Persidangan Umum
Mata untuk Melihat
Persidangan umum Oktober 2020


Mata untuk Melihat

Melalui kuasa Roh Kudus, Kristus akan membolehkan kita melihat diri kita melihat orang lain seperti dia.

Melihat Tangan Tuhan

Saya suka kisah Perjanjian Lama tentang seorang pemuda yang melayani nabi Elisa. Pada suatu awal pagi, pemuda itu bangun, pergi ke luar, dan mendapati kota itu dikelilingi oleh tentera yang hebat yang ingin musnahkan mereka. Dia berlari ke Elisa: “Malanglah kita, tuan! Apakah yang harus kita lakukan?”

Elisa jawab, “Janganlah takut: yang di pihak kita lebih banyak daripada yang di pihak mereka.”

Elisa tahu pemuda itu perlukan lebih dari sekadar penenangan; dia perlukan penglihatan. Oleh itu “Elisa berdoa, … Ya Tuhan, … celikkanlah mata hambaku ini supaya dia dapat melihat. Tuhan mengabulkan doanya, hamba Elisa menengadah dan nampak bukit itu penuh dengan kuda dan kereta kuda berapi di sekeliling Elisa.” 1

Mungkin ada masanya anda, seperti hamba itu, mendapati diri anda berjuang untuk melihat bagaimana Tuhan bekerja dalam hidup anda—masa ketika anda merasa diserang—ketika cubaan kefanaan membuat anda berlutut. Tunggu dan percaya kepada Tuhan dan pada waktu-Nya, kerana anda dapat percayai hati-Nya dengan sepenuh hati anda. Tetapi ada pelajaran kedua di sini. Saudari dan saudara yang dikasihi, anda juga boleh berdoa agar Tuhan buka mata anda untuk lihat hal-hal yang biasanya anda tidak lihat.

Melihat Diri Kita Sepertimana Tuhan Melihat Kita

Mungkin perkara yang paling penting bagi kita untuk lihat dengan jelas adalah siapakah Tuhan dan siapakah sebenarnya kita—putera dan puteri ibu bapa syurgawi, dengan “sifat ilahi dan takdir abadi.” 2 Minta Tuhan untuk mengungkapkan kebenaran ini kepada anda, bersama dengan perasaan-Nya terhadap anda. Semakin anda memahami identiti dan tujuan sebenar anda, dengan mendalam, ia semakin mempengaruhi semua hal dalam hidup anda.

Melihat Orang Lain

Memahami bagaimana Tuhan melihat kita menyediakan jalan untuk bantu kita melihat orang lain sepertimana Dia lakukan. Penulis David Brooks berkata: “Banyak masalah besar masyarakat kita berpunca dari orang yang merasa tidak dilihat dan dikenali. … [Terdapat satu] teras … sifat yang kita semua mesti perlu perbaiki, dan ia adalah sifat untuk saling melihat dan dilihat secara mendalam.” 3

Yesus Kristus melihat orang secara mendalam. Dia melihat individu, keperluan mereka, dan siapa mereka boleh jadi. Dimana orang lain melihat nelayan, pendosa, atau pemungut cukai, Yesus melihat mereka sebagai pengikut; orang lain melihat seorang lelaki yang dirasuk iblis, Yesus melihat lebih dari itu, mengakui lelaki itu, dan menyembuhkannya. 4

Bahkan dalam kehidupan kita yang sibuk, kita boleh ikuti teladan Yesus dan melihat individu—keperluan, iman, kesusahan, dan siapa mereka dapat jadi. 5

Semasa saya berdoa agar Tuhan buka mata saya untuk lihat hal-hal yang saya biasanya tidak lihat, saya sering tanya diri saya dua soalan dan beri perhatian kepada tanggapan yang datang: Apa yang saya sedang buat harus saya hentikan?” dan “Apa yang saya tidak buat haruslah saya mula lakukan?” 6

Berbulan yang lalu, semasa sakramen, saya tanya diri saya sendiri soalan ini dan terkejut dengan tanggapan yang datang. “Berhenti lihat telefon kamu ketika kamu sedang menunggu dalam barisan.” Melihat telefon saya ketika dalam barisan menjadi hampir automatik; Saya rasa ini adalah masa yang tepat untuk lakukan pelbagai tugas, mencari e-mel, melihat tajuk utama, atau melihat media sosial.

