya apabila dia seorang ahli baru dalam Gereja, tiba-tiba dia rasa dia bukan sebahagian bahagiannya. Para penginjil yang ajar dia sudah pindah, dan dia rasa sunyi. Tanpa rakan dalam bahagian, dia cari rakan lamanya dan bersama mereka dia menyertai aktiviti yang menghalang dia mengambil bahagian dalam gereja—sehingga dia mula jauhkan diri dari jemaah gereja. Dengan air mati dalam matanya, dia memberitahu betapa syukur dia rasa apabila seorang ahli bahagian menjemput dia kembali ke gereja dengan cara yang mesra dan menyeluruh. Dalam beberapa bulan, dia kembali ke jemaah gereja, memperkuatkan orang lain serta diri sendiri. Kita juga bersyukur kepada gembala di Brazil yang mencarikan pemuda ini, Elder Carlos A. Godoy, yang sekarang duduk di belakang saya sebagai seorang ahli Presidensi Tujuh Puluh.

Adalah luar biasanya bagaimana usaha yang kecil boleh datangkan hasil abadi. Kebenaran ini berada pada pusat usaha pelayanan Gereja. Bapa Syurgawi boleh buatkan usaha harian kita yang biasa sesuatu yang luar biasa. Hanya enam bulan lalu semenjak Presiden Russell M. Nelson umumkan bahawa “Tuhan sudah buat penyesuaian penting dalam cara kita menjaga satu sama lain,”1 dan menjelaskan, “[Kita] akan melayan satu sama lain dalam satu cara yang baru dan lebih kudus. Kami akan mengenali usaha-usaha ini sebagai ‘pelayanan.’”2

Presiden Nelson jelaskan: “Satu ciri Gereja Tuhan yang sejati dan hidup ialah usaha yang teratur dan diarahkan untuk melayani setiap anak Tuhan dan keluarga mereka. Oleh kerana ia ialah Gereja-Nya, kita sebagai orang suruhan-Nya akan melayan kepada yang satu, sama seperti Dia melakukan. Kita akan melayan dalam nama-Nya, dan kuasa dan wewenang-Nya, dan dengan kebaikan-Nya yang penuh kasih.”3

Semenjak pengumuman itu, balasan anda sangat baik! Kami sudah menerima laporan tentang kejayaan pelaksanaan perubahan-perubahan ini hampir dalam semua pancang dalam dunia seperti yang diarahkan oleh nabi hidup kita. Sebagai contoh, pelayan saudara dan pelayan saudari sudah ditugaskan kepada keluarga, teman-teman—termasuk remaja Putera dan remaja Puteri—sudah ditubuhkan, dan temu duga pelayanan sedang dijalankan.

Memang bukan satu kebetulan bahawa enam bulan sebelum pengumuman semalam—“satu keseimbangan dan hubungan baru di antara arahan injil dalam rumah dan dalam Gereja”4—pengumuman tentang pelayanan diberikan. Bermula pada Januari, apabila kita kekurangan satu jam dalam penyembahan gereja, semua yang sudah kita belajar dari pelayanan akan menolong kita mengimbang semula kekosongan itu dengan satu pengalaman hari Sabat yang lebih tinggi dan kudus, yang berpusat pada keluarga bersama keluarga dan orang terkasih.

Dengan penubuhan struktur organisasi ini, kitai mungkin tanya, “Bagaimana kita tahu kita melayan dalam cara Tuhan? Adakah kita menolong Gembala yang Baik dalam cara yang Dia inginkan?”

Dalam perbincangan dengan Presiden Henry B. Eyring baru-baru ini, dia memuji para Orang Suci dalam usaha mereka untuk mengubahsuai kepada perubahan-perubahan ini tetapi juga menyatakan harapannya iaitu ahli-ahli boleh mengenal pasti bahawa pelayanan adalah lebih daripada hanya “bersopan santun.” Ini bukan kata bahawa bersopan santun tidak penting, tetapi mereka yang tahu pelayanan yang benar sedar bahawa ia adalah lebih daripada hanya bersikap sopan santun. Dilakukan dalam cara Tuhan, pelayanan boleh ada pengaruhan baik yang luas yang berterusan sepanjang keabadian, seperti yang berlaku ke atas Elder Godoy.

