2010–2019
Yang Terluka
Oktober 2018


Yang Terluka

Pada masa kritikal atas ujian bumi, maju ke hadapan dengan sabar, kuasa menyelamatkan Juruselamat membawa cahaya, pemahaman, kedamaian, dan harapan.

Pada 22 Mac 2016, baru sebelum pukul lapan pagi, dua bom pengganas meletup di Lapangan Terbang Brussels. Elder Richard Norby, Elder Mason Wells, dan Elder Joseph Empey telah menghantar Sister Fanny Clain ke lapangan terbang untuk pesawat ke misinya di Cleveland, Ohio. Tiga puluh dua orang terbunuh, dan semua orang penginjil tercedera.

Orang yang paling tercedera ialah Elder Richard Norby, berumur 66 tahun, melayan dengan isterinya, Sister Pam Norby.

Elder Norby bercakap tentang ketika itu:

“Tiba-tiba, saya tahu apa yang telah berlaku.

“Saya cuba berlari untuk keselamatan, tetapi saya terjatuh serta-merta. … Saya boleh melihat kaki kiri saya cedera parah. Saya [perasan] jelaga hitam, hampir seperti sarang labah-labah, yang meleleh keluar dari tangan saya. Saya menariknya dengan lembut, tetapi saya perasan ia bukan jelaga tetapi sebenarnya kulit yang terbakar. Baju putih saya memerah daripada kecederaan dari belakang saya.

“Ketika saya sepenuhnya menyedari apa yang telah berlaku, saya [ada] fikiran ini yang sangat kuat: … Juruselamat mengetahui di mana saya, apa yang telah berlaku, dan [apa yang] saya alami pada ketika itu.”1

Imej
Richard Norby diletakkan dalam koma teraruh

Richard Norby dan isterinya, Pam, mengalami hari-hari yang susah selepas itu. Dia diletakkan dalam koma teraruh, diikuti oleh pembedahan, jangkitan, dan ketidakpastian yang besar.

Richard Norby masih hidup, tetapi hidupnya tidak akan sama. Dua tahun setengah kemudian, lukanya masih menyembuh, sebuah pendakap menggantikan sebahagian kakinya yang terhilang, setiap langkah berbeza daripada langkah sebelum di Lapangan Terbang Brussels.

Imej
Richard dan Pam Norby

Mengapa hal ini berlaku kepada Richard dan Pam Norby?2 Mereka telah mentaati perjanjian-perjanjian mereka, melayani misi sebelumnya di Ivory Coast, dan membesarkan keluarga yang indah. Memang difahami seseorang boleh berkata, “Ini tidak adil! Ini tidak betul! Mereka memberikan hidup mereka untuk injil Yesus Kristus; bagaimana ini boleh berlaku?”

Ini Hidup Fana

Walaupun butiran-butiran berbeza, tragedi, ujian dan cubaan yang tidak diharapkan, baik jasmani mahupun rohani, berlaku kepada setiap kita kerana ini hidup fana.

Semasa saya berfikir tentang pengucap-pengucap dalam sesi persidangan pagi ini, saya perasan bahawa dua orang ada anak dan tiga orang ada cucu yang tidak disangka kembali ke rumah syurgawi mereka. Tiada orang bebas dari kesakitan dan kesedihan, dan seperti yang telah diucapkan, minggu ini, seorang malaikat di atas bumi yang kita sayangi, Sister Barbara Ballard, melalui tirai syurga. Presiden Ballard, kita tidak akan melupakan kesaksian anda pagi tadi.

Kita mencari kegembiraan. Kita mengingini kedamaian. Kita mengharapkan kasih sayang. Dan Tuhan mencurahkan teramat banyak berkat-yang menakjubkan ke atas kita. Tetapi tercampur dengan kebahagiaan dan kegembiraan, satu hal adalah tentu: jiwa anda akan tercedera selama seketika, berjam-jam, berhari-hari, kadang-kadang bertahun-tahun.

