Persidangan Umum
Mencari Kristus dalam Setiap Pemikiran
Persidangan umum Oktober 2020


Mencari Kristus dalam Setiap Pemikiran

Melawan godaan memerlukan ketekunan dan kesetiaan seumur hidup. Sila ingat bahawa Tuhan sedia menolong anda.

Dalam puisi lagu rohaninya, Mazmur menyatakan:

“Ya Tuhan, Engkau telah menyelami hatiku, dan Engkau mengenal aku.

“Engkau mengetahui segala perbuatanku; dari jauh Engkau memahami fikiranku.

“Engkau melihat aku, sama ada aku sedang bekerja ataupun berehat; Engkau mengetahui segala perbuatanku.”1

Dalam gaya tulisan puisi ini, Mazmur memuji sifat ketuhanan Tuhan yang maha mengetahui kerana Dia benar-benar mengetahui setiap aspek jiwa kita.2 Menyedari semua yang diperlukan bagi kita dalam kehidupan ini, Juruselamat jemput kita untuk cari Dia dalam setiap pemikiran dan ikuti Dia dengan sepenuh hati kita.3 Ini menjanjikan kita yang kita dapat berjalan dalam cahaya-Nya dan bimbingan-Nya menghalang pengaruh kegelapan dalam hidup kita.4

Mencari Kristus dalam setiap pemikiran dan ikuti Dia dengan sepenuh hati kita memerlukan kita selaraskan fikiran dan keinginan kita dengan-Nya.5 Tulisan suci merujuk ini sebagai “berdiri teguh dalam hidup yang bersatu dengan Tuhan.”6 Tindakan ini menunjukkan yang kita terus menjalani kehidupan selaras dengan injil Kristus dan fokus setiap hari pada semua yang baik.7 Hanya dengan itu kita capai “kesejahteraan daripada Tuhan yang tidak mungkin difahami oleh manusia” dan yang akan “menjaga hati dan fikiran [kita melalui]” Yesus Kristus.8 Juruselamat Sendiri mengarahkan penatua Gereja pada Februari 1831, “Simpanlah baik-baik hal ini dalam hatimu, dan biarlah kekhusyukan akan keabadian berada dalam fikiranmu.”9

Walaupun usaha berterusan kita untuk cari Tuhan, pemikiran yang tidak sesuai dapat tembus fikiran kita. Apabila pemikiran sedemikian dibenarkan dan dijemput untuk tinggal, ia akan membentuk hati kita dan membawa kita kepada apa yang kita akan jadi dalam kehidupan ini dan apa yang kita akan warisi untuk keabadian.10 Elder Neal A. Maxwell pernah tekankan asas ini dengan berkata, “Keinginan … menentukan hasilnya, termasuk mengapa ‘banyak dipanggil, tetapi hanya sedikit yang dipilih.’”11

Para nabi kuno dan moden kita selalu ingatkan kita untuk menentang godaan agar tidak kehilangan daya tarikan rohani kita dan menjadi keliru, bingung, dan kecewa dalam hidup.

Secara metaforanya, menyerah kepada godaan adalah seperti menghampiri magnet dengan objek logam. Daya magnet yang tidak dapat dilihat menarik objek logam dan memegangnya dengan ketat. Magnet hanya akan kehilangan kuasa ke atas objek logam apabila ia jauh daripadanya. Oleh itu, seperti magnet tiada kuasa ke atas objek logam yang jauh, ketika kita menentang godaan, ia mula pudar dan hilang kuasa ke atas minda dan hati kita dan, akibatnya, ke atas tindakan kita.

Analogi ini mengingatkan saya tentang pengalaman yang dikongsi oleh seorang ahli Gereja yang sangat setia pada masa dahulu. Ahli ini beritahu saya yang ketika dia bangun pada suatu pagi, pemikiran tidak sesuai yang dia tidak pernah alami sebelumnya tiba-tiba masuk fikirannya. Meskipun ia mengejutkannya, dia bertindak terhadap situasi itu dengan segera, berkata kepada dirinya sendiri dan pemikiran itu, “Tidak!” dan menggantinya dengan sesuatu yang baik untuk mengalihkan fikirannya dari pemikiran yang tidak diingini. Dia beritahu saya yang ketika dia menjalankan hak pilihannya dengan kesolehan, pemikiran negatif yang tidak disengajakan itu segera hilang.