“Juruselamat menunjukkan melalui teladan ertinya untuk melayani semasa Dia melayan kerana kasih. … Dia … mengajar, berdoa untuk, menghibur, dan memberkati mereka di sekitar-Nya, menjemput semua untuk mengikut Dia. … Semasa ahli-ahli Gereja melayan [dalam cara yang lebih baik dan lebih kudus], mereka berdoa mencari peluang untuk melayan seperti Dia—untuk … ‘mengawasi gereja selalu, dan berada bersama dan menguatkan mereka,’ ‘mengunjungi rumah setiap anggota,’ dan membantu setiap orang untuk menjadi pengikut Yesus Kristus yang sejati.”5

Kita faham bahawa seorang gembala benar mengasihi domba-dombanya, mengetahui nama setiap domba, dan “mengambil minat” tentang mereka.6

Imej
Biri-biri di gunung

Seorang rakan lama saya ialah seorang penternak sepanjang hidup, bekerja keras membesarkan lembu dan biri-biri pada Gunung-gunung Rocky yang lekak-lekuk. Satu kali, dia memberitahu saya tentang cabaran dan kebahayaan yang berkait dengan menternak biri-biri. Dia huraikan bahawa pada awal musim bunga, apabila hampir semua salji pada gunung yang luas itu mencair, dia letakkan hampir 2,000 ekor biri-biri pada gunung-gunung itu untuk musim panas. Kemudian, dia jagakan biri-biri itu sehingga hujung musim luruh, apabila mereka dipindah dari padang musim panas ke padang musim sejuk di gurun. Dia huraikan bagaimana menjaga satu kumpulan biri-biri ialah kerja yang susah, dia harus bangun sebelum matahari terbit dan kerja sehingga lewat malam. Dia tidak dapat melakukan kerja ini sendiri.

Imej
Pekerja bersama biri-birinya

Ada orang lain yang menolong menjaga biri-birinya, termasuk pekerja yang berpengalaman, dibantu oleh pekerja yang kurang berpengalaman yang belajar dari teman yang lebih berpengalaman. Dia juga bergantung kepada dua ekor kuda tua, dua ekor anak kuda yang sedang berlatih, dua ekor anjing gembala yang tua, dan dua atau tiga ekor anak anjing gembala. Sepanjang musim panas, rakan saya dan biri-birinya menghadapi angin dan ribut hujan, kesakitan, kecederaan, kemarau, dan hampir semua kesusahan yang boleh anda gambarkan. Ada banyak tahun mereka perlu mengangkat air sepanjang musim panas untuk memastikan biri-biri itu hidup. Kemudian, pada lewat musim luruh, apabila cuaca musim sejuk mengancam dan biri-biri itu harus tinggalkan gunung-gunung, biasanya dia akan kekurangan lebih 200 ekor biri-biri.

Imej
Menggembala biri-biri
Imej
Kawanan biri-biri

2,000 ekor biri-biri pada awal musim bunga dikurangkan kepada 1,800 ekor. Kebanyakan biri-biri yang hilang tidak mati kerana kesakitan atau kematian semula jadi, tetapi mereka diserang oleh pemangsa seperti singa gunung atau anjing hutan. Pemangsa-pemangsa ini biasanya carikan biri-biri yang tinggalkan kumpulan, menjauhkan diri daripada perlindungan gembala mereka. Bolehkah anda timbangkan apa yang telah saya huraikan dalam konteks rohani? Siapakah gembala itu? Siapakah kumpulan biri-biri itu? Siapakah mereka yang menolong gembala?

