Persidangan Umum
Hari Ini
Persidangan umum Oktober 2022


Hari Ini

Nabi kita yang hidup sedang lakukan bahagiannya untuk memenuhi bumi dengan Kitab Mormon. Kita mesti ikut pimpinan-Nya.

Saudara dan saudari dikasihi, dalam Kitab Mormon frasa “hari ini”1 digunakan berulang kali untuk tarik perhatian kepada nasihat, janji dan ajaran. Raja Benyamin, dalam ucapan terakhirnya, nasihati orang ramai, “mendengar kata-kataku yang akan aku ucapkan kepadamu hari ini; … membuka telingamu agar kamu boleh mendengar, dan hatimu agar kamu boleh memahami, dan fikiranmu agar misteri-misteri Tuhan boleh dibentangkan kepada pandanganmu.”2 Persidangan umum adalah suasana yang serupa. Kita datang untuk dengar nasihat “hari ini,” agar kita boleh jadi “jujur pada setiap masa”3 kepada Tuhan dan injil-Nya. Saya rasa frasa “hari ini” adalah pentingnya memperbaharui komitmen kita kepada Kitab Mormon, yang Joseph Smith panggil “kitab yang paling betul dari mana-mana kitab di bumi.”4

Imej
Kitab Mormon Elder Rasband

Saya sedang memegang sebuah Kitab Mormon. Inilah edisi vintaj 1970 saya, dan ia amat berharga bagi saya. Dengan penampilannya lusuh dan lama, tetapi tiada buku lain yang sepenting hidup saya dan kesaksian saya seperti buku ini. Dengan membacanya saya peroleh kesaksian melalui Roh bahawa Yesus Kristus ialah Putera Tuhan,5 Dia ialah Juruselamat saya,6 kitab suci ini adalah firman Tuhan,7 dan injil telah dipulihkan.8 Kebenaran-kebenaran itu sangat penting dalam diri saya. Seperti yang nabi Nefi katakan, “Jiwaku bersukacita akan perkara-perkara Tuhan.”9

Imej
Elder Rasband dengan presiden misinya dan Elder Hanks

Kiri ke kanan: Elder Ronald A. Rasband, misionari muda; Presiden Harold Wilkinson, presiden Misi Negeri-negeri Timur; dan Elder Marion D. Hanks, Penguasa Umum Tujuh Puluh.

Ini latar belakangnya. Sebagai seorang misionari muda, saya ikuti nasihat Elder Marion D. Hanks, yang melawat kami di Misi Eastern State. Dia ialah bekas presiden Misi British, dan dua misionarinya berada di atas sini hari ini: saudara saya yang dikasihi, Elder Jeffrey R. Holland dan Elder Quentin L. Cook.10 Sama seperti dengan para misionari dia di England, dia cabar kami untuk baca satu salinan Kitab Mormon yang tidak ditandakan sekurang-kurangnya dua kali. Saya menyahut cabaranya. Pembacaan pertama saya adalah untuk tandakan atau gariskan segala yang tunjuk atau bersaksi tentang Yesus Kristus. Saya gunakan pensel merah dan gariskan banyak petikan. Kali kedua, Elder Hanks berkata untuk tandakan asas dan ajaran injil, dan kali ini saya gunakan warna biru untuk tandakan ayat suci. Saya baca Kitab Mormon dua kali, seperti yang dicadangkan, dan kemudian dua kali lagi menggunakan kuning dan hitam untuk tandakan petikan yang menonjol kepada saya.11 Seperti yang anda lihat, saya telah buat banyak tanda.

