Persidangan Umum
Minta, Cari, dan Ketuk
Persidangan umum Oktober 2020


Minta, Cari, dan Ketuk

Satu bahagian penting rancangan Bapa Syurgawi ialah peluang untuk berkomunikasi dengan Dia pada bila-bila masa kita mahu.

Empat bulan lalu, semasa mengaji tulisan suci, saya baca tentang misi Alma di Amoniha dan terdapat cadangan ini dalam Ikutlah Aku: “Apabila anda membaca berkat-berkat besar yang Tuhan telah berikan kepada orang-orang Nefi (terutamanya lihat Alma 9:19–23), renungkan berkat-berkat besar Dia telah berikan kepada anda.”1 Saya berputus untuk buat satu senarai berkat-berkat yang Tuhan berikan saya dalam buku manual digital saya. Dalam hanya beberapa minit, saya sudah senaraikan 16 berkat.

Berkat yang terbesar ialah belas kasihan dan korban tebusan Juruselamat bagi pihak saya. Saya juga catatkan berkat saya berpeluang untuk mewakili Juruselamat sebagai penginjil muda di Portugal dan kemudian, bersama teman abadi saya, Patricia, di Misi Selatan Brazil Porto Alegre, di mana kami melayani bersama 522 orang penginjil yang kuat dan baik. Mengenai Patricia, banyak berkat yang saya catat pada hari itu ialah berkat-berkat yang sudah kami alami bersama sepanjang 40 tahun perkahwinan kami—termasuk pemeteraian kami di Bait Suci São Paulo Brazil, tiga orang anak kami, pasangan mereka, dan 13 orang cucu kami.

Saya fikir tentang ibu bapa saya yang soleh, yang membesarkan saya dalam asas-asas injil. Saya diingati, terutamanya, pada satu masa apabila ibu saya berlutut bersama saya untuk berdoa di tepi katil saya apabila saya berumur 10 tahun. Dia mestinya rasa jika doa saya hendak mencapai Bapa saya di Syurga, doa itu perlu diperbaiki. Jadi dia kata, “Saya akan berdoa dahulu, dan selepas doa saya, kamu berdoa.” Dia teruskan pola ini untuk banyak malam, sehingga dia yakin yang saya sudah pelajari melalui asas dan latihan cara untuk berucap dengan Bapa Syurgawi. Saya akan bersyukur selamanya ke atas usahanya untuk ajar saya untuk berdoa, kerana saya pelajari yang Bapa Syurgawi dengar dan jawab doa saya.

Salah satu berkat yang saya catat pada senarai saya—kurnia untuk dengar dan belajar kehendak Tuhan. Satu bahagian penting rancangan Bapa Syurgawi ialah peluang untuk berkomunikasi dengan Dia pada bila-bila masa kita mahu.

Satu Jemputan daripada Tuhan

Ketika Yesus mengunjung Amerika selepas Kebangkitan-Nya, Dia ulangi satu jemputan yang Dia sudah berikan kepada para pengikut-Nya di Galilea. Dia berfirman:

“Mintalah, dan akan diberikan kepadamu; carilah, dan kamu akan menemui; ketuklah, dan akan dibukakan kepadamu.

“Kerana setiap orang yang meminta, menerima; dan dia yang mencari, menemui; dan kepada dia yang mengetuk, akan dibukakan.” (3 Nephi 14:7–8; juga lihat Matius7:7–8).

Nabi kita, Presiden Russell M. Nelson, juga berikan jemputan yang serupa pada hari kita. Dia kata: “Berdoa di dalam nama Yesus Kristus tentang kerisauan anda, ketakutan anda, kelemahan-kelemahan anda—ya, hasrat benar-benar anda. Dan kemudian dengar! Tuliskan fikiran yang datang ke minda anda. Catatkan perasaan anda dan diikuti dengan tindakan-tindakan yang anda terilham untuk lakukan. Semasa anda ulangi proses ini hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, anda akan “bertumbuh ke dalam asas wahyu.’”2

Presiden Russell M. Nelson ajarkan, “Di hari-hari yang mendatang, ia akan menjadi mustahil untuk bertahan secara rohani tanpa bimbingan, arahan, galakan, dan pengaruh yang tetap daripada Roh Kudus.”3

Mengapa wahyu begitu penting bagi kehidupan rohani kita? Kerana dunia ini boleh jadi keliru dan bising, penuh dengan penipuan dan gangguan. Komunikasi dengan Bapa kita di Syurga membolehkan kita asingkan hal yang benar dan yang salah, hal yang berkaitan dengan rancangan Tuhan bagi kita dan yang tidak berkaitan. Dunia ini juga boleh jadi kasar dan amat menyedihkan. Tetapi apabila kita buka hati kita dalam doa, kita akan rasa kelegaan yang datang daripada Bapa kita di Syurga dan kepastian yang Dia kasihi dan hargai kita.

Minta

Tuhan kata bahawa “ setiap orang yang meminta sesuatu daripada Tuhan akan menerimanya.” Meminta nampak mudah, tetapi ia sangat berkuasa kerana ia mengungkapkan hasrat dan iman kita. Tetapi, ia ambil masa dan kesabaran untuk pelajari memahami suara Tuhan. Kita beri perhatian kepada fikiran dan perasaan yang datang kepada minda dan hati kita, dan kita catatkannya, seperti nabi kita cadangkan. Mencatat tanggapan kita ialah satu bahagian penting untuk menerima. Ia membantu kita ingat, kaji semula, dan merasa semula apa yang Tuhan ajarkan kita.

