Persidangan Umum
Teman Kita yang Tetap
Persidangan Umum Oktober 2023


Teman Kita yang Tetap

Anda dan saya mempunyai peluang untuk memiliki Roh Kudus sebagai rakan yang tetap.

Saudara dan saudari yang dikasihi, dalam persidangan ini kita telah diberkati dengan curahan wahyu. Para hamba Tuhan Yesus Kristus telah berbicara dan akan berucap tentang kebenaran, galakan dan arahan.

Saya tersentuh hati oleh kesaksian yang diberi sepanjang persidangan di mana Tuhan berfirman kepada kita secara peribadi melalui Roh Kudus. Sewaktu kita berdoa dan kemudian mengikut dorongan Roh Kudus, kita akan memperoleh wawasan besar dan berkat-berkat untuk menbimbing kita melalui hari-hari yang mencabar di hadapan.

Kita telah mendengar amaran Presiden Russell M. Nelson sekali lagi bahawa “di hari-hari yang mendatang, ia akan menjadi mustahil untuk bertahan secara rohani tanpa bimbingan, arahan, galakan, dan pengaruh yang tetap daripada Roh Kudus.”1

Amaran ilahi itu telah membuat saya berfikir cara untuk mengajar anak-anak saya, cucu-cucu saya, cici-cicit saya mengenai bimbingan penting dalam hari-hari yang mencabar di hadapan mereka.

Maka, pesanan saya pada hari ini bagaikan sepucuk surat kepada keturunan saya agar dapat membantu mereka ketika saya tidak lagi bersama mereka pada masa depan. Saya inginkan mereka untuk tahu pelajaran hidup saya yang boleh membantu mereka.

Saya telah memahami dengan lebih baik apa yang kita perlukan untuk mereka memiliki pengaruh Roh Kudus yang tetap dalam zaman mereka akan hidup. Dan saya terdorong untuk berucap hari ini tentang pengalaman peribadi saya dalam menjemput Roh Kudus, sedekat yang saya boleh, untuk menjadi teman saya yang tetap. Doa saya adalah agar saya boleh menggalakkan mereka.

Saya inginkan mereka untuk mula berfikir dan berdoa tentang anak-anak lelaki Helaman, Nefi dan Lehi, dan hamba-hamba Tuhan yang bekerja bersama mereka. Mereka menghadapi pertentangan yang hebat. Mereka melayani di tempat yang jahat dan terpaksa menangani penipuan yang dahsyat. Saya mendapat keyakinan, dan anda juga boleh, dari satu ayat ini dari catatan Helaman:

“Dan pada tahun ketujuh puluh sembilan bermulalah banyak persengketaan. Tetapi terjadilah bahawa Nefi dan Lehi, dan banyak saudara mereka yang tahu tentang pokok-pokok ajaran yang benar, yang memperoleh banyak wahyu setiap hari, oleh kerana itu mereka berkhutbah kepada orang-orang itu, sedemikian rupa sehingga mereka mengakhiri persengketaan mereka dalam tahun yang sama itu.”2

Laporan ini telah beri galakan kepada saya, dan ia boleh beri galakan kepada anda juga. Anak-anak lelaki Helaman diajar dan dibimbing oleh siri pengalaman dengan Roh Kudus. Ini meyakinkan saya bahawa kita boleh diajar dan belajar daripada roh baris demi baris, menerima apa yang kita perlukan, dan kemudian apabila kita bersedia, kita akan menerima lebih lagi.

Saya telah digalakkan dengan cara yang sama oleh laporan Nefi ketika diminta untuk kembali ke Yerusalem untuk kepingan-kepingan Laban. Ingatlah pilihan yang dia telah buat. Nefi berkata, “Aku akan pergi dan melaksanakan hal-hal yang telah Tuhan perintahkan.”3

Pengalaman Nefi dengan Roh Kudus dalam tugasan itu telah berulang kali memberi saya keberanian ketika saya memulakan tugasan daripada Tuhan tetapi ia kelihatan melebihi pengalaman masa lalu saya dan melebihi apa yang saya lihat sebagai keupayaan saya.

