Persidangan Umum
Warisan Galakan
Persidangan umum Oktober 2022


Warisan Galakan

Saya menggalakkan anda untuk terus berusaha melayakkan diri untuk kembali kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Saudara dan saudari, saya bersyukur dapat berkumpul bersama anda di persidangan umum Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Kami telah merasa iman dan kasih anda. Kita telah diteguhkan oleh pengajaran berilham, kesaksian hebat dan muzik yang indah.

Saya menggalakkan anda untuk terus berusaha agar layak kembali kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Di mana pun anda berada di jalan perjanjian, anda akan mengalami kesusahan semasa menentang cubaan jasmani kefanaan atau pertentangan Setan.

Sebagaimana ibu saya berkata apabila saya merungut tentang betapa susahnya sesuatu, “Oh, Hal, semestinya ia susah. Ia sepatutnya susah. Kerana hidup ini sebuah ujian.”

Dia kata dengan tenang, bahkan dengan senyuman, kerana dia tahu dua perkara. Tanpa mengira apapun kesusahan, apa yang paling penting adalah untuk sampai ke syurga untuk bersama Bapa Syurgawinya. Dan tahu dia boleh melakukannya melalui iman kepada Juruselamat.

Dia merasa Yesus dekat dengan dia. Pada masa dia tahu hidupnya akan berakhir, dia berbual dengan saya tentang Juruselamat semasa dia berbaring di bilik tidurnya. Ada sebuah pintu ke bilik lain yang berdekatan dengan katilnya. Dia tersenyum dan pandang ke pintu itu ketika bercakap tentang melihat Juruselamat tidak lama lagi. Saya masih ingat memandang ke pintu itu dan membayangkan bilik di sebaliknya.

Ibu sekarang berada di dunia roh. Dia dapat tumpukan pada matlamatnya walaupun melalui percubaan jasmani dan peribadi berpanjangan.

Warisan galakan yang dia tinggalkan untuk kita telah digambarkan dalam Moroni 7, di mana Mormon menggalakkan anak lelakinya Moroni dan rakyatnya. Ia adalah warisan galakan kepada keturunan seperti ibu saya kepada keluarganya. Mormon menyampaikan warisan galakan kepada semua yang berazam untuk layak merima kehidupan abadi, melalui semua ujian fana mereka.

Mormon bermula dalam ayat pertama Moroni 7 dengan kesaksian tentang Yesus Kristus, para malaikat dan Roh Kristus, yang membolehkan kita membezakan kebaikan daripada kejahatan dan boleh memilih yang benar.

Dia mengutamakan Yesus Kristus, seperti semua yang berjaya dalam memberi galakan kepada mereka yang berkesusahan untuk pulang ke rumah syurgawi mereka:

“Kerana tidak seorang pun dapat diselamatkan, menurut firman Kristus, kecuali mereka akan beriman pada nama-Nya; oleh itu, jika hal-hal ini telah berhenti, maka iman juga telah berhenti; dan dahsyatlah keadaan manusia, kerana mereka seolah-olah penebusan tidak pernah dilakukan.

“Tetapi lihatlah, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku menilai hal-hal yang lebih baik tentang kamu, kerana aku menilai bahawa kamu beriman kepada Kristus kerana kelembutan hatimu; kerana jika kamu tidak beriman kepada-Nya maka kamu tidak layak untuk dihitung di kalangan umat gereja-Nya.”1

Mormon melihat kelembutan hati sebagai bukti kekuatan iman mereka. Dia melihat bahawa rakyatnya bergantung kepada Juruselamat. Dia menggalakkan mereka dengan menyerlahkan iman itu. Mormon terus memberi galakan dengan membantu mereka melihat iman dan kelembutan hati mereka akan membina jaminan dan keyakinan mengatasi kesusahan mereka:

“Dan lagi, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku akan berbicara kepadamu tentang harapan. Bagaimanakah mungkin bahawa kamu dapat memperoleh iman, kecuali kamu berharapan?

“Dan apakah yang harus kamu harapkan? Lihatlah aku berkata kepadamu bahawa kamu akan berharapan melalui korban tebusan Kristus dan kuasa kebangkitan-Nya, untuk dibangkitkan kepada kehidupan yang abadi, dan ini disebabkan imanmu kepada-Nya menurut perjanjian tersebut.

“Oleh itu, jika seseorang beriman dia mestilah perlu berharapan; kerana tanpa iman tidak akan ada apa-apa harapan pun.

“Dan lagi, lihatlah aku berkata kepadamu bahawa dia tidak dapat beriman dan berharapan, kecuali dia akan melembutkan hati, dan rendah hati.”2

Kemudian Mormon menggalakkan mereka dengan bersaksi bahawa mereka sedang maju untuk menerima kurnia hati mereka dipenuhi dengan kasih suci Kristus. Dia menjelaskan kepada mereka kaitan iman kepada Yesus Kristus, kelembutan hati, kerendahan hati, Roh Kudus dan harapan teguh dalam menerima kehidupan abadi. Dia menggalakkan mereka dengan cara ini:

“Kerana tidak seorang pun dapat diterima di hadapan Tuhan, kecuali yang lembut hati dan rendah hati; dan jika seseorang manusia melembutkan hati dan rendah hati, dan mengakui melalui kuasa Roh Kudus bahawa Yesus ialah Kristus, dia mestilah perlu mempunyai kasih ihsan; kerana jika dia tidak memiliki kasih ihsan dia tidak bermakna langsung; oleh itu dia mestilah perlu mempunyai kasih ihsan.”3

Melihat kembali, saya kini lihat bagaimana kurnia kasih ihsan itu—kasih suci Kristus—memperkuatkan, membimbing, menyokong dan mengubah ibu saya dalam kesusahan perjalanan pulangnya.

