Persidangan Umum
Tuan, Kita Mahu Melihat Yesus
Persidangan Umum Oktober 2023


Tuan, Kita Mahu Melihat Yesus

Kita mahu melihat Yesus sebagaimana Dia seadanya dan merasakan kasih-Nya.

Buta Wajah

Pada musim bunga tahun 1945, seorang pemuda bangun di hospital tentera. Dia bernasib baik untuk hidup—dia ditembak di belakang telinga. Doktor telah melakukan operasi, dan dia kini boleh berjalan dan bercakap seperti biasa.

Malangnya, peluru itu telah merosakkan bahagian otaknya yang mengenali wajah. Dia kini memandang isterinya tanpa mengenalinya. Dia tidak dapat mengenali ibunya. Wajahnya di cermin pun terasa asing baginya—dia tidak dapat bezakan itu lelaki atau wanita.1

Dia telah menjadi buta wajah—keadaan yang mempengaruhi jutaan orang.2

Orang yang mengalami buta wajah yang teruk cuba mengenali orang lain dengan menghafal peraturan—peraturan untuk mengenali anak perempuan melalui corak jeragatnya atau mengenali kawan dari gaya mereka berjalan.

Membesar

Ini cerita kedua, saya ingat sekali: Semasa kecil, saya sering melihat ibu saya sebagai pembuat peraturan. Dia menentukan masa saya boleh bermain, tidur, atau lebih lagi, mencabut lalang di halaman rumah.

Dia memang menyayangi saya. Namun sering kali dan dengan malu, saya hanya melihatnya sebagai “Dia Yang Harus Ditaati.”

Hanya beberapa tahun kemudian saya melihatnya seadanya. Saya rasa malu kerana saya tidak menyedari pengorbanannya atau tertanya mengapa ibu hanya memakai dua skirt lama buat masa yang sungguh lama (sedangkan saya ada pakaian sekolah baharu) atau mengapa, pada hujung hari, dia sudah letih dan mahu saya tidur begitu awal.

Kita Mungkin Buta Wajah

Mungkin anda perasan bahawa dua cerita ini sebenarnya adalah satu cerita—selama bertahun-tahun, saya, pada hakikatnya, adalah buta wajah. Saya gagal melihat ibu saya sebagai orang yang nyata. Saya hanya melihat peraturannya tanpa melihat kasihnya.

Saya kongsi kedua-dua cerita ini untuk satu tujuan: Saya rasa anda mengenali seseorang (mungkin anda sendiri) yang mengalami buta wajah rohani.

Anda mungkin bergelut melihat Tuhan sebagai Bapa yang penuh kasih. Anda mungkin memandang ke langit, tidak melihat wajah kasih dan belas kasihan-Nya, tetapi banyak peraturan yang harus anda patuhi. Mungkin anda percaya Tuhan berkuasa di syurga-Nya, berfirman melalui nabi-Nya, dan mengasihi adik anda, tetapi anda tertanya dalam hati adakah Tuhan mengasihi anda.3 Mungkin anda telah rasai batang besi dalam tangan anda tetapi belum rasai kasih Juruselamat di hujung jalan.4

Saya rasa anda mengenali orang-orang seperti ini kerana untuk waktu yang lama, saya adalah orang ini—saya adalah orang yang buta wajah secara rohani.

Saya ingat hidup saya hanya mengikut peraturan dan cuba mencapai standard yang berubah. Saya tahu Tuhan mengasihi anda tetapi tidak rasainya pada diri saya. Saya terlalu fokus tentang cara untuk memasuki syurga daripada menjadi seperti Bapa di Syurga.

Jika anda, seperti saya, kadang-kadang hanya berpura-pura menyanyi, tetapi tidak dapat “menyanyikan nyanyian kasih penebusan,”5 apakah yang dapat kita lakukan?

Seperti Presiden Russell M. Nelson ingatkan, Yesus adalah jawapannya.6 Dan itulah berita yang baik.

Tuan, Kita Mahu Melihat Yesus

Ada sebuah ayat pendek dalam kitab Yohanes yang saya suka. Ia bercerita tentang sekumpulan orang luar yang datang kepada seorang pengikut-Nya dengan permintaan penting. “Tuan,” mereka berkata, “kami hendak berjumpa dengan Yesus.”7

Itulah yang kita semua inginkan—kita mahu melihat Yesus sebagaimana Dia seadanya dan merasakan kasih-Nya. Inilah seharusnya menjadi tujuan bagi kebanyakan perbuatan kita di Gereja—dan pastinya di setiap pertemuan sakramen. Jika anda pernah tanya tentang jenis pelajaran untuk diajarkan, jenis pertemuan untuk dirancangkan, dan pilihan antara mengajar para diaken atau pergi bermain bola sepak, anda boleh mengambil ayat ini sebagai panduan anda: adakah ini akan membantu orang-orang melihat dan mengasihi Yesus Kristus? Jika tidak, cuba cara lain.

