Persidangan Umum
Dengan Penyatuan Perasaan, Kita Memperoleh Kuasa dengan Tuhan
Persidangan umum Oktober 2020


Dengan Penyatuan Perasaan, Kita Memperoleh Kuasa dengan Tuhan

Apabila kita mencari kesatuan perasaan, kita akan memanggil kuasa Tuhan untuk membuat usaha kita lebih lengkap.

Ibu Gordon berkata jika dia selesaikan kerja-kerja rumahnya, dia akan membuat pai untuknya. Jenis kegemarannya. Hanya untuknya. Gordon mula menyelesaikan kerja-kerja rumahnya, dan ibu mula membuat pai. Kakaknya Kathy masuk ke rumah dengan seorang kawan. Dia nampak pai itu dan bertanya jika dia dan kawannya boleh makan sepotong pai.

“Tidak,” Gordon berkata, “ini pai saya. Ibu buat untuk saya, dan saya telah bekerja untuk memperolehnya.”

Kathy marah dengan adik lelakinya. Dia mementingkan diri dan tidak murah hati. Bagaimana dia boleh simpan semuanya untuk diri sendiri?

Beberapa jam kemudian ketika Kathy membuka pintu kereta untuk membawa kawannya pulang, dia nampak di atas kerusi terdapat dua serbet yang dilipat dengan baik, dua garpu di atasnya, dan dua potong pai lebar di atas pinggan. Kathy memberitahu cerita ini di pengebumian Gordon untuk menunjuk bagaimana Gordon rela berubah dan menunjuk kebaikan kepada mereka yang tidak selalu layak mendapatkannya.

Pada 1842, para Orang Suci bekerja keras untuk membina Bait Suci Nauvoo. Selepas penubuhan Lembaga Pertolongan pada bulan Mac, Nabi Joseph Smith sering datang ke pertemuan mereka bagi menyediakan mereka untuk perjanjian kudus yang mereka akan buat di bait suci.

Pada 9 Jun, Nabi “berkata dia akan mengkhutbahkan belas kasihan[.] Jika Yesus Kristus dan para malaikat marah dengan kita untuk hal-hal kecil dan tidak penting, apakah yang akan terjadi kepada kita? Kita mesti berbelas kasihan dan mengabaikan hal-hal yang tidak penting. Presiden Smith bersambung, “Ia menyedihkan saya bahawa tidak ada penyatuan perasaan yang lebih besar—jika seorang ahli menderita semua yang lain merasakannya—dengan penyatuan perasaan, kita memperoleh kuasa dengan Tuhan.” 1

Ayat itu mempengaruhi saya secara mendalam. Dengan penyatuan perasaan, kita memperoleh kuasa dengan Tuhan. Dunia ini bukan seperti yang saya mahukan. Terdapat banyak perkara yang saya mahu mempengaruhi dan membuat lebih baik. Terdapat banyak penentangan terhadap apa yang saya harapkan dan kadang kala saya berasa tidak berdaya. Baru-baru ini, saya menanya diri beberapa soalan yang mendalam: Bagaimana saya boleh lebih memahami orang-orang di sekeliling saya? Bagaimana saya boleh mencipta “penyatuan perasaan” itu apabila kita semua begitu berbeza? Apakah kuasa daripada Tuhan saya boleh dapati jika saya lebih bersatu dengan orang lain? Daripada pencarian mendalam saya, saya mempunyai tiga cadangan. Mungkin mereka juga akan membantu anda.

Mempunyai Belas Kasihan

Yakub 2:17 membaca, “Anggaplah [saudara dan saudarimu] seperti dirimu sendiri, dan jadilah ramah-tamah dengan semua orang dan murah hati dengan harta kekayaanmu, agar mereka boleh menjadi kaya seperti kamu.” Mari menggantikan perkataan harta kekayaan dengan belas kasihan—jadilah murah hati dengan belas kasihanmu agar mereka boleh menjadi kaya seperti kamu.

Kita selalunya memikirkan harta dari segi makanan atau wang, tetapi apa yang kita semua perlukan lebih dalam pelayanan kita adalah belas kasihan.