Ketika Moroni memanggil orang ramai untuk percaya kepada Kristus dan bertaubat, dia menggesa mereka untuk datang kepada Juruselamat dengan seluruh hati mereka, lucutkan diri mereka dari segala yang tidak bersih. Moroni juga jemput mereka untuk meminta kepada Tuhan, dengan keteguhan yang tak tergoyah, agar mereka tidak serah kepada godaan.12 Menggunakan asas ini dalam kehidupan kita memerlukan lebih dari sekadar kepercayaan, tetapi perlu ada penyesuaian minda dan hati kita dengan asas ilahi ini. Penyesuaian seperti itu memerlukan usaha peribadi setiap hari dan berterusan, sebagai tambahan kepada pergantungan pada Juruselamat, kerana keinginan jahat kita tak akan hilang dengan sendirinya. Melawan godaan memerlukan ketekunan dan kesetiaan seumur hidup. Tetapi ketahuilah bahawa Tuhan bersedia membantu kita dalam usaha peribadi kita dan menjanjikan berkat luar biasa jika kita bertahan sampai akhir.

Pada masa yang sukar ketika Joseph Smith dan para rakannya yang dipenjara di Penjara Liberty tidak memiliki kebebasan dalam apa pun kecuali untuk pemikiran mereka, Tuhan berikan nasihat yang membantu dan janji kepada mereka yang diberikan kepada kita semua:

“Biarlah sanubarimu juga penuh kasih ihsan terhadap semua orang, dan kepada kaum keluarga seiman, dan biarlah kehemahan mengisi fikiranmu tanpa henti; maka keyakinanmu akan menjadi kuat di dalam hadirat Tuhan; …

“Roh Kudus akan menjadi temanmu yang tetap, dan cokmarmu sebuah cokmar kesolehan dan kebenaran yang tidak berubah.”13

Dengan berbuat demikian, pemikiran kudus akan terus menghiasi akal fikiran kita dan keinginan murni akan bimbing kita kepada tindakan soleh.

Moroni juga mengingatkan orangnya agar tidak dikuasai oleh nafsu.14 Perkataan nafsu merujuk kepada hasrat dan keinginan yang tidak sesuai untuk sesuatu.15 Ini merangkumi pemikiran gelap atau keinginan jahat yang menyebabkan seseorang fokus pada tindakan pentingkan diri sendiri atau harta duniawi daripada lakukan tindakan baik, berbaik hati dan mematuhi perintah-perintah Tuhan dan seterusnya. Ia selalunya dinyatakan melalui perasaan jiwa yang paling badaniah. Rasul Paulus mengenal pasti beberapa perasaan ini, seperti kekejian, kegasangan, … kebencian, … kemurkaan, persengketaan, … iri hati, … dan semacamnya.16 Selain semua aspek jahat nafsu, kita tidak boleh lupa yang musuh menggunanya sebagai senjata rahsia dan mengabui melawan kita ketika dia menggoda kita untuk lakukan sesuatu yang salah.

Saudara dan saudari yang dikasihi, saya bersaksi yang ketika kita bergantung kepada batu keselamatan, Juruselamat jiwa kita dan ikuti nasihat Moroni, kemampuan kita untuk kawal pemikiran kita akan meningkat dengan ketara. Saya boleh jamin anda yang kematangan rohani kita akan tumbuh dengan laju, mengubah hati kita, menjadikan kita lebih seperti Yesus Kristus. Selain itu, pengaruh Roh Kudus akan lebih kuat dan berterusan dalam hidup kita. Kemudian, godaan musuh, sedikit demi sedikit, akan kehilangan kuasa mereka terhadap kita, menghasilkan kehidupan yang lebih bahagia, mulia dan suci.

Bagi mereka yang, dengan alasan apa pun, jatuh ke dalam godaan dan berada dalam tindakan yang tidak soleh, saya jamin anda yang ada jalan kembali, terdapat harapan dalam Kristus. Beberapa tahun yang lalu, saya berpeluang mengunjung seorang ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang dikasihi yang melalui masa yang sangat sukar dalam hidupnya setelah melakukan pelanggaran besar. Ketika saya pertama kali melihatnya, saya dapat melihat kesedihan di matanya, disertai dengan cahaya harapan di wajahnya. Ekspresi mukanya mencerminkan hati yang rendah hati dan berubah. Dia pernah menjadi orang Kristian yang setia dan sangat diberkati oleh Tuhan. Namun, dia telah biarkan satu pemikiran yang tidak sesuai memasuki fikirannya, yang kemudian membawa kepada yang lain. Ketika dia terus membenarkan pemikiran ini, segera mereka berakar di mindanya dan mulai tumbuh jauh dalam hatinya. Dia akhirnya bertindak ke atas keinginan yang tidak layak ini, yang membuatnya bertindak bertentangan terhadap segala yang paling berharga dalam hidupnya. Dia beritahu saya yang jika dia tidak berikan ruang untuk pemikiran yang bodoh sejak awal, dia tidak akan jadi lemah dan mudah tergoda—godaan yang bawa banyak kesedihan dalam hidupnya sekurang-kurangnya pada suatu masa.

