Persidangan Umum
Mendakap Masa Depan dengan Iman
Persidangan umum Oktober 2020


Mendakap Masa Depan dengan Iman

Masa depan akan menjadi indah bagi mereka yang telah bersedia dan terus bersedia untuk menjadi sarana di tangan Tuhan.

Petang ini amat menakjubkan. Para saudari yang saya kasihi, saya berbesar hati dapat bersama anda. Saya kerap memikirkan anda selama beberapa bulan ini. Anda lebih daripada lapan juta wanita yang kuat. Anda bukan sahaja nombor tetapi kuasa rohani untuk ubah dunia. Saya telah nampak anda lakukan perkara itu semasa wabak ini.

Sebilangan daripada anda tiba-tiba mendapati diri anda mencari bekalan yang sukar didapati atau pekerjaan baharu. Ramai yang mengajar kanak-kanak dan memeriksa jiran. Ada yang mengalu-alukan kepulangan para penginjil lebih awal dari yang dijangkakan, sementara yang lain mengubah rumah anda menjadi pusat latihan penginjil. Anda telah gunakan teknologi untuk berhubung dengan keluarga dan rakan, melayani mereka yang rasa terasing, dan belajar Ikutlah Aku dengan yang lain. Anda telah temui cara-cara baharu untuk jadikan hari Sabat itu satu kebahagiaan. Dan anda telah buat pelitup muka—sebanyak berjuta-juta!

Dengan rasa kasihan dan kasih, hati saya bersimpati dengan ramai wanita di seluruh dunia yang miliki orang dikasihi yang telah meninggal dunia. Kami menangis dengan anda. Dan kami berdoa untuk anda. Kami memuji dan berdoa bagi semua yang bekerja tanpa lelah untuk lindungi kesihatan orang lain.

Anda wanita muda juga adalah luar biasa. Walaupun media sosial dipenuhi dengan pertikaian, ramai daripada anda telah temui cara untuk galakkan orang lain dan kongsi cahaya Juruselamat kita.

Para saudari, anda semua benar-benar sungguh berani! Saya kagum dengan kekuatan dan iman anda. Anda telah tunjukkan yang dalam keadaan sukar, anda berani untuk teruskan. Saya kasihi anda, dan saya jamin anda yang Tuhan kasihi anda dan lihat pekerjaan hebat yang anda sedang laksanakan. Terima kasih! Sekali lagi, anda telah buktikan yang anda benar-benar harapan Israel!

Anda wujudkan harapan yang Presiden Gordon B. Hinckley ada bagi anda ketika dia perkenalkan “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” 25 tahun yang lalu dalam pertemuan umum Lembaga Pertolongan September 1995. 1 Ia adalah penting bahawa dia pilih untuk perkenalkan perisytiharan penting ini kepada para saudari Gereja. Dengan ini, Presiden Hinckley menekankan pengaruh wanita yang tak dapat digantikan dalam rancangan Tuhan.

Sekarang, saya ingin ketahui apa yang anda telah pelajari tahun ini. Sudahkah anda semakin dekat dengan Tuhan, atau adakah anda rasa lebih jauh dari-Nya? Dan bagaimana peristiwa semasa buat anda rasa tentang masa depan?

Tuhan telah berbicara tentang zaman kita dengan istilah yang serius. Dia memberi amaran yang pada zaman kita “hati manusia akan kecut[kan] [mereka]” 2 bahkan umat pilihan Tuhan pun akan tertipu. 3 Dia beritahu Nabi Joseph Smith yang “kedamaian akan diambil dari bumi” 4 malapetaka yang akan datang ke atas manusia 5

Namun Tuhan juga menyediakan penglihatan tentang betapa luar biasanya zaman keagamaan ini. Dia mengilhami Nabi Joseph Smith untuk isytiharkan yang “pekerjaan … hari-hari terakhir ini, adalah sangat besar. … Kemuliaannya adalah di luar gambaran, dan keagungannya yang tiada tandingnya.” 6

Sekarang, keagungan mungkin bukan perkataan yang anda pilih untuk gambarkan beberapa bulan lepas ini! Bagaimana kita sedang menangani kedua-dua nubuat serius dan pernyataan yang mulia tentang zaman kita? Tuhan berfirman kepada kita jaminan mudah tapi indah: “jika kamu bersedia kamu tidak akan takut.” 7

Betapa hebatnya janji ini! Inilah yang benar-benar dapat ubah cara kita lihat masa depan kita. Baru-baru ini, saya telah dengar seorang wanita yang miliki kesaksian yang mendalam akui yang wabak, bersama dengan gempa bumi di Lembah Salt Lake, telah bantunya sedar yang dia tidak bersedia seperti yang dia sangkakan. Ketika saya bertanya adakah dia merujuk kepada simpanan makanannya atau kesaksiannya, dia senyum dan berkata, “Ya!”

