Persidangan Umum
Saudari di Sion
Persidangan umum Oktober 2020


Saudari di Sion

Anda akan menjadi satu kuasa penting dalam pengumpulan Israel dan dalam penciptaan orang Sion.

Para saudari yang dikasihi, saya bersyukur dapat berucap pada masa yang istimewa ini dalam sejarah dunia. Setiap hari, kita lebih mendekati masa di mana Juruselamat, Yesus Kristus, akan datang ke bumi sekali lagi. Kita tahu sesuatu mengenai kejadian-kejadian buruk yang akan mendahului kedatangan-Nya, tetapi hati kita penuh dengan kebahagiaan dan keyakinan mengetahui juga tentang janji-janji indah yang akan digenapi sebelum Dia kembali.

Sebagai anak perempuan terkasih Bapa Syurgawi, dan juga anak perempuan Tuhan Yesus Kristus dalam kerajaan-Nya, 1 anda akan ada satu peranan penting dalam masa penting yang akan datang. Kita tahu Juruselamat akan datang kepada orang yang sudah dikumpul dan disedia untuk hidup seperti orang yang hidup di kota Henokh. Orang di situ bersatu dalam iman kepada Yesus Kristus dan menjadi begitu suci sehingga mereka diangkat ke syurga.

Inilah gambaran Tuhan tentang apa yang akan berlaku kepada orang Henokh dan apa yang akan berlaku dalam zaman keagamaan kegenapan zaman terakhir ini :

“Dan harinya akan datang bahawa bumi akan beristirahat, tetapi sebelum hari itu langit akan digelapkan, dan suatu tirai kegelapan akan menyelubungi bumi; dan langit akan bergoncang, dan juga bumi; dan kesengsaraan-kesengsaraan yang hebat akan berada di kalangan anak-anak manusia tetapi umat-Ku akan Aku lindungi;

“Dan kesolehan akan Aku turunkan dari syurga; dan kebenaran akan Aku keluarkan dari bumi, untuk memberikan kesaksian tentang Anak Tunggal-Ku; kebangkitan-Nya dari orang-orang mati; ya, dan juga kebangkitan semua orang; dan kesolehan dan kebenaran akan Aku sebabkan untuk meliputi bumi bagaikan dengan air bah, untuk mengumpulkan umat pilihan-Ku dari empat penjuru bumi, menuju suatu tempat yang Aku akan sediakan, sebuah Kota Kudus, agar umat-Ku boleh menyediakan diri mereka, dan menanti-nantikan waktu kedatangan-Ku; kerana akan ada khemah ibadat suci-Ku, dan ia akan dipanggil Sion, sebuah Yerusalem Baru.

“Dan Tuhan berfirman kepada Henokh: Pada waktu itu engkau dan seluruh kotamu menemui mereka di sana, dan kita akan menerima mereka ke dalam dada kita, dan mereka akan melihat kita; dan kita akan memeluk mereka, dan mereka akan memeluk kita, dan kita akan mencium satu sama lain;

“Dan akan ada tempat kediaman-Ku, dan ia akan dipanggil Sion, yang akan muncul dari segala ciptaan yang Aku telah ciptakan; dan untuk tempoh waktu seribu tahun bumi akan beristirahat.” 2

Saudari sekalian, anak perempuan anda, cucu perempuan anda, dan wanita yang anda pelihara akan menjadi sebahagian penting dalam penciptaan satu masyarakat di mana orang akan berhubung dengan Juruselamat. Anda akan menjadi satu kuasa penting dalam pengumpulan Israel dan dalam penciptaan orang Sion yang akan tinggal dalam kedamaian di Yerusalem Baharu.

Melalui para nabi-Nya, Tuhan sudah berikan anda satu janji. Pada masa awal Lembaga Pertolongan, Nabi Joseph Smith kata kepada para saudari, “Jika anda hidup layak bagi hak istimewa anda, malaikat tidak boleh tertahan daripada berinteraksi dengan anda. 3

Potensi hebat itu ada dalam diri anda, dan anda sedang disediakan untuknya.

