Persidangan Umum
Rangka Wahyu Peribadi
Persidangan umum Oktober 2022


Rangka Wahyu Peribadi

Kita perlu fahami rangka kerja di mana Roh Kudus berfungsi. Apabila kita beroperasi dalam rangka itu, Roh Kudus boleh memberi tanggapan yang menakjubkan.

Seperti ramai anda, saya telah dipengaruhi oleh Elder Dieter F. Uchtdorf selama bertahun. Itu serba sedikit menjelaskan apa yang saya akan katakan.1 Jadi, maaf kepadanya …

Juruterbang yang mahir mengikut kemampuan kapal terbang dan mengikut arahan pengawal trafik udara tentang penggunaan landasan dan laluan pesawat. Secara ringkasnya, juruterbang beroperasi dalam suatu rangka. Tidak kira betapa cemerlang atau mahir seorang juruterbang, hanya menerbang dalam rangka ini juruterbang boleh memenuhi potensi kapal terbang untuk mencapai objektifnya dengan selamat.

Dalam cara yang sama, kita menerima wahyu peribadi dalam suatu rangka. Selepas pembaptisan, kita diberi kurnia agung namun praktikal iaitu kurnia Roh Kudus.2 Apabila kita berusaha untuk kekal pada jalan perjanjian,3 ia adalah “Roh Kudus … [yang] akan memperlihatkan kepada [kita] segala hal [yang kita] harus lakukan.”4 Apabila kita tidak pasti atau resah, kita boleh meminta bantuan Tuhan.5 Janji Juruselamat menjadi lebih jelas: “Mintalah … , maka kamu akan menerimanya; … kerana setiap orang yang meminta … akan menerimanya.”6 Dengan bantuan Roh Kudus, kita boleh mengubah sifat ilahi kita menjadi takdir abadi kita.7

Janji wahyu peribadi melalui Roh Kudus adalah mengagumkan, sama seperti kapal terbang ketika penerbangan. Dan seperti juruterbang, kita perlu fahami rangka kerja di mana Roh Kudus berfungsi untuk memberikan wahyu peribadi. Apabila kita beroperasi dalam rangka itu, Roh Kudus boleh memberi tanggapan, arahan dan penghiburan yang menakjubkan. Di luar rangka ini, tidak kira betapa cemerlang atau bakat kita, kita boleh diperdaya dan terhempas serta menimpa kemalangan.

Tulisan suci adalah elemen pertama dalam rangka wahyu peribadi.8 Berjamu dengan firman Kristus, seperti dalam tulisan suci, merangsang wahyu peribadi. Elder Robert D. Hales berkata: “Apabila kita ingin berbicara kepada Tuhan, kita berdoa. Dan apabila kita mahu Dia berbicara kepada kita, kita mengkaji tulisan suci.”9

Tulisan suci juga mengajar kita cara untuk menerima wahyu peribadi.10 Dan kita minta apa yang benar dan baik11 dan tidak bertentangan dengan kehendak Tuhan.12 Kita tidak “minta dengan tujuan jahat” untuk mempromosikan agenda sendiri atau untuk memenuhi keseronokan sendiri.13 Di atas semuanya, kita harus bertanya kepada Bapa Syurgawi dalam nama Yesus Kristus,14 mempercayai bahawa kita akan menerima.15

Elemen kedua rangka itu adalah kita menerima wahyu peribadi hanya dalam pandangan kita dan bukan dalam prerogatif orang lain. Dalam kata lain, kita terbang dan mendarat dalam landasan yang ditetapkan. Kepentingan landasan yang baik dipelajari awal dalam sejarah Pemulihan. Hiram Page, salah seorang daripada Lapan Saksi Kitab Mormon, mendakwa menerima wahyu untuk seluruh Gereja. Sesetengah ahli terpedaya dan dipengaruhi dengan salah.

