Persidangan Umum
Yesus Kristus adalah Jawapannya
Persidangan Umum April 2023


Yesus Kristus adalah Jawapannya

Semua soalan atau masalah yang anda ada, jawapannya sentiasa ada pada kehidupan dan ajaran Yesus Kristus.

Saudara dan saudari terkasih, kita telah diberi makanan rohani dalam dua hari ini. Muzik koir sangat hebat. Para pembicara telah menjadi alat bagi Tuhan. Saya berdoa agar anda akan mencari Roh Kudus untuk membimbing pengkajian semasa merenungkan kebenaran yang diajar dari mimbar ini. Pesanan mereka benar-benar dari syurga.

Seminggu dari hari ini adalah hari Ahad Easter. Ia adalah upacara agama yang paling penting bagi pengikut Yesus Kristus. Sebab utama kita menyambut Krismas adalah kerana Hari Easter. Pengajaran Ikutlah Aku minggu ini akan mendorong anda untuk mengkaji kemasukan kemenangan Juruselamat ke Yerusalem, Dia membersihkan bait suci, penderitaan-Nya di Taman Getsemani, Penyaliban-Nya, Kebangkitan-Nya, dan kemunculan-Nya kepada para pengikut-Nya.1

Nikmati ayat-ayat suci ini dan cari cara anda boleh berterima kasih kepada Bapa Syurgawi kerana mengutus Putera Tunggal-Nya.2 Kerana Yesus Kristus, kita boleh bertaubat dan dosa-dosa diampuni. Kerana Dia, setiap kita akan dibangkitkan.

Saya juga menjemput anda untuk mengkaji semula laporan kemunculan Juruselamat kepada bangsa Nefi di Benua Amerika, seperti dalam 3 Nefi. Sebelum kemunculan itu, suara-Nya didengari di kalangan orang ramai, termasuklah mohonan ini:

“Tidakkah kamu akan kembali kepada-Ku sekarang, dan bertaubat dari dosa-dosamu, dan bertukar hati, agar Aku boleh menyembuhkanmu?

“… Lihatlah, tangan belas kasihan-Ku dihulurkan kepadamu, dan sesiapa yang akan datang, dia akan Aku terima.”3

Saudara dan saudari, Yesus Kristus menghulurkan jemputan yang sama kepada anda, hari ini. Saya mohon anda untuk datang kepada-Nya agar Dia dapat sembuhkan anda! Dia akan sembuhkan anda dari dosa semasa anda bertaubat. Dia akan sembuhkan anda dari kesedihan dan ketakutan. Dia akan sembuhkan anda dari luka-luka dunia ini.

Semua soalan atau masalah yang anda ada, jawapannya sentiasa ada pada kehidupan dan ajaran Yesus Kristus. Pelajari tentang Korban Tebusan-Nya, kasih, belas kasihan, ajaran, dan injil-Nya yang dipulihkan tentang penyembuhan dan perkembangan. Berpaling kepada Tuhan! Ikutlah Dia!

Yesus Kristus adalah sebab kita membina bait suci. Setiap satu adalah rumah kudus-Nya. Membuat perjanjian dan menerima tatacara penting di bait suci, dan berusaha untuk mendekati Dia di sana, akan berkati hidup dalam cara penyembahan lain tidak dapat lakukan. Oleh itu, kami lakukan segala daya untuk menjadikan berkat-berkat bait suci tersedia kepada ahli Gereja di seluruh dunia. Hari ini, saya bersyukur untuk mengumumkan rancangan pembinaan bait suci baharu di setiap lokasi berikut:

  • Retalhuleu, Guatemala

  • Iquitos, Peru

  • Teresina, Brazil

  • Natal, Brazil

  • Tuguegarao City, Filipina

  • Iloilo, Filipina

  • Jakarta, Indonesia

  • Hamburg, Jerman

  • Lethbridge, Alberta, Kanada

  • San Jose, California

  • Bakersfield, California

  • Springfield, Missouri

  • Charlotte, North Carolina

  • Winchester, Virginia

  • Harrisburg, Pennsylvania

Saudara dan saudari terkasih, saya bersaksi Yesus Kristus mengarahkan urusan Gereja-Nya. Saya bersaksi mengikuti-Nya adalah satu-satunya cara untuk kegembiraan berkekalan. Saya tahu kuasa-Nya turun ke atas umat yang mematuhi perjanjian-Nya, yang “disenjatai dengan kesolehan dan dengan kuasa Tuhan dalam kemuliaan yang besar.”4 Saya bersaksi, dengan kasih dan berkat untuk anda, dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.