Tulisan suci mengajar bahawa kita akan merasa yang masam dengan yang manis3 dan akan ada “pertentangan dalam segala hal.”4 Yesus berkata, “[Bapa kamu] menerbitkan matahari yang dijadikan-Nya untuk orang yang baik dan yang jahat. Dan menurunkan hujan untuk orang yang mentaati Tuhan dan juga untuk orang yang tidak mentaati-Nya.”5

Luka jiwa tidak unik kepada yang kaya mahupun yang miskin, sebuah budaya, negara, mahupun generasi. Luka datang kepada semua dan merupakan sebahagian pembelajaran yang kita terima daripada pengalaman fana ini.

Orang Soleh Tidak Bebas dari Luka

Pesanan saya hari ini terutamanya untuk mereka yang mematuhi perintah-perintah Tuhan, mentaati perjanjian dengan Tuhan, dan, seperti keluarga Norby dan banyak lelaki, perempuan, dan anak yang lain dari para penonton seluruh dunia ini, dihadapi oleh ujian dan cabaran yang tidak diharapkan serta menyakitkan.

Luka-luka kita mungkin datang daripada bencana alam atau kemalangan malang. Luka mungkin datang daripada suami atau isteri yang tidak setia, membuatkan kehidupan terbantut bagi seorang isteri atau suami yang setia dan kanak-kanaknya. Luka mungkin datang daripada kegelapan dan kemurungan, kesakitan yang tidak disangka, penderitaan atau kematian awal orang yang disayangi kita, kesedihan kerana ahli gereja menolak iman dia, kesunyian apabila keadaan tidak membawa rakan abadi, mahupun beratus-ratus “[kesukaran] lain menyakitkan hati dan tidak dapat dilihat.”6

Setiap kita memahami kesusahan sebahagian kehidupan, tetapi kesusahan boleh mengejutkan kita ketika datang kepada diri kita. Tanpa terkejut, kita perlu bersedia. Rasul Petrus berkata, “Kamu sekarang menanggung penderitaan yang berat kerana kamu sedang diuji. Janganlah hairan dan janganlah anggap perkara itu luar biasa.”7 Rancangan Bapa kita bagaikan kain yang dianyam dengan warna muda yang merupakan kegembiraan dan kebahagiaan bersama warna tua yang merupakan ujian dan tragedi. Perjuangan ini, walaupun susah, sering menjadi pengajar kita yang terbesar.8

Apabila menceritakan kisah 2,060 askar muda Helaman, kita suka ayat suci ini: “Menurut kebaikan Tuhan, dan yang membuat kami amat tercengang, dan juga seluruh tentera kami bersukacita, tidak ada satu jiwa pun di antara mereka yang binasa.”

Tetapi ayat teruskan: “tidak ada satu jiwa pun di antara mereka yang binasa; ya, dan tidak juga ada satu jiwa pun di antara mereka yang tidak mengalami banyak luka.”9 Setiap daripada 2,060 orang menerima banyak luka, dan setiap kita akan tercedera dalam perjuangan kehidupan, secara jasmani, rohani, mahupun kedua-duanya.

Yesus Kristus ialah Orang Samaria yang Baik Bagi Kita

Jangan mengaku kalah—tanpa mengira kedalaman luka jiwa anda, dari mana-mana sumber, di mana atau bila lukanya berlaku, dan berapa lama lukanya kekal, anda tidak patut binasa secara rohani. Anda patut bertahan hidup secara rohani dan bertambah iman dan kepercayaan kepada Tuhan.

Tuhan tidak menciptakan roh kita supaya tidak bergantung pada Dia. Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus, melalui kurnia Korban Tebusan-Nya yang tak terhitung, tidak hanya menyelamatkan kita dari kematian dan menawarkan pengampunan dosa, melalui pertaubatan, tetapi Dia juga sedia berdiri untuk menyelamatkan kita dari kesedihan dan kesakitan jiwa kita yang terluka.10

