Persidangan Umum
Tumpu Pada Bait Suci
Persidangan umum Oktober 2022


Tumpu Pada Bait Suci

Saya berjanji bahawa penggunaan masa lebih kerap di bait suci akan memberkati hidup anda dalam cara yang tidak dapat dilakukan oleh hal lain.

Saudara dan saudari yang dikasihi, semasa lima sesi persidangan umum yang mengagumkan ini, kita telah sekali lagi mengalami syurga terbuka! Saya berdoa agar anda telah mencatat tanggapan anda dan akan menyusulnya. Bapa Syurgawi kita dan Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus, bersedia untuk membantu anda. Saya menggesa anda untuk meningkatkan usaha anda untuk mencari bantuan Mereka.

Baru-baru ini, Sister Nelson dan saya berpeluang untuk pra-tonton musim 4 siri Video Kitab Mormon.1 Kami diilhami olehnya! Izinkan saya menunjukkan kepada anda kutipan ringkas dari peristiwa yang menggambarkan kemunculan Juruselamat kepada bangsa Nefi.

Adalah penting bahawa Juruselamat memilih untuk muncul kepada orang-orang di bait suci. Ia adalah rumah-Nya. Ia dipenuhi dengan kuasa-Nya. Janganlah kita hilang tumpuan pekerjaan Tuhan bagi kita sekarang. Dia menjadikan bait suci-Nya lebih mudah diakses. Dia mempercepatkan pembinaan bait suci. Dia memperbaiki kemampuan kita untuk bantu mengumpulkan Israel. Dia juga memudahkan setiap orang untuk menjadi halus secara rohani. Saya berjanji bahawa penggunaan masa lebih kerap di bait suci akan memberkati hidup anda dalam cara yang tidak dapat dilakukan oleh hal lain.

Kini kita ada 168 bait suci yang beroperasi dan 53 bait suci baru yang sedang dibina dan 54 lagi dalam fasa reka bentuk pra-pembinaan!2 Saya bergembira untuk mengumumkan rancangan membina bait suci baharu di detiap lokasi berikut: Busan, Korea; Naga, Philippines; Santiago, Philippines; Eket, Nigeria; Chiclayo, Peru; Buenos Aires City Center, Argentina; Londrina, Brazil; Ribeirão Prêto, Brazil; Huehuetenango, Guatemala; Jacksonville, Florida; Grand Rapids, Michigan; Prosper, Texas; Lone Mountain, Nevada; dan Tacoma, Washington.

Kami juga merancang untuk membina beberapa bait suci di kawasan metropolitan yang terpilih di mana masa perjalanan ke bait suci merupakan cabaran besar. Oleh itu, saya dengan sukacita mengumumkan empat lokasi tambahan sekitar Bandar Raya Mexico di mana bait suci baru akan dibina di Cuernavaca, Pachuca, Toluca dan Tula.

Saudara dan saudari yang dikasihi, semoga anda tumpukan kepada bait suci dalam cara yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini. Saya memberkati anda untuk menjadi lebih dekat kepada Tuhan dan Yesus Kristus setiap hari. Saya kasihi kamu. Semoga Tuhan bersama anda sehingga kita bertemu lagi, saya berdoa dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Video-video baru ini boleh didapati dalam banyak bahasa di Gospel Library dan saluran lain. Episod akan diterbitkan secara mingguan bermula hari ini selepas persidangan.

  2. Sejak 1 Oktober 2022, empat lagi bait suci sedang diubahsuai (St. George Utah, Manti Utah, Salt Lake dan Columbus Ohio), dan tiga sedang menunggu pembaktian (Hamilton New Zealand, Quito Ecuador dan Belém Brazil).