Presiden Gordon B. Hinckley berkata:

“Saudari sekalian … tidak kurang penting dalam rancangan Bapa kita untuk kegembiraan abadi dan kebaikan anak-anak-Nya. Anda memangnya satu bahagian penting dalam rancangan itu.

“Rancangan itu tidak boleh berfungsi tanpa anda. Seluruh program itu tidak akan jalan tanpa anda. .…

“Anda masing-masing seorang anak puteri Tuhan, dianugerahi dengan satu hak anak sulung ilahi.” 4

Nabi terkini kita, Presiden Russell M. Nelson, berikan penerangan tentang bahagian anda dalam persediaan bagi kedatangan Juruselamat:

“Kita tidak dapat mengukur pengaruhan wanita, bukan saja dalam keluarga tetapi juga dalam Gereja Tuhan tetapi juga sebagai isteri, ibu, dan nenek; sebagai saudari dan makcik; sebagai pengajar dan pemimpin; dan terutamanya sebagai teladan dan pembela Gereja yang soleh.

“Ini benar dalam setiap zaman keagamaan injil semenjak hari Adam dan Hawa. Akan tetapi para wanita zaman sekarang adalah berbeza daripada wanita lain kerana zaman sekarang berbeza daripada semua zaman keagamaan. Perbezaan ini membawakan kedua-dua hak istimewa dan tanggungjawab.” 5

Zaman keagamaan ini berbeza kerana Tuhan akan membimbing kita untuk bersedia untuk menjadi seperti kota Henokh. Dia telah jelaskan melalui para rasul dan nabi-Nya tentang perubahan yang akan berlaku kepada orang Sion:

Elder Bruce R. McConkie mengajar:

“[Hari Henokh] ialah satu hari kejahatan, satu hari kegelapan dan pemberontakan, satu hari peperangan dan kemusnahan, satu hari yang mendahului pembersihan bumi oleh air.

“Namun begitu, Henokh masih beriman. Dia ‘melihat Tuhan,’ dan berbicara dengan Dia ‘berhadapan muka’ seperti seorang lelaki bercakap di antara satu sama lain. (Musa 7:4.) Tuhan mengutuskan dia untuk berkhutbah pertaubatan kepada dunia, dan menugaskan dia untuk ‘membaptis di dalam nama Bapa, dan Putera, yang penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran, dan Roh Kudus, yang memberi kesaksian tentang Bapa dan Putera.’’ (Musa 7:11.) Henokh buat perjanjian dan menghimpunkan satu jemaah orang yang percaya, semua yang menjadi begitu beriman sehingga ‘Tuhan datang dan berada bersama umat-Nya, dan mereka berada dalam kesolehan,’ dan diberkati oleh syurga. ‘Dan Tuhan menyebut umat-Nya Sion, kerana mereka satu hati dan satu fikiran, dan berdiam dalam kesolehan; dan tidak ada yang miskin di kalangan mereka.’ (Musa 7:18.) …

“Selepas Tuhan memanggil umat-Nya Sion, kitab suci kata bahawa Henokh ‘membina sebuah kota yang disebut Kota Kekudusan, bahkan Sion;’ and Sion ‘diangkat ke dalam syurga’ di mana ‘Tuhan telah menerimanya ke dalam dada-Nya sendiri;” dan “sejak dari itu tersebarlah khabar angin, Sion lenyap.’ (Musa 7:1921, 69.) …

“Sion yang diangkat ke dalam syurga akan kembali … apabila Tuhan bawakan Sion sekali lagi, semua penduduknya akan berserta dengan Yerusalem Baharu, yang akan ditubuhkan.” 6

Jika masa dahulu ialah suatu prolog, pada masa kedatangan Juruselamat, puteri-puteri yang menjaga perjanjian mereka dengan Tuhan akan terdapat lebih daripada setengah mereka yang telah bersedia untuk mengalu-alukan-Nya apabila Dia datang. Tidak kira apa pun nombor itu, sumbangan anda untuk mewujudkan kesatuan di kalangan orang yang disediakan untuk Sion akan lebih banyak daripada separuh.

