Persidangan Umum
Mengekalkan Perubahan
Persidangan umum Oktober 2020


Mengekalkan Perubahan

Melalui Yesus Kristus, kita diberi kekuatan untuk membuat perubahan yang berkekalan. Apabila kita dengan rendah hati berpaling kepada-Nya, Dia akan meningkatkan kemampuan kita untuk berubah.

Para saudari, saya sangat gembira berada bersama dengan anda.

Imej
Membayar di pasar

Bayangkan seseorang pergi ke pasar untuk membeli barang. Sekiranya dia membayar juruwang lebih daripada nilai barang itu, juruwang akan memberikannya baki wang.

Imej
Menerima Perubahan

Raja Benyamin mengajar rakyatnya di Amerika kuno tentang berkat-berkat hebat yang kita terima daripada Juruselamat kita, Yesus Kristus. Dia mencipta langit, bumi, dan segala keindahan yang kita nikmati. 1 Melalui Korban Tebusan-Nya, Dia menyediakan jalan bagi kita untuk ditebus dari dosa dan kematian. 2 Apabila kita menunjukkan kesyukuran dengan tekun mengikuti perintah-perintah-Nya, Dia segera memberkati kita, meninggalkan kita selalu terhutang kepada-Nya.

Dia memberi kita lebih banyak daripada nilai yang kita dapat kembalikan kepada-Nya. Jadi, apa yang kita boleh berikan kepada-Nya, yang telah membayar harga yang tidak dapat dikira untuk dosa-dosa kita? Kita boleh memberi-Nya perubahan. Kita boleh memberi-Nya perubahan kita. Ia mungkin perubahan fikiran, perubahan tabiat, atau satu perubahan dalam arah yang kita tuju. Sebagai balasan untuk pembayaran-Nya yang tidak ternilai bagi setiap kita, Tuhan meminta kita untuk mengubah hati. Perubahan yang Dia minta daripada kita bukan untuk kepentingan-Nya, tetapi untuk kita. Jadi, tidak seperti pembeli di pasar yang akan mengambil baki wang yang kita tawarkan, Juruselamat mengisyaratkan kita untuk menyimpan baki wang (mengekalkan perubahan).

Selepas mendengar kata-kata Raja Benyamin, rakyatnya berseru, menyatakan hati mereka telah berubah dengan berkata, “Kerana Roh Tuhan Yang Maha Kuasa, yang telah mengerjakan perubahan yang hebat dalam diri kami, … kami tidak memiliki lagi kecenderungan untuk melakukan yang jahat, tetapi sentiasa melakukan yang baik.” 3 Tulisan suci tidak mengatakan bahawa mereka dengan segera menjadi sempurna, tetapi, keinginan mereka untuk berubah mendorong mereka untuk bertindak. Perubahan hati mereka bermakna menanggalkan manusia alamiah dan berusaha untuk menjadi lebih seperti Yesus Kristus dengan bantuan Roh Kudus.

Presiden Henry B. Eyring mengajar: “Penganutan benar bergantung kepada pencarian bebas dengan iman, dengan usaha besar dan beberapa kesakitan. Kemudian Tuhan yang boleh memberi … mukjizat pembersihan dan perubahan.” 4 Apabila kita menggabungkan usaha kita dengan kemampuan Juruselamat untuk mengubah kita, kita menjadi makhluk baharu.

Ketika saya masih muda, saya membayangkan diri berjalan dalam perjalanan ke atas dan tegak menuju matlamat kehidupan abadi saya. Setiap kali saya melakukan atau mengatakan sesuatu yang salah, saya merasakan diri meluncur ke bawah jalan dan memulakan perjalanan saya sekali lagi. Ia seperti mendarat di kotak yang meluncur anda ke bawah dari puncaknya dalam permainan kanak-kanak, Ular Tangga dan menyebabkan anda bermula sekali lagi dari permulaan! Itu mengecewakan! Tetapi apabila saya mula memahami ajaran Kristus 5 dan bagaimana mengaplikasikannya setiap hari dalam hidup saya, saya menemui harapan.

Imej
Proses perubahan termasuk bertahan

Yesus Kristus telah memberi kita satu pola berterusan untuk perubahan. Dia menjemput kita untuk beriman kepada-Nya, yang mengilhami kita untuk bertaubat—“iman dan pertaubatan itu membawa suatu perubahan hati.” 6 Apabila kita bertaubat dan menyerahkan hati kita kepada-Nya, kita memperoleh keinginan yang lebih besar untuk membuat dan mentaati perjanjian kudus. Kita bertahan sampai akhir dengan terus menerapkan asas-asas ini sepanjang hidup kita dan menjemput Tuhan untuk mengubah kita. Bertahan sampai akhir bermakna berubah sampai akhir. Kini saya faham bahawa saya tidak bermula semula dengan setiap percubaan yang gagal, tetapi dengan setiap percubaan, saya sedang meneruskan proses perubahan saya.