Anda ingat apa yang Nefi katakan tentang pengalamannya: “Dan waktu itu malam; dan aku menyebabkan [saudara-saudaraku] menyembunyikan diri di luar tembok. Dan setelah mereka menyembunyikan diri, aku, Nefi, curi-curi masuk ke dalam kota itu dan menuju ke arah rumah Laban.”

Dia bersambung, “Dan aku dipandu oleh Roh, tidak tahu terlebih dahulu hal-hal yang aku patut laksanakan.”4

Saya telah digalakkan dengan pengetahuan bahawa Nefi dibimbing oleh Roh dari minit ke minit sepanjang malam dalam tugasan Tuhan.

Kita dan anda perlukan penemanan Roh Kudus yang tetap. Kini, kita menghasratkannya, namun kita tahu dari pengalaman bahawa ia tidak mudah untuk dicapai. Kita semua berfikir, berkata dan melakukan hal-hal setiap hari yang boleh menyinggung Roh.

Apabila itu berlaku, sebagaimana yang akan berlaku, kita mungkin merasa tidak diperkenankan oleh Tuhan. Dan kita mungkin tergoda untuk merasakan kita bersendirian. Ia adalah penting untuk mengingati janji pasti yang kita terima setiap minggu semasa kita bertaubat dan mengambil sakramen: “agar mereka boleh selalu memiliki Roh-Nya bersama mereka.”5

Jika anda telah merasai pengaruh Roh Kudus hari ini, anda boleh mengambilnya sebagai bukti bahawa Korban Tebusan sedang berkesan dalam hidup anda.

Seperti Elder Jeffrey R. Holland katakan: “Apabila saat-saat kesusahan kita datang, kita tidak harus tunduk kepada ketakutan bahawa Tuhan telah meninggalkan kita atau Dia tidak mendengar doa-doa kita. Dia mendengar kita. Dia melihat kita. Dia mengasihi kita.”6

Jaminan itu telah membantu saya. Apabila saya berasa jauh daripada Tuhan, apabila jawapan kepada doa saya kelihatan tertangguh, saya telah belajar untuk mengikuti nasihat Presiden Nelson untuk mengkaji semula kehidupan saya demi peluang untuk bertaubat. Dia mengingatkan kita, “Pertaubatan harian merupakan laluan kepada kesucian, dan kesucian membawa kuasa.”7

Jika anda mengalami kesukaran untuk merasakan Roh Kudus, anda boleh merenungkan jika ada apa-apa yang anda perlu bertaubat dan menerima keampunan.8 Anda boleh berdoa dengan iman untuk tahu apa yang perlu dilakukan untuk dibersihkan dan lebih layak untuk penemanan Roh Kudus yang tetap.

Jika anda ingin menerima penemanan Roh Kudus, anda mesti hasratkannya untuk sebab yang betul. Tujuan anda mestilah tujuan Tuhan. Jika motif anda terlalu mementingkan diri sendiri, anda akan sedar susahnya untuk menerima dan merasai dorongan Roh.

Kuncinya bagi saya dan anda adalah untuk menginginkan apa yang Juruselamat inginkan. Motif kita perlu didorong oleh kasih suci Kristus. Dia kita perlulah menjadi “Apa yang saya mahu adalah apa yang Engkau mahu. Kehendak-Mu terjadilah.”

Saya cuba mengingati pengorbanan Juruselamat dan kasih-Nya kepada saya. Kemudian, apabila saya berdoa kepada Bapa Syurgawi untuk kesyukuran saya rasa kasih dan jaminan bahawa doa-doa saya didengari dan saya akan menerima apa yang terbaik untuk saya dan kepada mereka yang saya kasihi. Ia menguatkan kesaksian saya.

