Persidangan Umum
Sangat Dirahmati Oleh Tuhan
Persidangan umum Oktober 2020


Sangat Dirahmati Oleh Tuhan

Tempoh kesengsaraan dan kekecewaan tidak mengubah pandangan Tuhan apabila dia merahmati kita, dan memberkati kita.

Bertahun dahulu, sebagai penginjil muda yang melayani di cabang kecil di sebuah pulau kecil Amami Oshima, Jepun, rakan saya dan saya teruja apabila mendapat tahu Presiden Spencer W. Kimball akan melawat Asia dan semua ahli serta penginjil di Jepun dijemput ke Tokyo untuk mendengar nabi di persidangan kawasan. Bersaman para ahli cabang, teman penginjil dan saya mula merancang untuk ke persidangan itu, iaitu 12 jam menaiki kapal merentasi Laut China Selatan ke tanah besar Jepun, kemudian 15 jam menaiki kereta api ke Tokyo. Malangnya, rancangan itu tidak menjadi. Kami menerima pesanan dari presiden misi bahawa atas jarak dan kekangan masa, saya dan teman saya tidak dapat menghadiri persidangan di Tokyo itu.

Imej
Elder Stevenson dan teman penginjilnya

Walaupun ahli-ahli cabang kami mula berangkat ke Tokyo, kami tidak pergi. Hari-hari berikutnya agak sunyi dan sepi. Kami mengadakan pertemuan sakramen sendiri di gereja, manakala Orang Suci dan penginjil-penginjil Jepun yang lain menghadiri persidangan itu.

Imej
Persidangan Kawasan Asia

Perasaan kecewa saya menjadi lebih nyata apabila mendengar ahli-ahli cabang yang pulang dari persidangan itu melaporkan bahawa Presiden Kimball telah mengumumkan sebuah bait suci akan dibina di Tokyo. Mereka amat teruja apabila mereka berkongsi bahawa impian mereka termakbul. Mereka menjelaskan, apabila mendengar pengumuman bait suci, ahli-ahli dan para penginjil tidak dapat menahan kegembiraan mereka lalu mula bertepuk tangan.

Imej
Presiden Kimball mengumumkan sebuah bait suci di Tokyo

Bertahun berlalu, dan saya masih ingat perasaan kecewa kerana tidak dapat terlibat dalam pertemuan bersejarah itu.

Dalam beberapa bulan ini saya telah merenung kembali pengalaman ini, ketika saya lihat ramai yang menghadapi kekecewaan—lebih hebat daripada yang saya lalui ketika masih penginjil muda—ini disebabkan oleh wabak COVID-19 sedunia.

Pada awal tahun ini, apabila wabak menjadi semakin teruk, Presidensi Utama menjanjikan bahawa “Gereja dan para ahlinya akan menunjukkan komitmen untuk menjadi warganegara yang baik dan jiran yang baik”1 dan akan “gunakan langkah-berhati-hati.”2 Maka, kita alami penggantungan pengumpulan Gereja di seluruh dunia, lebih daripada setengah penginjil Gereja terpaksa pulang ke negara sendiri, dan penutupan seluruh bait suci Gereja. Ramai di antara anda sedang bersedia untuk memasuki bait suci untuk melaksanakan tatacara injil hidup—termasuk pemeteraian bait suci. Yang lain telah menghabiskan pelayanan penginjil lebih awal atau dilepaskan sementara dan diberi tugasan baharu.

Imej
Para penginjil kembali di tengah COVID

Pada masa ini, pemimpin-pemimpin kerajaan dan pendidikan menutup sekolah—mengubah pengijazahan dan pembatalan acara dan aktiviti sukan, sosial, kebudayaan dan pendidikan. Ramai di antara anda telah bersedia untuk acara yang tidak dihadiri, pertunjukan yang tidak disaksi, musim sukan yang tidak berlangsung.

Lebih memilukan lagi adalah sesetengah keluarga kehilangan orang tersayang pada masa ini; ramai yang tidak dapat mengadakan upacara pengebumian atau perkumpulan lain yang diharapkan.

Kesimpulannya, sangat ramai di antara anda yang telah mengalami kekecewaan, dukacita dan patah hati yang amat. Jadi bagaimanakah kita pulih, bertahan, dan maju ketika segalanya kelihatan hancur?

Nabi Nefi mula mengukir kepingan-kepingan kecil itu apabila dia dewasa. Apabila dia merenung kembali pada kehidupan dan pelayanannya, dia memberi renungan yang penting, dalam ayat pertama Kitab Mormon. Ayat ini menyatakan asas penting untuk dipertimbangkan hari ini. Menurutnya, “Aku, Nefi, telah dilahirkan dari ibu bapa yang baik … ,” dia menulis, “dan kerana aku telah melihat banyak kesengsaraan dalam perjalanan hidupku, walaupun demikian, telah sangat dirahmati oleh Tuhan di sepanjang hidupku”3

Sebagai pengkaji Kitab Mormon, kita kenal kesengsaraan yang Nefi katakan. Namun sedar tentang kesengsaraan dalam kehidupannya, Nefi memberi pandangan injilnya sebagai sangat dirahmati oleh Tuhan di sepanjang hidupnya. Tempoh kesengsaraan dan kekecewaan tidak mengubah pandangan Tuhan apabila dia merahmati kita, dan memberkati kita.

