Persidangan Umum
Melihat Pengaruh Yesus Kristus dalam Kehidupan Kita
Persidangan umum Oktober 2022


Melihat Pengaruh Yesus Kristus dalam Kehidupan Kita

Juruselamat menjemput kita untuk melihat kehidupan kita melalui Dia, supaya dapat melihat pengaruh Dia dalam hidup kita

Saudara dan saudari sekalian, saya bersyukur kerana dapat bersama anda pagi ini. Saya mengaitkan hati saya dengan anda dalam kesyukuran untuk dikumpulkan, di mana pun di seluruh dunia, untuk mendengar pesanan daripada nabi, rasul, pelihat, pewahyu dan pemimpin kerajaan Tuhan. Kita secara kiasan menjadi seperti rakyat Raja Benyamin, mendirikan khemah-khemah dan memastikan pintu kita diarahkan kepada nabi Tuhan di bumi,1 Presiden Russell M. Nelson.

Saya mempunyai penglihatan yang buruk sekian lama dan selalu bergantung pada kanta preskripsi untuk memperbaiki penglihatan saya. Apabila saya membuka mata setiap pagi, dunia kelihatan sangat mengelirukan. Segalanya tidak terfokus, kabur dan tidak jelas. Suami saya juga kelihatan seperti sebuah protret abstrak daripada seorang yang disayangi dan menghiburkan! Tindakan refleks saya sebelum memulakan hari adalah memakai cermin mata supaya dapat melihat persekitaran dan menikmati pengalaman yang lebih terang dalam aktiviti harian saya.

Selama bertahun-tahun, saya mengenali bahawa kelakuan ini menggambarkan kebergantungan harian saya pada dua perkara: pertama, alat yang membantu saya menjelas, menumpu dan memahami persekitaran; dan kedua, keperluan untuk bimbingan berterusan untuk menunjukkan arah yang betul. Amalan mudah ini berkait dengan pemerhatian penting tentang hubungan kita bersama Juruselamat kita, Yesus Kristus.

Dalam kehidupan kita yang sering dipenuhi dengan soalan, kebimbangan, tekanan, dan peluang, kasih Juruselamat kepada kita secara individu dan sebagai anak-anak perjanjian-Nya, dan ajaran-ajaran dan hukum-Nya merupakan sumber harian yang kita sentiasa boleh bergantung kepada bagi “cahaya yang bersinar, … menerangi mata kita [dan] menghidupkan pemahaman kita.”2 Apabila kita mencari berkat-berkat Roh dalam hidup kita, kita dapat lihat “hal-hal sebagaimana ianya wujud, dan … sebagaimana ianya benar-benar akan terjadi,”3 seperti yang diajar oleh Yakub.

Sebagai anak-anak perjanjian Tuhan, kita telah diberkati bekalan yang kaya dengan alat-alat ilahi yang ditetapkan untuk memperbaiki penglihatan rohani kita. Firman dan ajaran-ajaran Yesus Kristus seperti yang tercatat dalam tulisan suci dan pesanan para nabi terpilih-Nya, dan Roh-Nya yang diterima melalui doa harian, kehadiran bait suci yang kerap dan tatacara mingguan sakramen dapat membantu memulihkan kedamaian dan menyediakan kurnia pembezaan yang diperlukan untuk membawa cahaya Kristus dan kefahaman-Nya ke segala aspek kehidupan kita dan di dalam dunia yang boleh kelihatan agak gelap. Juruselamat juga boleh menjadi kompas dan juruterbang kita semasa mengemudikan perairan kehidupan yang tenang mahupun bergelora. Dia boleh membuat jelas jalan betul yang membawa kita ke destinasi abadi kita. Jadi, apakah yang Dia ingin kita lihat dan ke manakah Dia mahu kita pergi?

Nabi kita telah mengajarkan bahawa “tumpuan kita harusnya berdasarkan pada Juruselamat dan Injil-Nya” dan bahawa kita mesti “berusaha melihat kepada Dia dalam setiap fikiran.”4 Presiden Nelson juga telah berjanji bahawa “tiada yang menjemput Roh lebih daripada memperbaiki fokus anda kepada Yesus Kristus. … Dia akan memimpin dan membimbing anda dalam kehidupan peribadi jika anda atur masa bagi-Nya dalam hidup anda—setiap hari.5 Kawan-kawan, Yesus Kristus ialah tujuan fokus dan tujuan destinasi kita. Untuk membantu kita kekal tetap dan menuju ke arah yang betul, Juruselamat menjemput kita untuk melihat kehidupan kita melalui Dia supaya dapat melihat pengaruh Dia dalam hidup kita . Saya telah mempelajari lebih lanjut tentang jemputan khusus ini melalui pembelajaran Perjanjian Lama.

Hukum Musa diberikan kepada orang Israel awal sebagai injil persediaan, direka untuk menyediakan orang untuk hubungan perjanjian yang lebih tinggi dengan Tuhan melalui Yesus Kristus.6 Hukum ini, dipenuhi lambang yang menunjukkan orang yang percaya untuk “menanti-nantikan kedatangan” dan Korban Tebusan Yesus Kristus,7 dimaksudkan untuk membantu orang Israel berfokus pada Juruselamat dengan beriman kepada-Nya, Korban-Nya, dan hukum dan perintah-Nya dalam kehidupan mereka8—berniat untuk membawa mereka ke pemahaman yang lebih besar tentang Penebus mereka.

