2010–2019
Unggun Api Iman Kita
Oktober 2018


Unggun Api Iman Kita

Bagi mereka yang mencari, membenarkan, dan menjalaninya, subuh iman, kadangkala secara beransur-ansur, akan datang atau akan kembali.

Saudara dan saudari, tidak ia menakjubkan untuk menerima wahyu berterusan dari syurga melalui Presiden Russell M. Nelson dan para pemimpin Gereja kita yang menjemput kita untuk hidup dalam cara yang baru dan lebih suci,1 di rumah dan di gereja, dengan segenap hati, minda, dan kekuatan kita?

Pernahkah anda memiliki kesempatan untuk melakukan sesuatu yang anda rasa tidak bersedia atau tidak mencukupi tetapi anda telah diberkati kerana mencuba?

Saya pernah. Ini adalah satu contoh.

Beberapa tahun yang lalu, Elder Richard G. Scott, ahli Kuorum Dua Belas Rasul, dengan ramah menjemput, “Gerrit, adakah anda mahu mewarna bersama saya?”

Elder Scott berkata mewarna membantunya memerhati dan mencipta. Dia telah menulis: “Cuba untuk menjadi kreatif, walaupun hasilnya sederhana. … Kreativiti dapat menimbulkan semangat syukur untuk kehidupan dan untuk apa yang Tuhan telah tenun ke dalam diri anda. … Jika anda memilih dengan bijak, ia tidak perlu menyerap masa yang banyak.”2

Presiden Henry B. Eyring menggambarkan seni meditasinya didorong oleh “perasaan kasih,” termasuklah “kasih Pencipta yang menginginkan anak-anak-Nya menjadi seperti-Nya—untuk mencipta dan membina.”3 Hasil kerja kreatif Presiden Eyring menyediakan “pandangan unik dan rohani bagi kesaksian dan iman”4

Karya lukisan Presiden Boyd K. Packer menggambarkan pesanan asas injil: “Tuhan adalah Pencipta langit dan bumi dan segala sesuatu yang ada di dalamnya, bahawa semua alam memberi kesaksian tentang penciptaan ilahi yang diarahkan itu, dan terdapat keharmonian yang lengkap di antara alam, sains, dan Injil Yesus Kristus.”5

Alma bersaksi, “Segala sesuatu menunjukkan ada seorang Tuhan.”6 Kanak-kanak Sekolah Primer kita menyanyikan, “Tiap aku dengar burung menyanyi dan kupandang langit biru, … Syukur ku hidup dalam dunia indah yang Bapa Syurgawi ciptakan bagiku.”7 Pengarang Victor Hugo meraikan “hubungan menakjubkan di antara makhluk dan hal-hal; yang berlangsungan dalam alam ini, dari matahari sehingga kutu daun. … Semua burung yang terbang memegang benang keabadian di cakar mereka. … Nebula adalah busut bintang-bintang.”8

Dan itu membawa kita kembali kepada jemputan Elder Scott.

“Elder Scott,” saya membalas, “Saya ingin menjadi lebih pemerhati dan kreatif. Saya seronok untuk membayangkan Bapa Syurgawi mewarna dengan awan yang bergumpal dan setiap warna langit dan air. Tetapi”—terdapat henti yang panjang—”Elder Scott.” saya berkata, “Saya tidak mempunyai bakat untuk mewarna air. Saya risau ia mungkin akan menghampakan anda untuk cuba dan mengajar saya.”

Elder Scott senyum dan mengatur untuk kami bertemu. Pada hari yang ditentukan, dia telah menyediakan kertas, warna, dan berus. Dia melakar beberapa garis kasar dan membantu membasahi kertas tersebut untuk saya.