Baru-baru ini seorang ahli keluarga kata kepada saya, “Saya percaya wahyu peribadi adalah benar. Saya percaya Roh Kudus akan tunjukkan saya semua hal yang harus saya lakukan.4 Ia adalah senang untuk percaya apabila saya rasa dada membara dengan keyakinan yang pasti.5 Tetapi bagaimana saya boleh pastikan Roh Kudus selalu berucap kepada saya pada tahap ini?”

Kepada ahli keluarga itu, dan anda semua, saya akan kata yang saya juga ingin sentiasa merasa tanggapan kuat sebegitu daripada Roh dan selalu dapat nampak dengan jelasnya jalan yang harus saya ikut. Tetapi saya tidak. Apa yang biasanya kita rasa ialah suara Tuhan yang tenang dan kecil membisik ke minda dan hati kita; “Saya di sini. Saya kasihi kamu. Teruslah, dan lakukan sedaya upaya kamu. Saya akan sokong kamu.” Kita tidak perlu selalu ketahui segala hal atau nampak segalanya.

Suara yang tenang dan kecil selalu menegas semula, menggalak, dan menyenangkan hati—dan banyak kali itulah yang kita perlukan. Roh Kudus adalah benar, dan tanggapan-Nya adalah benar—yang besar dan yang kecil.

Cari

Tuhan terus berjanji, “Setiap orang yang mencari sesuatu daripada Tuhan akan mendapatnya.” Mencari bererti usaha mental dan rohani—merenung, mencuba, dan mengkaji. Kita mencari kerana kita mempercayai janji-janji Tuhan. “Orang yang datang kepada Tuhan mesti percaya bahawa Tuhan wujud, dan bahawa Tuhan menganugerahi orang yang mencari-Nya.” (Ibrani 11:6). Apabila kita cari, kita akui dengan rendah hati yang kita masih ada banyak untuk belajar, dan Tuhan akan kembangkan pemahaman kita, sediakan kita untuk terima lebih. “Kerana lihatlah, demikianlah firman Tuhan Raja: Aku akan memberikan kepada anak-anak manusia baris demi baris, ajaran demi ajaran, di sini sedikit dan di sana sedikit; … dia yang menerima, Aku akan memberikan lebih banyak” (2 Nefi 28:30).

Ketuk

Akhirnya Tuhan kata, “Tuhan akan membuka pintu bagi setiap orang yang mengetuknya.” Mengetuk adalah untuk bertindak dengan beriman. Apabila kita ikuti Dia dengan aktif, Tuhan buka jalan di depan kita. Ada satu lagu rohani yang indah yang ajarkan kita untuk “bangkitlah, kerja lebih giat, daripada’kau melamun Berbuat baik menyenangkan, suka tak terkira, tugas kasih bawa berkat.”6 Elder Gerritt W. Gong dari Kuorum Dua Belas baru-baru ini jelaskan bahawa wahyu biasanya datang apabila kita lakukan hal yang baik. Dia kata: “Apabila kita melayani orang di sekeliling kita, saya rasa Tuhan berikan lebih banyak kasih-Nya untuk mereka dan kita . Saya rasa kita dengar suara-Nya—kita rasa Dia dalam cara yang berbeza—semasa kita berdoa untuk menolong orang di sekeliling kita kerana itulah salah satu doa yang Dia paling hendak jawab.”7

Teladan Alma

Cadangan mudah itu dalam Ikutlah Aku untuk merenungkan berkat-berkat saya membawakan satu roh manis dan pandangan rohani yang tidak dijangka. Semasa saya terus baca tentang Alma dan pelayanannya di Amoniha, saya dapati bahawa Alma berikan satu teladan tentang erti untuk minta, cari, dan ketuk. Kita baca bahawa “Alma banyak bekerja di dalam roh, bergelut dengan Tuhan dalam doa yang membara, agar Dia akan mencurahkan Roh-Nya ke atas orang yang berada di kota itu.” Tetapi doa itu tidak dijawab dalam cara yang dia harapkan, dan Alma dibuang dari kota itu. “Tertekan oleh dukacita,” Alma hampir putus asa, apabila seorang malaikat berikan pesanan ini: “Diberkatilah engkau, Alma; oleh itu, angkatlah kepalamu dan bersukacitalah, kerana engkau mempunyai alasan yang besar untuk bersukacita.” Malaikat itu beritahu dia untuk kembali ke Amoniha dan cuba sekali lagi, dan Alma “cepat kembali.”8

Apakah yang kita pelajari dari Alma tentang minta, cari, dan ketuk? Kita pelajari yang doa perlukan usaha rohani, dan ia tidak selalunya membawa hasil yang kita harapkan. Tetapi apabila kita rasa kecewa atau dukacita, Tuhan hiburkan kita dan berikan kita kekuatan dalam pelbagai cara. Dia mungkin tidak jawab semua soalan kita atau atasi semua masalah kita dengan serta merta; tetapi, Dia galakkan kita terus cuba. Jika kita selaraskan rancangan kita dengan rancangan-Nya dengan cepat, Dia akan buka jalan bagi kita, seperti Dia lakukan untuk Alma.

Saya bersaksi bahawa inilah zaman keagamaan kegenapan injil. Kita boleh nikmati berkat-berkat Korban Tebusan Yesus Kristus dalam hidup kita. Kita ada tulisan suci tersedia luas bagi kita. Kita dipimpin oleh nabi yang ajarkan kita tentang kehendak Tuhan untuk masa yang sukar ini. Selain itu, kita boleh terus terima wahyu peribadi supaya Tuhan boleh hiburkan dan bimbing kita secara peribadi. Seperti malaikat itu kata kepada Alma, kita ada “alasan yang besar untuk bersukacita.” (Alma 8:15). Dalam nama Yesus Kristus, amin.