Persidangan Umum
Kita Berbicara Berkenaan Kristus
Persidangan umum Oktober 2020


Kita Berbicara Berkenaan Kristus,

Semasa dunia kurang berbicara tentang Yesus Kristus, marilah kita berbicara lebih tentang-Nya.

Saya nyatakan kasih saya kepada anda, para rakan dan orang yang percaya yang kami dikasihi Saya telah mengagumi iman dan keberanian anda selama beberapa bulan ini, semasa wabak seluruh dunia ini telah ganggu kehidupan kita dan ambil ahli keluarga dan rakan-rakan kita yang berharga.

Dalam tempoh ketidakpastian ini, saya rasakan kesyukuran yang luar biasa untuk pengetahuan saya yang pasti dan yakin bahawa Yesus adalah Kristus. Pernahkah anda merasa seperti itu? Terdapat kesulitan yang bebankan setiap kita, tetapi di hadapan kita selalu ialah Dia yang dengan rendah hati nyatakan, “Akulah jalan untuk mengenal Tuhan dan untuk mendapat hidup.”1 Walaupun kita alami musim menjauhkan diri daripada orang lain secara fizikal, kita tidak perlu alami musim menjauhkan diri secara rohani daripada Dia yang memanggil kita, “Marilah kepada-Ku.”2

Seperti bintang petunjuk di langit cerah, Yesus Kristus menerangi jalan kita. Dia datang ke bumi di kandang yang biasa. Dia menjalani kehidupan yang sempurna. Dia sembuhkan orang sakit dan bangkitkan orang mati. Dia adalah kawan kepada orang yang dilupakan. Dia ajar kita untuk berbuat baik, patuh, dan saling mengasihi. Dia disalib di atas kayu salib, bangkit dengan agung tiga hari kemudian, membolehkan kita dan mereka yang kita kasihi untuk hidup di luar kefanaan. Dengan belas kasihan dan rahmat-Nya yang tiada bandingnya, Dia tanggung dosa dan penderitaan kita, membawa keampunan ketika kita bertaubat dan kedamaian semasa cubaan kehidupan. Kita mengasihi Dia. Kita menyembah Dia. Kita mengikuti Dia. Dia ialah sauh jiwa kita.

Menariknya, walaupun keyakinan rohani ini semakin meningkat dalam diri kita, terdapat ramai di bumi yang tahu sedikit tentang Yesus Kristus, dan, di beberapa bahagian dunia di mana nama-Nya telah diisytiharkan selama berabad, iman kepada Yesus Kristus semakin berkurang. Para orang Suci yang berani di Eropah telah melihat kepercayaan menurun di negara mereka selama beberapa dekad.3 Malangnya, di Amerika Syarikat, kepercayaan juga semakin merosot. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan yang dalam 10 terakhir, 30 juta orang di Amerika Syarikat telah menjauh dari mempercayai ketuhanan Yesus Kristus.4 Melihat seluruh dunia, satu kajian lain ramalkan yang dalam beberapa dekad yang akan datang, lebih dari dua kali ganda banyak orang akan tinggalkan agama Kristian dari mereka yang akan memeluknya.5

Kita, sudah tentunya, hormati hak masing-masing untuk memilih, namun Bapa Syurgawi kita berfirman, “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi: Dengarkanlah Dia!”6 Saya bersaksi yang hari akan tiba apabila setiap lutut akan bertekuk, dan setiap lidah mengaku yang Yesus adalah Kristus.7

Bagaimanakah kita akan bertindak balas terhadap dunia kita yang berubah? Walaupun ada yang abaikan kepercayaan mereka, terdapat yang lain mencari kebenaran. Kita telah mengambil ke atas diri kita nama Juruselamat. Apa lagi yang kita boleh lakukan?