Semasa menyedari diri saya buta wajah, saya hanya melihat peraturan dan bukan wajah belas kasihan Bapa, saya tahu ia bukan kesalahan Gereja. Ia bukan salah Tuhan, dan itu tidak bererti kita sudah putus asa; ini adalah sesuatu yang harus kita pelajari bersama. Saksi-saksi awalan Kebangkitan sering bertemu langsung dengan Tuhan yang dibangkit, tetapi tidak mengenali-Nya; dari Taman Kuburan ke pantai Galilea, saksi-saksi pertama-Nya “melihat Yesus berdiri dan tidak tahu bahawa Dia Yesus.”8 Mereka harus belajar mengenali-Nya, dan begitu juga dengan kita.9

Kasih Ihsan

Apabila saya sedar diri buta wajah secara rohani, saya mula ikut nasihat Mormon untuk berdoa “dengan sekuat tenaga hati” untuk dipenuhi dengan kasih yang dijanjikan kepada para pengikut-Nya—kasih saya untuk Dia dan kasih-Nya untuk saya—dan untuk “melihat-Nya sebagaimana Dia adanya … dan mempunyai harapan.”10 Saya sudah lama berdoa agar dapat mengikuti perintah paling utama untuk mengasihi Tuhan dan merasakan bahawa “kebenaran pertama yang besar untuk seluruh keabadian adalah bahawa Tuhan mengasihi kita dengan seluruh hati, daya, minda dan kekuatan-Nya.”11

Kitab Injil

Saya juga membaca berulang kali empat kitab injil dan kali ini membaca bukan untuk mengkaji peraturan tetapi untuk ketahui siapa Dia dan apa yang Dia kasihi. Dan, dengan waktu, saya terbawa oleh sungai kasih yang mengalir dari-Nya.

Yesus berfirman terdahulu bahawa Dia diutus untuk “mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, kesembuhan bagi orang buta; dan kemerdekaan bagi orang yang tertindas.”12

Ini bukanlah senarai kerja atau penjenamaan yang baik; ia adalah bentuk kasih-Nya.

Buka pada empat kitab injil secara bebas; kita boleh lihat Dia menjaga orang yang menderita—secara sosial, rohani dan jasmani. Dia menyentuh orang-orang yang dianggap kotor dan tidak bersih13 dan memberi makan kepada orang yang lapar.14

Apakah kisah Yesus kegemaran anda? Mestinya yang menunjukkan Putera Tuhan memberi kasih atau berikan harapan kepada orang yang terabai—orang kusta,15 orang Samaria yang dibenci,16 orang tertuduh dan berdosa,17 atau musuh bangsa.18 Rahmat seperti itu amat menakjubkan.

Cuba catatkan setiap kali Dia memuji, menyembuh atau makan bersama orang luar, anda akan kehabisan dakwat sebelum habis membaca kitab Lukas.

Setelah mengetahui ini, hati saya dipenuhi dengan kegembiraan, dan saya mula merasa bahawa Dia mengasihi saya. Seperti yang Presiden Nelson ajarkan, “Semakin banyak anda belajar tentang Juruselamat, ia adalah lebih mudah untuk mempercayai belas kasihan-Nya, kasih-Nya yang tidak terhingga.”19 Dan semakin anda akan mempercayai dan mengasihi Bapa Syurgawi anda.

Elder Jeffery R. Holland mengajarkan Yesus datang untuk “menunjukkan kepada kita seperti apa Tuhan Bapa Kita yang Abadi, betapa sepenuhnya Dia mengasihi anak-anak-Nya di setiap peringkat usia dan bangsa.”20

Paulus berkata Tuhan ialah “Bapa yang berbelas kasihan dan Dia Tuhan yang sentiasa menolong kita.”21

Jika anda melihat-Nya dengan cara yang berbeza, teruskan mencuba.