Imej
Campfire at Sunset

Kami menggunakan lukisan warna airnya sebagai contoh bertajuk Campfire at Sunset. Semasa kami mewarna, kami bercakap tentang iman—bagaimana kami menghadapi cahaya dan kehangatan unggun api, kami meninggalkan kegelapan dan ketidakpastian di belakang kami—bagaimana kadang-kadang, malam kesepian yang panjang, unggun api iman kita dapat memberikan harapan dan jaminan. Dan subuh telah tiba. Unggun api iman kami—kenangan, pengalaman, dan warisan iman kami dalam kebaikan dan belas kasihan Tuhan dalam kehidupan kami—telah menguatkan kami sepanjang malam tersebut.

Kesaksian saya adalah—bagi mereka yang mencari, membenarkan, dan menjalaninya, subuh iman, kadangkala secara beransur-ansur, akan datang atau akan kembali. Cahaya akan tiba ketika kita menghasratkan dan mencarinya, ketika kita bersabar dan patuhi perintah-perintah Tuhan, ketika kita terbuka kepada rahmat, penyembuhan dan perjanjian-perjanjian Tuhan.

Semasa kami mulai mewarna, Elder Scott menggalakkan, “Gerrit, bahkan dengan satu pengajaran anda akan mewarna sesuatu yang akan anda ingin simpan dan ingati.” Elder Scott benar. Saya menghargai unggun api iman kita yang Elder Scott bantu saya warnai. Keupayaan seni saya tetap terhad, tetapi peringatan akan unggun api kita dapat mendorong kita dalam lima cara.

Pertama, unggun api iman kita dapat menggalakkan kita untuk mencari sukacita dalam kreativiti yang sihat.

Terdapat sukacita dalam membayangkan, mempelajari, melakukan hal-hal baru yang berbaloi. Hal ini terutamanya benar semasa kita memperdalamkan iman dan kepercayaan kita kepada Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus. Kita tidak dapat lebih mengasihi diri kita untuk menyelamatkan diri kita. Tetapi Bapa Syurgawi lebih mengasihi kita dan lebih mengenali kita dari yang kita kasihi dan kenali diri kita. Kita boleh percaya kepada Tuhan dan janganlah bersandar kepada pengertian kita sendiri.9

Pernahkah hanya anda seorang saja yang tidak dijemput ke majlis hari jadi seseorang?

Pernahkah anda menjadi pilihan terakhir, atau tidak dipilih, ketika pemilihan kumpulan?

Pernahkah anda bersedia untuk ujian sekolah, temu duga pekerjaan, satu peluang yang anda benar-benar inginkan—dan anda rasa anda telah gagal?

Pernahkah anda berdoa untuk sebuah hubungan yang, atas apa pun sebabnya, tidak berhasil?

Pernahkah anda menghadapi penyakit kronik, ditinggalkan oleh pasangan, berdukacita untuk keluarga?

Juruselamat kita mengetahui keadaan kita. Semasa kita menjalankan hak pilihan yang diberikan Tuhan dan melibatkan semua kemampuan kita dalam kerendahan hati dan iman, Juruselamat kita, Yesus Kristus, dapat membantu kita menghadapi cabaran dan sukacita kehidupan. Iman merangkumi sebuah hasrat dan pilihan untuk percaya. Iman juga datang dengan mematuhi perintah-perintah Tuhan, yang diberikan untuk memberkati kita, semasa kita mengikuti jalan perjanjian-Nya.

Ketika kita berasa, atau merasa, tidak pasti, sunyi, hampa, marah, dikecewakan, kecewa, atau terpisah dari Tuhan dan Gereja-Nya yang telah dipulihkan, ia mungkin mengambil usaha dan iman tambahan untuk memasuki semula ke dalam jalan perjanjian-Nya. Tetapi ia berbaloi! Sila datang, atau datang semula, kepada Tuhan Yesus Kristus! Kasih Tuhan adalah lebih kuat daripada tali kematian—duniawi atau rohani.10 Korban tebusan Juruselamat kita adalah tidak terhingga dan abadi. Setiap dari kita menyimpang dan terjatuh. Kita mungkin, untuk seketika, kehilangan jalan kita. Tuhan dengan penuh kasih memberi jaminan kepada kita, tidak kira di mana kita atau apa yang telah kita lakukan, tidak ada masa yang tidak boleh ditarik balik. Dia sedia menunggu untuk memeluk kita.11

Kedua, unggun api iman kita dapat menggalakkan kita untuk melayani dalam cara yang baru, lebih tinggi, dan dipenuhi Roh suci.