Persediaan Presiden Russell M. Nelson

Sebahagian dari jawapan kita boleh datang ketika kita ingat bagaimana Tuhan ajar Presiden Russell M. Nelson pada bulan-bulan sebelum panggilannya sebagai Presiden Gereja. Bercakap setahun sebelum panggilannya, Presiden Nelson jemput kami untuk pelajari lebih mendalam mengenai 2,200 rujukan nama Yesus Kristus yang disenaraikan dalam Panduan Tulisan Suci.8

Imej
Presiden Nelson mengaji kitab suci

Tiga bulan kemudian, pada persidangan umum April, dia berucap tentang bagaimana, walaupun dengan penganutannya selama puluhan tahun, kajian Yesus Kristus yang mendalam ini sangat mempengaruhi dia. Sister Wendy Nelson menanya dia tentang kesan ini terhadapnya. Dia jawab, “Saya seorang yang berbeza!” Dia menjadi seorang yang berbeza? Pada usia 92 tahun, seorang yang berbeza? Presiden Nelson jelaskan:

“Ketika kita luangkan waktu untuk belajar tentang Juruselamat dan korban tebusan-Nya, kita tertarik kepada [Dia] …

“… Tumpuan kita [menjadi] berdasarkan pada Juruselamat dan Injil-Nya.”9

Juruselamat berkata, “Lihatlah kepada-Ku dalam setiap pemikiran.”10

Dalam dunia pekerjaan, kebimbangan, dan usaha yang layak, kita jaga hati, minda, dan pemikiran kita pada Dia yang merupakan harapan dan keselamatan kita.

Jika kajian yang diperbaharui tentang Juruselamat bantu mempersiapkan Presiden Nelson, tidakkah itu dapat bantu mempersiapkan kita juga?

Imej
Presiden Russell M. Nelson

Dalam menekankan nama Gereja, Presiden Nelson ajarkan, “Jika kita … memiliki akses kepada kuasa Korban Tebusan Yesus Kristus—untuk membersih dan menyembuh kita, untuk menguat dan mengembang kita dan akhirnya memuliakan kita—kita mesti mengenali Dia sebagai sumber kuasa itu.”11 Presiden Nelson ajarkan kita yang secara konsisten untuk guna nama Gereja yang betul, sesuatu yang mungkin kelihatan kecil, bukan kecil langsung dan akan pengaruhi masa depan dunia.

Janjian untuk Persediaan Anda

Saya berjanji kepada anda yang ketika anda menyediakan diri anda, seperti dilakukan oleh Presiden Nelson, anda juga akan jadi berbeza, lebih memikirkan Juruselamat, dan berbicara tentang-Nya lebih kerap dan dengan kurang keraguan Ketika anda mengenal dan mengasihi Dia dengan lebih mendalam, kata-kata anda akan mengalir dengan lebih selesa, seperti ketika anda berbicara tentang salah seorang anak anda atau rakan yang anda kasihi. Mereka yang mendengar anda akan rasa tidak mahu berdebat atau menghirau anda namun akan rasa sedang pelajari daripada anda.

Anda dan saya berbicara tentang Yesus Kristus, tetapi kita selalu dapat lakukannya lebih baik. Jika dunia akan berbicara kurang tentang-Nya, siapa yang akan lebih berbicara tentang-Nya? Kita! Bersama dengan penganut Kristian yang lain!

Bercakap tentang Kristus di Rumah Kita

Adakah terdapat gambar Juruselamat di rumah kita? Adakah kita sering bercakap dengan anak-anak kita tentang perumpamaan Yesus? “Kisah-kisah Yesus [adalah] seperti angin bertiup melintasi bara iman di hati anak-anak kita.”12 Apabila anak-anak anda menanya soalan kepada anda, fikir untuk mengajar apa yang Juruselamat ajarkan. Contohnya, jika anak anda bertanya, “Ayah, mengapa kita berdoa?” Anda boleh menjawab, “Itu soalan yang bagus. Adakah kamu ingat ketika Yesus berdoa? Mari kita bincangkan mengapa Dia berdoa dan bagaimana Dia berdoa.”

