Persidangan Umum
Pastikan Ketabahan Kamu Menanggung Penderitaan dan Berbahagia!
Persidangan umum Oktober 2020


Pastikan Ketabahan Kamu Menanggung Penderitaan dan Berbahagia!

Apabila kita menjalankan kesabaran, iman kita meningkat. Semasa iman kita meningkat, begitu juga sukacita kita.

Dua tahun lalu, adik lelaki saya, Chad, telah melangkah ke sebelah tirai. Peralihannya ke sebelah tirai meninggalkan lubang di hati adik ipar saya Stephanie; dua anak kecil mereka, Braden dan Bella; serta keluarga yang lain. Kami menemui penghiburan dalam kata-kata Elder Neil L. Andersen dalam persidangan umum seminggu sebelum Chad meninggal: “Pada masa kritikal atas ujian bumi, maju ke hadapan dengan sabar, kuasa penyembuhan Juruselamat membawa cahaya, pemahaman, kedamaian, dan harapan” (“Yang Terluka,Liahona, Nov. 2018, 85).

Imej
Chad Jaggi dan keluarganya

Kami beriman kepada Yesus Kristus, kami tahu kami akan bersama Chad semula, tetapi kehilangan dia secara jasmani adalah menyakitkan! Banyak orang telah kehilangan orang terkasih. Amat sukar untuk bersabar dan menanti waktu untuk bersatu semula dengan mereka.

Tahun selepas kematiannya, kami diselubungi kesedihan. Kami mencari perlindungan dengan mengkaji tulisan suci, berdoa dengan lebih bersungguh-sungguh, dan menghadiri bait suci dengan lebih kerap. Ayat dari lagu rohani ini menarik kita pada masa itu: “Subuh sudah tiba, dunia terbangun, awan kegelapan malam melarikan diri” (“The Day Dawn Is Breaking,” Hymns, no. 52).

Keluarga kami berazam bahawa 2020 akan menjadi tahun yang segar! Kami mengkaji pengajaran Ikutlah Aku dalam Perjanjian Baru kitab Yakobus pada hujung November 2019 ketika suatu tema itu diungkapkan kepada kami. Yakobus, pasal 1, ayat 2 berbunyi, “Saudara-saudaraku! Anggaplah diri kamu berbahagia apabila mengalami bermacam-macam cubaan” (Terjemahan Joseph Smith, Yakobus 1:2 [dalam Yakobus 1:2, nota kaki a]). Dalam hasrat untuk tahun dan dekad yang baharu, dengan sukacita, kami memutuskan bahawa pada 2020 kami akan “berbahagia.” Kami terilham tentang itu pada Krismas lalu, kami menghadiahkan adik-beradik kami baju-T yang tertulis “Berbahagia.” Tahun 2020 akan menjadi tahun untuk bergembira dan bersukacita.

Maka kami di sini—2020 membawa wabak COVID-19, kerusuhan awam, lebih banyak bencana alam, dan cabaran ekonomi. Bapa Surgawi mungkin memberi kami masa untuk merenung dan mempertimbangkan pemahaman kami tentang kesabaran dan keputusan kami untuk memilih kegembiraan.

Kitab Yakobus telah memberi kami makna baharu. Yakobus, bab 1, ayat 3 dan 4 menulis:

“… kamu sudah membuktikan bahawa kamu tabah menanggung penderitaan.

“Pastikan ketabahan kamu menanggung penderitaan itu berterusan, sehingga kamu menjadi benar-benar sempurna dan tidak kekurangan.”

Dalam usaha untuk menemukan kegembiraan di tengah percubaan, kami lupa bahawa bersabar adalah kunci untuk membolehkan percubaan itu bekerja demi kebaikan kami.

Raja Benyamin telah mengajar kita untuk melepaskan manusia alamiah dan menjadi “orang suci melalui korban tebusan Kristus Tuhan, dan [menjadi] seperti seorang anak kecil, peserah, lembut hati, rendah hati, sabar, penuh kasih, rela untuk berserah pada segalanya” (Mosia 3:19).