Imej
Orang Samaria yang Baik

Juruselamat ialah orang Samaria yang baik,11 diutus “untuk memulihkan orang yang hancur hati.”12 Dia datang kepada kita walaupun orang lain menyeberang jalan. Dengan rasa kasihan, Dia menempatkan penawar penyembuhan ke atas luka-luka kita dan mengikatnya. Dia mengangkat kita. Dia menjaga kita. Dia meminta kita, “Datang kepada-Ku … dan aku akan menyembuhkan [kamu].”13

“Dan [Yesus] akan … [menderita] kesakitan dan kesengsaraan daripada setiap jenis; … agar … Dia [boleh] mengambil ke atas diri-Nya kesakitan dan penyakit umat-Nya. … [mengambil ke atas diri-Nya] kelemahan [kita], [dipenuhi] dengan rasa belas kasihan.”14

Datang, yang telah putus asa, di mana kamu merana;

Berlutut di depan kerusi rahmat.

Bawa hati yang terluka; ceritakan kesakitanmu yang fana.

Syurga boleh sembuhkan semua kesakitan akan tamat.15

Pada masa penuh dengan penderitaan, Tuhan memberitahu Nabi Joseph, “Semua hal ini akan memberi engkau pengalaman, dan akan menjadi kebaikanmu.”16 Bagaimana luka yang menyakitkan boleh menjadi kebaikan kita? Pada masa kritikal atas ujian bumi, maju ke hadapan dengan sabar, dan kuasa menyelamatkan Juruselamat membawa cahaya, pemahaman, kedamaian, dan harapan.17

Janganlah Berputus Asa

Berdoalah dengan seluruh hati anda. Kuatkanlah iman anda kepada Yesus Kristus, dalam realiti-Nya, dalam rahmat-Nya. Berpeganglah kepada firman-Nya: “Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah.”18

Ingatlah, pertaubatan merupakan ubat rohani yang sangat berkesan.19 Patuhi perintah-perintah dan menjadi layak Penolong, mengingati perjanjian Juruselamat, “Aku tidak akan meninggalkan kamu sedih: Aku akan datang kepada kamu.”20

Kedamaian dari bait suci merupakan penawar menenangkan kepada jiwa yang terluka. Kembali ke rumah Tuhan dengan hati terluka anda dan nama-nama saudara anda sekerap mungkin. Bait suci menolong kita memahami apa yang berlaku semasa kehidupan fana kita dari pandangan abadi.21

Fikirkan masa lalu, mengingati bahawa anda telah membuktikan kelayakan anda dalam keadaan pra-fana. Anda anak Tuhan yang berani, dan anda boleh memenangi pertempuran dunia yang jatuh. Anda pernah menang, dan anda boleh menang sekali lagi.

Fikirkan masa depan. Kesusahan dan kesedihan anda sangat nyata,tetapi tidak akan kekal selama-lamanya.22 Malam gelap anda akan berlalu, kerana “Putera … [dibangkit] dengan kesembuhan seperti sinar matahari.”23

Keluarga Norby memberitahu saya, “Kekecewaan kadang-kadang melawat tetapi tidak pernah dibenarkan tinggal.”24 Rasul Paulus berkata, “Kami sering kali dianiaya, tetapi kami tidak menyerah kalah. Kadangkala kami kebingungan, tetapi tidak pernah putus harapan.”25 Anda mungkin letih, tetapi jangan menyerah kalah.26

Walaupun dengan luka yang menyakitkan, anda akan menjangkau secara naluri kepada orang lain, mempercayai perjanjian Juruselamat: “sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mengalami hidup yang sejati.”27 Orang tercedera yang merawat luka-luka orang lain ialah malaikat Tuhan di atas bumi.

Dalam beberapa ketika, kita akan mendengar nabi terkasih kita, Presiden Russell M. Nelson, seorang lelaki dengan iman berani dalam Yesus Kristus, penuh dengan harapan dan kedamaian, disayangi Tuhan tetapi tidak bebas dari luka-luka jiwa.

Pada tahun 1995 anak perempuannya Emily, semasa mengandung, didiagnosis dengan kanser. Hari-hari harapan dan kegembiraan berlalu semasa bayi dia yang sihat dilahirkan. Tetapi kanser kembali semula, dan Emily yang terkasih meninggal dunia hanya dua minggu selepas hari jadi ke-37 dia, meninggalkan suami penyayang dan lima anak kecil.