Sebagai jawapan, Tuhan mengungkapkan bahawa “tidak seorang pun akan ditetapkan untuk menerima perintah dan wahyu di dalam gereja ini kecuali hamba-Ku Joseph Smith … sehingga Aku memilih … seorang yang lain sebagai penggantinya.”16 Ajaran, perintah, dan wahyu bagi Gereja adalah prerogatif nabi hidup, yang menerimanya dari Tuhan Yesus Kristus.17 Itulah landasan nabi.

Bertahun yang lalu, saya menerima satu panggilan telefon dari seorang individu yang telah ditahan kerana pelanggaran. Dia memberitahu saya bahawa tulisan suci tambahan telah dikubur di bawah tingkat bawah sebuah bangunan yang dia cuba masuk. Dia menuntut apabila dia dapat tulisan suci tambahan itu, dia tahu dia akan menerima kurnia penterjemahan, memperkenalkan tulisan suci baru, dan membentuk ajaran dan arahan Gereja. Saya beritahu dia bahawa dia telah silap, dan dia minta saya untuk berdoa tentang itu. Saya beritahu saya tidak akan. Perkataannya menjadi kasar dan mengakhiri panggilan telefon itu.18

Saya tidak perlu berdoa tentang permintaan ini atas satu sebab mudah tetapi mendalam: hanya nabi menerima wahyu untuk Gereja. Ia “bertentangan dengan ekonomi Tuhan”19 untuk orang lain menerima wahyu seperti itu, yang termasuk dalam landasan nabi.

Wahyu peribadi adalah kepunyaan individu. Anda boleh menerima wahyu, contohnya, untuk tahu ke mana anda mahu tinggal, kerjaya yang harus ikuti atau kepada siapa yang anda mahu kahwini.20 Para pemimpin Gereja boleh mengajar ajaran dan berkongsi nasihat yang diilhamkan, tetapi tanggungjawab bagi keputusan seperti ini adalah milik anda. Itulah wahyu untuk anda terima; itulah landasan anda.

Elemen ketiga rangka itu adalah wahyu peribadi akan selaras dengan perintah Tuhan dan perjanjian yang kita telah buat dengan Dia. Pertimbangkan doa seperti ini: “Bapa di Syurga, pertemuan Gereja membosankan. Bolehkah saya menyembah-Mu pada hari Sabat di atas gunung atau di pantai? Bolehkah saya dikecualikan daripada menghadiri gereja dan mengambil sakramen tetapi masih miliki berkat yang dijanjikan untuk menguduskan hari Sabat?”21 Sebagai jawapan untuk doa itu, kita boleh menjangka jawapan Tuhan: “Anak-Ku, Aku sudah mengungkapkan kehendak-Ku mengenai hari Sabat.”

Apabila kita minta wahyu tentang arahan jelas yang Tuhan telah berikan, kita membuka diri untuk menyalahtafsirkan perasaan kita dan mendengar apa yang kita mahu dengar. Seorang lelaki memberitahu saya tentang kesusahan menstabilkan kewangan keluarganya. Dia mempunyai idea untuk menyalahgunakan dana gereja sebagai penyelesaian, berdoa tentangnya, dan merasakan dia telah menerima wahyu tegas untuk berbuat demikian. Saya tahu dia telah diperdaya kerana dia mencari wahyu yang bertentangan dengan perintah Tuhan. Nabi Joseph Smith memberi amaran, “Tidak ada kelukaan yang lebih besar kepada anak-anak manusia daripada berada di bawah pengaruh roh palsu, apabila mereka fikir mereka mempunyai Roh Tuhan.”22