“Kita berbicara tentang Kristus, kita bersukacita dalam Kristus, …agar anak-anak kita dapat ketahui apa sumber yang mereka boleh cari untuk pengampunan dosa mereka.”13

Bercakap tentang Kristus di Gereja

Ayat suci yang sama ini menambahkan yang “kita berkhutbah berkenaan Kristus.”14 Dalam penyembahan kita, marilah kita selalu fokus kepada Juruselamat Yesus Kristus dan kurnia korban tebusan-Nya. Ini tidak bermaksud kita tidak dapat ceritakan pengalaman dari kehidupan kita sendiri atau berkongsi pemikiran daripada orang lain. Walaupun subjek kita mungkin tentang keluarga, pelayanan, bait suci atau misi baru-baru ini, semua hal dalam penyembahan kita harus menunjuk kepada Tuhan Yesus Kristus.

Tiga puluh tahun yang lalu, Presiden Dallin H. Oaks berbicara tentang sepucuk surat yang diterimanya “daripada seorang lelaki yang mengatakan dia telah menghadiri pertemuan [sakramen] dan mendengar tujuh belas kesaksian tanpa mendengar Juruselamat disebutkan.”15 Presiden Oaks kemudian nyatakan, “Mungkin gambaran itu dibesar-besarkan [tetapi] saya memetiknya kerana ia memberikan peringatan jelas bagi kita semua.”16 Dia kemudian jemput kita untuk berbicara lebih banyak tentang Yesus Kristus dalam ucapan dan pelajaran kita. Saya telah memerhatikan yang kita lebih banyak memberi tumpuan kepada Kristus dalam pertemuan Gereja kita. Marilah kita teruskan dengan usaha yang sangat positif ini.

Bercakap tentang Kristus dengan Orang Lain

Dengan orang di sekitar kita, marilah kita menjadi lebih terbuka, lebih bersedia untuk berbicara tentang Kristus. Presiden Nelson berkata, “Pengikut-pengikut sebenar Yesus Kristus sudi untuk menonjol, bersuara, dan menjadi berbeza daripada rakyat dunia.”17

Kadang-kala kita berfikir yang perbualan dengan seseorang perlu mendorong mereka datang ke gereja atau berjumpa dengan para penginjil. Biarkan Tuhan bimbing mereka ketika mereka rela, sementara kita lebih fikirkan tanggungjawab kita untuk berucap bagi-Nya, bertimbang rasa dan terbuka tentang kepercayaan kita. Elder Dieter F. Uchtdorf telah ajarkan kita yang ketika seseorang menanya kita tentang hujung minggu kita, kita harus bersedia untuk menjawab dengan gembira yang kita suka dengar kanak-kanak Sekolah Primer nyanyikan “Ku Mau Jadi S’perti Yesus.”18 Marilah kita bersaksi iman kita kepada Kristus. Jika seseorang berkongsi masalah yang dia alami dalam kehidupan peribadinya, kita boleh berkata, “John, Mary, kamu tahu yang saya percaya kepada Yesus Kristus. Saya terfikirkan sesuatu yang Dia katakan yang mungkin dapat bantu anda.”

Bersikap lebih terbuka di media sosial dalam bercakap tentang kepercayaan anda kepada Kristus. Sebilangan besar akan hormati iman anda, tetapi jika seseorang menolak ketika anda berbicara tentang Juruselamat, bertabahlah dengan janji-Nya: “Berbahagialah kamu apabila orang menghina … kerana kamu pengikut-Ku. … Pahala yang besar di syurga untuk kamu.”19 Kita lebih peduli tentang menjadi pengikut-Nya dari “disukai” oleh pengikut kita sendiri. Petrus menasihati: “Sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki.”20 Marilah kita berbicara berkenaan Kristus.

Kitab Mormon adalah satu kesaksian yang kuat tentang Yesus Kristus. Hampir setiap halaman bersaksi tentang Juruselamat dan misi ilahi-Nya.21 Pemahaman tentang Korban tebusan dan rahmat-Nya memenuhi halamannya. Sebagai teman kepada Perjanjian Baru, Kitab Mormon bantu kita fahami dengan lebih baik mengapa Juruselamat datang untuk selamatkan kita dan bagaimana kita dapat datang kepada-Nya dengan lebih mendalam.