Imej
Presiden Nelson berucap pada tahun 1995

Semasa persidangan umum, tidak lama selepas kematiannya, Presiden Nelson mengaku: “Tangisan kesedihan saya telah mengalir bersama keinginan untuk melakukan lebih banyak bagi anak perempuan kami. … Jika saya memiliki kuasa kebangkitan, saya akan tergoda membangkitkan [dia]. … [Tetapi] Yesus Kristus memegang kunci-kunci itu dan akan menggunakannya bagi Emily … dan bagi semua orang pada masa Tuhan.”28

Imej
Presiden Nelson di Puerto Rico

Bulan lepas, semasa melawat Orang Suci di Puerto Rico dan mengingati taufan dahsyat dari tahun lepas, Presiden Nelson bercakap dengan kasih sayang dan rasa kasihan:

“[Inilah] sebahagian kehidupan. Inilah mengapa kita di sini. Kita di dunia ini untuk memperolehi tubuh badan dan untuk dicuba dan diuji. Beberapa ujiannya merupakan ujian jasmani; ada yang rohani, dan ujian anda di sini ialah ujian jasmani serta rohani.”29

“Anda belum menyerah kalah. Kami [sangat] berbangga dengan anda. Anda Orang Suci yang setia telah kehilangan banyak, tetapi melalui semuanya, telah meningkatkan iman anda kepada Tuhan Yesus Kristus.”30

“Kita boleh mencari kegembiraan antara keadaan yang paling buruk dengan mematuhi perintah-perintah Tuhan.”31

Semua Air Mata Akan Disapu

Saudara-saudari saya, saya berjanji kepada anda bahawa bertambah iman anda kepada Tuhan Yesus Kristus akan memberi anda lebih banyak kekuatan dan harapan. Bagi anda,yang soleh, Penyembuh jiwa kita, pada masa dan dengan cara-Nya, akan menyembuhkan semua luka kita.32 Tiada ketidakadilan, penganiayaan, ujian, kesedihan, kesakitan hati, penderitaan, mahupun luka—walaupun mendalam, luas, atau menyakitkan—akan dikecualikan dari ketenangan, kedamaian, dan harapan yang berterusan daripada Dia dengan tangan terbuka serta terluka akan menyambut kita kembali ke hadirat-Nya. Pada hari itu, rasul Yohanes bersaksi, orang soleh “yang [melalui] penganiayaan yang dahsyat”33 akan berdiri “berjubah putih … di hadapan takhta Tuhan.” Domba akan “hidup bersama-sama mereka … dan Tuhan akan menyapu air mata mereka.”34 Hari itu akan datang. Saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Perbualan peribadi, 26 Januari 2018.

  2. Dalam sebuah perbualan lebih awal tahun ini, Richard Norby berkata kepada saya, “Kita bertindak kepada apa yang telah diberikan kepada kita.” Dia berkongsi dari jurnal dia: “Cubaan dan ujian yang datang kepada kita memberi kita peluang dan keistimewaan untuk mengenali Juruselamat dengan lebih baik dan memahami korban tebusan-nya dengan lebih mendalam. Pada dialah kita bersandar. Dia yang kita carikan. Pada dialah kita bergantung. Kepada dialah kita mempunyai keyakinan. Kepada dialah kita mengasihi dengan sepenuh hati, tanpa sebarang keraguan. Juruselamat telah menyembuhkan semua kesakitan jasmani dan emosi yang berkaitan dengan hidup fana. Dia mengambil kesakitannya daripada kita. Dia menyerap semua kesedihan kita.”

  3. Lihat Ajaran dan Perjanjian 29:39.

  4. 2 Nefi 2:11.

  5. Matius 5:45.

  6. “Lord, I Would Follow Thee,” Hymns, no. 220.

  7. 1 Petrus 4:12.

  8. “Dan dengan ini kita akan menguji mereka, untuk melihat adakah mereka akan melakukan segala hal apa pun yang Tuhan Raja mereka akan perintahkan kepada mereka.” (Abraham 3:25; juga lihat Ajaran dan Perjanjian 101:4–5).

