Persidangan Umum
“Tidak Ada Apa Pun yang Sedemikian Hebat dan Manisnya Seperti Kebahagiaanku”
Persidangan Umum April 2023


“Tidak Ada Apa Pun yang Sedemikian Hebat dan Manisnya Seperti Kebahagiaanku”

Pertaubatan harian dan datang kepada Yesus Kristus ialah cara untuk mengalami kebahagiaan—kebahagiaan melampaui imaginasi.

Sepanjang pelayanan fana-Nya, Juruselamat menunjukkan rasa kasihan yang besar kepada semua anak Tuhan—terutamanya bagi mereka yang menderita atau telah jatuh secara rohani. Apabila dikritik oleh orang Farisi kerana bergaul dan makan di kalangan orang berdosa, Yesus menjawab dengan mengajar tiga perumpamaan khas.1 Dalam setiap perumpamaan ini, Dia menekankan kepentingan mencari orang yang telah sesat, dan kebahagiaan yang dirasai apabila mereka kembali. Contohnya, dalam perumpamaan domba yang hilang Dia berfirman, “Di syurga ada kegembiraan yang lebih besar kerana seorang berdosa bertaubat.”2

Hasrat saya hari ini adalah untuk menguatkan kaitan di antara kebahagiaan dan pertaubatan—lebih khususnya, kebahagiaan yang datang apabila kita bertaubat dan perasaan kebahagiaan yang kita alami semasa membantu jemput orang lain untuk datang kepada Kristus dan menerima korban penebusan-Nya dalam hidup mereka.

Kita Wujud Agar Kita Boleh Berbahagia

Dalam tulisan suci, perkataan berbahagia biasanya bermakna lebih dari saat-saat kepuasan atau perasaan kegembiraan. Kebahagiaan dalam konteks ini adalah sifat ketuhanan, ditemui dalam kegenapannya apabila kita kembali untuk tinggal di hadirat Tuhan.3 Ia lebih mendalam, meninggikan, bertahan dan mengubah hidup dari segala kesenangan atau keselesaan yang ditawari oleh dunia.

Kita dicipta untuk berbahagia. Ia adalah takdir kita sebagai anak-anak Bapa Syurgawi yang penyayang. Dia ingin kongsi kebahagiaan-Nya dengan kita. Nabi Lehi mengajar bahawa rancangan Tuhan untuk setiap kita adalah agar kita “boleh berbahagia.”4 Kerana kita hidup dalam dunia yang terjatuh, kebahagiaan berkekalan kerap kali kelihatan di luar jangkauan kita. Tetapi, di ayat seterusnya, Lehi terus menjelaskan bahawa “Mesias datang … agar Dia dapat menebuskan [kita] daripada kejatuhan.”5 Penebusan, melalui Juruselamat Yesus Kristus, membolehkan kebahagiaan.

Pesanan injil adalah pesanan harapan, “berita baik tentang kebahagiaan yang besar,”6 dan cara semua boleh mengalami kedamaian dan saat kebahagiaan dalam hidup ini dan menerima kegenapan kebahagiaan dalam kehidupan yang akan datang.7

Kebahagiaan yang kita ucapkan adalah kurnia untuk orang yang beriman, namun ia datang dengan harga. Kebahagiaan tidak murah atau diberikan secara bersahaja. Sebaliknya, ia dibeli “[dengan] korban yang sangat berharga, iaitu Kristus sendiri.”8 Jika kita betul-betul fahami nilai kebahagiaan ketuhanan yang benar, kita tidak akan teragak-agak untuk korbankan apa-apa kepunyaan duniawi atau buat perubahan kehidupan yang diperlukan untuk menerimanya.

Seorang raja yang berkuasa tetapi rendah hati dalam Kitab Mormon memahami ini. “Apa yang hendaknya aku lakukan,” dia bertanya, “agar aku boleh dilahirkan dari Tuhan, dengan roh jahat ini dibasmi dari dada aku, dan menerima Roh-Nya, agar aku boleh dipenuhi dengan kebahagiaan … ? Lihatlah, katanya, aku akan meninggalkan segala yang aku miliki, ya, aku akan meninggalkan kerajaan aku, agar aku boleh menerima sukacita yang besar ini.”9

Sebagai jawapan kepada soalan raja, misionari Harun berkata, “Jika kamu menghasratkan hal ini, … menundukkan diri di hadapan Tuhan … [dan] bertaubat akan segala dosa kamu.”10 Pertaubatan ialah jalan menuju kebahagiaan11 kerana ia adalah jalan yang menuju ke Juruselamat Yesus Kristus.12

Kebahagiaan Datang melalui Pertaubatan Ikhlas

Bagi sesetengah orang, untuk memikirkan pertaubatan sebagai jalan menuju kebahagiaan mungkin kelihatan bertentangan. Pertaubatan, kadangkala, boleh menyakitkan dan susah. Ia memerlukan pengakuan bahawa adanya beberapa fikiran dan tindakan kita—bahkan kepercayaan kita—adalah salah. Pertaubatan juga memerlukan perubahan, yang adakala, tidak selesa. Tetapi kebahagiaan dan keselesaan tidak sama. Dosa—termasuk dosa kelekaan—membataskan kebahagiaan kita.

Seperti yang dikatakan oleh penulis mazmur, “Air mata mungkin mengalir pada waktu malam, tetapi fajar membawa kegembiraan.”13 Apabila bertaubat akan dosa-dosa kita, kita mesti fokus pada kebahagiaan besar yang diikutinya. Malam mungkin kelihatan panjang, tetapi pagi datang, dan ya betapa indahnya kedamaian dan kebahagiaan gemilang yang kita rasa ketika Korban Tebusan Juruselamat membebaskan kita dari dosa dan penderitaan.