Keesokan paginya, saya mendapati diri saya menunggu di barisan panjang di kedai. Saya keluarkan telefon saya dan kemudian teringat tanggapan yang saya terima. Saya simpan telefon saya dan melihat sekeliling. Saya melihat seorang lelaki warga emas berada di hadapan saya. Trolinya kosong kecuali beberapa tin makanan kucing. Saya berasa agak kekok, tetapi mengatakan sesuatu sangat pintar seperti, “Saya nampak yang kamu ada kucing.” Lelaki itu berkata ribut akan datang, dan dia tidak mahu kekurangan makanan kucing. Kami berbual sebentar, dan kemudian dia menoleh ke arah saya dan berkata, “Kamu tahu, saya tidak beritahu hal ini kepada sesiapa, tetapi hari ini adalah hari lahir saya.” Saya berasa terharu. Saya ucapkan selamat hari jadi kepadanya dan memberi doa terima kasih kerana saya tidak guna telefon saya dan terlepas peluang untuk benar-benar melihat dan berhubung dengan orang lain yang perlukannya.

Dengan sepenuh hati saya tidak mahu jadi seperti imam atau Lewi di jalan menuju Yerikho—seorang yang melihat dan lalu berjalan. 7 Tetapi terlalu kerap saya rasa saya begitu.

Melihat Tugas Tuhan untuk Saya

Baru-baru ini saya pelajari pengajaran berharga tentang melihat secara mendalam dari seorang remaja puteri bernama Rozlyn.

Kisah ini dikongsi dengan saya oleh rakan saya yang sedih ketika suaminya selama 20 tahun pindah. Dengan anak-anaknya membahagi masa antara ibu bapa, fikiran untuk hadiri gereja kelihatan menakutkan. Dia menceritakan:

“Dalam gereja di mana keluarga sangat penting, duduk bersendirian boleh menyakitkan. Pada hari Ahad pertama saya berjalan dengan berdoa tidak ada yang akan bercakap dengan saya. Saya cuba untuk tenang, dan air mata hampir keluar. Saya duduk di tempat biasa saya, berharap tiada yang sedar betapa kosongnya bangku itu.

“Seorang remaja puteri di bahagian kami menoleh dan memandang saya. Saya berpura-pura senyum. Dia senyum kembali. Saya dapat melihat yang dia risau. Saya diam-diam rayu agar dia tidak datang untuk bercakap dengan saya—saya tiada yang positif untuk katakan dan tahu saya akan menangis. Saya melihat ke bawah dan elak melihatnya.

“Selama satu jam berikutnya, saya melihat dia sekali sekala memandang saya. Sebaik sahaja pertemuan itu berakhir, dia terus pergi jumpa saya. ‘Hi, Rozlyn,’ saya berbisik. Dia memeluk saya dan berkata, ‘Sister Smith, saya tahu hari ini adalah hari yang buruk bagi kamu. Saya minta maaf. Saya sayang kamu.’ Seperti yang diramalkan, air mata mengalir ketika dia memeluk saya lagi. Tetapi ketika saya pergi, saya berfikir, “Mungkin saya boleh lakukan ini.”

Imej
Rozlyn dan Sister Smith

“Remaja puteri berusia 16 tahun yang manis itu, kurang dari separuh usia saya, cari saya setiap hari Ahad untuk sepanjang tahun itu untuk peluk saya dan bertanya, ‘Apa khabar?’ Itu sangat membantu dengan perasaan saya ketika datang ke gereja. Sebenarnya saya mula bergantung pada pelukan itu. Seseorang memerhatikan saya. Seseorang tahu saya ada di sana. Seseorang ambil berat.”