Imej
Kitab Mormon dipenuhi tanda

Ada lebih banyak kepada pembacaan saya daripada hanya tandakan tulisan suci. Dengan setiap bacaan Kitab Mormon, dari depan ke belakang, saya dipenuhi dengan kasih mendalam bagi Tuhan. Saya rasakan kesaksian yang berakar mendalam tentang kebenaran ajaran-ajaran-Nya dan bagaimana ia diaplikasikan pada “hari ini.” Buku ini sesuai dengan tajuknya, “Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus.”12 Dengan kajian itu dan kesaksian rohani yang diterima, saya telah menjadi seorang misionari Kitab Mormon dan pengikut Yesus Kristus.13

“Hari ini,” salah seorang misionari Kitab Mormon yang hebat ialah Presiden Russell M. Nelson. Ketika dia seorang Rasul yang baru dipanggil, dia berikan satu kuliah di Accra, Ghana.14 Terdapat orang kenamaan hadir, termasuk seorang raja suku Afrika, yang dengannya dia berbicara melalui seorang penterjemah. Raja ialah seorang pelajar Alkitab yang serius dan kasihi Tuhan. Selepas ucapan Presiden Nelson, dia ditanya oleh raja dalam bahasa Inggeris, “Siapakah kamu?” Presiden Nelson jelaskan bahawa dia seorang Rasul Yesus Kristus yang ditahbiskan.15 Soalan seterusnya adalah “Apakah yang kamu boleh ajarkan kepada beta tentang Yesus Kristus?”16

Presiden Nelson ambil Kitab Mormon dan buka kepada 3 Nefi 11. Presiden Nelson dan raja bersama baca khutbah Juruselamat kepada bangsa Nefi: “Lihatlah, Akulah Yesus Kristus, yang telah para nabi bersaksi akan datang ke dunia. … Akulah cahaya dan kehidupan dunia.”17

Presiden Nelson berikan raja salinan Kitab Mormon itu, dan raja menjawab, “Kamu boleh beri beta berlian atau delima, tetapi tiada yang lebih berharga bagi beta daripada pengetahuan tambahan ini tentang Tuhan Yesus Kristus.”18

Itu bukanlah contoh terpencil tentang bagaimana nabi yang kita kasihi berkongsi Kitab Mormon. Dia telah berikan salinan Kitab Mormon kepada beratus-ratus orang, selalu beri kesaksiannya tentang Yesus Kristus. Apabila Presiden Nelson bertemu dengan tetamu, presiden, raja, ketua negeri, pemimpin perniagaan dan organisasi dan pelbagai agama, sama ada di ibu pejabat Gereja atau di lokasi tempatan, dia dengan takzim memberikan kitab suci. Dia boleh beri mereka banyak benda yang dihias dengan tali riben yang boleh dipamerkan di atas meja atau di kabinet sebagai peringatan kunjungannya. Sebaliknya, dia berikan harta yang paling berharga kepadanya, jauh lebih bernilai daripada batu delima dan berlian, seperti yang dikatakan oleh raja suku tadi.

“Kebenaran Kitab Mormon,” Presiden Nelson telah katakan, “mempunyai kuasa untuk menyembuhkan, menghiburkan, memulihkan, menolong, menguatkan, menghiburkan, dan menggembirakan jiwa kita.”19 Saya telah nampak ketika salinan Kitab Mormon ini telah digenggam dalam tangan mereka yang telah menerimanya daripada nabi Tuhan kita. Tiada hadiah yang lebih besar.

Imej
Presiden Nelson dengan isteri presiden Gambia

Baru-baru ini dia bertemu dengan isteri presiden Gambia di pejabatnya dan dengan rendah hati memberikan Kitab Mormon kepadanya. Dia tidak berhenti di situ. Dia buka halaman-halamannya untuk baca bersama dia, untuk ajar dan bersaksi tentang Yesus Kristus, Korban Tebusan-Nya dan kasih-Nya kepada semua anak-Nya di merata tempat.

Nabi kita yang hidup sedang lakukan bahagiannya untuk memenuhi bumi dengan Kitab Mormon.20 Tetapi dia tidak dapat buka pintu itu sendirian. Kita mesti ikut pimpinan-Nya.