Ada yang mungkin menyatakan bahawa Nefi telah melanggar sebuah perintah ketika dia membunuh Laban. Walau bagaimanapun, pengecualian ini tidak mengabaikan peraturan—peraturan bahawa wahyu peribadi akan selaras dengan perintah-perintah Tuhan. Tiada penjelasan mudah atau memuaskan bagi episod itu, tetapi saya mahu menekankan beberapa aspeknya. Episod itu tidak bermula dengan Nefi bertanya jika dia boleh membunuh Laban. Itu bukan sesuatu yang dia ingin lakukan. Membunuh Laban bukanlah untuk manfaat peribadi Nefi tetapi untuk menyediakan tulisan suci kepada bangsa yang akan datang dan umat perjanjian. Nefi yakin bahawa ia adalah wahyu—dalam kes ini, ia sebuah perintah Tuhan.23

Elemen keempat rangka itu adalah untuk mengenali apa yang Tuhan telah ungkapkan kepada anda secara peribadi, sementara kekal terbuka kepada wahyu lanjut dari-Nya. Jika Tuhan telah menjawab soalan dan keadaan tidak berubah, mengapakah kita harapkan jawapan yang berbeza? Joseph Smith tersandung dalam senario ini pada tahun 1828. Bahagian pertama Kitab Mormon telah diterjemahkan ketika Martin Harris, seorang penjaga dan jurutulis awal, meminta kebenaran Joseph untuk membawa dan menunjuk halaman terjemahan itu kepada isterinya. Tidak pasti apa yang perlu dilakukan, Joseph berdoa untuk bimbingan. Tuhan berfirman untuk tidak membiarkan Martin membawa halaman itu.

Martin meminta agar Joseph bertanya Tuhan lagi. Joseph berbuat demikian, dan jawapannya, tetap sama. Tetapi Martin merayu Joseph untuk meminta untuk kali ketiga dan Joseph berbuat demikian. Kali ini Tuhan tidak berkata tidak. Sebaliknya, ia seolah-olah Tuhan berfirman, “Joseph, kamu tahu bagaimana perasaan Aku tentang ini, tetapi kamu ada hak pilihan kamu.” Bebas dari sebarang syarat, Joseph putuskan untuk membenarkan Martin membawa 116 halaman manuskrip dan tunjukkan kepada beberapa ahli keluarga. Halaman terjemahan itu hilang dan tidak pernah pulih. Tuhan memarahi Joseph.24

Joseph belajar, seperti Nabi Yakub ajarkan dalam Kitab Mormon: “Janganlah berupaya untuk menasihati Tuhan, tetapi untuk menerima nasihat dari tangan-Nya. Kerana … Dia menasihati dalam kebijaksanaan.”25 Yakub memberi amaran bahawa hal malang berlaku apabila kita meminta apa yang tidak patut kita lakukan. Dia meramalkan bahawa orang di Yerusalem akan mencari “apa yang tidak dapat mereka faham,” memandang “melampaui sasaran,” dan mengabaikan Juruselamat dunia.26 Mereka tersandung kerana mereka meminta hal-hal yang mereka tidak mahu dan tidak dapat fahami.

Jika kita telah menerima wahyu peribadi untuk diri kita dan keadaan tidak berubah, Tuhan telah menjawab soalan anda.27 Contohnya, kadangkala kita minta berulang kali untuk jaminan bahawa kita telah diampuni. Jika kita telah bertaubat, dipenuhi kebahagiaan dan kedamaian, dan menerima pengampunan dosa, kita tidak perlu minta lagi tetapi percaya jawapan yang diberikan oleh Tuhan.28

Walaupun kita percaya jawapan Tuhan sebelumnya, kita perlu terbuka untuk wahyu peribadi lanjut. Akhirnya, hanya beberapa destinasi kehidupan boleh dicapai dengan perjalanan tanpa henti. Kita harus sedar bahawa wahyu peribadi boleh diterima “baris demi baris, ajaran demi ajaran,”29 bahawa arahan yang diungkapkan boleh dan kerap kali adalah semakin bertambah.30