Jika persediaan adalah kunci kita untuk mendakap zaman keagamaan ini dan masa depan kita dengan iman, bagaimana kita dapat bersedia dengan sebaik-baiknya?

Selama beberapa dekad, para nabi Tuhan telah menggesa kita untuk simpan makanan, air, dan simpanan kewangan untuk masa keperluan. Wabak yang berlaku sekarang telah perkukuhkan kebijaksanaan nasihat itu. Saya gesa anda untuk ambil langkah-langkah untuk bersedia. Tetapi saya lebih mementingkan persediaan rohani dan emosi anda.

Berkenaan itu, kita dapat belajar banyak daripada Kapten Moroni. Sebagai ketua tentera bangsa Nefi, dia hadapi pasukan lawan yang lebih kuat, lebih besar jumlahnya, dan lebih kejam. Oleh itu, Moroni mempersiapkan bangsanya dengan tiga cara penting.

Pertama, dia bantu mereka cipta kawasan di mana mereka akan selamat—dia panggilnya “tempat-tempat perlindungan.” 8 Kedua, dia sediakan “fikiran bangsa itu untuk setia kepada Tuhan Raja mereka.” 9 Dan ketiga, dia tidak pernah berhenti menyediakan bangsanya—secara fizikal atau rohani. 10 Marilah kita pertimbangkan ketiga-tiga asas ini.

Asas Nombor Satu: Cipta Tempat Perlindungan

Moroni perkuatkan setiap kota bangsa Nefi dengan bentang, kubu, dan tembok. 11 Ketika bangsa Laman lawan mereka, mereka “amat tercengang, kerana kebijaksanaan bangsa Nefi dalam mempersiapkan tempat-tempat perlindungan mereka. 12

Begitu juga dengan kekacauan yang berlaku sekitar kita, kita perlu cipta tempat di mana kita selamat, dari segi jasmani dan rohani. Apabila rumah anda jadi tempat perlindungan iman peribadi—tempat Roh tinggal—rumah anda jadi barisan pertahanan pertama.

Begitu juga, pancang Sion “perlindungan dari ribut” 13 kerana mereka dipimpin oleh mereka yang memegang kunci-kunci imamat dan menggunakan wewenang imamat. Apabila anda terus ikuti nasihat mereka yang diberi hak kuasa oleh Tuhan untuk bimbing anda, anda akan rasa lebih selamat.

Bait suci—rumah Tuhan—adalah tempat perlindungan yang tidak seperti yang lain. Di sana, anda saudari dianugerahi kuasa imamat melalui perjanjian imamat kudus yang anda buat. 14 Di sana, keluarga anda dimeteraikan selamanya. Bahkan tahun ini, ketika akses ke bait suci kita terhad dengan serius, anugerahan anda telah beri anda akses berterusan kepada kuasa Tuhan kerana anda telah taati perjanjian anda dengan-Nya.

Secara sederhana, tempat perlindungan adalah di mana-mana anda dapat rasakan hadirat Roh Kudus dan dibimbing oleh-Nya. 15 Ketika Roh Kudus bersama anda, anda boleh ajar kebenaran, bahkan ketika ia bertentangan dengan pendapat popular. Dan anda dapat merenungkan soalan ikhlas tentang injil dalam persekitaran yang mudah untuk wahyu.

Saya jemput anda,para saudari yang saya kasihi, untuk cipta rumah tempat perlindungan. Dan saya perbaharui jemputan saya kepada anda untuk tingkatkan pemahaman anda tentang kuasa imamat serta perjanjian dan berkat bait suci. Memiliki tempat perlindungan yang anda boleh pergi akan bantu anda mendakap masa depan dengan iman.

Asas Nombor Dua: Sediakan Minda Anda untuk Beriman kepada Tuhan.

Kami telah laksanakan satu projek besar untuk panjangkan kegunaan dan keupayaan Bait Suci Salt Lake.

Imej
pengubahsuaian Bait Suci Salt Lake

Ada yang persoalkan keperluan untuk tindakan luar biasa tersebut. Namun, ketika Lembah Salt Lake mengalami gempa bumi skala 5.7 pada awal tahun ini, bait suci bergetar sehingga trompet patung malaikat Moroni jatuh! 16

Imej
Malaikat Moroni dengan sangkakala terjatuh

Sama seperti landasan fizikal Bait Suci Salt Lake mesti cukup kuat untuk menahan bencana alam, landasan rohani kita mesti kuat. Kemudian, apabila gempa bumi metafora gegar kehidupan kita, kita dapat bertahan “tabah dan tak tergoyah” kerana iman kita. 17

Tuhan ajarkan kita bagaimana untuk tingkatkan iman kita dengan mencari “pembelajaran, bahkan melalui pembelajaran dan juga melalui iman.” 18 Kita memperkuat iman kita kepada Yesus Kristus ketika kita berusaha untuk patuhi perintah-perintah-Nya dan “selalu mengingati-Nya.” 19 Tambahan lagi, iman kita meningkat setiap kali kita jalankan iman kita kepada-Nya. Itulah maksud pembelajaran melalui iman.

