Persidangan Umum
Memelihara dan Memberi Kesaksian Anda
Persidangan umum Oktober 2022


Memelihara dan Memberi Kesaksian Anda

Saya jemput anda untuk mencari peluang memberi kesaksian anda dalam perkataan dan perbuatan.

Pengenalan

Detik-detik penentuan dalam kehidupan datang sering kali dan tanpa dijangka, bahkan ketika anda masih muda. Saya ingin berkongsi cerita tentang seorang pelajar sekolah menengah, Kevin, yang dipilih untuk pergi luar negeri untuk acara pemimpin pelajar, seperti diceritakan dalam kata-katanya sendiri.

“Giliran saya dalam barisan datang, dan kerani pendaftaran meminta nama saya. Dia lihat senarainya dan berkata, ‘Jadi kamu pemuda dari Utah.’

“‘Maksud kamu hanya saya saja dari Utah?’ Saya bertanya.

“‘Ya, hanya kamu.’ Dia berikan saya tag nama dengan perkataan ‘Utah’ tercetak di bawah nama saya. Semasa saya pakainya, saya rasa saya dicop.

“Saya memasuki lif hotel dengan lima pelajar sekolah menengah lain dengan tag nama yang sama. ‘Hey, kamu dari Utah. Kamu orang Mormon?’ bertanya seorang pelajar.

“Saya rasa sangat asing daripada semua pemimpin pelajar ini dari seluruh negeri. ‘Ya,’ saya akui dengan ragu-ragu.

“Orang seperti kamu yang percaya kepada Joseph Smith yang melihat malaikat. Takkan kamu percaya perkara seperti itu?’

“Saya tidak tahu apa yang saya harus berkata. Semua pelajar di lif melihat saya. Saya baru saja tiba, dan orang sudah berfikir saya pelik. Saya mempertahankan diri dengan berkata,‘Saya tahu Joseph Smith nabi Tuhan.’

“Dari mana itu datang?’ Saya berfikir. Saya tidak tahu saya berani bercakap tadi. Tetapi kata-kata itu adalah benar.

“‘Ya, saya sudah tahu kamu semua gila tentang agama,’ dia berkata.

“Dengan itu, suasana dalam lif menjadi aneh semasa pintu lif dibuka. Semasa kami mengambil bagasi kami, dia berjalan sambil ketawa di dewan.

“Kemudian, ada suara di belakang saya bertanya, ‘Hei, orang Mormon ada sejenis Alkitab lain, kan?’

“Alamak. Tanya lagi. Saya berpaling ke seorang pelajar lain yang masih berada di lif bersama saya, Christopher.

“‘Ia dipanggil Kitab Mormon,’ saya berkata, ingin mengelakkan subjek itu. Saya ambil beg saya dan mula berjalan ke dewan.

“‘Adakah buku itu diterjemah oleh Joseph Smith?’ dia bertanya.

“‘Betul,’ saya jawab. Saya terus berjalan, berharap untuk elakkan perasaan segan.

“‘Jadi, macam mana saya boleh dapatkan satu?’

“Sebuah ayat suci yang saya pelajari dari seminari tiba-tiba terlintas dalam minda saya. ‘Aku tidak malu dengan injil Kristus.’1 Semasa ini memasuki fikiran saya, saya berasa lebih malu kerana perasaan malu saya.

“Sepanjang minggu itu ayat suci tidak meninggalkan saya. Saya jawab banyak soalan tentang Gereja, dan saya membuat ramai kawan.

“Saya sedari bahawa saya bangga dengan agama saya.

Saya beri Christopher sebuah Kitab Mormon. Dia kemudian menulis, beritahu saya bahawa dia telah jemput misionari ke rumahnya.

“Saya belajar untuk tidak malu untuk berkongsi kesaksian saya.2

Saya diilhami oleh keberanian Kevin dalam perkongsian kesaksiannya. Keberanian itu dicontohi setiap hari oleh ahli-ahli Gereja yang beriman di seluruh dunia. Semasa saya berkongsi pendapat saya, saya menjemput anda untuk merenungkan empat soalan ini:

  1. Adakah saya tahu dan fahami apakah itu kesaksian?

  2. Adakah saya tahu cara untuk beri kesaksian saya?

  3. Apakah halangan dalam perkongsian kesaksian saya?

  4. Bagaimana saya dapat kekalkan kesaksian saya?

Adakah Saya Tahu dan Fahami Apakah Itu Kesaksian?

Kesaksian anda adalah kepunyaan yang paling berharga, sering dikaitkan dengan perasaan rohani yang mendalam. Perasaan-perasaan ini biasanya disampaikan secara senyap dan digambarkan sebagai “suara yang lembut.”3 Ia adalah kepercayaan atau pengetahuan anda tentang kebenaran diberikan sebagai saksi rohani melalui pengaruh Roh Kudus. Mendapati kesaksian ini akan ubah apa yang anda katakan dan bagaimana anda bertindak. Aspek-aspek utama kesaksian anda, disahkan oleh Roh Kudus termasuk:

  • Tuhan ialah Bapa Syurgawi anda; Anda ialah anak-Nya. Dia kasihi anda.