Sebilangan rakan Kristian kita kadang-kala tidak yakin dengan kepercayaan dan motif kita. Marilah kita benar-benar bersukacita dengan mereka dalam kepercayaan kita kepada Yesus Kristus dan dalam tulisan suci Perjanjian Baru yang kita semua kasihi. Pada hari-hari akan datang, mereka yang percayai Yesus Kristus akan perlukan persahabatan dan sokongan antara satu sama lain.22

Imej
Cahaya Dunia

Semasa dunia kurang berbicara tentang Yesus Kristus, marilah kita berbicara lebih banyak tentang Dia. Apabila watak sebenar kita sebagai para pengikut-Nya didedahkan, banyak orang di sekitar kita akan bersedia untuk dengar. Apabila kita kongsi cahaya yang kita telah terima dari-Nya, cahaya-Nya dan kuasa penyelamatan-Nya yang unggul akan bersinar bagi mereka yang sedia buka hati mereka. Yesus berkata, “Aku … datang ke dunia ini [sebagai] cahaya.”23

Meningkat Keinginan Kita untuk Bercakap tentang Kristus

Tiada yang galakkan keinginan saya untuk berbicara tentang Kristus lebih daripada membayangkan kedatangan-Nya. Walaupun kita tidak tahu bila Dia akan datang, peristiwa Dia kembali lagi amat menakjubkan! Dia akan datang dalam awan syurga dengan penuh keagungan dan kemuliaan bersama semua malaikat kudus-Nya. Bukan hanya beberapa malaikat, tetapi semua malaikat kudus-Nya. Ini bukan malaikat pipi merah yang dilukis oleh Raphael, yang terdapat pada kad Valentine kita. Ini adalah malaikat dahulu, malaikat yang dihantar untuk menutup mulut singa,24 untuk buka pintu penjara,25 untuk umumkan kelahiran-Nya yang lama dinantikan,26 untuk hiburkan-Nya di Getsemani,27 untuk yakinkan para pengikut-Nya semasa Kenaikan-Nya,28 dan untuk buka Pemulihan injil yang indah.29

Imej
Kedatangan Kedua

Bolehkah anda bayangkan diri anda diangkat untuk bertemu dengan Dia, sama ada di sini atau di sebelah tirai?30 Itulah janji Dia kepada orang soleh. Pengalaman ini akan menandakan jiwa kita selamanya.

Betapa bersyukurnya kita untuk nabi kita yang dikasihi, Presiden Russell M. Nelson, yang telah angkat keinginan kita untuk kasihi Juruselamat dan isytiharkan ketuhanan-Nya. Saya adalah saksi mata kepada tangan Tuhan dan kurnia wahyu yang bimbingnya. Presiden Nelson, kami dengan tidak sabar menunggu nasihat anda.

Para rakan di seluruh dunia yang dikasihi, marilah kita bercakap tentang Kristus, mengharapkan janji indah Juruselamat: “Sesiapa mengaku dirinya pengikut-Ku di hadapan umum, Aku pun akan mengakui dia di hadirat Bapa-Ku di syurga.”31 Saya tahu Dia ialah Putera Tuhan. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Yohanes 14:6.

  2. Matius 11:28.

  3. Lihat Niztan Peri-Rotem, “Religion and Fertility in Western Europe: Trends across Cohorts in Britain, France and the Netherlands,” European Journal of Population, Mei 2016, 231–65, ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4875064.

  4. “[Enam puluh lima peratus] orang dewasa Amerika menggambarkan diri mereka sebagai orang Kristian ketika ditanya tentang agama mereka, turun 12 peratus mata selama satu dekad yang lalu. Sementara itu, bahagian populasi agama yang tidak berkaitan, yang terdiri daripada orang-orang yang menggambarkan identiti agama mereka sebagai ateis, agnostik atau ‘tidak ada apa-apa,’ kini mencapai 26%, meningkat dari 17% pada tahun 2009” (Pew Research Center, “In U.S., Decline of Christianity Continues at Rapid Pace,” Oct. 17, 2019, pewforum.org).

  5. Lihat Pew Research Center, “The Future of World Religions: Population Growth Projections, 2010–2050,” 2 April, 2015, pewforum.org.

