Persidangan Umum
Yesus Kristus Ialah Kelegaan
Persidangan Umum April 2023


Yesus Kristus Ialah Kelegaan

Kita boleh bersatu dengan Juruselamat untuk membantu menyediakan bantuan duniawi dan rohani bagi mereka yang memerlukan—dan dalam proses ini mencari kelegaan kita sendiri.

Dengan iman kepada Yesus Kristus dan harapan tentang berita mukjizat-Nya, para penjaga lelaki lumpuh membawanya kepada Yesus. Mereka membawanya ke sana—mendedahkan bumbung dan menurunkan lelaki itu, di atas tikarnya, ke tempat Yesus sedang mengajar. Apabila Yesus “melihat betapa besarnya iman mereka, Dia berkata kepada [lelaki yang lumpuh itu], dosamu sudah diampunkan.”1 Dan, “Bangunlah, angkat tikarmu, dan pulanglah!”2 Dan dengan segera lelaki itu bangun dan mengangkat tikarnya dan pulang ke rumah, “memuji Tuhan.”3

Apakah lagi yang kita tahu tentang kawan-kawan yang menjaga lelaki lumpuh itu? Kita tahu bahawa Juruselamat tahu iman mereka. Dan setelah melihat dan mendengar Juruselamat serta menjadi saksi mukjizat-Nya, mereka “kehairanan” dan “memuji Tuhan.”4

Yesus Kristus telah sediakan penyembuhan yang diharapkan—kelegaan jasmani dari kesakitan dan akibat penyakit kronik. Juruselamat juga memberi kelegaan rohani dengan membersihkan dosa lelaki itu.

Dan kawan-kawannya—dalam usaha untuk menjaga seseorang yang memerlukan, mereka temui sumber kelegaan; mereka temui Yesus Kristus.

Saya bersaksi Yesus Kristus ialah kelegaan. Melalui Korban Tebusan Yesus Kristus, kita boleh diringankan dari beban dan akibat dosa dan dibantu dalam kelemahan kita.

Dan kerana kita mengasihi Tuhan dan berjanji untuk melayani-Nya, kita boleh bersatu dengan Juruselamat untuk membantu menyediakan bantuan duniawi dan rohani bagi mereka yang memerlukan—dan dalam proses ini mencari kelegaan kita sendiri dalam Yesus Kristus.5

Nabi terkasih kita, Presiden Russell M. Nelson, menjemput kita untuk mengatasi dunia dan mencari kesejahteraan.6 Dia mentakrifkan “kesejateraan sejati” sebagai “kelegaan dan kedamaian.” Presiden Nelson berkata, “Melalui Korban tebusan Juruselamat yang tidak terhingga, dia menebus setiap orang daripada kelemahan, kesilapan dan dosa. Dia juga alami setiap kesakitan, kebimbangan dan beban yang anda pernah alami, Jadi, apabila anda benar-benar bertaubat dan cari bantuan-Nya, anda boleh mengatasi dunia yang tidak menentu ini.”5 Itulah kelegaan yang Yesus Kristus tawarkan kepada kita!

Setiap kita membawa sebuah beg sebagai kiasan. Ia mungkin bakul seimbang di atas kepala anda atau beg galas atau sebungkus benda yang dibalut dengan kain di atas bahu anda. Tetapi untuk memudahkan kita, kita panggil ia beg.

Kiasan beg ini adalah di mana kita membawa beban hidup di dunia yang terjatuh. Beban kita bagaikan batu di dalam beg. Secara umumnya, ada tiga jenis batu:

  • Batu perbuatan kita sendiri kerana dosa.

  • Batu dalam beg kita kerana keputusan tidak bijak, salah laku dan orang lain tidak ramah.

  • Dan batu yang kita bawa kerana kita hidup dalam keadaan terjatuh. Ini termasuk batu penyakit, kesakitan, penyakit kronik, kesedihan, kekecewaan, kesunyian dan kesan bencana alam.

Saya dengan sukacita menyatakan bahawa beban fana kita, batu-batu di dalam beg kita, tidak perlu merasa berat.