  • Yesus Kristus hidup. Dia Putera Tuhan yang hidup, Juruselamat dan Penebus anda.

  • Joseph Smith ialah nabi Tuhan yang dipanggil untuk memulihkan Gereja Yesus Kristus.

  • Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah kerajaan Tuhan di bumi.

  • Seorang nabi yang hidup memimpin Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan.

Adakah Saya Tahu Bagaimana untuk Beri Kesaksian Saya?

Anda beri kesaksian anda apabila anda berkongsi perasaan rohani dengan orang lain. Sebagai seorang ahli Gereja, anda berpeluang untuk beri kesaksian semasa pertemuan rasmi Gereja atau semasa perbualan yang kurang formal, satu per satu dengan keluarga, kawan dan orang lain.

Satu cara anda boleh kongsi kesaksian adalah melalui kelakuan soleh. Kesaksian anda kepada Yesus Kristus bukan sahaja dalam pertuturan, tetapi dari teladan anda.

Setiap kali anda beri kesaksian bersuara atau tunjukkan melalui tindakan anda komitmen anda untuk ikuti Yesus Kristus, anda jemput orang lain untuk “datang kepada Kristus.”4

Para ahli Gereja berdiri sebagai saksi bagi Tuhan di segala waktu, dalam segala hal, dan di segala tempat.5 Ada banyak peluang untuk lakukan ini di dunia digital menggunakan kandungan berinspirasi diri kita atau berkongsi kandungan disediakan oleh orang lain. Kita bersaksi apabila kita mengasihi, berkongsi dan menjemput dalam talian. Tweet, mesej dan pos anda akan lebih bertujuan ketika menggunakan media sosial untuk menunjuk cara injil Yesus Kristus diamalkan dalam hidup anda.

Apakah Halangan-halangan dalam Berkongsi Kesaksian Saya?

Halangan untuk berkongsi kesaksian anda mungkin termasuk ketidakpastian tentang apa yang perlu dikatakan. Matius Cowley, seorang Rasul awal, berkongsi pengalaman ini semasa dia pergi ke misi sepanjang lima tahun pada umur 17 tahun ke New Zealand:

“Saya tidak akan lupakan doa-doa yang bapa saya ucapkan pada hari saya pergi. Saya tidak pernah mendengar berkat yang sungguh indah dalam hidup saya. Kemudian kata-kata terakhirnya kepada saya di stesen keretapi, ‘Anakku, kamu akan melayani di dalam misi itu; mengkaji, menyediakan khutbah dan kadangkala ketika kamu dipanggil, kamu akan terfikir anda cukup bersedia, dan pada saat anda berucap, minda anda tidak dapat ingat kembali.’ Saya pernah mengalami banyak kali.

“Saya berkata, ‘Apakah yang kamu lakukan apabila tidak dapat ingat kembali?’

“Dia berkata, ‘Kamu berdiri di sana dan dengan segala persembahan jiwa, kamu bersaksi bahawa Joseph Smith ialah seorang nabi Tuhan yang hidup, dan fikiran akan membanjiri ke dalam minda dan kata-kata kamu kepada mulut anda … kepada hati semua orang yang mendengar.’ Jadi minda saya, seringkali tidak dapat ingat apa yang telah disediakan semasa … misi …, telah memberi saya peluang untuk bersaksi tentang peristiwa terbesar di dunia sejak penyaliban Tuhan. Cubalah itu, remaja putera dan puteri. Jika anda tidak ada perkataan untuk berucap, bersaksi bahawa Joseph Smith ialah nabi Tuhan, dan seluruh sejarah Gereja akan datang ke dalam fikiran anda.”6

Begitu juga, Presiden Dallin H. Oaks berkongsi, “Beberapa kesaksian diperoleh dengan lebih baik semasa berdiri dan bertindak daripada berlutut dan berdoa.”7 Roh memberi kesaksian kepada pembicara dan pendengar.

Satu lagi halangan, seperti ditekankan dari kisah Kevin, ialah ketakutan. Seperti yang Paulus tulis kepada Timotius:

“Roh yang diberikan oleh Tuhan kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Tuhan melengkapi kita dengan kuasa, dan kasih. …

Jadi janganlah malu bersaksi tentang Tuhan Kita.”8

Perasaan ketakutan tidak datang daripada Tuhan tetapi kebanyakan daripada musuh. Mempunyai iman, seperti Kevin, akan membolehkan anda atasi perasaan ini dan berkongsi apa yang ada dalam hati anda.

Bagaimanakah Saya Boleh Kekalkan Kesaksian Saya?

