Persidangan Umum
Kerajaan-kerajaan Kemuliaan
Persidangan Umum Oktober 2023


Kerajaan-kerajaan Kemuliaan

Kita ada seorang Bapa Syurgawi yang akan melihat bahawa kita menerima setiap berkat dan kelebihan yang diizinkan oleh keinginan dan pilihan kita sendiri.

Ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir sering ditanya, “Bagaimana gereja anda berbeza daripada gereja-gereja Kristian lain?” Di antara jawapan yang kita berikan adalah kegenapan ajaran Yesus Kristus. Paling utama di antara ajaran itu adalah bahawa Bapa Syurgawi kita mengasihi semua anak-Nya sehingga Dia mahu kita semua hidup dalam kerajaan kemuliaan selama-nya. Tambahan pula, Dia mahu kita hidup bersama Dia dan Putera-Nya, Yesus Kristus, secara abadi. Rancangan-Nya memberikan kita ajaran-ajaran dan peluang untuk membuat pilihan yang akan menjamin takdir dan kehidupan yang kita pilih.

I.

Dari wahyu moden kita tahu bahawa takdir utama semua yang hidup di bumi bukanlah kekurangan idea syurga untuk yang soleh dan penderitaan abadi neraka bagi yang selebihnya. Rancangan kasih Tuhan untuk anak-anak-Nya termasuk realiti ini yang diajar oleh Juruselamat kita, Yesus Kristus: “Di dalam rumah Bapa-Ku terdapat banyak tempat kediaman.”1

Ajaran diungkapkan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang dipulihkan mengajarkan bahawa semua anak Tuhan—dengan pengecualian terlalu terhad untuk dipertimbangkan di sini—pada akhirnya akan mewarisi salah satu daripada tiga kerajaan kemuliaan, bahkan yang paling kurang daripadanya “melampaui segala pemahaman.”2 Selepas suatu tempoh di mana orang yang tidak patuh menderita untuk dosa mereka, mempersiapkan mereka untuk apa yang harus diikuti, semua akan dibangkitkan dan maju ke Penghakiman Terakhir Tuhan Yesus Kristus. Di sana, Juruselamat kita, yang “memuliakan Bapa, dan menyelamatkan segala pekerjaan tangan-Nya,”3 akan menghantar semua anak Tuhan ke salah satu kerajaan kemuliaan ini menurut hasrat mereka melalui pilihan mereka.

Satu lagi ajaran unik dan amalan Gereja yang dipulihkan adalah perintah dan perjanjian yang diungkapkan. Ia menawarkan semua anak Tuhan keistimewaan kudus untuk melayakkan diri ke tahap kemuliaan tertinggi dalam kerajaan selestial. Destinasi tertinggi itu—permuliaan di kerajaan selestial—adalah fokus Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Dari wahyu moden, Orang Suci Zaman Akhir ada pemahaman unik tentang rancangan kegembiraan Tuhan untuk anak-anak-Nya. Rancangan itu bermula dengan kehidupan pra-dunia sebagai roh, dan ia mengungkapkan tujuan dan syarat perjalanan kita yang terpilih dalam kefanaan dan destinasi kita yang diingini selepas itu.

II.

Kita tahu dari wahyu moden bahawa “semua kerajaan telah diberikan sebuah hukum”4 dan bahawa kerajaan kemuliaan yang kita terima dalam Penghakiman Terakhir ditentukan oleh hukum-hukum yang kita pilih untuk ikut dalam perjalanan fana kita. Di bawah rancangan itu, terdapat banyak kerajaan supaya semua anak Tuhan akan mewarisi kerajaan kemuliaan mengikut hukum-hukum-Nya yang mereka boleh “tinggal.”

Semasa kita menggambarkan sifat dan kehendak setiap tiga kerajaan dalam rancangan Bapa, kita bermula dengan yang tertinggi, yang merupakan fokus kepada perintah-perintah dan tatacara-tatacara ilahi yang Tuhan telah ungkapkan melalui Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Dalam kemuliaan “selestial”5 terdapat tiga tingkat,6 yang tertinggi adalah permuliaan dalam kerajaan selestial. Inilah kediaman orang-orang yang “telah menerima kegenapan-Nya, dan kemuliaan-Nya,” sebab itu, “mereka merupakan para imam dan raja”7 dan “merekalah yang akan tinggal di dalam hadirat Tuhan dan Kristus-Nya selama-lamanya.”8 Melalui wahyu, Tuhan telah mengungkapkan hukum, tatacara dan perjanjian abadi yang mesti dipatuhi untuk membangunkan sifat-sifat ketuhanan yang diperlukan untuk mencapai potensi ilahi ini. Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir berfokus pada hal-hal ini kerana tujuan ajaran dan polisi Gereja ini adalah untuk sediakan anak-anak Tuhan untuk keselamatan di kemuliaan selestial dan, terutamanya, permuliaan di syurga tertinggi.