Baru-baru ini presiden Lembaga Pertolongan saya berkata: “Hal yang saya … berjanji … kepada kamu adalah saya akan menjaga nama baik kamu. … Saya akan melihat kamu sebagai orang terbaik yang kamu boleh jadi. … Saya tidak akan mengatakan apa-apa yang tidak baik tentang kamu, yang tidak akan mengangkat kamu. Saya meminta kamu untuk lakukan yang sama untuk saya kerana saya takut mengecewakan kamu. …

Pada hari Jun 1842 itu, Joseph Smith memberitahu para saudari:

“Apabila seseorang menunjukkan kebaikan dan kasih terkecil kepada saya, O ia membebankan fikiran saya. …

“… Semakin kita menghampiri Bapa syurgawi kita, semakin kita rela untuk memandang jiwa-jiwa yang berjuang secara rohani dengan belas kasihan—[kita rasa bahawa kita mahu] mengangkat mereka di atas bahu kita, dan membuang dosa mereka di belakang kita. [Ucapan saya adalah untuk] semua Lembaga ini—jika anda mahu Tuhan berbelas kasihan kepada anda, berbelas kasihanlah kepada satu sama lain.” 2

Ini adalah nasihat khusus untuk Lembaga Pertolongan. Marilah tidak menghakimi satu sama lain atau mengatakan perkara yang menyakitkan. Marilah menjaga nama baik satu sama lain dan memberi kurnia belas kasihan. 3

Membuat Perahu Anda Swing

Pada 1936, satu pasukan mendayung yang tidak terkenal dari Universiti Washington melakukan perjalanan ke Jerman untuk menyertai Sukan Olimpik. Ia berlaku pada masa paling sukar Great Depression (Depresi Besar). Mereka adalah budak-budak kelas pekerja buruh yang menerima sedikit sumbangan dari kota lombong dan perkayuan yang kecil untuk pergi ke Berlin. Mereka tidak mempunyai peluang yang baik untuk menang, tetapi sesuatu berlaku dalam perlumbaan itu. Dalam dunia mendayung, mereka memanggilnya “swing (rentak).” Dengar penerangan ini yang berdasarkan pada buku The Boys in the Boat (Budak-Budak Lelaki Dalam Perahu):

Terdapat perkara yang kadang kala berlaku yang susah dicapai dan susah dihuraikan. Ia dipanggil “swing (rentak).” Ia hanya berlaku apabila semua orang mendayung dalam satu kesatuan yang sempurna sehingga tidak ada satu tindakan yang tidak selaras.

Pendayung-pendayung mesti mengawal kebebasan mereka dan pada masa yang sama mempertahankan kemampuan individu mereka. Perlumbaan tidak dimenangi oleh klon. Pasukan yang baik adalah campuran yang baik—seorang memimpin, seorang menyimpan tenaga untuk digunakan kemudian, seorang bekerja keras, seorang mengekalkan kedamaian. Tidak satu pendayung yang lebih berharga daripada yang lain, semuanya adalah aset untuk perahu, tetapi jika mereka akan mendayung bersama dengan lancar, setiap orang mesti menyesuaikan kepada keperluan dan kemampuan orang lain—orang yang lengan pendek mencapai sedikit lebih jauh, orang yang lengan panjang memendekkan jangkauan mereka.

Perbezaan boleh menjadi kelebihan dan bukannya keburukan. Hanya setelah itu ia akan terasa seolah-olah perahu itu bergerak sendiri. Hanya setelah itu kesakitan akan memberi jalan sepenuhnya kepada kegembiraan. “Swing (rentak)” baik berasa seperti puisi. 4

Menghadapi rintangan yang menjulang tinggi, pasukan ini menemui rentak sempurna dan menang. Emas Olimpik sangat menggembirakan, tetapi kesatuan yang dialami setiap pendayung pada hari itu adalah saat kudus yang kekal bersama mereka sepanjang hidup mereka.

Menyingkirkan yang Buruk Secepat yang Baik Boleh Tumbuh

Dalam kiasan indah di Yakub 5, Tuan ladang menanam sebatang pokok di atas tanah subur, tetapi ia menjadi rosak dan mulai menghasilkan buah liar. Tuan ladang mengatakan lapan kali: “memilukan bagiku bahawa aku akan kehilangan pokok ini.”

Orang suruhan itu berkata kepada Tuan ladang itu: “Biarkanlah [pokok] hidup sedikit lebih lama lagi. Dan Tuan berkata: Ya, aku akan membiarkannya hidup sedikit lebih lama lagi.” 5

Dan kemudian datangnya arahan yang boleh diaplikasikan kepada kita semua yang cuba menggali dan mencari buah baik di ladang kita sendiri: “Kamu akan menyingkirkan yang buruk menurut seperti tumbuhnya yang baik.” 6

Kesatuan tidak berlaku secara ajaib; ia memerlukan usaha. Ia tidak kemas, kadangkala tidak selesa, dan berlaku secara beransur-ansur apabila kita menyingkirkan yang buruk secepat yang baik boleh tumbuh.