Yesus Kristus boleh meringankan beban kita.

Yesus Kristus boleh mengangkat beban kita.

Yesus Kristus menyediakan jalan untuk kita mendapat kelegaan dari beban dosa.

Yesus Kristus ialah kelegaan kita.

Dia berfirman:

“Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu [iaitu, kelegaan dan kedamaian].

“Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan.

“Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul.”8

Kuk itu mudah dan beban itu ringan sekiranya kita berada dalam kuk bersama Juruselamat, kita berkongsi beban kita dengan Dia, dan kita benarkan Dia mengangkat beban kita. Ini bermaksud memasuki hubungan perjanjian dengan Tuhan dan mematuhi perjanjian itu, seperti dijelakan oleh Presiden, “membuat semua tentang kehidupan lebih senang.” Dia berkata, “Mengikat diri dengan Juruselamat bermakna anda boleh mempunyai kekuatan dan kuasa penebusan-Nya.”9

Jadi mengapakah kita kedekut dengan batu-batu kita? Mengapakah seorang pelempar besbol yang letih enggan meninggalkan tempat apabila adanya seorang pelempar legaan sedia untuk menamatkan permainan ini? Mengapakah saya berkeras untuk mempertahankan kedudukan saya bersendirian apabila “pelempar legaan” sedia berdiri untuk membantu saya?

Presiden Nelson ajarkan, “Yesus Kristus … berdiri dengan tangan terbuka, mengharapkan dan bersedia untuk menyembuh, mengampuni, membersihkan, menguatkan, menyucikan dan menguduskan kita.”10

Jadi, mengapakah kita berkeras untuk mengangkat batu-batu kita sendiri?

Ini adalah soalan peribadi untuk setiap anda pertimbangkan.

Bagi saya, ini adalah keangkuhan. “Saya boleh buat ini,” kata saya. “Jangan risau; Saya akan siapkannya.” Ia adalah si penipu besar yang mahu saya bersembunyi daripada Tuhan, berpaling daripada-Nya, dan bersendirian.

Saudara dan saudari, saya tidak boleh, saya tidak perlu, dan saya tidak akan bersendirian. Memilih untuk terikat kepada Juruselamat saya, Yesus Kristus, melalui perjanjian yang telah saya buat dengan Tuhan, “Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, [saya] berdaya menghadapi segala macam keadaan”11

Penjaga perjanjian diberkati dengan kelegaan Juruselamat.

Pertimbangkan contoh ini dalam Kitab Mormon: Orang Alma dianiaya dengan “tugas-tugas ke atas diri mereka, dan … para pengawas ke atas diri mereka.”12 Dilarang berdoa dengan bersuara, mereka “mencurahkan hati mereka kepada [Tuhan]; dan Dia mengetahui fikiran dalam hati mereka.”13

Dan “suara Tuhan datang kepada mereka dalam kesengsaraan mereka, memfirmankan: Angkatlah kepalamu dan terhiburlah, kerana Aku tahu tentang perjanjian yang telah kamu buat kepada-Ku; dan Aku akan membuat perjanjian dengan umat-Ku dan membebaskan mereka daripada perhambaan.

“Dan Aku akan juga meringankan beban yang ditaruh di atas bahumu, sehingga bahkan kamu tidak dapat merasakannya di atas belakangmu.”14

Dan beban mereka “dijadikan ringan”, dan “Tuhan menguatkan mereka agar mereka dapat menanggung beban mereka dengan mudah, dan mereka tunduk dengan riang dan dengan kesabaran pada segala kehendak Tuhan.”15

Penjaga perjanjian itu menerima kelegaan dalam bentuk keteangan, kesabaran besar dan kegembiraan, meringankan beban agar mereka rasa ringan, dan akhirnya pembebasan.16

Sekarang kita kembali ke kiasan beg kita sendiri.