Imej
Pertemuan misi secara maya
Imej
Pertemuan misi virtual dengan Elder dan Sister Stevenson
Imej
Pertemuan misi virtual dengan Elder dan Sister Stevenson

Baru-baru ini, Lesa dan saya bertemu dengan kira-kira 600 penginjil di Australia secara virtual, kebanyakan mereka berada di bawah langkah pengurungan atau sekatan yang berkaitan dengan COVID-19, ramai yang bekerja dari pangsapuri mereka. Sama-sama kami pertimbangkan individu-individu dalam Perjanjian Baru, Kitab Mormon, serta Ajaran dan Perjanjian yang Tuhan berkati untuk mencapai hal-hal besar dalam kesusahan. Semua menegaskan apa yang mereka boleh lakukan dengan bantuan Tuhan dan bukannya apa yang mereka tidak boleh buat kerana pengurungan dan sekatan.

Kami baca tentang Paulus dan Silas, walaupun dipenjarakan, berdoa, bernyanyi, mengajar, bersaksi—bahkan membaptiskan pegawai penjara.4

Dan sekali lagi Paulus, di Roma, ketika menjadi tahanan selama dua tahun, dia teruskan “menjelaskan ajarannya tentang Pemerintahan Tuhan,”5 “memberikan ajaran tentang Tuhan Yesus Kristus.”6

Nefi dan Lehi, putera Helaman, setelah didera dan dipenjarakan, telah dikelilingi api perlindungan semasa “suara [Tuhan] yang tenang dengan kelembutan sempurna … menusuk [penahan mereka] bahkan terus ke dalam jiwa.”7

Alma dan Amulek di Amoniha, mendapati ramai yang “percaya … dan mula bertaubat, dan menyelidiki tulisan suci,”8 walaupun mereka dipersenda dan tiada makanan, minum, atau pakaian, diikat dan dikurung dalam penjara.9

Imej
Joseph Smith di Penjara Liberty

Dan akhirnya Joseph Smith, yang meringkuk di Penjara Liberty, terasa ditinggalkan dan bagai Tuhan bersembunyi, kemudian mendengar firman Tuhan: “Semua hal … akan menjadi kebaikanmu”10 dan “Tuhan akan bersamamu selama-lamanya.”11

Setiap individu ini memahami apa yang Nefi tahu: meskipun mereka telah melihat banyak kesengsaraan dalam perjalanan hidup mereka, namun mereka sangat dirahmati oleh Tuhan.

Sebagai individu dan sebagai sebuah Gereja, kita telah sangat dirahmati oleh Tuhan dalam masa mencabar yang dihadapi beberapa bulan yang lepas. Semasa saya menyebut beberapa contoh ini, biarlah ia memperkukuhkan kesaksian anda tentang nabi hidup kita, yang telah menyediakan kita dengan penyesuaian sebelum tanda-tanda wabak, yang membolehkan kita bertahan dalam cabaran-cabaran yang datang.

Pertama, menjadi lebih berpusat di rumah dan disokong oleh Gereja.

Dua tahun yang lepas, Presiden Russell M. Nelson berkata: “Kita telah terbiasa memikirkan ‘gereja’ sebagai sesuatu yang berlaku di rumah pertemuan kita, disokong oleh apa yang berlaku di rumah. Kita memerlukan perubahan untuk pola ini. … Sebuah Gereja berpusat di rumah, disokong oleh apa yang berlaku dalam … bangunan-bangunan [Gereja].”12 Ini adalah penyesuaian kenabian! Pembelajaran injil berpusat di rumah telah pun dilaksanakan dengan penutupan bangunan pertemuan sementara. Walaupun dunia mula kembali seperti biasa dan kita kembali ke gereja, kita akan ingin mengekalkan corak pengkajian injil berpusat di rumah dan pembelajaran yang berkembang sewaktu wabak melanda.

Contoh kedua dirahmati oleh Tuhan adalah tentang wahyu melayani dalam cara yang lebih tinggi dan lebih kudus.

Imej
Pelayanan

Pada tahun 2018, Presiden Nelson memperkenalkan pelayanan sebagai penyesuaian “dalam cara kita menjaga satu sama lain.”13 Wabak ini telah memperkenalkan pelbagai peluang untuk mengasah kemahiran melayani kita. Pelayan saudara dan saudari, remaja puteri dan putera, dan yang lain telah membantu untuk berhubung, berbual, menjaga halaman rumah, membawa makanan, pesanan melalui teknologi, dan tatacara sakramen untuk memberkati mereka yang memerlukannya. Gereja turut melayani yang lain ketika wabak ini dengan memberi sumbangan tabung makanan, tempat perlindungan, dan pusat sokongan imigrasi dan juga projek-projek yang tertumpu kepada situasi kebuluran serius di dunia. Para saudari Lembaga Pertolongan dan keluarga mereka menyahut cabaran untuk membuat jutaan pelitup muka bagi pekerja kesihatan.