Diilhami oleh teladannya, saya cuba untuk berkongsi Kitab Mormon dengan rendah hati dan bersungguh-sungguh.

Imej
Elder Rasband dengan presiden Mozambique

Baru-baru ini saya ditugaskan di Mozambique. Warganegara negara yang indah ini sedang bersusah payah dengan kemiskinan, masalah kesihatan, pengangguran, ribut dan pergolakan politik. Saya ada bersempatan untuk bertemu dengan presiden negara, Filipe Nyusi. Atas permintaannya, saya berdoa untuknya dan bangsanya; Saya beritahu dia kami sedang bina sebuah bait suci Yesus Kristus21 di negaranya. Pada akhir kunjungan kami, saya berikan dia sebuah Kitab Mormon dalam bahasa Portugis, iaitu bahasanya. Semasa dia menerima buku itu dengan kesyukuran, saya bersaksi tentang harapan dan janji untuk rakyatnya, yang ada dalam kata-kata Tuhan pada muka suratnya.22

Imej
Elder Rasband dengan Raja dan Ratu Lesotho

Pada masa yang lain, isteri saya, Melanie, dan saya bertemu dengan Raja dan Ratu Letsie III dari Lesotho di rumah mereka.23 Bagi kami, kemuncak kunjungan kami adalah pemberian Kitab Mormon dan kemudian berkongsi kesaksian saya. Apabila saya lihat kembali pengalaman itu dan yang lain, satu ayat suci zaman akhir datang ke minda: “Kegenapan injil-Ku boleh dimaklumkan oleh yang lemah dan yang sederhana ke hujung-hujung dunia, dan di hadapan para raja dan pemerintah.”24

Imej
Elder Rasband dengan Duta Pandey
Imej
Pemimpin Gereja dengan Patriark Bartholomew

Saya telah berkongsi Kitab Mormon dengan Duta India Pandey kepada Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva26 dan dengan Patriark Bartholomew26 dari Gereja Orthodox Timur dan banyak lagi. Saya telah rasai Roh Tuhan bersama kita semasa saya memberikan “batu kunci agama kita”27 kepada mereka dan juga kesaksian saya tentang Yesus Kristus, batu asas iman kita.28

Kini, saudara dan saudari sekalian, anda tidak perlu pergi ke Mozambique atau India atau bertemu dengan raja dan pemerintah untuk beri seseorang kitab ajaran dan janji kudus ini. Saya jemput anda, hari ini, untuk beri Kitab Mormon kepada kawan dan keluarga anda, rakan kerja, jurulatih sukan anda atau orang yang menjual di pasar. Mereka perlukan firman Tuhan yang ada dalam kitab ini. Mereka perlukan jawapan kepada soalan kehidupan seharian dan kehidupan abadi yang akan datang. Mereka perlu tahu tentang jalan perjanjian yang diletakkan di hadapan mereka dan kasih Tuhan untuk mereka. Semuanya di dalam Kitab Mormon.

Apabila anda berikan mereka sebuah Kitab Mormon, anda buka minda dan hati mereka kepada firman Tuhan. Anda tidak perlu bawa buku itu bersama anda. Anda boleh berkongsi dengan mudah dari telefon anda dari bahagian tulisan suci dalam aplikasi Gospel Library.29

Fikirlah orang ramai yang boleh diberkati oleh injil dalam hidup mereka. Kemudian hantar Kitab Mormon melalui telefon anda. Ingatlah untuk sertakan kesaksian dan pengalaman tentang buku ini telah memberkati hidup anda.

