Persidangan Umum
Suatu Suara Kegembiraan!
Persidangan Umum April 2023


Suatu Suara Kegembiraan!

Pembinaan bait suci adalah salah satu keutamaan terbesar semua nabi sejak Nabi Joseph Smith.

“Sekarang, apakah yang telah kita dengar dalam Injil yang telah kita terima? Suatu suara kegembiraan! Suara belas kasihan dari syurga; dan suara kebenaran dari bumi; khabar gembira bagi yang mati; … khabar gembira tentang kebahagiaan besar.”1

Saudara dan saudari, hampir mustahil untuk dengar kata-kata Nabi Joseph Smith ini dan tidak tersenyum!

Ungkapan Joseph benar-benar gambarkan kegembiraan penuh dan agung dalam rancangan kegembiraan Bapa Syurgawi kita, kerana kita diyakinkan, “Manusia wujud agar mereka boleh berbahagia.”2

Kita bersorak gembira3 untuk kehidupan pra-fana apabila mendengar rancangan kegembiraan Tuhan, dan kita terus bersorak gembira di sini semasa kita hidup menurut rancangan-Nya. Tetapi apakah sebenarnya konteks untuk perisytiharan gembira Nabi ini? Apakah yang mendatangkan emosi yang mendalam dan tulus ini?

Nabi Joseph telah mengajar tentang pembaptisan bagi orang mati. Ini merupakan wahyu mulia yang diterima dengan hati yang bersyukur. Apabila ahli Gereja pelajari mereka boleh dibaptiskan untuk orang tersayang yang sudah mati, mereka bersukacita. Wilford Woodruff berkata, “Pada saat saya dengarnya, jiwa saya melompat dengan gembira!”4

Pembaptisan bagi orang mati bukanlah kebenaran tunggal yang Tuhan ungkapkan dan pulihkan. Terdapat banyak kurnia atau anugerah lain yang Tuhan telah anugerahkan kepada para putera dan puteri-Nya.

Kurnia ini termasuk wewenang imamat, perjanjian dan tatacara, perkahwinan yang akan bertahan selamanya, pemeteraian anak-anak kepada ibu bapa dalam keluarga Tuhan, dan berkat untuk pulang ke hadirat Tuhan Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus. Semua berkat ini diperoleh melalui Korban Tebusan Yesus Kristus.

Kerana Tuhan menganggap ini berkat-berkat tertinggi dan paling kudus,5 Dia mengarahkan bangunan-bangunan kudus didirikan agar Dia boleh menganugerahkan kurnia-kurnia berharga kepada anak-anak-Nya.6 Bangunan-bangunan ini adalah rumah-Nya di bumi. Bangunan-bangunan ini adalah bait suci di mana perjanjian dimeterai atau diikat di bumi dalam nama, melalui firman dan wewenang-Nya akan diikat di syurga.7

Sebagai ahli Gereja hari ini, ada orang akan mendapatinya mudah untuk meremehkan kebenaran abadi yang mulia ini. Ia menjadi naluri kita. Kadangkala berguna jika kita melihatnya melalui mata mereka yang pertama kali belajar tentang bait suci. Ini terbukti melalui pengalaman baru-baru ini.

Tahun lepas, sebelum pembaktian semula Bait Suci Tokyo Jepun, ramai tetamu yang bukan ahli mengunjungi bait suci itu. Salah satu kunjungan itu termasuk pemimpin dari agama lain. Kami mengajar tetamu tentang rancangan kegembiraan Bapa Syurgawi, peranan utama Yesus dalam rancangan itu, dan ajaran keluarga boleh disatukan secara abadi melalui tatacara pemeteraian.

Pada akhir kunjungan itu, saya menjemput kawan kami untuk berkongsi perasaannya. Merujuk kepada penyatuan keluarga—masa lalu, sekarang dan masa depan—lelaki baik ini ikhlas bertanya: “Benarkah ahli gereja anda memahami betapa hebat ajaran ini?” Dia menambah, “Ini mungkin salah satu ajaran yang boleh menyatukan dunia ini yang berbelah bagi.”

Pemerhatiannya amat menakjubkan. Lelaki ini bukan sahaja tersentuh oleh reka bentuk bait suci tetapi juga oleh ajaran keluarga bersatu dan dimeterai kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus selama-lamanya.8

Tidak hairan apabila seseorang yang bukan dari kepercayaan kita mengenali keagungan perihal di dalam bait suci. Bagi kita biasa atau rutin sahaja namun terlihat indah dan agung oleh mereka yang pertama kali mendengar atau merasakannya.

Walaupun bait suci sudah wujud zaman dahulu, dengan Pemulihan injil Yesus Kristus, pembinaan bait suci adalah salah satu keutamaan terbesar semua nabi sejak Nabi Joseph Smith. Dan tujuannya mudah.