Pertaubatan, melalui Korban Tebusan Yesus Kristus, adalah apa yang melegakan kita dari berat batu-batu dosa. Dan dengan kurnia yang indah ini, belas kasihan Tuhan melegakan kita dari kelemahan dan tuntutan keadilan yang tidak dapat dibayangkan.17

Korban Tebusan Yesus Kristus juga membolehkan kita menerima kekuatan untuk mengampuni, yang membolehkan kita melepaskan beban yang dibawa kerana kesalahan orang lain.18

Jadi bagaimana Juruselamat melegakan beban hidup di dunia yang terjatuh dengan tubuh fana yang tertakluk kepada kesedihan dan kesakitan?

Sering kali, Dia melaksanakan kelegaan itu melalui kita! Sebagai ahli perjanjian Gereja-Nya, kita berjanji “berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa” dan “menghibur mereka yang memerlukan penghiburan.”19 Kerana kita “datang ke dalam kawanan Tuhan” dan “dipanggil umat-Nya,” kita “bersedia untuk menanggung beban satu sama lain, agar ianya boleh menjadi ringan.”20

Berkat perjanjian kita adalah untuk bekerjasama dengan Yesus Kristus dalam memberi kelegaan, duniawi dan rohani, kepada semua anak Tuhan. Kita adalah saluran yang melaluinya Dia memberikan kelegaan.21

Jadi, seperti kawan-kawan lelaki yang lumpuh itu, kita “sokonglah yang lemah, angkatlah tangan yang terkulai, dan kuatkanlah lutut-lutut yang lemah.”22 Kita “saling … memikul beban. Dengan cara demikian … akan mentaati perintah Kristus.”23 Apabila kita melakukannya, kita mengenali Dia, menjadi seperti Dia, dan menemukan kelegaan-Nya.24

Apakah itu kelegaan?

Ia adalah menyingkir atau meringankan sesuatu yang menyakitkan, mengganggu, membebankan atau kekuatan untuk bertahan. Ia merujuk kepada seseorang yang mengambil tempat orang lain. Ia adalah pembetulan yang sah bagi yang salah.25 Perkataan Anglo-Perancis asal dari Perancis Lama, perkataan relever, atau “untuk dibangkitkan,” dan dari Latin relevare, atau “bangkit semula.”26

Saudara dan saudari, Yesus Kristus ialah kelegaan. Saya bersaksi bahawa Dia bangkit lagi pada hari ketiga dan, setelah memenuhi Korban Tebusan yang penuh kasih dan tidak terhingga, berdiri dengan tangan terbuka, menawarkan kepada kita peluang untuk bangkit semula, diselamatkan, dan dimuliakan dan menjadi seperti Dia. Kelegaan yang Dia berikan kepada kita adalah abadi.

Seperti para wanita yang dikunjungi oleh malaikat pada pagi Easter pertama, saya ingin “cepat pergi” dan dengan “sukacita” untuk sampaikan bahawa Dia telah bangkit.27 Dalam nama Juruselamat kita, Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lukas 5:20.

  2. Markus 2:11.

  3. Lukas 5:25.

  4. Lukas 5:26.

  5. Lihat D. Todd Christofferson, “The First Commandment First” (pertemuan rohani Brigham Young University, 22 Mac 2022), 2, speeches.byu.edu: “Kasih kita kepada Tuhan mengangkat kemampuan kita untuk mengasihi orang lain dengan lebih penuh dan sempurna kerana kita berpasangan dengan Tuhan dalam menjaga anak-anak-Nya” (penekanan ditambah).

  6. Lihat Russell M. Nelson, “Mengatasi Dunia dan Mencari Kesejahteraan,” Liahona, Nov. 2022, 95–98.

  7. Russell M. Nelson, “Mengatasi Dunia dan Mencari Kesejahteraan,” 96.

  8. Matius 11:28–30.

  9. Russell M. Nelson, “Mengatasi Dunia dan Mencari Kesejahteraan,” 97.

  10. Russell M. Nelson, “Kita Dapat Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik,” Liahona, Mei 2019, 67.

  11. Filipi 4:13.

  12. Mosia 24:9.

  13. Mosia 24:12.

  14. Mosia 24:13–14; penekanan ditambah.

  15. (Mosia 24:15).