Rakan-rakan sekalian, sebagai Rasul Tuhan, saya menjemput anda untuk ikut nabi terkasih kita, Presiden Nelson, dengan memenuhi bumi dengan Kitab Mormon. Keperluannya sangat besar; kita perlu bertindak sekarang. Saya berjanji anda akan mengambil bahagian dalam “pekerjaan terbesar di bumi” pengumpulan Israel,30 semasa anda diilhami untuk menjangkau kepada mereka yang telah “ditahan dari kebenaran kerana mereka tidak tahu di mana untuk menemuinya.”31 Mereka perlukan kesaksian anda tentang bagaimana kitab ini telah ubah kehidupan anda dan dekatkan anda kepada Tuhan, kedamaian,32 dan “khabar kebahagiaan yang besar” Dia.33

Saya bersaksi melalui rancangan ilahi Kitab Mormon disediakan di Amerika purba untuk tampil mengisytiharkan firman Tuhan, untuk bawa jiwa-jiwa kepada Yesus Kristus dan injil-Nya yang dipulihkan “hari ini.” Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Yakub 2:2–3; Mosia 2:14, 30; 5:7; Alma 7:15; dan banyak ayat suci lain dalam Kitab Mormon.

  2. Mosia 2:9.

  3. Alma 53:20.

  4. Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 64. Pernyataan penuh yang diberikan oleh Joseph Smith pada 28 November 1841, dalam majlis dengan Dua Belas Rasul: “Aku telah memberitahu para saudara bahawa Kitab Mormon adalah yang paling benar dari kitab apa pun di atas bumi, dan batu kunci agama kita, dan seseorang akan menjadi lebih dekat kepada Tuhan dengan menuruti ajaran-ajarannya, lebih daripada kitab lain apa pun.” Rujukan utama kepada “betul” boleh dikaitkan dengan wahyu yang diterima dalam terjemahan kitab itu dan ajaran yang diajarkan dalam Kitab Mormon yang menetapkan lebih baik daripada buku lain kebenaran injil yang “jelas dan berharga” (lihat 1 Nefi 13:40).

  5. Lihat “Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul,” perisytiharan oleh Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul, 01 Januari 2000: “Sebagai para rasul yang ditahbis dengan sepatutnya , kami bersaksi—bahawa Yesus adalah Kristus yang Hidup, Putera Tuhan Bapa yang abadi. Dia adalah Raja Imanuel, yang berdiri di sebelah kanan Tuhan Bapa pada hari ini. Dia adalah cahaya, hidup, dan harapan dunia. JalanNya menghala ke kedamaian di bumi ini dan hidup yang kekal di dunia akan datang. Bersyukur kepada Tuhan Bapa kerana kurnia Putera-Nya yang tiada bandingnya.” (ChurchofJesusChrist.org).

  6. Lihat Yesaya 49:26; 1 Nefi 21:26; 22:12; Ajaran dan Perjanjian 66:1.

  7. Firman Tuhan ditemui dalam kitab suci. Contohnya, dalam Kitab Mormon, Laman dan Lemuel bertanya, “Apakah maksud batang besi” merujuk kepada mimpi Lehi. Nefi menjawab, “Ia adalah firman Tuhan; dan barang siapa yang mematuhi firman Tuhan, dan berpegang kuat kepadanya, mereka langsung tidak akan terbinasa; tidak juga dapatlah godaan dan anak panah berapi dari musuh mengalahkan mereka sehingga kebutaan, untuk menuntun mereka kepada penghancuran.” (1 Nefi 15:23–24).

  8. Lihat “Pemulihan Kegenapan Injil Yesus Kristus: Perisytiharan Ulang Tahun Kedua Ratus kepada Dunia,” yang termasuk berikut: “Kami mengisytiharkan bahawa Gereja Yesus Kristus Dari Orang Suci Zaman Akhir, yang telah diorganisasikan pada 6 April 1830, adalah Gereja Perjanjian Baru Kristus yang telah dipulihkan. Gereja ini ditambatkan pada kehidupan sempurna batu penjurunya, Yesus Kristus, dan dalam Korban Tebusan-Nya yang abadi dan kebangkitan-Nya yang nyata. Yesus Kristus sekali lagi telah memanggil para Rasul dan memberikan kepada mereka kuasa keimamatan. Dia mengundang kita untuk datang kepada Dia dan Gereja-Nya, untuk menerima Roh Kudus, tatacara-tatacara Keselamatan, dan mendapatkan kebahagiaan yang berterusan. Kami dengan gembiranya mengisytiharkan bahawa Pemulihan yang telah dijanjikan ini akan terus maju melalui wahyu yang berterusan. Bumi tidak akan pernah sama lagi, kerana Tuhan akan “menyatukan segala sesuatu dengan Kristus” (Efesus 1:10)” (ChurchofJesusChrist.org).