Saya percaya kesaksian adalah semula jadi dalam diri kita, tetapi untuk kekalkannya dan kembangkannya dengan sepenuhnya, Alma ajarkan bahawa kita mesti “memelihara kesaksian kita dengan rapi.”9 Apabila kita berbuat demikian, “ia akan berakar, dan tumbuh, dan menghasilkan buah.”10 Jika tidak, “ia akan layu.”11

Setiap ahli Presidensi Utama telah sediakan panduan untuk menjaga kesaksian.

Presiden Henry B. Eyring mengajar bahawa “perbuatan menjamu firman Tuhan, berdoa tulus dan mematuhi perintah Tuhan perlulah dibuat sentiasa dan setara supaya kesaksian bertumbuh dan makmur.”12

Presiden Dallin H. Oaks mengingatkan kita untuk menjaga kesaksian, “kita perlu mengambil sacrament setiap minggu (lihat Ajaran dan Perjanjian 59:9) untuk mentaati janji yang ‘selalu memiliki Roh-Nya bersama [kita]’ (Ajaran dan Perjanjian 20:77).”13

Dan Presiden Russell M. Nelson baru-baru ini menasihati:

“Kembangkanlah kebenaran kesaksian anda. …

“… Pelihara diri anda dalam kata-kata nabi zaman purba dan moden. Minta Tuhan untuk ajar anda bagaimana untuk dengar Dia dengan lebih baik. Luangkan lebih banyak masa dalam pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga.

“… Jadikanlah kesaksian keutamaan tertinggi anda.”14

Kesimpulan

Saudara dan saudari yang dikasihi, saya berjanji apabila anda fahami lebih sepenuhnya apa itu kesaksian, dan semasa anda berkongsi, anda akan atasi halangan ketidakpastian dan ketakutan, membolehkan anda untuk pelihara dan jaga hak milik yang paling berharga ini, kesaksian anda.

Kita diberkati untuk miliki banyak contoh para nabi zaman purba dan moden yang telah dengan berani berikan kesaksian mereka.

Selepas kematian Kristus, Petrus berdiri dan bersaksi:

“Tuan-tuan, … harus tahu bahawa orang ini yang berdiri di hadapan tuan-tuan sudah sembuh kerana kuasa Yesus Kristus orang Nasaret itu. Tuan-tuan sudah menyalibkan Dia, tetapi Tuhan sudah membangkitkan Dia daripada kematian.

“Kerana tidak ada nama lain di bawah syurga diberikan di kalangan manusia, yang dengannya kita mesti diselamatkan.”15

Amulek, mengikut khutbah Alma dengan iman, menyatakan dengan kuat: “Aku akan bersaksi kepadamu diriku sendiri bahawa hal-hal ini benar. Lihatlah, aku berkata kepadamu, bahawa aku tahu bahawa Kristus akan datang di kalangan anak-anak manusia, untuk mengambil pada diri-Nya pelanggaran umat-Nya, dan bahawa Dia akan menebuskan dosa-dosa dunia; kerana Tuhan Raja telah memfirmankannya.”16

Joseph Smith dan Sidney Rigdon, apabila menyaksikan penglihatan yang mulia tentang Juruselamat yang dibangkitkan, bersaksi:

“Dan sekarang, selepas begitu banyak kesaksian yang telah diberikan tentang Dia, inilah kesaksiannya, yang terakhir dari kesemuanya, yang kami berikan terhadap Dia: Bahawa Dia hidup!

“Kerana kami melihat-Nya, bahkan pada tangan kanan Tuhan; dan kami mendengar suara yang memberikan kesaksian bahawa Dia ialah Anak Tunggal Bapa.”17

Saudara dan saudari, saya jemput anda untuk cari peluang untuk beri kesaksian anda dalam perkataan dan perbuatan. Peluang ini datang kepada saya baru-baru ini, di hujung pertemuan dengan datuk bandar di Amerika Selatan, di bilik-biliknya dengan beberapa pegawai kabinetnya. Semasa kami akhiri dengan perasaan yang sangat mesra, saya teragak-agak berfikir saya harus berkongsi kesaksian saya. Mengikuti dorongan, saya beri kesaksian bahawa Yesus Kristus ialah Putera Tuhan yang hidup dan Juruselamat dunia. Semuanya berubah pada masa itu. Roh Tuhan di dalam bilik tidak dapat dinafikan. Kelihatannya semua orang tersentuh hati. “Penolong … memberikan kesaksian tentang Bapa dan Putera.”18 Saya sangat bersyukur saya memanggil keberanian untuk beri kesaksian saya.

Apabila detik seperti ini datang, ambil peluang itu dengan cepat. Anda akan merasa kehangatan Penolong dalam anda apabila anda lakukannya.

Saya bersaksi kepada anda, Tuhan—Bapa kita di Syurga, Yesus Kristus hidup dan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ialah Gereja-Nya di bumi di bawah bimbingan nabi terkasih kita, Presiden Russell M. Nelson. Dalam nama Yesus Kristus, amin.