Pasal 6 dalam Preach My Gospel mengajarkan sifat-sifat Kristus yang boleh kita contohi: “Kesabaran adalah kemampuan untuk menahan kelewatan, masalah, pertentangan, atau penderitaan tanpa menjadi marah, kecewa, atau cemas. Ia adalah kemampuan untuk melakukan kehendak Tuhan dan menerima waktu-Nya. Apabila anda bersabar, anda menahan tekanan dan dapat menghadapi kesukaran dengan tenang dan penuh harapan” (Preach My Gospel: A Guide to Missionary Service, rev. ed. [2019], 126).

Kesabaran sempurna juga digambarkan dalam kehidupan salah seorang pengikut awal Kristus, Simon orang Kanaan. Golongan Patriot adalah sekumpulan Yahudi yang menentang keras pemerintahan Roma. Gerakan Patriot menjalankan kekerasan terhadap orang Roma, terhadap sekongkol Yahudi mereka, dan orang Saduki dengan menyerang bagi mendapatkan peruntukan dan melakukan aktiviti lain untuk membantu perjuangan mereka (lihat Encyclopedia Britannica, “Zealot,” britannica.com). Simon orang Kanaan adalah golongan Patriot (lihat Lukas 6:15). Bayangkan Simon berusaha memujuk Juruselamat untuk mengangkat senjata, memimpin kumpulan militan, atau menimbulkan kekacauan di Yerusalem. Yesus mengajar:

“Berbahagialah orang yang rendah hati, mereka akan menerima apa yang telah dijanjikan. …

“Berbahagialah orang yang mengasihani orang lain, Tuhan juga akan mengasihani mereka. …

“Berbahagialah orang yang membawa kedamaian, Tuhan akan menyebut mereka anak-anak-Nya” (Matius 5:5, 7, 9).

Simon mungkin telah menganut dan membela falsafahnya dengan semangat dan keghairahan, tetapi tulisan suci menunjukkan melalui pengaruh dan teladan Juruselamat, tumpuannya berubah. Pemuridannya terhadap Kristus menjadi tumpuan utama dalam usaha hidupnya.

Semasa kita membuat dan mematuhi perjanjian, Juruselamat membantu kita “dilahirkan kembali; ya, dilahirkan oleh Tuhan, diubah daripada keadaan yang badaniah dan terjatuh, ke keadaan kesolehan, ditebus oleh Tuhan, menjadi putera dan puteri-Nya” (Mosia 27:25).

Dari semua usaha sosial, agama, dan politik yang bersemangat pada zaman kita, biar pengikut Yesus Kristus menjadi gabungan kita yang paling jelas dan tegas. “Kerana di mana hartamu berada, di sanalah juga hatimu akan berada” (Matius 6:21). Janganlah kita lupa bahawa bahkan setelah para pengikut yang setia telah “melakukan kehendak Tuhan,” mereka “perlu bersabar” (Ibrani 10:36).

Sama seperti percubaan iman membuktikan kesabaran dalam diri kita, ketika kita menjalankan kesabaran, iman kita meningkat. Semasa iman kita meningkat, begitu juga sukacita kita.

Pada bulan Mac yang lalu, anak perempuan kedua kami, Emma, seperti banyak penginjil di Gereja, terpaksa mengasingkan diri. Banyak penginjil kembali ke rumah. Banyak penginjil menantikan penugasan semula. Banyak tidak menerima berkat bait suci sebelum berlepas ke tempat misi. Terima kasih, elder dan sister. Kami menyayangi anda!

Emma dan rakannya di Belanda mengalami kesulitan dalam beberapa minggu pertama—sehingga mereka mengalir air mata. Dengan interaksi bersemuka yang singkat dan pendedahan luar yang terhad, kebergantungan Emma kepada Tuhan bertambah. Kami berdoa bersamanya dalam talian dan bertanya bagaimana kami dapat membantu. Dia meminta kami untuk berhubung dengan orang-orang yang dia ajar dalam talian!

