Persidangan Umum
Mengatasi Dunia dan Mencari Kesejahteraan
Persidangan umum Oktober 2022


Mengatasi Dunia dan Mencari Kesejahteraan

Carilah kesejahteraan daripada keamatan, ketidakpastian dan penderitaan dunia ini dengan mengatasi dunia melalui perjanjian anda dengan Tuhan.

Saudara dan saudari yang dikasihi, saya bersyukur untuk mengalu-alukan anda pada pagi Sabat yang mulia ini. Anda sentiasa berada dalam fikiran saya. Saya kagum dengan cara anda bertindak apabila anda nampak orang lain yang memerlukan. Saya berdiri kagum dengan iman dan kesaksian yang anda tunjukkan berkali-kali. Saya berdukacita kerana kesakitan hati, kekecewaan dan kebimbangan anda. Saya kasihi anda. Saya beri jaminan kepada anda bahawa Bapa Syurgawi kita dan Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus, mengasihi anda. Mereka sedar tentang keadaan, kebaikan, keperluan dan doa anda untuk pertolongan. Berulang kali, saya berdoa bagi anda untuk rasai kasih Mereka bagi anda.

Mengalami kasih Mereka adalah penting, kerana kita seperti diserang setiap hari oleh cabaran susah. Anda mungkin pernah rasa rasa penat dan ingin rehat dan meminta seseorang untuk bangunkan anda apabila semua kekacauan ini berakhir.

Tetapi, saudara dan saudari yang dikasihi, banyak hal yang menakjubkan sedang dinantikan. Dalam hari-hari akan datang, kita akan melihat pernyataan kuasa terbesar oleh Juruselamat yang dunia belum pernah saksi. Antara sekarang dan masa Dia kembali “dengan kuasa dan kemuliaan yang besar,”1 Dia akan mengurniakan keistimewaan, berkat, dan mukjizat yang tidak terhitung kepada orang yang beriman.

Namun begitu, sekarang kita hidup dalam masa yang pastinya paling rumit dalam sejarah dunia. Kerumitan dan cabaran membuat ramai orang berasa terbeban dan letih. Walau bagaimanapun, pertimbangkan pengalaman baru-baru ini yang mungkin menjelaskan bagaimana anda dan saya boleh dapatkan kesejahteraan.

Semasa rumah terbuka Bait Suci Washington D.C. baru-baru ini, seorang ahli jawatankuasa rumah terbuka menyaksikan perbualan yang berilham ketika dia mengiringi beberapa wartawan terkemuka dalam bait suci. Entah bagaimana keluarga muda turut sertai kunjungan media ini. Seorang wartawan kerap bertanya tentang “perjalanan” seorang patron bait suci semasa dia berada dalam bait suci. Dia ingin tahu sama ada perjalanan bait suci adalah simbolik kepada cabaran dalam perjalanan seseorang melalui kehidupan.

Seorang budak lelaki dalam keluarga terdengar perbualan itu. Apabila kumpulan itu memasuki bilik anugerahan, budak lelaki itu tunjuk altar, di mana orang berlutut untuk membuat perjanjian dengan Tuhan, dan berkata, “Oh, itu bagus. Ini tempat untuk orang rehat dalam perjalanan bait suci mereka.”

Saya rasa budak itu belum tahu betapa penting pemerhatiannya. Dia mungkin tidak tahu tentang kaitan langsung antara membuat perjanjian dengan Tuhan di bait suci dan janji Juruselamat yang menakjubkan:

“Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.

“Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku; … kamu akan mendapat kesejahteraan .

“Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul.”2

Saudara dan saudari yang dikasihi, saya bersedih bagi mereka yang tinggalkan Gereja kerana mereka rasakan keahlian memerlukan terlalu banyak daripada mereka. Mereka belum lagi temui bahawa membuat dan menepati perjanjian sebenarnya menjadikan hidup lebih mudah! Setiap orang yang membuat perjanjian dalam kolam pembaptisan dan di bait suci—dan mentaatinya—telah meningkatkan akses kepada kuasa Yesus Kristus. Sila renungkan kebenaran yang menakjubkan itu!