Elemen rangka untuk wahyu peribadi adalah bertindih dan saling memperkukuhkan. Tetapi dalam rangka itu, Roh Kudus boleh dan akan mengungkapkan segala yang kita perlukan untuk melonjak dan mengekalkan momentum di jalan perjanjian. Maka kita boleh diberkati oleh kuasa Yesus Kristus untuk menjadi apa yang diingini oleh Bapa Syurgawi. Saya menjemput anda untuk menuntut wahyu peribadi bagi diri sendiri, fahami ungkapan Tuhan, selaras diri dengan tulisan suci dan perintah-Nya yang diberi melalui para nabi yang ditetapkan menurut pandangan dan hak pilihan anda. Saya tahu Roh Kudus boleh dan akan menunjukkan kepada anda segala hal yang harus anda lakukan,31 Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Elder Dieter F. Uchtdorf secara konsisten dan berkesan menggunakan analogi yang berkaitan dengan pesawat untuk mengajar asas-asas injil yang penting. Contohnya, dia baru-baru ini menggabungkan senarai semakan juruterbang pra penerbangan untuk mengajar seperti Juruselamat dalam “A Teacher’s Checklist” ([siaran bagi pengajar, 12 Jun 2022], broadcasts.ChurchofJesusChrist.org).

  2. Roh Kudus adalah ahli ketiga Kesatuan Ketuhanan, sering dirujuk sebagai Roh atau Roh Tuhan, dan melaksanakan peranan penting dalam rancangan keselamatan. Dia bersaksi tentang Bapa dan Putera, mengungkapkan kebenaran tentang semua hal, menguduskan mereka yang telah bertaubat dan dibaptiskan, dan adalah Roh Kudus Perjanjian (lihat Panduan Tulisan Suci, “Roh Kudus,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org).

  3. Lihat 2 Nefi 31:19–21; Mosia 4:8. Tidak ada cara lain kita “dapat diselamatkan di dalam kerajaan Tuhan.” Berharap sebaliknya tidak akan mencipta jalan alternatif.

  4. 2 Nefi 32:5; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 84:43–44.

  5. Lihat 2 Nefi 32:4; Russell M. Nelson, “Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Liahona, Mei 2018, 93–96.

  6. Matius 7:7–8.

  7. Lihat “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia”; “Tema Remaja Puteri”; General Handbook: Serving in The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, 27.0; 27.2, ChurchofJesusChrist.org.

  8. Lihat 2 Nefi 32:3.

  9. Robert D. Hales, “Holy Scriptures: The Power of God unto Our Salvation,” Liahona, Nov. 2006, 26–27.

  10. Tulisan suci mengajar bahawa suara Roh Kudus adalah halus dan lembut, seperti bisikan—bukan kuat atau bising; ianya mudah, senyap, dan jelas; ia boleh menindik dan membakar; ia mempengaruhi fikiran mahupun hati; ia membawa kedamaian, kebahagiaan, dan harapan—bukannya rasa takut, kegelisahan, dan kerisauan; ia menjemput kita untuk melakukan kebaikan—bukan kejahatan; dan ia menerangi dan seronok—bukan mengelirukan. Lihat 1 Raja-Raja 19:11–12; Omni 1:25; Alma 32:28; Helaman 5:30–33; 3 Nefi 11:3; Moroni 7:16–17; Ajaran dan Perjanjian 6:22–24; 8:2–3; 9:8–9; 11:12–14; 85:6; Boyd K. Packer, “The Candle of the Lord,” Ensign, Jan. 1983, 51–56; Russell M. Nelson, “Dengarkanlah Dia,” Liahona, Mei 2020, 88–92; Russell M. Nelson, “Maju ke Depan Dengan Iman,” Liahona, Nov. 2020, 73–76; Russell M. Nelson, “Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” 93–96.