Seperti kita sekarang, orang kuno Tuhan telah dijemput untuk melihat kehidupan mereka melalui-Nya supaya mereka melihat pengaruh Dia dalam kehidupan mereka. Tetapi pada masa pelayanan Juruselamat, orang Israel telah melupai Kristus dalam adat mereka, mengetepikan Dia dan menambah hukum-hukum manusia yang tidak mempunyai lambang arahan yang menunjuk kepada sumber keselamatan dan penebusan mereka yang benar—Yesus Kristus.9

Hidup seharian orang Israel telah menjadi keliru dan kabur. Dalam keadaan inilah anak-anak Israel percaya bahawa amalan dan ritual hukum ialah jalan untuk keselamatan peribadi dan mengurangkan hukum Musa kepada rangka peraturan sahaja untuk memerintah kehidupan orang awam.10 Ini memerlukan Juruselamat untuk memulihkan fokus dan kejelasan kepada injil-Nya.

Akhirnya sebahagian besar orang Israel menolak pesanan-Nya dan menuduh Juruselamat—Dia yang memberi hukum dan mengisytiharkan bahawa Dia ialah “hukum dan cahaya”11—telah melanggar peraturan mereka. Namun Yesus dalam Khutbah di atas Bukit, berucap tentang hukum Musa, mengisytiharkan, “Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semua ajaran itu berlaku.”12 Kemudian Juruselamat, melalui Korban Tebusan Abadi-Nya, menamatkan hukum, peraturan, dan amalan-amalan adat yang diamalkan oleh umat Israel pada masa itu. Pengorbanan terakhir-Nya telah mengubah korban bakaran kepada pemberian “hati yang hancur dan jiwa yang menyesal” kita, 13 daripada tatacara pengorbanan kepada tatacara sakramen.

Presiden M. Russell Ballard, telah mengajar tentang subjek itu, berkata, “Dalam erti kata, pengorbanan berubah daripada sumbangan kepada penyumbang.”14 Apabila kita membawa sumbangan kita kepada Juruselamat, kita dijemput untuk melihatpengaruh Yesus Kristus dalam hidup kita, apabila kita menyerahkan kehendak kita kepada-Nya dengan rendah hati dalam pengiktirafan dan pemahaman penyerahan sempurna-Nya kepada kehendak Bapa. Apabila kita memperbaiki penglihatan kita terhadap Yesus Kristus, kita mengenali dan memahami bahawa Dialah satu-satunya sumber dan cara untuk menerima keampunan dan penebusan, bahkan kehidupan abadi dan permuliaan.

Sebagai pengikut injil yang awal, saya menemui ramai orang yang mengamal dan melihat perubahan dalam kelakuan, amalan dan pilihan saya selepas menyertai Gereja. Mereka ingin tahu “mengapa” saya memilih untuk dibaptiskan dan menyertai jemaah orang yang percaya ini, iaitu Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir; mengapa saya mempunyai amalan tertentu pada hari Sabat; mengapa saya setia dalam mematuhi Kata-kata Bijaksana; mengapa saya membaca Kitab Mormon;mengapa saya percaya dan mengamalkan ajaran-ajaran para nabi dan rasul zaman moden; mengapa saya menghadiri pertemuan mingguan Gereja; mengapa saya menjemput orang lain untuk “mari dan lihat, mari dan bantu,mari dan kekal,”15 dan “mari dan tergolong.”16

Pada masa itu, soalan-soalan tersebut berasa sangat besar dan kadang-kadang seolah-olah menuduh. Tetapi semasa saya menghadapi penelitian orang, saya sedar bahawa pertanyaan mereka, sebenarnya, merupakan jemputan pertama saya untuk memakai cermin mata rohani bagi menjelaskan, menumpukan dan memupuk apa yang mendorong kepatuhan saya kepada amalan dan standard injil. Apakah sumber kesaksian saya? Adakah saya hanya menjalankan “persembahan luaran” tanpa membenarkan amalan-amalan tersebut berkait dengan hukum-hukum Tuhan untuk “menguatkan iman [saya] kepada Kristus”17 atau menunjukkan pemahaman bahawa Yesus Kristus ialah satu-satunya sumber kuasa dalam pematuhan saya?

Melalui usaha besar untuk melihat kepada dan mencari Yesus Kristus dalam setiap pemikiran dan perbuatan saya, mata saya diterangi, dan pemahaman saya dihidupkan untuk mengenali bahawa Yesus Kristus memanggil saya untuk “datang kepada-Nya.”18 Sejak awal penganutan pada masa remaja saya, saya boleh ingat satu jemputan yang dihulurkan kepada saya oleh misionari untuk menyertai mereka semasa mereka mengajar injil kepada sekumpulan gadis muda yang sebaya saya. Pada satu petang, ketika di rumah keluarga salah seorang gadis itu, soalan lembut mereka tentang “mengapa saya percaya” menyentuh hati saya, dan membenarkan saya bersaksi kepada mereka dengan pemahaman visi Tuhan tentang motivasi rohani penganutan saya, dan telah memperhaluskan kesaksian saya seterusnya.

Saya belajar sejak masa itu sehingga sekarang, bahawa Juruselamat kita, Yesus Kristus, mendorong kita ke gereja setiap minggu untuk mengambil sakramen-Nya, ke rumah Tuhan untuk membuat perjanjian dengan-Nya, kepada tulisan suci dan ajaran-ajaran para nabi untuk belajar tentang firman-Nya. Dia mengarahkan mulut kita untuk bersaksi tentang Dia, tangan kita untuk mengangkat dan melayani sepertimana Dia mengangkat dan melayani, mata kita untuk melihat dunia dan satu sama lain seperti Dia lakukan—“sebagaimana ianya wujud pada hakikatnya, dan … sebagaimana ianya benar-benar akan terjadi.”19 Dan apabila kita membenarkan Dia mengarahkan kita dalam segala hal, kita menerima kesaksian bahawa “segala sesuatu menunjukkan adanya seorang Tuhan,”20 kerana kita akan menemui Dia di mana-mana kita mencari-Nya21—setiap hari. Saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.