  9. Alma 57:25.

  10. Seorang kawan menulis kepada saya: “Sebuah pertempuran selama lima tahun dengan ‘kegelapan dan kesuraman’ beremosi dalam pelbagai meluaskan keupayaan, keazaman, iman, dan kesabaran. Selepas berhari-hari ‘penderitaan,’ kamu letih. Selepas berminggu-minggu ‘penderitaan,’ kamu penat. Selepas berbulan-bulan ‘penderitaan,’ kamu dilemahkan. Selepas bertahun-tahun ‘penderitaan,’ kamu menyerahkan kepada kemungkinan bahawa kamu tidak akan dibaiki. Harapan menjadi kurnia yang paling berharga serta susah ditangkap. Ringkasnya, saya tidak pasti jika saya tahu macam mana saya mengatasi ujian ini, melainkan melalui [Juruselamat]. Ini satu-satunya penjelasan. Saya tidak dapat menjelaskan macam mana saya tahu, kecuali saya tahu sahaja. Kerana Dialah, saya mengatasinya.”

  11. Lihat Lukas 10:30-35.

  12. Lukas 4:18; lihat juga Yesaya 61:1.

  13. 3 Nefi 18:32.

  14. Alma 7:11-12. “Dia telah turun di bawah segalanya, dimana Dia memahami segalanya” (Ajaran dan Perjanjian 88:6).

  15. “Come, Ye Disconsolate,” Hymns, no. 115.

  16. Ajaran dan Perjanjian 122:7.

  17. “Kamu tahu keagungan Tuhan; dan Dia akan membaktikan kesengsaraanmu demi keuntunganmu” (2 Nefi 2:2). “Aku tahu bahawa barang siapa akan menaruh kepercayaannya kepada Tuhan akan didukung dalam percubaan mereka, dan kesusahan mereka, dan kesengsaraan mereka, dan akan diangkat pada hari terakhir” (Alma 36:3).

  18. 2 Korintus 12:9.

  19. Lihat Neil L. Andersen, “The Joy of Becoming Clean,” Ensign, Apr. 1995, 50–53.

  20. Yohanes 14:18.

  21. “Jika harapan kita kepada Kristus terbatas kepada hidup kita di dunia ini sahaja, maka kitalah yang paling malang antara semua orang di dunia ini” (1 Korintus 15:19).

  22. Dalam ayat pertama Kitab Mormon, Nefi menjelaskan bahawa dia telah, “melihat banyak kesengsaraan dalam perjalanan hidup [dia]” (1 Nefi 1:1). Kemudian, Nefi berkata, “Walau bagaimanapun, aku memandang kepada Tuhanku, dan aku memuji Dia sepanjang hari; dan aku tidak merungut terhadap-Nya kerana kesengsaraanku” (1 Nefi 18:16).

  23. 3 Nefi 25:2.

  24. Perbualan peribadi, 26 Januari 2018.

  25. 2 Korintus 4:8–9.

  26. Presiden Hugh B. Brown, semasa melawat Israel, ditanya mengapa Abraham diperintah untuk mengorbankan anak lelaki dia. Dia menjawab, “Abraham perlu belajar sesuatu tentang dirinya” (dalam Truman G. Madsen, Joseph Smith the Prophet [1989], 93).

  27. Matius 16:25.

  28. Russell M. Nelson, “Children of the Covenant,” Ensign, Mei 1995, 32.

  29. Dalam Jason Swensen, “Better Days Are Ahead for the People of Puerto Rico,” Church News, Sept. 9, 2018, 4.

  30. Russell M. Nelson, di Swensen, “Better Days Are Ahead,” 3.

  31. Russell M. Nelson, di Swensen, “Better Days Are Ahead,” 4.

  32. Lihat Russell M. Nelson, “Jesus Christ—the Master Healer,” Liahona, Nov. 2005, 85-88.

  33. Wahyu 7:14.

  34. Lihat Wahyu 7:13, 15, 17.