Perjanjian dan Kasih Tuhan

Nabi menjemput kita untuk mencari wajah-Nya.22 Ini mengingatkan kita untuk menyembah Bapa kita, bukanlah suatu formula, dan belum berkesudahan sehingga kita melihat Yesus sebagai wakil kasih Bapa kita;23 dan mengikut-Nya, bukan sahaja peraturan-Nya.24

Ketika nabi dan rasul berbicara tentang perjanjian, mereka bukan seperti jurulatih yang berteriak dari luar gelanggang, menyuruh kita untuk “usaha keras lagi!” Mereka inginkan kita melihat perjanjian sesuatu yang penting tentang perhubungan25 dan dapat menyembuh buta wajah rohani.26 Ia bukanlah peraturan untuk memperolehi kasih-Nya; Dia sudah mengasihi anda dengan sempurna. Cabaran kita adalah untuk memahami dan membentuk kehidupan kita kepada kasih itu.27

Kita cuba melihat melalui perjanjian kita, seolah-olah melalui sebuah tingkap, melihat wajah kasih Bapa di sebaliknya.

Perjanjian merupakan bentuk kasih Tuhan.

Sungai Kasih Sayang Tuhan

Akhirnya, kita boleh belajar melihat Dia dengan melayani-Nya. “Kerana bagaimanakah seseorang mengenal tuan yang tidak dia layani?”28

Beberapa tahun yang lalu, saya menerima panggilan baharu yang saya rasa tidak layak. Saya terbangun pagi, gelisah—tetapi dengan frasa yang saya tidak pernah dengar dalam minda saya: iaitu untuk melayani dalam Gereja ini adalah untuk berdiri di sungai kasih Tuhan bagi anak-anak-Nya. Gereja ini adalah sekumpulan orang yang memegang parang dan penyodok untuk membersihkan saluran air agar sungai kasih Tuhan mencapai anak-anak-Nya di hujungnya.

Tidak kira siapa ataupun masa silam anda, terdapat tempat untuk anda dalam Gereja.29

Ambil parang dan penyodok dan sertai pasukan. Bantu membawa kasih-Nya kepada anak-anak-Nya dan sebahagian daripadanya akan anda rasainya30

Marilah kita mencari wajahh-Nya, kasih perjanjian-Nya dan kemudian berganding bahu dengan anak-anak-Nya serta menyanyikan “Penebus Israel”:

Pulihkanlah

t’rang-Mu sekali lagi,

B’rilah aku penghiburan;

Dan bila ’ku rindukan

tempat suci,

Berikan padaku harapan.31

Semoga kita mencari muka-Nya dan kemudian menjadi tumpuan belas kasihan kepada anak-anak-Nya.32 Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Hadyn D. Ellis dan Melanie Florence, “Bodamer’s (1947) Paper on Prosopagnosia,” Cognitive Neuropsychology, vol. 7, no. 2 (1990), 84–91; Joshua Davis, “Face Blind,” Wired, 1 Nov. 2006, wired.com.

  2. Lihat Dennis Nealon, “How Common Is Face Blindness?,” Harvard Medical School, 24 Feb. 2023, hms.harvard.edu; Oliver Sacks, “Face-Blind,” New Yorker, 23 Ogos 2010, newyorker.com.

  3. “Sesetengah ahli Gereja menerima ajaran, asas-asas, dan kesaksian yang diisytiharkan berulang kali dari mimbar Pusat Persidangan dan dalam jemaah tempatan di seluruh dunia—namun mungkin bergelut untuk mempercayai kebenaran abadi ini digunakan khusus dalam kehidupan dan keadaan mereka” (David A. Bednar, “Tinggallah Di Dalam Aku, dan Aku Di Dalam Kamu,” Liahona, Mei 2023, 125).

  4. Lihat 1 Nefi 8:19; 15:23. “Ia susah untuk mematuhi perintah Tuhan tanpa iman dan kepercayaan kepada-Nya.” (Henry B. Eyring, “Iman untuk Meminta dan Kemudian Bertindak,” Liahona, Nov. 2021, 75).

  5. Alma 5:26.

  6. Lihat Russell M. Nelson, “Jawapannya Selalu Yesus Kristus,” Liahona, Mei 2023, 127–28.

  7. Yohanes 12:21.

  8. Yohanes 20:14. Mereka nampak tetapi tidak mengenali-Nya di jalan ke Emaus (lihat Lukas 24:16), di bilik yang terkunci (lihat Lukas 24:37), di pantai Galilea (lihat Yohanes 21:4), dan di Makam Kuburan (lihat Yohanes 20:14).