Imej
Gembala yang Baik

Tuhan Yesus Kristus berfirman, “Akulah gembala yang Baik … begitu juga Aku mengenal domba-domba-Ku … Aku mengorbankan nyawa untuk mereka.”7

Imej
Yesus memberi makan kepada domba-domba-Nya

Nabi Nefi juga ajar bahawa Yesus “akan memberi makan kepada domba-Nya, dan di dalam Dia mereka akan menemukan padang rumput.”8 Saya mendapat kedamaian mengetahui bahawa “Tuhan ialah gembalaku9 dan Dia mengetahui dan menjaga kita setiap orang. Apabila kita menghadapi angin dan ribut hujan kehidupan, kesakitan, kecederaan, dan kemarau, Tuhan—Gembala kita—akan melayan kita. Dia akan memulihkan jiwa kita.

Sama seperti cara rakan saya menjaga biri-birinya dengan bantuan pekerja yang muda dan tua, kuda, serta anjing biri-biri, Tuhan juga perlukan bantuan dalam kerja menjaga domba-Nya.

Imej
Yesus Kristus melayan

Sebagai anak-anak seorang Bapa Syurgawi yang penyayang dan sebagai domba-domba-Nya, kita menikmati berkat dilayan oleh Yesus Kristus secara individu. Serentaknya, kita juga gembala yang bertanggungjawab untuk melayan orang di sekeliling kita. Kita mengendahkan firman Tuhan untuk “melayani-Ku dan maju dalam nama-Ku, dan akan mengumpulkan bersama domba-domba-Ku.”10

Siapakah gembala itu? Setiap lelaki, perempuan, dan kanak-kanak dalam kerajaan Tuhan ialah seorang gembala. Kita tidak perlukan satu panggilan. Dari saat kita keluar dari air pembaptisan, kita dipanggil ke kerja ini. Kita melayan orang lain dengan belas kasihan kerana Juruselamat memerintah kita untuk membuat demikian. Alma kata: “Kerana gembala manakah … yang memiliki banyak domba tidak mengawasi mereka, agar serigala tidak masuk dan melahap kawanan dombanya? … Tidakkah dia menghalaunya keluar?”11 Apabila jiran kita bersengsara secara jasmani atau rohani, kita cepat memberi bantuan. Kita menanggung beban satu sama lain, agar ia boleh menjadi ringan. Kita berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa. Kita menghibur mereka yang memerlukan penghiburan.12 Dengan berbelas kasihan, Tuhan harapkan ini dari kita. Dan hari itu akan datang apabila Dia akan menghakimi kita demi pelayanan kita kepada domba-domba-Nya.13

Rakan saya kongsikan satu lagi elemen yang sangat penting dalam penjagaan biri-biri di padang gunung. Dia huraikan bahawa biri-biri yang hilang mudah diserang oleh pemangsa. Dia dan pekerjanya gunakan sebanyak 15 peratus masa mereka mencari biri-biri yang hilang. Lebih awal mereka carikan biri-biri yang hilang, sebelum biri-biri itu menjadi terlalu jauh dari kumpulan mereka, lebih kurang kemungkinan biri-biri itu diserang. Mencari biri-biri yang hilang memerlukan banyak kesabaran dan disiplin.

Beberapa tahun lalu, saya baca satu artikel dalam satu surat khabar tempatan. Saya simpankan artikel itu kerana ia sangat seronok. Tajuk berita muka surat depan baca, “Anjing Yang Berazam Enggan Meninggalkan Biri-biri Yang Sesat.”14 Rencana ini menceritakan tentang sekumpulan kecil biri-biri dari satu padang penternak, tidak jauh dari padang rakan saya, ditinggalkan di padang musim panas mereka. Dua atau tiga bulan kemudian, mereka terdampar pada gunung-gunung yang bersalji. Apabila biri-biri itu menjadi sesat, anjing gembala mereka tetap bersama mereka, kerana tugasnya adalah untuk menjaga dan melindungi biri-biri itu. Dia tidak henti menjaga mereka! Dia tetap di situ—menjaga biri-biri itu buat beberapa bulan dalam cuaca yang sejuk dan bersalji, melayan sebagai satu perlindungan dari koyote, kugar, atau pemangsa lain yang mungkin mengancam biri-biri itu. Dia tinggal di situ sehingga dia boleh bimbing biri-biri itu kembali kepada gembala dan kumpulan mereka. Imej pada muka surat depan artikel ini membenarkan kita nampak sifat-sifat dalam mata dan sikap anjing gembala itu.

