Persidangan Umum
Berkat Bapa Bangsa Anda—Arahan yang Diilhami daripada Bapa Syurgawi
Persidangan Umum April 2023


Berkat Bapa Bangsa Anda—Arahan yang Diilhami daripada Bapa Syurgawi

Berkat bapa bangsa saya bantu saya fahami identiti abadi yang benar—siapa diri saya yang sebenar dan siapa yang saya boleh menjadi.

Saya dibesarkan oleh ibu bapa yang mengasihi dan mengajarkan injil kepada anak-anak mereka dengan setia. Sedihnya, ibu bapa saya sudah lama berkesusahan dalam perkahwinan. Saya masih di Sekolah Primer apabila diberitahu mereka akan bercerai suatu hari nanti dan adik-beradik dan saya akan perlu pilih ibu bapa mana untuk tinggal bersama. Oleh itu, saya mengalami kegelisahan yang ketara berpanjangan; walau bagaimanapun, kurnia daripada Bapa Syurgawi akhirnya bantu mengubah segalanya untuk saya—iaitu berkat bapa bangsa saya.

Pada umur 11, saya menginginkan berkat bapa bangsa kerana semakin risau tentang hubungan ibu bapa saya. Saya tahu Bapa Syurgawi mengenali saya secara keseluruhan dan keadaan tertentu. Dan saya juga tahu saya akan menerima arahan daripada Dia. Selepas harijadi ke-12, saya menerima berkata bapa bangsa dengan segera. Itu lebih dari setengah abad lalu, tetapi saya ingat pengalaman kudus itu dengan jelas.

Syukurnya, kita mempunyai arahan yang diilhami tentang berkat bapa bangsa dalam Buku Panduan Umum Gereja:

“Every worthy, baptized member is entitled to receive a patriarchal blessing, which provides inspired direction from Heavenly Father.” [“Setiap ahli yang layak dan telah dibaptiskan berhak menerima berkat bapa bangsa, yang menyediakan arahan terilham daripada Bapa Syurgawi.”]

A member should be “mature enough to understand the significance and sacred nature of the blessing” and “understand the basic doctrine of the gospel.” [Seorang ahli harus “cukup matang untuk memahami kepentingan dan sifat kudus berkat” dan “memahami ajaran asas Injil.”]

“Ideally the member should be young enough that many important decisions in life are still ahead. …” [“Idealnya ahli patut cukup muda bahawa banyak keputusan penting dalam hidup masih di hadapan. …”] “Priesthood leaders should not establish a minimum age for a member to receive a patriarchal blessing. … [“Para pemimpin imamat tidak seharusnya menetapkan umur minimum bagi seorang ahli untuk menerima berkat bapa bangsa. …]

“Each patriarchal blessing is sacred, confidential, and personal. … [“Setiap berkat bapa bangsa adalah kudus, sulit dan peribadi. …]

“A person who receives a patriarchal blessing should treasure its words, ponder them, and live to be worthy to receive the promised blessings in this life and in eternity.” [“Seseorang yang menerima berkat bapa bangsa harus menghargai kata-katanya, merenungkannya, dan hidup untuk menjadi layak untuk menerima berkat-berkat yang dijanjikan dalam kehidupan ini dan dalam keabadian.”]1

Presiden Russell M. Nelson telah kerap mengajar tentang kepentingan berkat bapa bangsa,2 yang ia berikan setiap penerima “satu pengisytiharan keturunan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub”3 dan “setiap berkat adalah tulisan suci peribadi bagi anda.”4

Berkat bapa bangsa saya sungguh penting bagi saya ketika muda kerana banyak sebab. Pertama, melalui kuasa Roh Kudus, berkat bapa bangsa bantu saya fahami identiti abadi yang benar—siapa diri saya yang sebenar dan siapa yang saya boleh menjadi. Ia membantu saya tahu, seperti Presiden Nelson telah ajarkan, bahawa saya seorang“anak Tuhan,” “[anak] perjanjian,” dan “pengikut Yesus Kristus.”5 Saya tahu Bapa Syurgawi dan Juruselamat kenal serta kasihi saya dan mereka terlibat secara peribadi dalam hidup saya. Ia membantu saya lebih mendekati Mereka, meningkatkan iman dan kepercayaan dalam Mereka.