Ganjaran untuk patuhi perjanjian dengan Tuhan adalah kuasa syurgawi—kuasa yang kuatkan kita untuk tahan cubaan, godaan, dan kesakitan hati kita dengan lebih baik. Kuasa ini memudahkan cara kita. Mereka yang patuhi hukum-hukum Yesus Kristus yang lebih tinggi ada akses kepada kuasa-Nya yang lebih tinggi. Oleh itu, penjaga perjanjian berhak menerima kesejahteraan istimewa yang datang melalui hubungan perjanjian mereka dengan Tuhan.

Sebelum Juruselamat menyerahkan diri-Nya kepada penderitaan di Getsemani dan Kalvari, Dia mengisytiharkan kepada para Rasul-Nya, “Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia.”3 Selepas itu, Yesus meminta setiap daripada kita untuk lakukan hal yang sama apabila Dia berkata, “Aku menghendaki agar kamu haruslah mengatasi dunia.”4

Saudara dan saudari yang dikasihi, pesanan saya kepada anda hari ini ialah kerana Yesus Kristus telah mengatasi dunia yang jatuh ini dan kerana Dia menebus setiap kita, anda juga boleh mengatasi dunia yang berdosa, mementingkan diri dan sering meletihkan ini.

Melalui Korban tebusan Juruselamat yang tidak terhingga, dia menebus setiap orang daripada kelemahan, kesilapan dan dosa. Dia juga alami setiap kesakitan, kebimbangan dan beban yang anda pernah alami,5 Jadi, apabila anda benar-benar bertaubat dan cari bantuan-Nya, anda boleh mengatasi dunia yang tidak menentu ini.

Anda boleh mengatasi dosa dunia yang meletihkan secara rohani dan emosi, termasuk keangkuhan, kesombongan, kemarahan, perkara yang tidak bermoral, kebencian, ketamakan, cemburu dan ketakutan. Walaupun gangguan-gangguan ini di sekeliling kita, anda boleh menemui kesejahteraan benar—kelegaan dan kedamaian—bahkan di tengah-tengah masalah anda yang menyakitkan.

Kebenaran penting ini mendorong tiga soalan penting:

Pertama, apakah maksudnya untuk mengatasi dunia?

Kedua, bagaimana kita lakukannya?

Dan ketiga, bagaimana mengatasi dunia memberkati kehidupan kita?

Apakah yang dimaksudkan untuk mengatasi dunia? Ia bermaksud mengatasi godaan untuk lebih mengambil berat tentang hal-hal dunia ini daripada hal-hal Tuhan. Ia bermaksud mempercayai ajaran Kristus lebih daripada falsafah manusia. Ini bermakna bergembira dalam kebenaran, mengecam penipuan dan menjadi “pengikut Kristus yang rendah hati.”6 Ia bermaksud memilih untuk menahan diri dari apa-apa yang menghalau Roh. Maksudnya rela “melepaskan” dosa termasuk dosa kegemaran kita.7

Sekarang, mengatasi dunia sudah tentu tidak bermakna jadi sempurna dalam kehidupan ini, masalah anda akan hilang secara ajaib—kerana ia tidak akan. Dan ia tidak bermakna anda tidak akan lakukan kesilapan. Tetapi mengatasi dunia ini bermakna bahawa penentangan anda terhadap dosa akan meningkat. Hati anda akan menjadi lembut apabila iman anda kepada Yesus Kristus meningkat.8 Mengatasi dunia bermakna berkembang untuk mengasihi Tuhan dan Putera Terkasih-Nya lebih daripada anda mengasihi sesiapa atau apa-apa sahaja.

Oleh itu, bagaimanakah kita mengatasi dunia? Raja Benyamin mengajar caranya kepada kita. Dia ajarkan bahawa “manusia alamiah adalah musuh kepada Tuhan” dan kekal begitu selamanya “kecuali kecuali dia menyerah pada pujukan Roh Kudus, dan menanggalkan manusia alamiah dan menjadi orang suci melalui korban tebusan Kristus Tuhan.”9 Setiap kali anda cari dan ikuti dorongan Roh, setiap kali anda lakukan apa-apa yang baik—hal-hal yang “manusia alamiah” tidak akan lakukan—anda sedang mengatasi dunia.

