Persidangan Umum
Penyokongan Penguasa Umum, Ahli Kawasan Tujuh Puluh dan Pegawai Umum Gereja
Persidangan Umum Oktober 2023


Penyokongan Penguasa Umum, Ahli Kawasan Tujuh Puluh dan Pegawai Umum Gereja

Saudara dan saudari, dengan sukacita sekarang saya akan membentangkan Penguasa Umum, Ahli Kawasan Tujuh Puluh dan Pegawai Umum Gereja kepada anda untuk undi sokongan.

Sila nyatakan sokongan anda dalam cara biasa, di mana pun anda berada. Sesiapa yang tidak setuju, sila hubungi presiden pancang anda.

Dicadangkan bahawa kita menyokong Russell Marion Nelson sebagai nabi, pelihat dan pewahyu dan Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir; Dallin Harris Oaks sebagai Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama; dan Henry Bennion Eyring sebagai Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama.

Yang bersetuju boleh nyatakannya.

Yang tidak setuju, jika ada, boleh menyatakannya.

Dicadangkan bahawa kita menyokong Dallin Harris Oaks sebagai Presiden Kuorum Dua Belas Rasul dan M. Russell Ballard sebagai Pemangku Presiden Kuorum Dua Belas Rasul.

Semua yang bersetuju, sila nyatakannya.

Yang tidak setuju boleh menyatakannya.

Dicadangkan bahawa kita menyokong ahli-ahli Kuorum Dua Belas Rasul yang berikut: M. Russell Ballard, Jeffrey R. Holland, Dieter F. Uchtdorf, David A. Bednar, Quentin L. Cook, D. Todd Christofferson, Neil L. Andersen, Ronald A. Rasband, Gary E. Stevenson, Dale G. Renlund, Gerrit Walter Gong dan Ulisses Soares.

Mereka yang bersetuju, sila nyatakannya.

Yang tidak setuju boleh menyatakannya.

Dicadangkan bahawa kita menyokong penasihat dalam Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul sebagai nabi, pelihat dan pewahyu.

Mereka yang bersetuju, sila nyatakannya.

Yang tidak setuju, kalau ada, dengan tanda yang sama.

Seperti diumumkan sebelum ini, kami telah memberi panggilan kepada Alexander Dushku untuk melayani sebagai ahli Penguasa Umum Tujuh Puluh.

Mereka yang bersetuju, sila nyatakannya.

Yang tidak bersetuju, dengan tanda yang sama.

Kami juga mengambil perhatian dengan penghargaan, pelepasan panggilan dua ahli Kawasan Tujuh Puluh yang nama mereka boleh didapati di laman web Gereja.

Mereka yang ingin sertai dengan mengucapkan terima kasih atas pelayanan mereka yang unggul. Sila nyatakannya.

Dicadangkan kita menyokong Penguasa Umum dan Ahli Kawasan Tujuh Puluh termasuk dua Ahli KawasanTujuh Puluh baharu yang diumumkan awal minggu ini dan nama mereka dinyatakan di laman web Gereja dan Pegawai Umum lain yang dilantik.

Semua yang setuju boleh lakukan dengan mengangkat tangan.

Yang tidak setuju, jika ada.

Terima kasih, saudara dan saudari, atas iman dan doa anda yang berterusan bagi pihak kepimpinan Gereja.

Perubahan Ahli Kawasan Tujuh Puluh

Ahli Kawasan Tujuh Puluh berikut telah disokong semasa sesi kepimpinan diadakan sebagai sebahagian persidangan umum:

Rogério Boschi dan Kirt L. Hodges.

Ahli Kawasan Tujuh Puluh berikut telah dilepas panggilan semasa sesi kepimpinan diadakan sebagai sebahagian persidangan umum:

Henry J. Eyring dan Youngjoon Kwon.