Contohnya, setiap kali kita memiliki iman untuk patuh hukum-hukum Tuhan—bahkan ketika pendapat popular meremehkan kita—atau setiap kali kita menentang hiburan atau ideologi yang meraikan pelanggaran perjanjian, kita jalankan iman kita, di mana iman kita bertambah .

Tambahan lagi, beberapa hal membangun iman lebih dari melakukan kajian biasa dalam Kitab Mormon. Tidak ada buku lain yang bersaksi tentang Yesus Kristus dengan kuasa dan kejelasan seperti itu. Para nabi, seperti yang diilhami oleh Tuhan, melihat zaman kita dan memilih ajaran dan kebenaran yang akan bantu kita dengan banyak. Kitab Mormon ialah panduan terus hidup zaman akhir kita.

Sudah tentunya, perlindungan utama kita datang ketika kita kuk diri kita kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus! Hidup tanpa Tuhan adalah kehidupan yang penuh dengan ketakutan. Hidup dengan Tuhan adalah kehidupan yang penuh dengan kedamaian. Ini kerana berkat rohani datang kepada orang yang beriman. Menerima wahyu peribadi adalah salah satu berkat terbesar.

Tuhan telah berjanji yang jika kita meminta, kita mungkin akan menerima “wahyu demi wahyu.” 20 Saya berjanji yang semasa anda tingkatkan kemampuan anda untuk terima wahyu, Tuhan akan berkati anda dengan peningkatan arah untuk hidup anda dan dengan kurnia Roh yang tidak terbatas.

Asas Nombor Tiga: Jangan Berhenti Membuat Persediaan

Walaupun keadaan berjalan lancar , Panglima Moroni terus menyediakan bangsanya. Dia tidak pernah berhenti. Dia tidak pernah jadi leka.

Musuh tidak pernah berhenti menyerang. Oleh itu, kita tidak boleh berhenti bersedia! Semakin kita berdikari—secara duniawi, emosi, dan rohani—semakin kita bersedia untuk lawan serangan Setan.

Para saudari yang dikasihi, anda mahir mencipta tempat perlindungan untuk diri sendiri dan orang yang anda kasihi. Tambahan lagi, anda miliki anugerahan ilahi yang membolehkan anda membina iman dalam orang lain dengan cara yang menarik. 21 Dan anda tidak pernah berhenti. Anda telah tunjukkan itu sekali lagi tahun ini.

Tolong, teruskan! Kewaspadaan anda dalam menjaga rumah anda dan menanamkan iman di hati orang yang anda kasihi akan memanfaatkan generasi yang akan datang.

Para saudari yang saya kasihi, kita ada begitu banyak untuk diharapkan! Tuhan menempatkan anda di sini sekarang kerana Dia tahu anda ada kemampuan untuk menangani atau mengatasi masalah kompleks pada akhir zaman akhir ini. Dia tahu anda akan memahami keagungan pekerjaan-Nya dan bersungguh-sungguh membantu mendatangkannya.

Saya bukan berkata yang hari-hari mendatang akan menjadi mudah, tetapi saya berjanji kepada anda yang masa depan akan menjadi indah bagi mereka yang telah bersedia dan terus bersedia untuk menjadi sarana di tangan Tuhan.

Para saudari yang saya kasihi, janganlah kita hanya bertahan untuk masa ini. Marilah kita mendakap masa depan dengan iman! Masa sukar adalah peluang untuk kita berkembang secara rohani. Inilah masa di mana pengaruh kita lebih berkesan daripada pada masa yang lebih tenang.

Saya berjanji yang ketika kita ciptakan tempat perlindungan, sediakan minda kita untuk beriman kepada Tuhan, dan tidak pernah berhenti bersedia, Tuhan akan berkati kita. Dia akan “membebaskan kami; ya, sedemikian rupa sehingga Dia [akan] memfirmankan kedamaian pada jiwa kami, dan [akan] memberikan kepada kami iman yang besar … menyuruh kami agar kami [hendaknya] berharap demi pembebasan kami di dalam Dia.” 22

Ketika anda bersedia untuk mendakap masa depan dengan iman, janji-janji ini akan jadi milik anda! Saya bersaksi, dengan ungkapan kasih saya bagi anda, dan keyakinan saya dalam anda, dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.