  16. Lihat Mosia 24:13–14.

  17. Lihat Alma 34:14–16; lihat juga Mosia 15:8–9.

  18. Russell M. Nelson, “Four Gifts That Jesus Christ Offers to You” (Pertemuan Rohani Krismas Presidensi Utama, 2 Dis. 2018), broadcasts.ChurchofJesusChrist.org: ““Kurnia kedua yang Juruselamat berikan kepada anda adalah keupayaan untuk memaafkan. Melalui Korban Tebusan-Nya yang tak terhingga, anda boleh mengampuni mereka yang telah melukakan anda dan yang mungkin tidak akan bertanggungjawab atas kekejaman mereka kepada anda.

    “Biasanya ia mudah untuk mengampuni orang yang mencari keampunan anda dengan ikhlas dan rendah hati. Tetapi Juruselamat akan memberi anda keupayaan untuk mengampuni sesiapa pun yang telah menganiaya anda dalam apa cara pun. Kemudian perbuatan mereka yang menyakitkan tidak lagi dapat meremuk jiwa anda.”

  19. Mosia 18:9.

  20. Mosia 18:8.

  21. Lembaga Pertolongan, organisasi wanita Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, diorganisasikan oleh Nabi Joseph Smith pada 17 Mac 1842, sebagai “lampiran imamat yang ditubuhkan secara ilahi” (Dallin H. Oaks, “The Keys and Authority of the Priesthood,” Liahona, Mei 2014, 51). Dalam memilih nama organisasi baru, perkataan baik hati dipertimbangkan, tetapi pertolongan disukai oleh para wanita. Emma Smith, presiden pertama organisasi itu, dan Eliza R. Snow, setiausahanya yang kemudian melayani sebagai presiden kedua Lembaga Pertolongan, menjelaskan bahawa baik hati adalah perkataan yang popular—popular pada institusi masa ini—tetapi yang popular “tidak patut mempengaruhi kita.” Emma menghuraikan bahawa perkataan pertolongan lebih menggambarkan misi mereka. “Kita akan melakukan sesuatu yang luar biasa … kita mengharapkan peristiwa-peristiwa yang luar biasa dan panggilan mendesak” (Emma Smith, dalam Nauvoo Relief Society Minute Book, 17 Mac, 1842, 12, josephsmithpapers.org). Sesungguhnya, mandat Lembaga Pertolongan sering kali adalah untuk menyediakan pertolongan duniawi dan rohani. Joseph Smith mengajar, “Lembaga [Pertolongan] bukan sahaja untuk melegakan yang miskin, tetapi untuk menyelamatkan jiwa” (Nauvoo Relief Society Minute Book, 9 Jun 1842, 63, josephsmithpapers.org). Dan oleh itu Lembaga Pertolongan terus memberi pertolongan: “Kelegaan dari kemiskinan, kelegaan dari penyakit; kelegaan dari keraguan, kelegaan kejahilan—kelegaan semua yang menghalang kebahagiaan dan kemajuan wanita” (John A. Widtsoe, Evidences and Reconciliations, arr. G. Homer Durham, 3 vol. dalam 1 [1960], 308).

  22. Ajaran dan Perjanjian 81:5; lihat juga Ibrani 12:12.

  23. Galatia 6:2.

  24. Dalam salah satu pertemuan awal Lembaga Pertolongan yang baru diorganisasikan, Lucy Mack Smith, ibu Nabi Joseph Smith, berkata, “Kita mesti saling menghargai satu sama lain, menghibur satu sama lain dan memperoleh arahan, agar kita semua boleh duduk di dalam syurga bersama.” Sejarawan Jennifer Reeder menulis tentang ini, “Dalam tujuan bersatu untuk memberi kelegaan, para wanita bergabung dengan Kristus, dan dengan demikian, mereka mendapat kelegaan-Nya” (First: The Life and Faith of Emma Smith [2021], 130).

  25. Lihat Merriam-Webster.com Dictionary, “relief.”

  26. Lihat Dictionary.com, “relief.”

  27. Lihat Matius 28:1–8.