Mengatasi dunia bukanlah satu peristiwa yang berlaku dalam masa yang singkat. Ia berlaku sepanjang hidup apabila kita berulang kali memeluk ajaran Kristus. Kita memupuk iman dalam Yesus Kristus dengan pertaubatan harian dan mentaati perjanjian yang menganugerahi kita dengan kuasa. Kita kekal pada jalan perjanjian dan diberkati dengan kekuatan rohani, wahyu peribadi, iman yang semakin bertambah dan pelayanan para malaikat. Menjalani ajaran Kristus boleh hasilkan kitaran yang paling berkuasa, mulia, ciptakan momentum rohani dalam kehidupan kita.10

Apabila kita berusaha untuk patuhi hukum-hukum Yesus Kristus yang lebih tinggi, hati dan sifat kita mula berubah. Juruselamat mengangkat kita dari tarikan dunia dengan memberkati kita dengan kasih ihsan yang lebih besar, kerendahan hati, kemurahan hati, kebaikan, disiplin diri, kedamaian dan kesejahteraan.

Sekarang, anda mungkin berfikir ini lebih seperti kerja rohani yang keras dan bukannya kesejahteraan [rehat]. Tetapi inilah kebenaran besar: walaupun dunia menegaskan bahawa kuasa, harta milik, populariti dan keseronokan manusia bawa kebahagiaan, ia tidak boleh! Ia tidak berupaya! Apa yang ia hasilkan hanyalah pengganti kosong untuk “keadaan diberkati dan bahagia bagi [mereka] yang mentaati perintah-perintah Tuhan.”11

Kebenarannya adalah ia lebih memenatkan untuk cari kebahagiaan di mana anda tidak akan temuinya! Walau bagaimanapun, apabila anda bersandar kepada Yesus Kristus dan lakukan pekerjaan rohani yang diperlukan untuk mengatasi dunia, Dialah yang memiliki kuasa untuk mengangkat anda dari tarikan dunia ini.

Sekarang, bagaimana mengatasi dunia memberkati kehidupan kita? Jawapannya jelas: Memasuki hubungan perjanjian dengan Tuhan mengikat kita kepada-Nya dengan cara yang membuat semua tentang kehidupan lebih senang. Sila jangan salah faham saya: Saya tidak berkata bahawa membuat perjanjian menjadikan hidup lebih senang. Malah, ia adalah sebaliknya, kerana musuh tidak mahu anda temui kuasa Yesus Kristus. Tetapi mengikat diri dengan Juruselamat bermakna anda dapat mengakses kekuatan dan kuasa penebusan-Nya.

Imej
Presiden Ezra Taft Benson

Saya tegaskan semula ajaran mendalam Presiden Ezra Taft Benson: “Lelaki dan wanita yang menyerahkan hidup mereka kepada Tuhan akan mendapati bahawa Dia memperkayakan kehidupan mereka daripada usaha sendiri. Dia akan memperdalami kegembiraan, meluaskan visi mereka, menyedarkan fikiran mereka, … naikkan semangat mereka, melipatgandakan berkat mereka, meningkatkan peluang mereka, menghiburkan jiwa mereka, sediakan kawan, dan mencurahkan kedamaian.”12

Semua keistimewaan ini mengikuti mereka yang mencari sokongan syurga untuk membantu mereka mengatasi dunia ini. Untuk tujuan ini, saya berikan semua ahli Gereja perintah yang sama yang saya berikan kepada pemuda pemudi pada bulan Mei lepas. Saya mendesak mereka pada masa itu—dan saya memohon anda sekarang—untuk bertanggungjawab atas kesaksian anda sendiri tentang Yesus Kristus dan injil-Nya. Berusaha untuk itu. Memeliharanya supaya ia dapat berkembang. Memberi kebenaran kepada kesaksian anda. Jangan mencemarkannya dengan falsafah palsu lelaki dan wanita yang tidak percaya. Semasa anda terus kuatkan kesaksian anda tentang Yesus Kristus sebagai keutamaan tertinggi anda, perhatikan mukjizat berlaku dalam hidup anda.13