Saya akan beritahu anda mengapa saya percaya itu akan berlaku. Kitab Mormon mencatatkan satu laporan tentang umat Sion. Anda ingat bahawa selepas mereka diajar, dikasihi, dan diberkati oleh Juruselamat yang sudah bangkit: “tidak ada pertikaian di negeri itu, kerana kasih Tuhan yang berada di dalam hati bangsa itu.” 7

Pengalaman saya telah mengajarkan saya bahawa puteri Bapa Syurgawi memiliki kurnia untuk mengurangkan pertikaian dan memupuk kesolehan dengan kasih mereka terhadap Tuhan dan dengan kasih itu mereka memelihara orang yang mereka layani.

Saya telah lihat ini pada masa remaja saya apabila cabang kecil kami bertemu di dalam rumah lama saya. Hanya saya dan adik saya memegang imamat Harun, hanya bapa saya seorang pemegang imamat Melkisedek. Presiden Lembaga Pertolongan seorang penganut baharu yang suaminya tidak suka pelayanan Gerejanya. Semua ahli lain ialah para saudari yang lebih tua tanpa pemegang imamat di rumah mereka. Saya memerhati ibu saya dan para saudari itu mengasihi, mengangkat dan menjaga satu sama lain tanpa gagal. Saya sedar sekarang bahawa saya dapat melihat Sion sepintas lalu pada masa itu.

Pelajaran saya tentang pengaruh wanita yang beriman berterusan di dalam sebuah cabang kecil Gereja di Albuquerque, New Mexico. Saya memerhati isteri presiden cabang itu, isteri presiden daerah itu, dan presiden Lembaga Pertolongan itu mengalu-alukan setiap pendatang baharu dan penganut baharu. Pada hari Ahad itu, saya meninggalkan Albuquerque, dua tahun selepas saya memerhati pengaruh para saudari di situ, pancang pertama ditubuhkan. Sekarang Tuhan telah membina satu bait suci di situ.

Kemudian saya pindah ke Boston, di mana saya melayani dalam presidensi daerah yang memimpin cabang-cabang kecil yang merangkumi dua negeri. Pertikaian diatasi oleh para saudari yang sedia mengasihi dan mengampuni yang menolong melembutkan hati. Pada hari Ahad, saya meninggal Boston, seorang ahli Presidensi Utama menubuhkan pancang pertama dalam Massachusetts. Ada satu bait suci di situ sekarang, dekat dengan tempat di mana presiden daerah pernah tinggal. Dia sudah kembali ke Gereja dan kemudian dipanggil untuk melayani sebagai seorang presiden pancang dan kemudian sebagai presiden misi, dipengaruhi oleh seorang isteri yang beriman dan penyayang.

Para saudari, anda diberkati untuk menjadi puteri Tuhan yang memiliki kurnia istimewa. Anda bawa bersama anda satu keupayaan rohani ke kehidupan fana untuk memelihara dan mengangkat orang lebih dekat kepada kasih dan kesucian yang akan melayakkan mereka untuk hidup dalam masyarakat Sion. Ini bukan satu kebetulan bahawa Lembaga Pertolongan, organisasi Gereja pertama khas bagi puteri Bapa Syurgawi mempunyai cogan kata “Kasih Ihsan Tidak Gagal.”

Kasih ihsan ialah kasih suci Kristus. Iman kepada Dia dan kepada kesan penuh Korban Tebusan-Nya yang tak terbatas akan melayakkan anda, dan orang yang anda kasihi dan layani, kurnia ilahi untuk hidup dalam masyarakat Sion yang sudah lama ditunggu. Di situ anda akan menjadi saudari di Sion, dikasihi oleh Tuhan dan orang yang sudah anda layani.

Saya bersaksi bahawa anda ialah umat kerajaan Tuhan di bumi. Anda semua ialah puteri kepada Bapa Syurgawi yang penyayang, yang dihantar ke dunia ini dengan kurnia unik yang anda berjanji untuk memberkati orang lain. Saya janjikan anda bahawa Tuhan akan membimbing anda secara peribadi, melalui Roh Kudus. Dia akan buat persediaan bagi anda semasa anda menolong Dia menyediakan umat-Nya untuk menjadi Sion yang Dia janjikan. Saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.