  9. Jika kita mencari-Nya dengan segenap hati dan terus berjalan dengan iman, maka Dia akan ditemukan.

    “Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu. …

    “Kamu akan mencari Aku dan kamu akan menemui Aku, kerana kamu mencari Aku dengan sepenuh hati” (Yeremia 29:11, 13).

    “Harinya akan datang apabila kamu akan memahami bahkan Tuhan, kerana dihidupkan di dalam Dia dan oleh Dia.

    “Pada waktu itu kamu akan tahu bahawa kamu telah melihat-Ku” (Ajaran dan Perjanjian 88:49–50).

    “Setiap jiwa yang meninggalkan dosa-dosanya dan datang kepada-Ku, dan memanggil nama-Ku, dan mematuhi suara-Ku, dan mentaati perintah-perintah-Ku, akan melihat muka-Ku dan mengetahui bahawa Aku ada” (Ajaran dan Perjanjian 93:1).

  10. Moroni 7:48. Paulus juga menghubungkan kasih dengan kemampuan kita untuk melihat dengan jelas. Pada penghujung khutbahnya yang hebat tentang kasih ihsan, dia menulis bahawa “sekarang apa yang aku ketahui belum lengkap,” kita akan “mengetahui semuanya, seperti Tuhan mengetahui segala sesuatu tentang diriku” (1 Korintus 13:12).

  11. Jeffrey R. Holland, “Esok Tuhan Akan Melakukan Mukjizat Di Tengah-tengah Kamu,” Liahona, Mei 2016, 127. “Definisi yang lebih besar tentang ‘kasih yang murni Kristus’ … bukanlah apa yang kita sebagai orang Kristian mencuba, namun sebahagian besar gagal untuk menunjukkan kepada orang lain, melainkan apa yang Kristus sepenuhnya berjaya tunjukkan kepada kita. Kasih yang murni hanya dikenal satu kali. Ini ditunjukkan secara sempurna dan murni dalam kasih Kristus yang tak pernah berkurang, tertinggi, dan penebusan bagi kita” (Jeffrey R. Holland, Christ and the New Covenant: The Messianic Message of the Book of Mormon [1997], 336).

  12. Lukas 4:18, Penterjemahan Baru Raja James.

  13. Lihat Matius 8:3; 9:25.

  14. Lihat Matius 14:13–21.

  15. Lihat Matius 8:1–3.

  16. Lihat Yohanes 4:7–10; Dia memuji Orang Samaria (lihat Lukas 10:25–37).

  17. Lihat Matius 21:31; Lukas 7:27–50; 15:1–10; Yohanes 8:2–12.

  18. Lihat Matius 8:5–13.

  19. Russell M. Nelson, “Kristus Sudah Bangkit; Iman kepada-Nya Akan Mengalihkan Bukit,” Liahona, Mei 2021, 103.

  20. Jeffrey R. Holland, “The Grandeur of God,” Liahona, Nov. 2003, 70. “Orang yang sudah melihat Aku, sudah melihat Bapa” (Yohanes 14:9).

  21. 2 Korintus 1:3.

  22. Lihat Mazmur 27:8; Ajaran dan Perjanjian 88:68.

  23. Lihat 2 Corinthians 4:6; Pope Francis, “Misericordiae Vultus: Bull of Indiction of the Extraordinary Jubilee of Mercy,” Apostolic Letters, vatican.va.

  24. Ini sebuah tema yang penting. Ia bukan sahaja kerja penyelamatan dan permuliaan tetapi kerja penyelamatan dan permuliaan-Nya (lihat Buku Panduan Umum: Melayani Dalam Gereja Yesus Kristus Dari Orang Suci Zaman Akhir, 1.2, Gospel Library). Saya tidak hanya pergi ke bait suci tetapi ke rumah Tuhan; ia bukan Gereja Mormon tetapi Gereja Yesus Kristus (lihat Russell M. Nelson, “Nama Gereja yang Betul,” Liahona, Nov. 2018, 87–89). Pemimpin kita mengarahkan kita kepada Dia dan juga mengingatkan kita bahawa “tidak ada entiti yang agung dipanggil ‘Korban Tebusan’ yang di atasnya kita boleh memanggil bantuan, kesembuhan, pengampunan atau kuasa. Yesus Kristus ialah sumber itu” (Russell M. Nelson, “Menarik Kuasa Yesus Kristus ke dalam Hidup Kita,” Liahona, Mei 2017, 40).

  25. “Jalan perjanjian adalah tentang hubungan kita dengan Tuhan”; Ia adalah “jalan kasih— … menjaga dan menjangkau kepada satu sama lain.”(Russell M. Nelson, “The Everlasting Covenant,” Liahona, Okt. 2022, 11).