Terdapat ungkapan terilham dalam tema Remaja Puteri yang menyatakan, “Saya menghargai kurnia pertaubatan dan berusaha untuk memajukan diri setiap hari.” 7 Saya berdoa bahawa kita menghargai kurnia indah ini dan kita benar-benar menginginkan perubahan. Kadang kala perubahan yang kita perlu lakukan dikaitkan dengan dosa serius. Tetapi paling kerap adalah usaha kita untuk memperbaiki watak kita untuk menyelaraskan diri dengan sifat Yesus Kristus. Pilihan harian kita akan membantu atau menghalang kemajuan kita. Perubahan bertujuan yang kecil tetapi kukuh akan membantu kita bertambah baik. Jangan berputus asa. Perubahan adalah proses seumur hidup. Saya bersyukur bahawa dalam perjuangan kita untuk berubah, Tuhan bersabar dengan kita.

Melalui Yesus Kristus, kita diberi kekuatan untuk membuat perubahan yang berkekalan. Apabila kita dengan rendah hati berpaling kepada-Nya, Dia akan meningkatkan kemampuan kita untuk berubah.

Tambahan kepada kuasa pengubahan Korban Tebusan Juruselamat kita, Roh Kudus akan menyokong dan membimbing kita apabila kita berusaha. Dia bahkan boleh membantu kita mengetahui perubahan yang kita harus dilakukan. Kita juga boleh menemui bantuan dan galakkan melalui berkat imamat, doa, puasa, dan menghadiri bait suci.

Ahli keluarga, para pemimpin, dan kawan-kawan yang dipercayai juga boleh membantu dalam usaha kita untuk berubah. Ketika saya berusia lapan tahun, abang saya, Lee, dan saya sering meluangkan masa bersama kawan-kawan dengan bermain di dahan-dahan sebuah pokok kejiranan. Kami suka berada bersama dalam persahabatan kawan-kawan kami di bawah naungan pokok itu. Pada suatu hari, Lee jatuh dari pokok dan lengannya terpatah. Lengannya yang patah menjadikan ia sukar bagi dia untuk memanjat pokok itu sendiri. Tetapi waktu main di pokok itu tidak sama tanpa Lee di sana. Jadi, beberapa daripada kumpulan kami memegangnya dari belakang sementara yang lain menarik lengannya yang baik, dan tanpa usaha yang terlalu besar, Lee kembali ke atas pokok. Lengannya masih patah, tetapi dia berada bersama kami sekali lagi dan menikmati persahabatan sambil dia sembuh.

Saya sering memikirkan pengalaman saya bermain di pokok sebagai jenis aktiviti kita dalam injil Yesus Kristus. Dalam naungan dahan-dahan injil, kita menikmati banyak berkat yang berkaitan dengan perjanjian kita. Beberapa telah jatuh dari keselamatan perjanjian mereka dan memerlukan bantuan kita untuk memanjat kembali kepada dahan injil. Ia boleh menjadi sukar untuk mereka kembali dengan sendiri. Bolehkah kita menarik sedikit di sini dan mengangkat sedikit di sana untuk membantu mereka sembuh sambil menikmati persahabatan kita?

Jika anda menderita kerana kejatuhan, sila membenarkan orang lain membantu anda kembali kepada perjanjian anda dan berkat-berkat yang datang bersamanya. Juruselamat boleh membantu anda sembuh dan berubah sambil dikelilingi oleh mereka yang mengasihi anda.

Saya kadangkala terjumpa kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa. Kadangkala mereka berkata, “Kamu langsung tidak berubah!” Setiap kali saya mendengar itu, saya rasa tidak selesa, kerana saya berharap saya telah berubah dalam tahun-tahun yang lalu. Saya berharap saya telah berubah sejak kelmarin! Saya berharap saya lebih baik hati, kurang menghakimi, dan lebih penyayang. Saya berharap saya bertindak balas dengan lebih cepat kepada keperluan orang lain, dan saya berharap saya lebih sabar.

Saya suka mendaki gunung berhampiran rumah saya. Saya sering menemui batu kecil di dalam kasut saya ketika saya berjalan di sepanjang jalan. Pada akhirnya, saya berhenti dan menggoncangkan kasut saya. Tetapi saya hairan betapa lama saya membiarkan diri mendaki dengan kesakitan sebelum berhenti dan mengeluarkan batu itu.

Dalam perjalanan perjanjian kita, kadang kala kita mengangkat batu-batu ke dalam kasut kita dalam bentuk tabiat buruk, dosa-dosa, atau sikap buruk. Lebih cepat kita menggoncangnya dari hidup kita, perjalanan fana kita akan menjadi lebih gembira.

Mengekalkan perubahan memerlukan usaha. Saya tidak dapat membayangkan untuk berhenti dalam perjalanan hanya untuk memasukkan kembali batu menyakitkan yang saya baru sahaja singkirkan. Saya tidak mahu melakukan itu sepertimana seekor rama-rama cantik tidak akan memilih untuk kembali ke kepompongnya.

Saya bersaksi bahawa kerana Yesus Kristus, kita boleh berubah. Kita boleh melaraskan tabiat kita, mengubah fikiran kita, perbaiki watak kita untuk menjadi lebih seperti Dia. Dan dengan bantuan-Nya, kita boleh mengekalkan perubahan. Dalam nama Yesus Kristus, amin.