Keluarga kami mula berhubung secara talian, satu per satu, dengan kawan-kawan Emma di Belanda. Kami menjemput mereka untuk menyertai pengkajian Ikutlah Aku keluarga kami. Floor, Laura, Renske, Freek, Benjamin, Stal, dan Muhammad semuanya telah menjadi kawan kami. Beberapa kawan kami dari Belanda telah masuki “pintu gerbang yang kecil” (3 Nefi 14:13). Yang lain telah diperlihatkan kepada “kecilnya lorong, dan sempitnya gerbang, yang melaluinya mereka patut masuk” (2 Nefi 31:9). Mereka adalah saudara dan saudari kita dalam Kristus. Setiap minggu kami “berbahagia” semasa kami bekerja bersama dalam kemajuan kita di jalan perjanjian.

Kami “pastikan ketabahan untuk menanggung penderitaan” (Yakobus 1:4) dalam ketidakupayaan untuk bertemu bersemuka sebagai ahli bahagian untuk seketika. Tetapi kami berbahagia kerana iman keluarga kami telah meningkat melalui perhubungan teknologi baharu dan pengkajian Ikutlah Aku tentang Kitab Mormon.

Presiden Russell M. Nelson menjanjikan, “Usaha konsisten anda dalam usaha ini—walaupun pada saat-saat ketika anda merasa bahawa anda tidak berhasil—akan mengubah hidup anda, keluarga anda, dan dunia ini” (“Maju ke Depan dengan Iman,” Liahona, Mei 2020, 114).

Tempat kita membuat perjanjian kudus dengan Tuhan—bait suci—ditutup untuk sementara. Tempat kita mematuhi perjanjian dengan Tuhan—rumah— adalah terbuka! Kita memiliki kesempatan di rumah untuk kaji dan merenungkan keindahan perjanjian-perjanjian bait suci. Walaupun tidak memasuki ruang kudus itu secara fizikal, “hati [kita] … akan bersukacita dengan besar disebabkan berkat-berkat yang dicurahkan” (Ajaran dan Perjanjian 110:9).

Banyak yang telah kehilangan kerja; yang lain kehilangan kesempatan. Kami gembira. Presiden Nelson, baru-baru ini menyatakan: “Sumbangan puasa secara sukarela dari ahli-ahli telah meningkat, serta sumbangan sukarela untuk dana kemanusiaan. … Bersama kita akan mengatasi masa sukar ini. Tuhan akan memberkati anda semasa anda terus memberkati orang lain” (halaman Facebook Russell M. Nelson, dimuat naik pada 16 Ogos 2020, facebook.com/russell.m.nelson).

“Tabahkan hati kamu” adalah perintah dari Tuhan, jangan takut (Matius 14:27).

Kadangkala kita tidak sabar ketika kita menganggap kita telah “melakukan semuanya dengan betul” dan masih tidak mendapat berkat yang diingini. Henokh berjalan dengan Tuhan selama 365 tahun sebelum dia dan orang-orangnya diubah rupa. Tiga ratus enam puluh lima tahun berusaha untuk melakukan semuanya dengan betul, dan kemudian ia berlaku! (Lihat Ajaran dan Perjanjian 107:49.)

Pemergian adik saya Chad berlaku hanya beberapa bulan setelah kami dilepaskan dari memimpin Misi Utah Ogden. Sungguh ajaib bahawa kami tinggal di California Selatan, daripada semua 417 misi yang mungkin kami akan ditugaskan pada tahun 2015, kami ditugaskan ke utara Utah. Rumah misi adalah sejauh 30 minit dari rumah Chad dengan memandu. Kanser Chad dikesan selepas kami menerima tugasan misi kami. Walaupun dalam keadaan yang paling mencabar, kami tahu bahawa Bapa Surgawi memperhatikan kami dan membantu kami menemukan kegembiraan.

Saya bersaksi tentang kuasa penebusan, penyucian, kerendahan hati, dan sukacita Yesus Kristus. Saya bersaksi bahawa ketika kita berdoa kepada Bapa Syurgawi kita dalam nama Yesus, Dia akan menjawab [doa] kita. Saya bersaksi semasa kita mendengar, dan mengendahkan suara Tuhan dan nabi hidup-Nya, Presiden Russell M. Nelson, kita boleh “pastikan ketabahan menanggung penderitaan itu berterusan” dan “berbahagia.” Dalam nama Yesus Kristus, amin.