Seorang kawan yang menyertai Gereja semasa dewasa muda berkongsi: “Apabila bapa bangsa meletakkan tangannya ke atas kepala saya dan menyebut nama saya, semuanya berubah, … bukan hanya pada waktu itu tetapi buat seluruh hayat saya. Saya segera merasakan bahawa—melalui kuasa dalam dia ucapkan—saya dikenali secara rapat dan mendalam. Kata-kata yang dia ucapkan masuk seluruh diri saya. Saya tahu Bapa Syurgawi mengenali saya secara keseluruhan.”

Mengetahui siapa diri saya yang sebenar telah bantu saya fahami dan berhasrat untuk lakukan apa yang Tuhan harapkan daripada saya.6

Ini membawa saya untuk mengkaji perjanjian yang saya telah buat dan berkat yang dijanjikan dalam perjanjian Tuhan dengan Abraham.7 Ia beri saya perspektif abadi yang mengilhami saya untuk mentaati perjanjian dengan lebih penuh.

Saya baca berkat bapa bangsa saya dengan kerap, dan sewaktu remaja, sering kali setiap hari, ia membantu saya merasakan pengaruh bimbingan Roh Kudus, yang bantu kurangkan kegelisahan semasa saya mengikuti dorongan-Nya. Ini meningkatkan keinginan saya untuk jemput cahaya, kebenaran dan Roh Kudus dengan mengkaji tulisan suci, berdoa setiap hari, mengkaji secara tekun dan ikuti ajaran nabi dan rasul Tuhan. Berkat bapa bangsa juga bantu saya berhasrat untuk jadi lebih berserah kepada kehendak Bapa Syurgawi, dan tumpuan itu bantu saya alami kebahagiaan besar, walaupun keadaan saya yang peribadi.8

Saya menerima kekuatan rohani setiap kali saya mengkaji berkat bapa bangsa saya. Apabila ibu bapa saya akhirnya bercerai, berkat bapa bangsa saya, seperti Presiden Thomas S. Monson ajarkan, telah menjadi “harta peribadi yang berharga dan tidak ternilai,” bahkan “Liahona peribadi.”9

Sekarang, sila jangan salah faham. Saya tidak sempurna. Saya telah buat banyak kesilapan. Pasangan abadi saya boleh mengesahkan bahawa saya masih buat kesilapan. Tetapi berkat bapa bangsa telah membantu saya dan masih bantu saya berhasrat untuk buat dan menjadi lebih baik.10 Kerap mengkaji berkat bapa bangsa saya meningkatkan keinginan saya untuk menahan godaan. Ia bantu saya untuk ada hasrat dan keberanian untuk bertaubat, dan pertaubatan menjadi proses yang menggembirakan.

Ia penting bagi saya untuk menerima berkat bapa bangsa semasa saya masih muda dan kesaksian saya masih berkembang. Dan saya bersyukur buat selamanya kerana ibu bapa dan uskup memahami bahawa hasrat saya menunjukkan saya sudah bersedia.

Ketika berumur 12 tahun, dunia ini kurang mengelirukan dan mengganggu berbanding dengan dunia hari ini. Presiden Nelson telah menggambarkan hari ini sebagai “masa yang paling rumit dalam sejarah dunia,” dunia yang “berdosa” dan “mementingkan diri.”11 Mujurlah remaja kita hari ini lebih matang daripada saya pada umur 12 tahun, dan mereka juga ada keputusan penting untuk dibuat semasa mereka masih muda! Mereka juga perlu tahu siapa diri mereka sebenarnya, Tuhan mengasihi mereka dan kenal mereka dengan sempurna!

