Persidangan Umum
Berbuat Baik Menjadi Normal Kita
Persidangan umum Oktober 2022


Berbuat Baik Menjadi Normal Kita

Jika kita tabah dan tak tergoyah dalam berbuat baik, adat kita akan bantu kita kekal pada jalan perjanjian.

Saya akan sentiasa bersyukur atas tugasan Gereja yang telah bawa saya tinggal di negara-negara lain. Kami menemui dalam setiap negara ini kepelbagaian besar dan orang yang luar biasa dengan adat dan tradisi berbeza.

Kita semua mempunyai adat dan tradisi peribadi, dari keluarga kita atau dari komuniti kediaman dan kita harap untuk meneruskan semua adat dan tradisi yang sejajar dengan asas-asas injil. Adat dan tradisi yang meneguhkan amat penting kepada usaha kita untuk kekal di jalan perjanjian, dan adat dan tradisi yang menghalang, kita seharusnya menolak.

Adat ialah amalan atau pemikiran dan kebiasaan bagi seseorang, budaya atau tradisi. Kerap kali, perkara yang kita fikir dan lakukan berulang kali dikenali sebagai “biasa.”

Saya akan mengambarkan ini: Patricia, isteri saya yang dikasihi, suka minum air kelapa dan makan isinya. Semasa kunjungan pertama kami ke Puebla, Mexico, kami pergi ke satu tempat di mana kami beli kelapa. Selepas minum air, isteri saya minta mereka memotong kelapa dan bawa isinya untuk dimakan. Apabila ia dihidang, isi kelapa berwarna merah-kemerahan. Mereka telah menaburkan cili! Kelapa manis dengan cili! Itu nampak pelik bagi kami. Tetapi kemudian kami dapati yang pelik itu ialah isteri dan saya, yang tidak makan kelapa dengan cili. Di Mexico, bagaimanapun, ia bukan jarang; ia sangat biasa.

Pada masa lain, kami makan di Brazil bersama beberapa kawan, dan mereka berikan kami avokado. Ketika kami mula tabur garam padanya, kawan-kawan kami berkata kepada kami, “Apa yang kamu buat!? Kami sudah tabur gula pada avokado!” Avokado dengan gula! Itu nampaknya begitu pelik bagi kami. Tetapi kami dapati yang pelik itu ialah isteri dan saya, yang tidak makan avokado dengan gula. Di Brazil, makan avokado dengan gula adalah biasa.

Perkara yang biasa bagi sesetengah orang mungkin pelik bagi orang lain, bergantung kepada adat dan tradisi mereka.

Adat dan tradisi manakah yang normal dalam kehidupan kita?

Presiden Russell M. Nelson telah berkata: “Hari ini kita sering mendengar tentang ‘normal baru.’ Jika anda ingin mengamalkan norma baru, saya menjemput anda untuk memaling hati, minda, dan jiwa dengan lebih kepada Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus. Jadikanlah itu normal baru anda” (“Normal Baru,” Liahona, Nov. 2020, 118).

Jemputan ini untuk semua orang. Tidak kira sama ada kita miskin atau kaya, berpendidikan atau tidak, tua atau muda, sakit atau sihat. Dia jemput kita untuk jadikanlah hal-hal yang biasa dalam kehidupan perkara yang membantu kita kekal pada jalan perjanjian.

Tidak ada negara yang mengandungi keseluruhan perkara yang baik atau mengagumkan. Jadi, seperti diajarkan oleh Paulu dan Nabi Joseph Smith:

Jika terdapat apa-apa pun yang berhemah, indah, atau dikatakan baik atau layak dipuji, kami mencari hal-hal sebegini” (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:13).

“Jika terdapat pujian, fikirkanlah hal-hal ini” (Filipi 4:8).

Perhatikan bahawa ini ialah gesaan, bukan hanya ulasan.

Saya ingin kita semua ambil masa untuk merenungkan adat kita dan caranya mempengaruhi keluarga kita.