Mujurlah, seperti perumpamaan terkenal anak yang sesat yang terdapat dalam injil Lukas, “dia sedar” dan terbangun dari mimpi buruk itu.17 Dia memperbaharui kepercayaannya kepada Tuhan dan merasakan penyesalan sejati dan memiliki keinginan untuk kembali kepada Tuhan. Pada hari itu kami berdua merasakan kasih penebusan Juruselamat bagi kami. Pada akhir pertemuan singkat kami, kami berdua dipenuhi emosi, dan hingga hari ini, saya teringat kegembiraan yang terang di wajahnya ketika dia meninggalkan pejabat saya.

Para rakan yang saya kasihi, ketika kita menentang godaan kecil, yang sering terjadi di luar jangkaan dalam hidup kita, kita lebih bersedia untuk elak pelanggaran serius. Seperti yang Presiden Spencer W. Kimball katakan: “Jarang seseorang melakukan pelanggaran yang lebih dalam tanpa menyerah kepada yang lebih kecil, yang membuka pintu ke arah yang lebih besar. … ‘Padang yang bersih [tidak] tiba-tiba [menjadi] bersemak.”18

Semasa bersiap untuk laksanakan misi ilahi-Nya di bumi, Juruselamat Yesus Kristus memberikan contoh kepentingan terus menentang segala hal yang mungkin menghalang kita dari sedari tujuan abadi kita. Setelah beberapa serangan yang musuh yang tidak berjaya, dalam usaha untuk mengalihkan Dia dari misinya, Juruselamat dengan tegas menolak iblis dengan berkata: “Pergilah, hai Iblis. … Kemudian Iblis meninggalkan Yesus, dan malaikat-malaikat pun datang menolong Dia.”19

Bolehkah anda bayangkan, saudara dan saudari, apa yang akan terjadi jika kita dapat peroleh kekuatan dan keberanian daripada Juruselamat dan berkata, “Tidak” dan “Pergilah” kepada pemikiran yang tidak baik sejurus ia terlintas di fikiran kita? Apakah kesannya terhadap keinginan hati kita? Bagaimana tindakan tersebut dapat membuat kita dekat dengan Juruselamat dan membiarkan pengaruh Roh Kudus berterusan dalam kehidupan kita? Saya tahu yang dengan mengikuti teladan Yesus, kita akan hindari banyak tragedi dan tingkah laku tidak baik yang membawa masalah dan perselisihan keluarga, emosi dan kecenderungan negatif, pelanggaran ketidakadilan dan penyalahgunaan, kehambaan ketagihan jahat, dan apa pun yang bertentangan dengan perintah Tuhan.

Dalam pesanan bersejarah dan menyentuh hati dari April tahun ini, nabi dikasihi kita, Presiden Nelson berjanji yang semua orang yang bersedia untuk “dengarkanlah Dia”—mendengar Yesus Kristus dan mematuhi perintah-perintah-Nya “akan diberkati dengan kekuatan tambahan untuk menangani godaan, pergelutan, dan kelemahan.” dan keupayaan kita untuk rasa kegembiraan akan meningkat, bahkan ketika pergolakan semasa meningkat.20

Saya bersaksi kepada anda yang janji-janji yang diberikan oleh nabi kita yang dikasihi adalah janji-janji daripada Juruselamat Sendiri. Saya jemput semua kita untuk “dengarkanlah Dia” dalam setiap pemikiran dan ikuti-Nya dengan sepenuh hati untuk dapatkan kekuatan dan keberanian untuk katakan, “Tidak” dan “Pergilah” kepada semua hal yang mungkin kita tidak bahagia dalam hidup kita. Jika kita lakukannya, saya berjanji yang Tuhan akan hantar Roh Kudus-Nya dengan lebih untuk menguatkan dan menghibur kita, dan kita boleh menjadi individu taat kepada Tuhan.21

Saya berikan kesaksian saya yang Yesus Kristus hidup dan melalui Dia, kita dapat menang atas pengaruh jahat musuh dan layak untuk hidup selama keabadian bersama Tuhan dan di hadirat Bapa di Syurga yang kita kasihi. Saya bersaksi akan kebenaran ini dengan sepenuh kasih saya untuk anda dan untuk Juruselamat kita, yang namanya saya berikan kemuliaan, penghormatan, dan pujian selamanya. Saya katakan hal-hal ini dalam nama kudus Yesus Kristus.