Rancangan Tuhan, yang berdasarkan kebenaran abadi, memerlukan permuliaan yang hanya boleh dicapai melalui kesetiaan kepada perjanjian perkahwinan abadi di antara seorang lelaki dan seorang perempuan di bait suci,9 akan tersedia untuk semua yang beriman. Ajaran ilahi itu adalah mengapa kita ajarkan “jantina merupakan sifat yang asas untuk identiti dan tujuan pra-fana, fana, dan abadi seseorang.”10

Pengajaran yang berharga untuk bantu kita bersedia untuk permuliaan ialah pengisytiharan tentang keluarga.11 Perisytiharannya menjelaskan syarat-syarat agar menyediakan kita untuk hidup bersama Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus. Mereka yang tidak fahami sepenuhnya rancangan Bapa bagi anak-anak-Nya akan berfikir pengisytiharan keluarga ini sebagai kenyataan polisi yang boleh diubah. Sebaliknya, kami menegaskan bahawa perisytiharan keluarga, berdasarkan ajaran yang tidak boleh dibatalkan, menerangkan jenis perhubungan keluarga yang diperlukan supaya pertumbuhan abadi yang paling penting boleh terjadi.

Rasul Paulus menggambarkan tiga tingkat kemuliaan, menyamakan mereka dengan kemuliaan matahari, bulan dan bintang.12 Dia menamakan “selestial” tertinggi dan “terestrial” kedua.13 Dia tidak menamakan yang paling rendah, tetapi wahyu kepada Joseph Smith menambah namanya: “telestial.”14 Wahyu seterusnya juga menggambarkan sifat orang yang akan ditempatkan ke setiap tingkat. Mereka yang tidak memilih “untuk mematuhi hukum kerajaan selestial”15 akan mewarisi kerajaan kemuliaan lain, lebih rendah daripada selestial tetapi sesuai dengan hukum-hukum yang mereka telah pilih dan boleh “tinggal.” Perkataan tinggal, sering dijumpai dalam tulisan suci, bermaksud penempahan yang selamat.16 Contohnya, mereka yang berada di kerajaan terestrial—setanding dengan konsep popular syurga—“inilah mereka yang menerima kehadiran Putera, tetapi bukan kegenapan Bapa.”17 Mereka ialah “orang-orang terhormat di bumi, yang telah dibutakan oleh kelicikan manusia,”18 tetapi “tidak berani dalam kesaksian tentang Yesus.”19

Gambaran yang diwahyu tentang penempatan ke dalam kerajaan-kerajaan kemuliaan yang paling rendah, telestial, adalah orang yang “tidak dapat mematuhi … dalam kemuliaan terestrial.”20 Itu menggambarkan orang yang menolak Juruselamat dan tidak memerhatikan batasan ilahi bagi kelakuan mereka. Inilah kerajaan di mana yang jahat tinggal, setelah menderita untuk dosa-dosa mereka sendiri. Ini diterangkan dalam wahyu moden sebagai “mereka yang tidak menerima injil Kristus, tidak juga kesaksian tentang Yesus.

“Inilah mereka yang merupakan para pendusta, penyihir, penzina, pelacur dan sesiapa pun yang suka dan membuat pendustaan.”21

Berbicara tentang tiga kerajaan kemuliaan dengan penglihatan kenabiannya, Presiden Russell M. Nelson menulis baru-baru ini: “Kehidupan fana seperti nanosaat dibandingkan dengan keabadian. Tetapi betapa pentingnya nanosaat itu! Pertimbangkan dengan berhati-hati bagaimana ia berfungsi: Semasa kehidupan fana ini anda dapat memilih hukum-hukum yang anda rela patuhi—hukum dari kerajaan selestial, atau terestrial, atau telestial—dan, oleh kerana itu, di mana kerajaan kemuliaan anda akan hidup selamanya. Betapa hebatnya rancangan itu! Ia adalah rancangan yang menghormati hak pilihan anda sepenuhnya.”22

III.