Bukan semua orang akan menginginkan berkat bapa bangsa pada masa yang sama dengan saya. Tetapi saya berdoa supaya ahli yang belum menerima berkat bapa bangsa akan berdoa untuk ketahui bila mereka bersedia. Saya berjanji bahawa jika anda bersedia secara rohani, pengalaman anda, seperti saya, akan menjadi kudus bagi anda. Saya juga berdoa agar ahli yang sudah terima berkat bapa bangsa akan mengkaji dan menghargainya. Menghargai berkat bapa bangsa ketika muda memberkati saya dengan keberanian sewaktu rasa kecewa, ketenangan sewaktu rasa takut, kedamaian sewaktu rasa cemas, harapan sewaktu rasa tiada harapan, dan kegembiraan sewaktu jiwa saya perlukannya. Berkat bapa bangsa saya bantu meningkatkan iman dan kepercayaan kepada Bapa Syurgawi dan Juruselamat saya. Ia juga meningkatkan kasih saya terhadap Mereka—sampai sekarang sama juga.

Saya bersaksi bahawa berkat bapa bangsa menyediakan arahan berilham daripada Bapa Syurgawi. Saya bersaksi tentang realiti Bapa Syurgawi dan Putera-Nya yang hidup,—Juruselamat kita, Yesus Kristus—yang mengenali, mengasihi dan ingin berkati kita. Saya juga tahu dengan pasti bahawa Presiden Russell M. Nelson ialah nabi Tuhan di bumi hari ini. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. General Handbook: Serving in The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, 18.17, 18.17.1, ChurchofJesusChrist.org.

  2. Lihat Russell M. Nelson, “Thanks for the Covenant” (pertemuan rohani Brigham Young University, 22 Nov. 1988), speeches.byu.edu; “A More Excellent Hope” (pertemuan rohani Brigham Young University, 8 Jan. 1995), speeches.byu.edu; “Identity, Priority, and Blessings” ( pertemuan rohani Brigham Young University, 10 Sep. 2000), speeches.byu.edu; “Roots and Branches,” Liahona, Mei 2004, 27–29; “Covenants,” Liahona, Nov. 2011, 86–89; “Youth of the Noble Birthright: What Will You Choose?” (Pertemuan rohani Brigham Young Universiti–Hawaii, 6 Sep. 2013), broadcasts.ChurchofJesusChrist.org; “The Book of Mormon, the Gathering of Israel, and the Second Coming,” Ensign, Julai 2014, 26–31; Liahona, Julai 2014, 24–29; “Biarlah Tuhan Menang,” Liahona, Nov. 2020, 92–95; “Perjanjian Kekal,” Liahona, Okt. 2022, 1–6.

  3. Russell M. Nelson, “Covenants,” 88.

  4. Russell M. Nelson, “Thanks for the Covenant,” speeches.byu.edu.

  5. Russell M. Nelson, “Choices for Eternity” (pertemuan rohani sedunia untuk dewasa muda, 12 Mei 2022), ChurchofJesusChrist.org; penekanan ditambah.

  6. Lihat Russell M. Nelson, “Covenants,” 86–89.

  7. Lihat Kejadian 17:1–10; lihat juga Russell M. Nelson, “Children of the Covenant,” Ensign, Mei 1995, 32–34.

  8. Lihat Russell M. Nelson, “Kebahagiaan dan Penakatan Rohani,” Liahona, Nov. 2016, 81–84.

  9. Thomas S. Monson, “Your Patriarchal Blessing: A Liahona of Light,” Ensign, Nov. 1986, 65–66.

  10. Lihat Russell M. Nelson, “Kita Dapat Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik,” Liahona, Mei 2019, 67–69.

  11. Russell M. Nelson, “Mengatasi Dunia dan Mencari Kesejahteraan,” Liahona, Nov. 2022, 95–96.

  12. Diilhami oleh James E. Faust, “Priesthood Blessings,” Ensign, Nov. 1995, 62–64.