2 Nefi 32
sebelumnya seterusnya

Bab 32

Para malaikat berbicara melalui kuasa Roh Kudus—Manusia mesti berdoa dan memperoleh pengetahuan bagi diri mereka daripada Roh Kudus. Kira-kira 559–545 tahun S.M.

1 Dan sekarang, lihatlah, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku sangka bahawa kamu merenungkan sedikit dalam hatimu berkenaan apa yang hendaknya kamu lakukan setelah kamu masuk ke dalam melalui jalan itu. Tetapi, lihatlah, mengapa kamu merenungkan hal-hal ini dalam hatimu?

2 Tidakkah kamu ingat bahawa aku berkata kepadamu bahawa setelah kamu amenerima Roh Kudus kamu dapat berbicara dengan bbahasa para malaikat? Dan sekarang, bagaimana kamu dapat berbicara dengan bahasa para malaikat kecuali melalui Roh Kudus?

3 aPara malaikat berbicara melalui kuasa Roh Kudus; oleh kerana itu, mereka mengucapkan firman Kristus. Oleh kerana itu, aku berkata kepadamu, bjamuilah diri dengan firman Kristus; kerana lihatlah, firman Kristus akan memberitahu kamu segalanya yang kamu harus lakukan.

4 Oleh kerana itu, sekarang setelah aku mengucapkan perkataan-perkataan ini, jika kamu tidak dapat memahaminya, ia adalah kerana kamu tidak abertanya, tidak juga kamu mengetuk; oleh kerana itu, kamu tidak dibawa ke dalam cahaya, tetapi mesti binasa dalam kegelapan.

5 Kerana lihatlah, sekali lagi aku berkata kepadamu bahawa jika kamu akan masuk ke dalam melalui jalan itu, dan menerima Roh Kudus, ia akan memperlihatkan kepadamu segalanya yang kamu harus lakukan.

6 Lihatlah, inilah ajaran Kristus, dan tidak akan ada lagi ajaran diberikan sampai setelah Dia akan amenyatakan diri-Nya kepadamu dalam daging. Dan ketika Dia akan menyatakan diri-Nya kepadamu dalam daging, apa yang akan Dia firmankan kepadamu akanlah kamu usahakan keras untuk lakukan.

7 Dan sekarang, aku, Nefi, tidak dapat berkata lebih banyak; Roh menghentikan tuturanku, dan aku ditinggalkan berduka nestapa kerana aketidakpercayaan, dan kejahatan, dan kejahilan, dan ketegaran leher manusia; kerana mereka tidak mahu mencari pengetahuan, tidak juga memahami pengetahuan yang besar, ketika diberikan kepada mereka dalam bkejelasan, bahkan dapat sejelasnya sepatah perkataan.

8 Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku menyedari bahawa kamu masih merenungkan dalam hatimu; dan hal ini memilukanku bahawa aku mesti berbicara berkenaan hal ini. Kerana jika kamu akan mendengarkan Roh yang mengajar orang untuk aberdoa, kamu akan mengetahui bahawa kamu mesti berdoa; kerana broh jahat tidak mengajar orang untuk berdoa, tetapi mengajarnya bahawa dia mesti tidak berdoa.

9 Tetapi lihatlah, aku berkata kepadamu bahawa kamu mesti aberdoa selalu, dan janganlah melemah; bahawa kamu tidak harus melakukan apa pun kepadaTuhan kecuali pertamanya kamu akan berdoa kepada Bapa dalam bnama Kristus, supaya Dia akan mempersucikan perbuatanmu bagimu, agar perbuatanmu adalah demi ckesejahteraan jiwamu.