Imej
Sifat dalam mata dan sikap seekor anjing gembala

Dalam Perjanjian Baru, kita baca satu perumpamaan dan arahan dari Juruselamat yang berikan pandangan lebih mendalam mengenai tanggungjawab kita sebagai gembala, saudari dan saudara pelayan kepada biri-biri yang hilang:

“Andai kata seorang daripada kamu mempunyai seratus ekor domba, lalu kehilangan seekor, apakah yang akan dilakukannya? Tentu dia akan meninggalkan domba yang sembilan puluh sembilan ekor di padang rumput, lalu pergi mencari yang hilang itu sehingga dapat?

“Apabila dia menjumpai domba itu, dia memikulnya pada bahu.

“Dengan sukacita dia membawa domba itu pulang. Setelah itu dia memanggil kawan dan jirannya, lalu berkata kepada mereka, ‘Marilah kita bergembira! Dombaku yang hilang sudah aku jumpai semula!’”15

Semasa kita merumuskan ajaran yang diajar dalam perumpamaan ini, kita mendapati nasihat-nasihat berikut:

  1. Kita harus mengenal pastikan domba-domba yang hilang.

  2. Kita carikan mereka sehingga mereka didapati.

  3. Apabila mereka didapati, kita mungkin perlu memikul mereka di atas bahu kita untuk membawa mereka kembali ke rumah.

  4. Kita mengelilingi mereka dengan rakan-rakan setelah mereka kembali.

Saudara saudari, cabaran dan ganjaran terbesar kita mungkin akan datang semasa kita melayani domba-domba yang hilang. Ahli-ahli Gereja dalam Kitab Mormon “mengawasi orang mereka, dan memelihara mereka dengan apa yang berkaitan dengan kebenaran.”16 Kita boleh ikut teladan mereka apabila kita ingat bahawa pelayanan adalah “dibimbing oleh Roh, … fleksibel dan … disesuaikan mengikut keperluan setiap ahli.” Adalah penting juga kita “mencari peluang membantu para individu dan keluarga bersedia untuk tatacara seterusnya, mentaati perjanjian [mereka] … , dan menjadi berdikari.”17

Setiap jiwa berharga kepada Bapa Syurgawi kita. Jemputan peribadi-Nya untuk melayan paling berharga dan penting bagi Dia, kerana inilah kerja dan kemuliaan-Nya. Ini benar-benarnya kerja keabadian. Dalam pandangan-Nya, setiap orang anak-Nya ada banyak potensi. Dia mengasihi anda dengan satu kasih sayang yang tidak dapat anda faham. Seperti anjing gembala yang taat setia, Tuhan akan berada pada gunung untuk melindungi anda di tengah tengah angin, ribut hujan, salji dan lebih lagi.

Presiden Russell M. Nelson ajar kita pada persidangan umum lepas ini: “Pesanan kita kepada dunia [dan saya tambah, ‘kepada para pelayan kita’], adalah sederhana dan tulus ikhlas: kita menjemput semua anak Tuhan yang berada pada dua belah tirai untuk mendekati Juruselamat, menerima berkat bait suci, berbahagia, dan menjadi layak demi kehidupan abadi.18

Saya harap kita capaikan visi kenabian ini, supaya kita boleh menggembala jiwa ke bait suci dan akhirnya ke Juruselamat kita, Yesus Kristus. Yesus tidak harapkan kita lakukan mukjizat. Dia hanya minta kita bawakan saudara saudari kita kepada Dia, kerana Dialah mempunyai kuasa untuk menebus jiwa. Apabila kita buat demikian, kita boleh dan akan jaminkan janji ini: “Apabila Gembala Agung itu datang kelak, kamu akan menerima mahkota yang mulia dan kekal.”19 Saya bersaksi tentang ini—dan tentang Yesus Kristus sebagai Juruselamat dan Penebus kita—dalam nama Yesus Kristus, amin.