Rasul Paulus mengajar bahawa ajaran dan perintah Tuhan diberikan agar kita semua boleh menjadi “matang dan sempurna seperti Kristus.”23 Proses itu memerlukan lebih daripada memperoleh pengetahuan. Ia tidak cukup untuk diyakinkan oleh injil; kita mesti bertindak seperti itu agar melaluinya, kita dapat bertukar hati. Berbeza dengan pengkhutbahan lain, yang mengajar kita untuk mengetahui sesuatu, manakala injil Yesus Kristus mencabar kita untuk menjadi sesuatu.

Presiden Dallin H. Oaks mengajar bahawa Penghakiman Terakhir bukan hanya penilaian jumlah perbuatan baik dan jahat—apa yang kita telah lakukan. Ia berdasarkan kesan terakhir daripada tindakan dan fikiran kita—apa yang kita telah menjadi. Kita layak untuk kehidupan abadi melalui proses penukaran hati. Seperti yang digunakan di sini, perkataan ini menandakan perubahan semula jadi yang mendalam. Ia tidak mencukupi bagi sesiapa pun untuk hanya melakukannya. Perintah-perintah, tatacara-tatacara, dan perjanjian injil bukanlah seperti membuat deposit ke akaun bank syurgawi. Injil Yesus Kristus ialah sebuah rancangan yang menunjukkan kita bagaimana untuk menjadi umat yang Bapa Syurgawi hasratkan kita untuk menjadi.24

III.

Kerana Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya, apabila kita kekurangan dalam kehidupan ini, kita boleh bertaubat dan menyertai semula jalan perjanjian yang membawa kepada apa yang Bapa Syurgawi hasratkan untuk kita.

Kitab Mormon mengajar, “kehidupan inilah waktu bagi manusia bersedia untuk bertemu dengan Tuhan”25 Tetapi batasan kepada “kehidupan ini” telah diberikan konteks (sekurang-kurangnya sedikit untuk beberapa orang) dengan apa yang Tuhan ungkapkan kepada Presiden Joseph F. Smith, tercatat dalam Ajaran dan Perjanjian bahagian 138. “Aku melihat,” nabi menulis “bahawa para penatua yang setia dari zaman ini, apabila mereka meninggalkan kehidupan fana, meneruskan pekerjaan mereka dalam pengkhutbahan injil pertaubatan dan penebusan, melalui pengorbanan Putera Tunggal Bapa, di kalangan mereka yang berada dalam kegelapan dan di bawah penawanan dosa di dalam dunia roh orang mati yang besar.

“Orang mati yang bertaubat akan ditebus, melalui kepatuhan pada tatacara-tatacara rumah Tuhan,

“Dan selepas mereka membayar hukuman bagi pelanggaran mereka, dan dibersihkan, akan menerima ganjaran menurut pekerjaan mereka, kerana mereka ialah para pewaris keselamatan.”26

Tambahan pula, kita tahu bahawa Zaman Seribu Tahun, iaitu seribu tahun yang mengikuti Kedatangan Kedua Juruselamat, akan menjadi masa untuk melaksanakan tatacara-tatacara yang diperlukan bagi mereka yang belum menerimanya dalam kehidupan fana mereka.27

Terdapat banyak yang kita tidak tahu tentang tiga tempoh utama dalam rancangan keselamatan dan hubungan mereka dengan satu sama lain: (1) dunia pra-fana, (2) kefanaan, dan (3) kehidupan seterusnya. Tetapi kita tahu kebenaran abadi ini: “Keselamatan adalah hal individu, tetapi permuliaan adalah hal keluarga.”28 Kita ada seorang Bapa Syurgawi yang akan melihat bahawa kita menerima setiap berkat dan kelebihan yang diizinkan oleh keinginan dan pilihan kita sendiri. Kita juga tahu bahawa Dia tidak akan memaksa sesiapa pun ke dalam perhubungan yang dimeterai bertentangan dengan kehendak mereka. Berkat perhubungan yang dimeterai dijamin bagi semua yang mentaati perjanjian mereka tetapi tidak memaksa perhubungan yang dimeterai terhadap orang lain yang tidak layak atau tidak rela.

Saudara dan saudari sekalian, saya bersaksi atas kebenaran perkara-perkara ini. Saya bersaksi tentang Tuhan kita Yesus Kristus, “pengarang dan penyempurna iman [kita],”29 yang Korban Tebusan-Nya, di bawah rancangan Bapa Syurgawi kita, membolehkan semua ini, dalam nama Yesus Kristus, amin.