  9. 2 Nefi 4:16.

  10. Lihat Quentin L. Cook, “Be Not Weary in Well-Doing” (pertemuan rohani Brigham Young University , 24 Ogos, 2020), speeches.byu.edu; Eliza Smith-Driggs, “This Week on Social: How to Develop a Love for the Lord, Yourself and Others,” Church News, 17 Julai, 2020, thechurchnews.com.

  11. Bacaan ketiga, kuning: geologi atau geografi; bacaan keempat, hitam: jalan cerita Kitab Mormon.

  12. “Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus” ditambahkan sebagai sari kata kepada semua edisi Kitab Mormon. Pemimpin gereja membuat pertukaran nama untuk menekankan lagi tujuan buku seperti yang dinyatakan pada halaman judul: “Dan juga untuk meyakinkan bangsa Yahudi dan bangsa Bukan Israel bahawa Yesus ialah Kristus, Tuhan Yang Abadi, yang menyatakan diri-Nya kepada semua bangsa”

  13. Menjadi pengikut Yesus Kristus adalah ungkapan kasih kita kepada-Nya. Para pengikut telah dibaptiskan; mereka mengambil ke atas mereka nama Yesus Kristus; mereka berusaha untuk mengikut Dia dengan memeluk sifat-sifat-Nya seperti yang digambarkan oleh Rasul Petrus: “Berusahalah sebaik-baiknya supaya kamu tetap percaya kepada Kristus, mengamalkan hidup yang baik, dan juga mengetahui kehendak Tuhan. Di samping itu kamu harus dapat mengawal diri, bertabah hati ketika menghadapi segala sesuatu, dan kamu juga mesti hidup salih. Hendaklah kamu menyayangi saudara seiman dan mengasihi semua orang.” (2 Petrus 1:5–7); lihat juga Preach My Gospel: A Guide to Missionary Service [2019], 121–32).

  14. Presiden Russell M. Nelson, seorang pakar bedah jantung yang terkenal di peringkat antarabangsa sebelum panggilannya ke Kuorum Dua Belas Rasul pada tahun 1984, memberikan syarahan di sebuah sekolah perubatan di Accra, Ghana, pada tahun 1986 mengenai sejarah pembedahan jantung. Ditemubual kemudian oleh media, dia menjelaskan dia berada di sana sebagai “hamba Tuhan untuk membantu [orang ramai] menjadi warganegara yang lebih baik, untuk membina keluarga yang kuat, untuk memperoleh kebahagiaan sejati dan makmur di negeri ini.” Dia kembali ke Accra, Ghana pada 16 November 2001, untuk pecah tanah Bait Suci Accra Ghana (lihat “Ground Broken for First Temple in West Africa,” Church News, Nov. 24, 2001, thechurchnews.com).

  15. Lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 5.1.1.1: “Pada zaman kita, Tuhan memanggil lelaki melalui Presiden Gereja untuk ditahbiskan sebagai Rasul dan untuk melayani dalam Kuorum Dua Belas Rasul (lihat Ajaran dan Perjanjian 18:26–28).” (ChurchofJesusChrist.org).

  16. Lihat Russell M. Nelson, “Kitab Mormon: Apa Akan Terjadi Kepada Hidup Anda Tanpa Ia?,” Liahona, Nov. 2017, 60.

  17. 3 Nefi 11:10–11.