Di antara tabiat hebat, ada empat yang patut jadi normal bagi ahli-ahli Gereja:

  1. Pengkajian tulisan suci secara peribadi dan sekeluarga. Untuk bertukar hati kepada Tuhan Yesus Kristus, setiap orang bertanggungjawab untuk mempelajari injil. Ibu bapa bertanggungjawab untuk mengajar injil kepada anak-anak mereka (lihat Ajaran dan Perjanjian 68:25; Ajaran dan Perjanjian 93:40).

  2. Doa peribadi dan keluarga. Juruselamat memerintahkan kita untuk selalu berdoa (lihat Ajaran dan Perjanjian 19:38). Doa membenarkan kita berkomunikasi secara peribadi dengan Bapa Syurgawi dalam nama Putera-Nya, Yesus Kristus.

  3. Penghadiran pertemuan sakramen mingguan (lihat 3 Nefi 18:1–12; Moroni 6:5–6). Kita berbuat demikian untuk ingati Yesus Kristus semasa kita ambil sakramen. Dalam tatacara ini, ahli-ahli Gereja memperbaharui perjanjian mereka untuk mengambil ke atas diri mereka nama Juruselamat, selalu mengingati-Nya, dan mematuhi perintah-perintah-Nya (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79).

  4. Penglibatan kerap dalam pekerjaan bait suci dan sejarah. Pekerjaan ini adalah cara menyatukan dan memeteraikan keluarga untuk keabadian (lihat Ajaran dan Perjanjian 128:15).

Bagaimanakah perasaan kita apabila dengar empat tabiat ini? Adakah ia sebahagian dari kehidupan kita yang biasa?

Ada banyak tradisi lain yang boleh jadi sebahagian kebiasaan yang kita telah amalkan, maka itulah cara Tuhan menang dalam hidup kita.

Bagaimanakah kita boleh tentukan apa yang akan jadi hal-hal biasa dalam hidup kita dan keluarga kita? Dalam tulisan suci, kita temui sebuah teladan yang baik; dalam Mosia 5:15 ia berkata: “Aku menghendaki agar kamu patut tabah dan tak tergoyah, selalu berlimpah ruah dengan kerja-kerja baik.”

Saya suka kata-kata ini, kerana kita tahu bahawa hal-hal yang menjadi normal dalam kehidupan kita ialah hal yang kita ulangi berkali-kali. Jika kita tabah dan tak tergoyah dalam berbuat baik, adat kita akan selaras dengan asas-asas injil, dan ia akan bantu kita kekal pada jalan perjanjian.

Presiden Nelson juga telah menasihati: “Amalkan normal baru anda dengan bertaubat setiap hari. Berusaha untuk bersih dalam fikiran, pertuturan dan perlakuan. Melayani terhadap satu sama lain. Mempunyai satu perspektif abadi. Melaksanakan panggilan anda. Dan apa-apa cabaran anda, saudara dan saudari sekalian, hidup setiap hari supaya anda lebih bersedia untuk bertemu dengan Pencipta anda” (“Normal Baru,” 118).

Sekarang, tidaklah pelik bagi isteri saya, Patricia, atau saya makan kelapa dengan cili dan avokado dengan gula—sebenarnya, kami suka. Walau bagaimanapun, permuliaan adalah sesuatu yang lebih luar biasa daripada deria rasa; ia berkaitan dengan keabadian.

Saya berdoa agar kebiasaan kita boleh benarkan kita alami keadaan “kebahagiaan yang tak akan berakhir” (Mosia 2:41) yang dijanjikan kepada mereka yang patuhi perintah-perintah Tuhan dan bahawa semasa melakukan demikian, kita boleh berkata, “Dan terjadilah bahawa kami hidup menurut cara kegembiraan” (2 Nefi 5:27).

Saudara dan saudari sekalian, saya bersaksi tentang 15 lelaki yang kita sokong sebagai nabi, pelihat dan pewahyu, termasuk nabi kita yang dikasihi, Presiden Russell M. Nelson. Saya bersaksi Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah benar. Terutamanya, saya bersaksi tentang Yesus Kristus, Juruselamat dan Penebus kita, dalam nama Yesus Kristus, amin.