Ketika Nabi Joseph mengajar tentang pembaptisan bagi orang mati, dia mengungkapkan satu lagi kebenaran agung. Dia mengajar: “Biarlah aku meyakinkan kamu bahawa ini adalah asas-asas yang berkaitan dengan yang mati dan yang hidup yang tidak boleh dianggap remeh, yang berkaitan dengan keselamatan kita. Kerana keselamatan mereka adalah perlu dan penting demi keselamatan kita, … bahawa mereka tanpa kita tidak dapat dijadikan sempurna—begitu juga kita tanpa orang-orang kita yang telah mati tidak dapat dijadikan sempurna.”9

Kita lihat kepentingan bait suci dan tatacara untuk yang hidup dan yang mati menjadi sangat jelas.

Musuh sangat peka. Kuasa-Nya diancam oleh tatacara dan perjanjian bait suci, dan dia lakukan segala yang dia boleh untuk hentikan pekerjaan itu. Mengapa? Kerana dia tahu tentang kuasa yang datang dari pekerjaan kudus ini. Di setiap bait suci baharu dibaktikan, kuasa penyelamatan Yesus Kristus meluas di dunia untuk menolak serangan musuh dan menebus kita semasa kita datang kepada Dia. Semakin banyak bait suci dan pemegang perjanjian, musuh semakin lemah.

Pada zaman awal Gereja, ada yang merasa bimbang apabila bait suci baru akan diumumkan, mereka berkata, “Kami tidak pernah mula membina bait suci tanpa ancaman neraka berhampiran.” Tetapi Brigham Young gagah membalas, “Saya mahu ancaman datang lagi.”10

Dalam kehidupan fana ini, kita tidak akan terlepas daripada peperangan, tetapi kita boleh memiliki kuasa ke atas musuh. Kuasa dan kekuatan itu datang daripada Yesus Kristus semasa kita membuat dan mentaati perjanjian bait suci.

Presiden Russell M. Nelson ajarkan: “Masanya akan datang apabila mereka yang tidak mematuhi Tuhan akan dipisahkan daripada mereka yang mematuhi Dia. Insurans selamat kita adalah terus menjadi layak untuk diterima ke rumah kudus-Nya.”11

Berikut adalah beberapa berkat tambahan yang Tuhan telah janjikan melalui nabi-Nya:

Adakah anda perlu mukjizat? Nabi berkata: “Saya janji anda bahawa Tuhan akan bawakan mukjizat yang Dia tahu anda perlukan apabila anda buat pengorbanan untuk melayan dan menyembah dalam bait suci-Nya.”12

Adakah anda perlu kuasa penyembuhan dan pengukuhan Juruselamat Yesus Kristus? Presiden Nelson meyakinkan kita bahawa “Semua yang diajar di bait suci … meningkatkan pemahaman kita tentang Yesus Kristus. … Semasa kita taati perjanjian, Dia menganugerahi kita dengan kuasa penyembuhan dan pengukuhan-Nya Dan betapa perlunya kita kuasa-Nya pada hari-hari yang akan datang.”13

Pada hari Ahad Palma pertama, sewaktu Yesus Kristus memasuki Yerusalem, ramai pengikut-Nya bersukacita dan memuji Tuhan dengan sorakan, “Diberkatilah Dia yang datang dengan kuasa Tuhan! Sejahtera di syurga dan kemuliaan bagi Tuhan!”14

Betapa sesuainya pada Ahad Palma tahun 1836, Bait Suci Kirtland dibaktikan. Para pengikut Yesus Kristus turut bergembira pada peristiwa itu. Dalam doa pembaktian, Nabi Joseph Smith mengisytiharkan kata-kata pujian ini:

“Ya Tuhan Raja Yang Perkasa, dengarlah kami … dan jawablah kami dari syurga, … di mana Engkau duduk bertakhta, dengan kemuliaan, kehormatan, kuasa, keagungan, [dan] daya. …

“… Tolonglah kami melalui kuasa Roh-Mu, agar kami boleh menyatukan suara kami dengan para serafim yang cemerlang, yang bersinar di sekeliling takhta-Mu, dengan sambutan pujian, menyanyikan Hosana kepada Tuhan dan Anak Domba!

“Dan biarlah mereka ini, … dan para orang suci-Mu bersorak dengan kuat kerana kebahagiaan.”15

Saudara dan saudari, pada Ahad Palma ini, marilah kita sebagai pengikut Yesus Kristus juga memuji Tuhan dan bersukacita dalam kebaikan-Nya. “Sekarang, apakah yang telah kita dengar dalam Injil yang telah kita terima? Sememangnya “suatu suara kegembiraan!”16

Saya bersaksi bahawa anda akan rasa lebih banyak kebahagiaan semasa memasuki bait suci Tuhan, dan saya bersaksi bahawa anda akan alami kebahagiaan yang Dia sediakan bagi anda dalam nama Yesus Kristus, amin Saya bersaksi bahawa anda akan alami kebahagiaan yang Dia telah sediakan bagi anda dalam nama Yesus Kristus, amin.