Permohonan saya kepada anda pagi ini adalah untuk mencari kesejahteraan daripada keamatan, ketidakpastian dan penderitaan dunia ini dengan mengatasi dunia melalui perjanjian anda dengan Tuhan. Beritahu Dia melalui doa dan tindakan bahawa anda serius untuk mengatasi dunia. Minta Dia untuk menerangi minda anda dan menghantar bantuan yang anda perlukan. Setiap hari, catatkan fikiran yang datang kepada anda semasa berdoa; kemudian ikutlah dengan tekun. Luangkan lebih banyak masa di bait suci dan berusaha untuk fahami bagaimana bait suci ajar anda untuk bangkit mengatasi dunia yang jatuh ini.14

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, pengumpulan Israel adalah kerja paling penting yang berlaku di bumi hari ini Satu elemen penting dalam pengumpulan ini adalah menyediakan umat yang mampu, bersedia, dan layak untuk menerima Tuhan apabila Dia datang lagi; bangsa yang telah memilih Yesus Kristus atas dunia terjatuh ini iaitu orang yang bersukacita dalam hak pilihan mereka untuk menjalani hukum-hukum Yesus Kristus yang lebih tinggi dan lebih kudus.

Aku berseru kepada anda, saudara dan saudari yang dikasihi, untuk menjadi umat yang soleh ini. Hargailah dan hormati perjanjian anda melebihi semua komitmen lain. Apabila anda membiarkan Tuhan menang dalam hidup anda, saya berjanji kepada anda kedamaian, keyakinan, kebahagiaan, dan ya, kesejahteraan yang lebih besar.

Dengan kuasa kudus yang dianugerahi kepada saya, saya memberkati anda dalam usaha untuk mengatasi dunia ini. Saya memberkati anda untuk meningkatkan iman kepada Yesus Kristus dan belajar cara mendapat kuasa-nya dengan lebih baik. Saya memberkati anda untuk dapat membezakan kebenaran dari kesalahan. Saya memberkati anda untuk lebih mengambil berat tentang hal-hal Tuhan daripada hal-hal duniawi. Saya memberkati anda untuk melihat keperluan orang di sekeliling anda dan menguatkan mereka yang anda kasihi. Kerana Yesus Kristus mengatasi dunia ini, anda juga boleh. Saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Joseph Smith—Matius 1:36: “Kemudian akan muncul tanda Putera Manusia di langit, dan kemudian semua suku-suku bangsa di bumi akan berdukacita; dan mereka akan melihat Putera Manusia datang dalam awan di langit, dengan kuasa dan kemuliaan yang besar.”

  2. Matius 11:28–30; penekanan ditambah.

  3. Yohanes 16:33; penekanan ditambah.

  4. Ajaran dan Perjanjian 64:2; penekanan ditambah.

  5. Lihat Alma 7:11–13.

  6. 2 Nefi 28:14.

  7. Lihat kisah ayah Raja Lamoni dalam Alma 22, terutamanya Alma 22:18.

  8. Lihat Mosia 5:7.

  9. Mosia 3:19; penekanan ditambah.

  10. Lihat 2 Nefi 31; 3 Nefi 27:16–20.

  11. Mosia 2:41.

  12. Teachings of Presidents of the Church: Ezra Taft Benson (2014), 42–43.

  13. Lihat Russell M. Nelson, “Choices for Eternity” (pertemuan rohani sedunia bagi pemuda pemudi, 15 Mei, 2022), broadcasts.ChurchofJesusChrist.org.

  14. Presiden David O. McKay berkata bahawa dalam bait suci kita mengambil “langkah demi langkah pendakian ke Hadirat Abadi” (dalam Truman G. Madsen, The Temple: Where Heaven Meets Earth [2008], 11).