  6. Markus 9:7; Lukas 9:35; lihat juga Matius 3:17; Joseph Smith—Sejarah 1:17.

  7. Lihat Lukas 2:9–11.

  8. Lihat Russell M. Nelson, “Prophets, Leadership, and Divine Law” (pertemuan rohani seluruh dunia bagi dewasa muda, 8 Jan. 2017), broadcasts.ChurchofJesusChrist.org.

  9. Russell M. Nelson, “Menarik Kuasa Yesus Kristus ke dalam Hidup Kita,” Liahona, Mei 2017, 40–41.

  10. Ajaran dan Perjanjian 6:36.

  11. Russell M. Nelson, “Nama Gereja yang Betulh,” Liahona, Nov. 2018, 88.

  12. Neil L. Andersen, “Tell Me the Stories of Jesus,” Liahona, Mei 2010, 108.

  13. 2 Nefi 25:26.

  14. 2 Nefi 25:26.

  15. Dallin H. Oaks, “Another Testament of Jesus Christ” (Brigham Young University fireside, June 6, 1993), 7, speeches.byu.edu.

  16. Dallin H. Oaks, “Witnesses of Christ,” Ensign, Nov. 1990, 30.

  17. Russell M. Nelson, “enarik Kuasa Yesus Kristus ke dalam Hidup Kita,” 40.

  18. Lihat Dieter F. Uchtdorf, “Kerja Penginjil: Kongsilah Apa Dalam Hati Anda,” Liahona, Mei 2019, 17; “Ku Mau Jadi S’perti Yesus,” Buku Nyanyian Anak-anak, 40.

  19. Matius 5:11–12.

  20. 1 Petrus 3:15.

  21. “Ketika [para jurutulis nubuat Kitab Mormon] menulis kesaksian mereka tentang Mesias yang dijanjikan, mereka menyebut beberapa bentuk namanya secara purata setiap 1.7 ayat. [Mereka] merujuk kepada Yesus Kristus dengan, secara harfiah, 101 nama yang berbeza. … Apabila kita sedar bahawa satu ayat biasanya terdiri daripada satu ayat, itu bermakna, bentuk nama Kristus boleh di baca pada setiap dua ayat.” ((Susan Easton Black, Finding Christ through the Book of Mormon [1987], 5, 15).

    “Perkataan menebus atau korban tebusan, dalam bentuk apa pun, hanya muncul sekali dalam terjemahan Perjanjian Baru King James, manakala terdapat 35 kali dalam Kitab Mormon. Sebagai satu kesaksian lagi tentang Yesus Kristus, ia menambah penerananga tentang Korban tebusan-Nya” (Russell M. Nelson, “The Atonement,” Ensign, Nov. 1996. 35)

  22. Mereka yang meninggalkan agama Kristian di Amerika Syarikat adalah lebih muda. “Lebih daripada lapan-dalam-sepuluh ahli Generasi Senyap (mereka yang lahir antara tahun 1928 dan 1945) menggambarkan diri mereka sebagai orang Kristian (84%), seperti juga tiga perempat Generasi Baru (76%). Sebaliknya, hanya separuh daripada milenia (49%) menggambarkan diri mereka sebagai orang Kristian; empat-dalam-sepuluh adalah ‘tiada’ agama, dan satu-dalam-sepuluh Millennia dikenal pasti agama bukan Kristian ”(“ Di A.S., Decline of Christianity Continues, ”pewforum.org).

  23. Yohanes 12:46.

  24. Lihat Daniel 6:22.

  25. Lihat Kisah Rasul-Rasul 5:19.

  26. Lihat Lukas 2:2–14.

  27. Lihat Lukas 22:42–43.

  28. Lihat Kisah Rasul-Rasul 1:9–11

  29. Lihat Ajaran dan Perjanjian 13; 27:12–13; 110:11–16; Joseph Smith—Sejarah 1:27–54.

  30. Lihat 1 Tesalonika 4:16–17; Ajaran dan Perjanjian 88:96–98.

  31. Matius 10:32.