  11. Lihat 3 Nefi 18:20; Moroni 7:26; Ajaran dan Perjanjian 88:64–65.

  12. Lihat Helaman 10:5; Ajaran dan Perjanjian 46:30.

  13. Yakobus 4:3; lihat Yakobus 4:3, New International Version; 2 Nefi 4:35; Ajaran dan Perjanjian 8:10; 46:7; 88:64–65.

  14. Lihat Ajaran dan Perjanjian 88:64-65; Panduan Tulisan Suci, “Doa,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org.

  15. Lihat 3 Nefi 18:20; Moroni 7:26.

  16. Ajaran dan Perjanjian 28:2, 7.

  17. Lihat Ajaran dan Perjanjian 21:4–5.

  18. Mujurlah, persediaan dibuat untuk dia menerima bantuan dan rawatan yang dia benar-benar perlukan.

  19. Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 197.

  20. Lihat Thomas S. Monson, “Whom Shall I Marry?,” New Era, Oct. 2004, 4.

  21. Lihat Ajaran dan Perjanjian 59:9–16.

  22. Joseph Smith, dalam Times and Seasons, 1 Apr. 1842, 744, josephsmithpapers.org.

  23. Tuhan sering ubah, mengubah, atau membuat pengecualian kepada perintah-perintah-Nya yang diwahyukan, tetapi ini dibuat melalui wahyu kenabian dan bukan wahyu peribadi. Wahyu kenabian datang melalui nabi Tuhan yang ditetapkan menurut kebijaksanaan dan pemahaman Tuhan. Pengecualian ini termasuk wahyu Tuhan kepada Musa dan Yosua untuk bunuh penduduk negeri Kanaan walaupun perintah-Nya “Jangan membunuh” (Keluaran 20:13). Tuhan, melalui nabi-Nya, boleh dan akan mengubah perintah-perintah-Nya untuk tujuan-Nya. Kita tidak bebas, melalui wahyu peribadi untuk mengubah atau mengabaikan perintah-perintah Tuhan ungkapkan kepada Gereja-Nya melalui nabi.

    Lihat 1 Nefi 4:12–18; untuk perbincangan penuh, lihat Joseph Spencer, 1st Nefi: A Brief Theological Introduction (2020), 66–80.

  24. Untuk laporan lengkap 116 halaman manuskrip, lihat Saints: The Story of the Church of Jesus Christ in the Latter Days, vol. 1, The Standard of Truth, 1815–1846 (2018), 44–53; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 3:5–15; 10:1–5.

  25. Yakub 4:10.

  26. Lihat Yakub 4:14–16.

  27. Joseph Smith mengajar, “Kita tidak pernah minta Tuhan untuk wahyu istimewa kecuali jika tidak ada wahyu sebelumnya yang sesuai dengan kes tersebut” (dalam History, 1838–1856 [Manuscript History of the Church], volume A-1, 286–87, josephsmithpapers.org).

  28. Lihat Mosia 4:3. Semasa kita rasa bersalah dan sesal selepas pertaubatan tulus dan ikhlas, ia kerana kekurangan iman dalam Yesus Kristus dan kemampuan-Nya untuk mengampun dan menyembuh kita. Adakala kita percaya pengampunan adalah untuk orang lain bukan bagi kita untuk amalkan. Itulah kekurangan iman dalam kejayaan Juruselamat kerana Korban Tebusan-Nya yang tidak terhingga.

  29. Lihat Yesaya 28:10; 2 Nefi 28:30; David A. Bednar, “Line upon Line, Precept upon Precept,” New Era, Sept. 2010, 3–7.

  30. Tetapi jika Tuhan belum memberikan anda wahyu, teruskan meminta. Seperti yang Elder Richard G. Scott ajarkan: “Teruskanlah dengan kepercayaan. … Apabila anda hidup dengan soleh dan bertindak dengan kepercayaan, Tuhan tidak akan membiarkan anda pergi terlalu jauh tanpa tanggapan amaran jika anda membuat keputusan yang salah” (“Using the Supernal Gift of Prayer,” Liahona, Mei 2007, 10).

  31. Lihat 2 Nefi 32:5.