Pelayanan sedemikian membawa mukjizat dan berkat perjanjian—yang mana kita merasakan kasih Tuhan dan berusaha untuk melayani orang lain dalam semangat itu.

Tidak lama dahulu, Sister Gong dan saya mengenali seorang bapa dan keluarga yang diberkati oleh saudara imamat yang setia yang datang kepada uskup mereka dan bertanya apakah dia (saudara imamat tersebut) dapat menjadi teman pengajaran ke rumah dengan ayah tersebut. Ayah tersebut tidak aktif dan tidak berminat dalam pengajaran ke rumah. Tetapi semasa hati ayah tersebut berubah, dia dan saudara imamat pengasih ini mula mengunjungi keluarga “mereka”. Selepas satu kunjungan, isterinya—dirinya ketika itu tidak menghadiri gereja—bertanya suaminya bagaimana keadaan. Ayah tersebut mengakui, “Saya mungkin telah merasakan sesuatu”—kemudian dia pergi ke dapur untuk mendapatkan bir.12

Tetapi satu perkara diikuti satu lagi: pengalaman yang lembut, perkhidmatan pelayanan, perubahan hati, kelas persiapan bait suci, datang ke gereja, dimeteraikan sebagai sebuah keluarga di bait suci yang kudus. Bayangkan betapa bersyukur anak-anak dan cucu-cucu kepada ayah dan ibu mereka dan kepada pelayan saudara yang datang sebagai kawan dan rakan dengan ayah mereka untuk melayani dan mengasihi orang lain.

Galakkan unggun api iman ketiga: sukacita kreatif injil dan berkat-berkat datang apabila kita berusaha untuk mengasihi Tuhan dan orang lain dengan segenap hati dan jiwa kita.

Tulisan suci menjemput kita untuk meletakkan segala yang kita ada dan berada di atas altar kasih dan pelayanan. Dalam Perjanjian Lama, Ulangan mengarah kita untuk “kasihilah Tuhan Rajamu” dengan segenap hatimu dan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu.13 Yosua berseru, “Kasihilah Tuhan Rajamu, … hidup menurut segala jalan yang ditunjukkan-Nya, … mengikuti perintah-Nya, … berpaut pada-Nya, dan … berbakti kepada-Nya dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu.”14

Dalam Perjanjian Baru, Juruselamat kita menyatakan dua perintah terbesar: “Kasihilah Tuhan Rajamu dengan sepenuh hatimu, dan dengan segenap jiwamu, dan dengan segenap kekuatanmu, … dan kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.”15

Dalam Kitab Mormon: Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus, Raja Benyamin bekerja “dengan segala kekuatan tubuhnya dan keupayaan seluruh jiwanya” dan menegakkan kedamaian di tanah itu.16 Dalam Ajaran dan Perjanjian, seperti semua penginjil ketahui, Tuhan meminta kita untuk melayani-Nya dengan segala “hati, daya, fikiran, dan kekuatan” kita.17 Ketika Orang Suci memasuki Jackson County, Tuhan memerintah mereka untuk menguduskan Hari Sabat dengan mengasihi “Tuhan Rajamu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap daya, fikiran, dan kekuatan; dan dalam nama Yesus Kristus engkau akan melayani-Nya.”18

Kami bergembira dengan jemputan untuk menumpukan seluruh jiwa kita untuk mencari cara yang lebih tinggi dan lebih suci untuk mengasihi Tuhan dan orang-orang di sekeliling kita dan menguatkan iman kita kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus di hati kita dan di rumah kita serta di gereja.

Keempat, unggun api iman kita menggalakkan kita untuk membentuk corak hidup murni yang memperdalamkan iman dan kerohanian.