Imej
Projek Kemanusiaan
Imej
Pembuatan pelitup muka

Contoh terakhir tentang diberkati di kala kesengsaraan ialah menemui lebih kegembiraan apabila tatacara injil bait suci kembali.

Imej
Sister Kaitlyn Palmer

Ini paling tepat digambarkan dengan satu kisah. Apabila Sister Kaitlyn Palmer menerima panggilan misinya April lepas, dia amat teruja untuk menjadi seorang penginjil dan berasa amat penting dan istimewa untuk pergi ke bait suci dan menerima anugerahan serta membuat perjanjian-perjanjian kudus. Tidak lama selepas dia membuat temujanji untuk anugerahannya, pengumuman dibuat bahawa semua bait suci akan ditutup sementara akibat wabak yang berlaku. Setelah menerima berita sedih ini, dia mendapat tahu bahawa dia perlu menghadiri MTC (pusat latihan penginjil) secara virtual dari rumah. Walaupun kecewa, Kaitlyn tumpukan untuk berfikiran positif.

Imej
Sister Kaitlyn Palmer dan rumah MTC

Dalam bulan seterusnya, Sister Palmer tidak putus harapan untuk menghadiri bait suci. Keluarganya berpuasa dan berdoa agar bait suci akan buka semula sebelum dia berlepas. Kaitlyn sering memulakan pagi MTC rumahnya dengan berkata, “Adakah hari ini hari yang kita akan terima mukjizat dan bait suci dibuka semula?”

Pada 10 Ogos, Presidensi Utama mengumumkan bait suci [tempat] Kaitlyn akan dibuka untuk tatacara injil hidup pada tarikh yang sama dengan tarikh penerbangannya ke misi. Dia tidak dapat menghadiri bait suci dan menaiki kapal terbang dalam masa yang sama. Dengan harapan yang rendah, keluarganya menghubungi presiden bait suci, presiden Michael Vellinga untuk tahu jika mukjizat yang didoakan boleh terjadi. Puasa dan doa-doa mereka dijawab!

Imej
keluarga Palmer di bait suci

Pada 2:00 pagi, beberapa jam sebelum penerbangannya, Sister Palmer dan keluarganya, dengan air mata, disambut di pintu depan bait suci oleh presiden bait suci, dengan ucapan, “Selamat pagi, keluarga Palmer. Selamat datang ke bait suci!” Apabila dia selesai anugerahannya, mereka digalakkan untuk bergerak cepat kerana keluarga seterusnya sedang menunggu di pintu masuk bait suci. Mereka memandu terus ke lapangan terbang tepat masa untuk menaiki penerbangan ke misi.

Imej
Sister Palmer di lapangan terbang

Tatacara injil bait suci yang kita rindui menjadi lebih manis daripada yang digambarkan sebelum ini apabila bait suci di seluruh dunia di buka secara berperingkat.

Sebelum saya menutup, sila dengarkan kata-kata Nabi Joseph Smith yang menggalakkan, menguja, dan membangun. Tiada sesiapa dapat bayangkan bahawa dia menulis ketika dalam kesengsaraan dan keseorangan, didesak dan dibataskan di rumah di Nauvoo, bersembunyi daripada mereka yang ingin menangkapnya secara tidak sah:

“Sekarang, apakah yang kita dengar dalam Injil yang kita terima? Suatu suara kegembiraan! Suara belas kasihan dari syurga; dan suara kebenaran dari bumi; khabar gembira bagi yang mati; suara kegembiraan bagi yang hidup dan yang mati; khabar gembira tentang kebahagiaan besar. …

“… Adakah kita tidak akan meneruskan dalam perkara yang sedemikian besar? Maju dan janganlah mundur. Beranilah, … dan maju, majulah menuju kemenangan!” Biarlah hatimu bersukacita, dan menjadi amat gembira. Biarlah bumi bersorak-sorai dalam nyanyian.”14

Saudara dan saudari, saya percaya suatu hari nanti, anda akan melihat acara yang terbatal itu, kekecewaan dan kesunyian pada masa yang mencabar itu dipenuhi dengan berkat-berkat terbaik dan dengan iman dan kesaksian yang meningkat. Saya percaya bahawa di dalam dunia ini, dan dunia yang akan datang, kesengsaraan anda, Amoniha (kesukaran) anda, penjara Liberty anda, akan dibaktikan demi keuntungan anda15 Saya berdoa agar, seperti Nefi, kita boleh mengenali kesengsaraan dalam hidup kita serta mengenali bahawa kita sangat dirahmati oleh Tuhan.

Saya tutup dengan kesaksian tentang Yesus Kristus, yang mengenali kesengsaraan dan sebagai sebahagian daripada Korban Tebusan-Nya telah mengalami lebih teruk dari kesemuanya.16 Dia memahami kesedihan, kesakitan, dan keadaan terdesak kita. Dia adalah Juruselamat, Penebus, harapan, kelegaan dan Pembebas kita. Semua ini saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.