    Lihat David A. Bednar, “The Blessed and Happy State” (ucapan diberikan di persidangan untuk presiden misi baru, 24 Jun 2022). Scott Taylor, “Elder Bednar Shares 7 Lessons on ‘the Blessed and Happy State’ of Obedience,” Church News, J27 Jun 2022, thechurchnews.com.

    “Memasuki perjanjian-perjanjian kudus dan menerima tatacara imamat dengan layak mengikat kita kepada Tuhan Yesus Kristus dan Bapa Syurgawi. Ini bererti kita percaya kepada Juruselamat sebagai Pembela dan Pengantara kita dan bergantung pada jasa, belas kasihan, dan rahmat-Nya dalam perjalanan kehidupan. …

    “Menjalani dan mengasihi komitmen perjanjian mencipta satu perhubungan dengan Tuhan yang sangat peribadi dan berkuasa secara rohani. … Yesus kemudian menjadi lebih daripada ciri utama dalam cerita-cerita tulisan suci; Teladan dan ajaran-Nya mempengaruhi setiap hasrat, fikiran, dan tindakan kita” (David A. Bednar, “Tetapi Kami Tidak Menghiraukan Mereka,Liahona, Mei 2022, 15).

    Lihat juga D. Todd Christofferson, “Hubungan Kita dengan Tuhan,” Liahona, Mei 2022, 78–80.

  26. “Dan tanpa tatacara-tatacaranya, dan wewenang imamat, kuasa ketuhanan tidak dinyatakan kepada manusia dalam keadaan daging;

    “Kerana tanpanya tiada seorang pun dapat melihat muka Tuhan, bahkan Bapa, dan hidup” (Ajaran dan Perjanjian 84:21–22).

  27. Patricia Holland, “A Future Filled with Hope” (pertemuan rohani belia sedunia, 8 Jan 2023), broadcasts.ChurchofJesusChrist.org.

    “Anda tidak perlu mengejar untuk harapan yang Dia akan membantu anda]; anda tidak boleh menciptanya. Dalam segala serupa rahmat, anda tidak memperolehnya dengan tenaga sendiri atau dari orang lain. Tiada formula atau jampi keajaiban diperlukan. …

    Sebenarnya, usaha kita amat penting namun agak kecil; Tuhan mempunyai usaha bahagian besar. Bahagian kita ialah datang kepada-Nya dalam kerendahan dan kesederhanaan, maka kita tidak perlu risau dan takut.”

  28. Mosia 5:13; juga lihat Yohanes 17:3.

  29. Presiden Nelson telah berulang kali memanggil kita untuk “meluaskan ruang kasih dan mengasihi semua manusia” (“Blessed Are the Peacemakers,” Liahona, Okt. 2002, 41). Pada Mei 2022 dia memberitahu belia bahawa “label boleh membawa kepada penghakiman dan permusuhan. Sebarang penderaan atau prasangka terhadap orang lain kerana kewarganegaraan, bangsa, orientasi seksual, jantina, ijazah pendidikan, budaya atau pengenalan lain yang penting adalah menyinggung Pencipta kita!” (“Choices for Eternity” [pertemuan rohani sedunia belia, 15 Mei 2022], Gospel Library). Dan dia berkata: “Saya bersedih kerana saudara dan saudari berkulit hitam kita di seluruh dunia telah mengalami kesakitan perkauman dan prasangka. Hari ini, saya menyeru para ahli kita di mana sahaja untuk memimpin dalam meninggalkan sikap dan tindakan prasangka. Saya memohon kepada anda untuk menghormati setiap anak-anak Tuhan.” (“Membiarkan Tuhan Menang,” Liahona, Nov. 2020, 94).

    “Prasangka tidak selaras dengan firman Tuhan. Menyenangkan Tuhan atau tidak bergantung pada kepatuhan kepada Dia dan perintah-Nya, bukan pada warna kulit seseorang atau sifat-sifat lain.

    Ini termasuk prasangka berdasarkan bangsa, etnik, kewarganegaraan, suku, jantina, umur, ketidakupayaan, status sosioekonomi, kepercayaan agama atau ketidakpercayaan, dan orientasi seksual” (Buku Panduan Umum, 38.6.14, Gospel Library).

  30. Lihat 1 Nefi 11:25.

  31. Penebus Israel,” Nyanyian Rohani, no. 5.

  32. Lihat Roma 9:23.