Tabiat suci, rutin yang soleh, atau corak yang penuh doa boleh termasuk doa; pengkajian tulisan suci; berpuasa; mengingati Juruselamat dan perjanjian kita melalui tatacara sakramen; berkongsi berkat injil melalui penginjil, bait suci dan sejarah keluarga, dan pelayanan lain; menjaga jurnal peribadi dengan bijak; dan sebagainya.

Ketika corak soleh dan hasrat rohani bergabung, masa dan keabadian datang bersama. Cahaya dan kehidupan rohani datang apabila pemeliharaan agama secara tetap membawa kita lebih dekat kepada Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita, Yesus Kristus. Ketika kita mengasihi roh dan hukum, hal-hal yang abadi boleh meresap ke dalam jiwa kita bagaikan embun dari langit.19 Dengan kepatuhan seharian dan air hidup yang menyegarkan, kita menemui jawapan, iman dan kekuatan untuk menghadapi cabaran dan peluang harian dengan kesabaran, pandangan dan sukacita injil.

Kelima, semasa kita mengekalkan corak yang lazim sementara mencari cara-cara baru dan lebih suci untuk mengasihi Tuhan dan membantu kita serta orang lain bersedia untuk bertemu-Nya, unggun api iman kita yang menyala dapat mendorong kita untuk mengingati kesempurnaan dalam Kristus, bukan pada diri kita sendiri atau dalam kesempurnaan dunia.

Jemputan Tuhan penuh dengan kasih dan kemungkinan kerana Yesus Kristus adalah “jalan, kebenaran, dan hidup”20 Bagi mereka yang merasa terbeban, Dia menjemput, “Marilah kepada-Ku,” dan bagi mereka yang datang kepada-Nya, Dia berjanji, “Aku akan membebaskan kamu.”21 “Datanglah kepada Kristus, dan disempurnakanlah di dalam Dia, … mengasihi Tuhan dengan segala daya, fikiran dan kekuatanmu, maka rahmat-Nya adalah mencukupi bagimu, agar dengan rahmat-Nya kamu boleh menjadi sempurna di dalam Kristus.”22

Dengan jaminan ini “dengan rahmat-Nya kamu boleh menjadi sempurna di dalam Kristus” juga merupakan penghiburan, kedamaian, dan janji bahawa kita dapat bergerak maju dengan iman dan keyakinan dalam Tuhan bahkan ketika hal-hal tidak seperti yang kita harapkan, jangkakan, atau layak mendapat, walaupun tanpa kesalahan kita sendiri, bahkan setelah kita telah melakukan yang terbaik.

Dalam banyak masa dan cara, kita semua merasa tidak mencukupi, tidak pasti, mungkin tidak layak. Tetapi dalam usaha kita yang setia mengasihi Tuhan dan melayani sesama kita, kita dapat merasakan kasih Tuhan dan ilham yang diperlukan untuk kehidupan mereka dan kehidupan kita dalam cara yang baru dan lebih suci.

Dengan rasa kasihan, Juruselamat kita menggalakkan dan berjanji bahawa kita dapat “maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus, memiliki kecerahan iman, dan kasih bagi Tuhan dan bagi semua manusia.”23 Ajaran Kristus, Korban tebusan Juruselamat kita, dan segenap jiwa kita mengikuti jalan perjanjian-Nya dapat membantu kita mengetahui kebenaran-Nya dan memerdekakan kita.24

Saya bersaksi sepenuhnya tentang Injil dan rancangan kebahagiaan-Nya yang dipulihkan dan diajar dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, dalam kitab suci, dan oleh para nabi dari Nabi Joseph Smith kepada Presiden Russell M. Nelson hari ini. Saya bersaksi bahawa jalan perjanjian-Nya membimbing kepada kurnia terbesar Bapa Syurgawi kita yang terkasih janjikan: “Kamu akan memperoleh kehidupan abadi.”25

Semoga berkat-Nya dan sukacita berpanjangan menjadi miliki kita semasa kita menghangatkan hati dan harapan serta kebaktian kita di unggun api iman, saya berdoa dalam nama Yesus Kristus yang kudus dan suci, amin.