Antara semua hal yang Roh Kudus bersaksi, yang paling berharga bagi kita adalah bahawa Yesus ialah Kristus, Putera Tuhan yang hidup. Juruselamat berjanji, “Aku akan mengutus Penolong yang berasal daripada Bapa kepada kamu. Dia Roh yang akan menunjukkan apa yang benar tentang Tuhan. Apabila Dia datang, Dia akan memberikan kesaksian tentang Aku.”9

Bertahun-tahun yang lalu, saya menerima panggilan telefon daripada seorang ibu yang gelisah. Dia beritahu saya bahawa anak perempuannya telah berpindah jauh dari rumah. Dari perhubungan yang kurang dengan anak perempuannya itu, dia merasakan sesuatu yang tidak kena. Dia merayu bantuan saya.

Saya mencari siapa pengajar keluarga anaknya itu. Anda boleh tahu dengan istilah itu, ia sudah berlaku agak lama dulu. Saya menelefon dia. Dia masih muda. Namun dia beritahu saya bahawa dia dan rakannya terjaga pada malam hari dengan kebimbangan terhadap gadis itu dan juga ilham bahawa gadis itu akan buat pilihan yang akan bawa kesedihan dan penderitaan. Dengan hanya ilham Roh itu, mereka pergi berjumpa dengannya.

Pada mulanya, dia tidak mahu beritahu mereka tentang situasinya. Melalui ilham, mereka memohon kepadanya untuk bertaubat dan pilih jalan yang Tuhan ada untuknya. Kemudian dia sedar bahawa, saya percaya melalui Roh, bahawa satu-satunya cara mereka dapat tahu tentang kehidupannya itu adalah daripada Tuhan. Seorang ibu memalingkan kebimbangannya yang penuh kasih kepada Bapa Syurgawi dan Juruselamat. Roh Kudus telah dihantar kepada pengajar keluarga itu kerana mereka bersedia untuk melayani Tuhan. Mereka telah mengikuti nasihat dan janji yang terdapat dalam Ajaran dan Perjanjian:

“Biarlah sanubarimu juga penuh kasih amal terhadap semua orang, dan kepada kaum beriman, dan biarlah kebajikan mengisi fikiranmu dengan tidak ada hentinya; maka rasa percayamu akan menjadi kuat di hadiran Tuhan; dan ajaran keimamatan akan menitik ke atas jiwamu bagaikan embun dari langit.

“Roh Kudus akan menjadi temanmu yang tetap, dan cokmarmu sebuah cokmar kesolehan dan kebenaran yang tidak berubah; dan kekuasaanmu akan menjadi kekuasaan kekal, dan tanpa sebarang paksaan akan mengalir kepadamu selama-lamanya.”10

Saya bersaksi bahawa Tuhan telah mentaati janji-Nya. Roh Kudus dihantar kepada ahli-ahli perjanjian Gereja Yesus Kristus yang beriman. Kini, pengalaman anda akan menjadi unik, dan Roh akan membimbing dalam cara yang paling sesuai dengan iman dan keupayaan anda untuk menerima wahyu bagi anda dan mereka yang anda kasihi dan layani. Saya berdoa dengan segala hati saya agar keyakinan anda akan berkembang.

Saya bersaksi bahawa Tuhan Bapa hidup. Dia mengasihi anda. Dia mendengar setiap doa anda. Yesus Kristus berdoa kepada Bapa untuk hantar Roh Kudus untuk membimbing, menghiburkan, dan bersaksi tentang kebenaran kepada kita. Bapa dan Putera Terkasih-Nya muncul kepada Joseph Smith di sebuah hutan. Nabi Joseph Smith menterjemahkan Kitab Mormon melalui kurnia dan kuasa Tuhan.

Utusan-utusan syurgawi memulihkan kunci-kunci imamat. Presiden Russell M. Nelson adalah nabi Tuhan untuk seluruh bumi.

Sebagai seorang saksi Yesus Kristus, saya tahu bahawa Dia hidup dan memimpin Gereja-Nya. Anda dan saya berpeluang untuk memiliki Roh Kudus sebagai teman kita yang tetap dan untuk mengesahkan kebenaran-kebenaran itu semasa kita mengingati dan mengasihi Juruselamat, bertaubat, dan meminta kasih-Nya untuk berada dalam hati kita. Saya berdoa agar kita boleh memiliki berkat itudan penemanan Roh Kudus hari ini dan setiap hari dalam kehidupan kita. Saya sayangi anda. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.