  18. Russell M. Nelson, “Kitab Mormon: Apa Akan Terjadi Kepada Hidup Anda Tanpa Ia?,” 61.

  19. Russell M. Nelson, “Kitab Mormon: Apa Akan Terjadi Kepada Hidup Anda Tanpa Ia?,” 62.

  20. Lihat Musa 7:62.

  21. Bait Suci Beira Mozambique diumumkan pada 4 April 2021, oleh Presiden Russell M. Nelson. Lebih daripada setengah juta orang tinggal di Beira, yang berada di sempadan Laut Indian.

  22. Contoh harapan dan janji yang terdapat dalam Kitab Mormon termasuk 2 Nefi 31:20; Yakub 4:4–6; Alma 13:28–29; 22:16; 34:41; Eter 12:32; Moroni 7:41; 8:26.

  23. Elder dan Sister Rasband bertemu dengan keluarga diraja pada 10 Februari 2020, apabila ditugaskan di Afrika untuk pembaktian Bait Suci Durban Afrika Selatan.

  24. Ajaran dan Perjanjian 1:23.

  25. Elder Rasband bertemu dengan Duta Indra Mani Pandey, Wakil Kekal India ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Organisasi Antarabangsa Lain di Geneva, semasa ditugaskan kepada Interfaith Forum di Bologna, Itali, pada 17 September 2021.

  26. Elder Rasband bertemu dengan Bapa Bangsa Ecumenical Gereja Bartholomew dari Gereja Ortoks Timur semasa ditugaskan kepada Interfaith Forum di Bologna, Itali, pada 13 September 2021.

  27. Teachings: Joseph Smith, 64. Batu kunci ialah sekeping batu berbentuk baji yang terletak di mahkota gerbang memegang kepingan lain di tempatnya. Nabi Joseph menggambarkan Kitab Mormon sebagai “batu kunci agama kita” kerana kepentingannya dalam menyatukan Gereja melalui asas dan tatacara. Kitab Mormon berfungsi sebagai “batu kunci” untuk kehidupan ahli-ahli, membantu mereka kekal teguh di jalan perjanjian.

  28. Lihat Efesus 2:19–20. Yesus Kristus ialah batu asas Gereja kita, yang mempunyai nama-Nya. Sama seperti perletakkan batu asas di bait suci adalah simbol batu utama yang membentuk sudut landasan rumah Tuhan, Yesus Kristus adalah batu asas iman kita dan keselamatan kita. Dia memberikan nyawa-Nya agar kita boleh hidup; tidak ada yang sama dengan Dia dalam kekuatan, dalam tujuan, atau dalam kasih.

  29. Anda boleh berkongsi dari telefon bimbit anda. Satu cara adalah dengan membuka aplikasi Gospel Library, pergi ke koleksi Kitab Suci, dan kemudian ketik “Kongsi Sekarang” di atas. Atau dari dalam aplikasi Kitab Mormon, anda boleh ketik ikon “Kongsi”, yang memaparkan kod digital yang kawan boleh dengan mudah mengimbas menggunakan telefonnya.

  30. Russell M. Nelson, “Harapan Israel” (pertemuan rohani remaja sedunia, 3 Jun 2018), HopeofIsrael.ChurchofJesusChrist.org. “Pada 3 Jun 2018, Presiden Russell M. Nelson dan isterinya, Wendy W. Nelson, menjemput remaja untuk ‘masuk ke batalion remaja Tuhan’ dan mengambil bahagian dalam ‘cabaran terbesar, tujuan terbesar, dan pekerjaan terbesar di bumi.’ Dan apakah cabaran terbesar? Pengumpulan Israel” (Charlotte Larcabal, “A Call to Enlist and Gather Israel,” New Era, Mac 2019, 24).

  31. Ajaran dan Perjanjian 123:12.

  32. Lihat 2 Nefi 4:27; Mosia 4:3; 15:18; Alma 46:12.

  33. 1 Nefi 13:37.