Seperti semua kurnia yang Bapa dengan rela berikan, melihat dengan mendalam memerlukan kita meminta Dia—dan kemudian bertindak. Meminta untuk melihat orang lain seperti Dia—sebagai para putera dan puteri-Nya yang sejati dengan potensi yang tak terbatas dan ilahi. Kemudian bertindak dengan mengasihi, melayani, dan menegaskan nilai dan potensi mereka seperti yang didorongkan. Apabila ini menjadi corak kehidupan kita, kita akan lihat diri kita menjadi “pengikut sejati … Yesus Kristus.” 8 Orang lain akan dapat mempercayai hati kita dengan hati mereka. Dan dalam corak ini kita juga akan menemui identiti dan tujuan kita sendiri yang benar.

Imej
Penyembuhan Juruselamat

Kawan saya teringat pengalaman lain ketika duduk di bangku kosong yang sama, sendirian, tertanya-tanya jika usaha 20 tahun untuk menjalani injil di rumahnya semuanya sia-sia. Dia perlukan lebih dari sekadar penenangan; dia memerlukan penglihatan. Dia merasakan satu soalan menusuk hatinya: “Mengapa kamu lakukan hal itu? Adakah anda lakukannya untuk ganjaran, pujian orang lain, atau hasil yang diinginkan?” Dia ragu-ragu sebentar, mencari hatinya, dan kemudian dapat jawab dengan yakin, “Saya lakukannya kerana saya mengasihi Juruselamat. Dan saya mengasihi injil-Nya.” Tuhan membuka matanya untuk membantunya melihat. Perubahan penglihatan yang sederhana namun berkuasa ini membantunya terus bertahan dengan iman kepada Kristus, walaupun dalam keadaannya.

Saya bersaksi yang Yesus Kristus mengasihi kita dan dapat memberi kita mata untuk melihat—bahkan ketika ia sukar, bahkan ketika kita penat, bahkan ketika kita kesepian, dan bahkan ketika hasilnya tidak seperti yang kita harapkan. Melalui rahmat-Nya, Dia akan berkati kita dan tingkatkan kemampuan kita. Melalui kuasa Roh Kudus, Kristus akan membolehkan kita melihat diri kita melihat orang lain seperti dia. Dengan bantuan-Nya, kita dapat ketahui apa yang paling diperlukan. Kita dapat mula melihat tangan Tuhan bekerja dalam dan melalui perincian biasa dalam hidup kita—kita akan melihat dengan mendalam.

Dan kemudian, pada hari hebat itu “apabila Dia akan memperlihatkan diri-Nya kita akan melihat-Nya sebagaimana Dia adanya; agar kita boleh memiliki harapan” 9 adalah doa saya dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. 2 Raja-Raja 6:15–17.

  2. Tema Remaja Puteri, ChurchofJesusChrist.org.

  3. David Brooks, “Finding the Road to Character” (Brigham Young University forum address, 22 Okt. 2019), speeches.byu.edu.

  4. Lihat Markus 5:1–15.

  5. “Adalah suatu hal yang serius untuk hidup dalam masyarakat yang mungkin mempunyai dewa dan dewi, untuk mengingati bahawa orang paling menarik yang paling tidak menarik yang boleh anda berbicara suatu hari nanti adalah makhluk yang, jika anda melihatnya sekarang, anda akan sangat tergoda untuk menyembah … Tidak ada orang biasa.” (C. S. Lewis, The Weight of Glory [2001], 45–46).

  6. Kim B. Clark, “Encircled About with Fire,” (Seminaries and Institutes of Religion satellite broadcast, 4 Ogos, 2015), ChurchofJesusChrist.org.

  7. Lihat Lukas 10:30–32.

  8. Moroni 7:48.

  9. Moroni 7:48; penekanan ditambah.