Kita tidak berseorangan dalam usaha kita untuk mewujudkan kesatuan. Yakub 5 bersambung, “Orang suruhan itu pergi dan bekerja dengan kekuatan mereka; dan Tuan ladang itu bekerja juga bersama mereka.” 7

Setiap daripada kita akan mengalami pengalaman yang menyakitkan, hal-hal yang tidak harus berlaku. Dalam masa yang berlainan, setiap daripada kita juga akan membenarkan keangkuhan dan ketinggian hati untuk merosakkan buah yang kita hasilkan. Tetapi Yesus Kristus adalah Juruselamat kita dalam segala hal. Kuasa-Nya mencapai bahagian paling bawah dan berada bersama kita apabila kita memanggil-Nya. Kita semua merayu untuk belas kasihan untuk dosa dan kegagalan kita. Dia memberinya dengan murah hati. Dan Dia meminta kita jika kita boleh berikan belas kasihan dan pemahaman yang sama kepada satu sama lain.

Yesus mengatakan, “Jadilah satu; dan jika kamu tidak bersatu kamu bukanlah milik-ku.” 8 Tetapi jika kita bersatu—jika kita boleh berkongsi sepotong pai kita atau menggunakan bakat kita supaya perahu boleh berayun dalam kesatuan sempurna—kemudiannya kita jadi milik-Nya. Dan Dia akan menyingkirkan yang buruk secepat yang baik boleh tumbuh.

Janji-janji Kenabian

Kita mungkin belum menjadi apa yang kita mahu, dan kita tidak berada di mana yang kita akan pergi nanti. Saya percaya perubahan yang kita mahu untuk diri sendiri dan dalam kumpulan yang kita tergolong, akan datang lebih melalui usaha harian untuk memahami satu sama lain dan lebih kurang dari aktivisme. Mengapa? Kerana kita sedang membina Sion—umat yang “satu hati dan satu fikiran.” 9

Sebagai wanita perjanjian, kita mempunyai pengaruh yang luas. Pengaruh itu diaplikasikan dalam detik-detik setiap hari ketika kita belajar bersama seorang kawan, membantu anak-anak tidur, bercakap dengan orang di sebelah tempat duduk di bas, bersedia untuk persembahan dengan seorang rakan kerja. Kita mempunyai kuasa untuk mengeluarkan prasangka dan membina kesatuan.

Lembaga Pertolongan dan Remaja Puteri bukan hanya kelas-kelas. Mereka juga boleh menjadi pengalaman yang tidak dilupakan di mana wanita yang sangat berbeza semua masuk perahu yang sama dan berdayung sehingga kita menemui swing (rentak) kita. Saya menawarkan jemputan ini: jadi sebahagian kekuatan kolektif yang mengubah dunia untuk kebaikan. Tugas perjanjian kita adalah melayani, mengangkat tangan yang terkulai, membantu mereka yang berjuang secara rohani. Ia tidak rumit untuk ketahui apa yang harus dilakukan, tetapi ia seringkali bertentangan dengan kepentingan diri kita dan kita mestilah cuba. Para wanita Gereja ini mempunyai potensi yang tak terbatas untuk mengubah masyarakat. Saya mempunyai keyakinan rohani yang penuh bahawa, apabila kita mencari kesatuan perasaan, kita akan memanggil kuasa Tuhan untuk membuat usaha kita lebih lengkap.

Ketika Gereja memperingati wahyu imamat pada 1978, Presiden Russell M. Nelson memberi satu berkat kenabian yang berkuasa: “Ia adalah doa dan berkat saya yang saya tinggalkan kepada semua yang mendengar bahawa kita akan mengatasi beban prasangka apa pun dan berjalan dengan lurus bersama Tuhan—dan satu sama lain—dalam kedamaian dan keharmonian yang sempurna.” 10

Semoga kita menarik berkat kenabian ini dan menggunakan usaha individu dan kolektif untuk meningkatkan kesatuan di dunia. Saya meninggalkan kesaksian saya dalam kata-kata doa rendah hati Tuhan Yesus Kristus: “Supaya mereka semua menjadi satu, sebagaimana Engkau bersatu dengan-Ku, dan Aku dengan-Mu. Semoga mereka menjadi satu dengan Kita.” 11 Dalam nama Yesus Kristus, amin.