“Dan kasih ihsan itu kesabaran yang panjang, dan adalah baik hati, dan tidak dengki, dan tidak bongkak, tidak mementingkan dirinya sendiri, tidak mudah marah, tidak berfikiran jahat, dan tidak bergembira di dalam kederhakaan tetapi bergembira di dalam kebenaran, menanggung semua hal, mempercayai semua hal, mengharapkan semua hal, bertahan dalam segala hal.

“Oleh itu, saudara-saudaraku yang dikasihi, jika kamu tidak memiliki kasih ihsan, kamu tidak bermakna langsung, kerana kasih ihsan tidak pernah gagal. Oleh itu, dekatkanlah diri pada kasih ihsan, iaitu yang terbaik daripada segalanya, kerana semua hal mestilah gagal—

“Tetapi kasih ihsan adalah kasih suci Kristus, dan ia bertahan untuk selamanya; dan sesiapa yang didapati memilikinya pada hari terakhir, maka akan baiklah kesudahannya.

“Oleh itu, saudara-saudaraku yang dikasihi, berdoalah kepada Bapa dengan sekuat tenaga hati, agar kamu boleh dipenuhi dengan kasih ini, yang telah Dia berikan kepada semua yang merupakan pengikut sejati Putera-Nya, Yesus Kristus; agar kamu boleh menjadi anak-anak Tuhan; agar apabila Dia akan memperlihatkan diri-Nya kita akan kelihatan seperti Dia, kerana kita akan melihat-Nya sebagaimana Dia adanya; agar kita boleh memiliki harapan ini; agar kita boleh disucikan bahkan seperti Dia yang adalah suci.4

Saya bersyukur atas galakan teladan dan pengajaran Mormon. Saya juga telah diberkati dengan warisan ibu saya. Nabi-nabi dari Adam sehingga zaman kini, melalui pengajaran dan teladan, telah menguatkan saya.

Atas rasa hormat kepada mereka yang saya kenali secara peribadi dan keluarga mereka, saya pilih untuk tidak mengesahkan butiran kesusahan mereka atau bercakap tentang kurnia-kurnia besar mereka secara umum. Namun apa yang saya telah saksi telah menggalakkan dan mengubah saya untuk lebih baik.

Dengan risiko menceroboh privasi, saya akan menambah laporan ringkas tentang galakan isteri saya. Saya lakukannya dengan berhati-hati. Isteri saya ialah seorang yang peribadi yang tidak mencari atau inginkan pujian.

Kami telah berkahwin selama 60 tahun. Daripada pengalaman itu sekarang saya faham maksud kata-kata tulisan suci ini: iman, harapan, kelembutan hati, bertahan, tidak penting diri, bersukacita dalam kebenaran, tidak memikirkan yang jahat dan atas segalanya, kasih ihsan.5 Berdasarkan pengalaman tersebut, saya boleh bersaksi bahawa manusia boleh mengambil semua ideal yang indah itu ke dalam kehidupan harian mereka apabila mengatasi kesusahan hidup ini.

Berjuta-juta daripada anda yang mendengar mengenali orang-orang seperti itu. Ramai di kalangan anda ialah orang seperti itu. Kita semua memerlukan teladan yang menggalakkan seperti itu dan kawan-kawan yang penuh kasih.

Apabila anda duduk bersama seseorang sebagai pelayan saudari atau saudara mereka; anda mewakili Tuhan. Fikirkan apa yang Yesus akan buat atau firman. Dia akan menjemput mereka untuk datang kepada-Nya. Dia akan menggalakkan mereka. Dia akan melihat dan memuji permulaan perubahan yang mereka perlu lakukan. Dan Dia akan menjadi teladan yang sempurna supaya mereka dapat mencontohi.

Tiada orang dapat boleh melakukan sepenuhnya, tetapi dengan mendengar persidangan ini, anda boleh tahu bahawa anda sedang maju. Juruselamat tahu kesusahan anda secara terperinci. Dia tahu potensi besar anda untuk berkembang dalam iman, harapan dan kasih ihsan.

Perintah dan perjanjian yang Dia tawarkan kepada anda bukanlah ujian untuk mengawal anda. Ia adalah kurnia untuk mengangkat anda ke arah penerimaan semua kurnia Tuhan dan untuk kembali kepada Bapa Syurgawi dan Tuhan yang mengasihi anda.

Yesus Kristus telah membayar dosa-dosa kita. Kita boleh menuntut berkat kehidupan abadi itu jika kita akan cukup beriman kepada-Nya untuk bertaubat dan menjadi seperti seorang anak kecil, suci dan bersedia untuk menerima kurnia-kurnia Tuhan yang terbesar.

Saya berdoa agar anda akan menerima jemputan-Nya dan anda akan menawarkannya kepada anak-anak Bapa Syurgawi kita.

Saya berdoa untuk para misionari kita di seluruh dunia. Semoga mereka diilhami untuk menggalakkan setiap orang untuk menginginkan dan percaya jemputan itu datang dari Yesus Kristus melalui para hamba-Nya yang telah mengambil nama-Nya ke atas diri mereka.

Saya bersaksi Dia hidup dan Dia memimpin Gereja-Nya. Saya seorang saksi-Nya. Presiden Russell M. Nelson ialah nabi Tuhan yang hidup untuk seluruh bumi. Saya tahu ini benar. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.