Tidak Ada Apa Pun yang Sedemikian Hebat dan Manisnya

Pertimbangkan pengalaman Alma dalam Kitab Mormon. Dia “terseksa oleh seksaan abadi” dan jiwanya “amat tertekan” kerana dosa-dosanya. Tetapi apabila dia berpaling kepada Juruselamat untuk belas kasihan, dia “tidak dapat mengingat rasa sakit[nya] lagi.”14

“Dan ya, betapa bahagiaku,” dia mengisytiharkan, “dan betapa menakjubkannya cahaya yang aku lihat; ya … tidak ada apa pun yang sedemikian hebat dan manisnya seperti kebahagiaanku.”15

Inilah jenis kebahagiaan yang sedia ada bagi mereka yang datang kepada Yesus Kristus melalui pertaubatan.16 Seperti diajar oleh Presiden Russell M. Nelson:

Pertaubatan membuka akses kepada kuasa Korban Tebusan Yesus Kristus. …

“Apabila kita memilih untuk bertaubat, kita memilih untuk berubah! Kita membenarkan Juruselamat untuk mengubah kita menjadi versi diri yang terbaik. Kita memilih untuk berkembang secara rohani dan menerima kebahagiaan—kebahagiaan penebusan dalam Dia. Apabila kita memilih untuk bertaubat, kita memilih untuk menjadi lebih seperti Yesus Kristus!”17

Pertaubatan membawa kebahagiaan kerana ia menyediakan hati kita untuk menerima pengaruh Roh Kudus. Dipenuhi dengan Roh Kudus bermakna dipenuhi dengan kebahagiaan. Dan dipenuhi dengan kebahagiaan bermaksud dipenuhi dengan Roh Kudus.18 Kebahagiaan meningkat apabila kita berusaha setiap hari untuk membawa Roh ke dalam hidup kita. Seperti diajarkan oleh nabi Mormon: “Walaupun demikian mereka sering berpuasa dan berdoa, dan menjadi semakin kuat dalam kerendahan hati mereka, dan semakin teguh dan teguh dalam iman [mereka dalam] Kristus, sehingga memenuhkan jiwa mereka dengan kebahagiaan dan kesenangan hati.”19 Tuhan janjikan semua yang berusaha mengikuti-Nya, “Aku akan memberi kepadamu Roh-Ku, yang akan menerangi fikiranmu, yang akan mengisi jiwamu dengan kebahagiaan.”20

Kebahagiaan Membantu Orang Lain Bertaubat

Selepas kita merasakan kebahagiaan yang datang dari pertaubatan ikhlas, kita ingin berkongsi kebahagiaan itu dengan orang lain. Dengan berbuat demikian, kebahagiaan kita berganda. Itulah yang berlaku kepada Alma.

“Inilah kemegahanku,” katanya, “agar barangkali aku boleh menjadi alat dalam tangan Tuhan untuk membawa satu jiwa pada pertaubatan, dan inilah kebahagiaanku.

“Dan lihatlah, ketika aku nampak banyak daripada saudara-saudaraku benar-benar menyesal, dan datang kepada Tuhan Raja mereka, pada waktu itu jiwaku dipenuhi dengan sukacita; pada waktu itu aku ingat apa yang telah Tuhan lakukan bagiku, ya, bahkan bahawa Dia telah mendengar doaku; ya, pada waktu itu aku ingat lengan penuh belas kasihan-Nya yang Dia hulurkan kepadaku.”21

Membantu orang lain bertaubat adalah ungkapan kesyukuran kita kepada Juruselamat, dan sumber kebahagiaan yang besar. Tuhan telah berjanji:

“Dan jika demikian halnya bahawa kamu … membawa, meskipun hanya satu jiwa kepada-Ku, maka betapa besarnya kebahagiaanmu bersamanya di dalam kerajaan Bapa-Ku!”

“Dan sekarang, jika kebahagiaanmu besar dengan satu jiwa yang telah kamu bawa kepada-Ku … , maka betapa besar kebahagiaanmu jika kamu akan membawa banyak jiwa kepada-Ku!”22

Betapa Besar Kebahagiaan-Nya di dalam Jiwa yang Bertaubat

Saya mendapati ia berguna untuk cuba membayangkan kebahagiaan Juruselamat mesti rasa setiap kali kita terima berkat korban tebusan-Nya dalam hidup kita.23 Seperti dipetik oleh Presiden Nelson,24 dalam Surat Rasul Paulus kepada orang Ibrani memberi pemahaman ini: “Marilah kita buang segala … dosa yang berpaut pada kita, … hendaklah pandangan kita tertumpu kepada Yesus; yang untuk kebahagiaan yang menantikan-Nya dia bertahan di salib … dan duduk di sebelah kanan takhta Tuhan.”25 Kita sering bicara tentang kesakitan dan penderitaan di Getsemani dan Kalvari, tetapi jarang tentang kebahagiaan besar yang Juruselamat menantikan semasa Dia mengorbankan nyawa-Nya bagi kita. Jelasnya, kesakitan dan penderitaan-Nya adalah untuk kita, agar kita boleh mengalami kebahagiaan kembali bersama-Nya ke hadirat Tuhan.

Setelah mengajar orang di Amerika purba, Juruselamat mengungkap kasih-Nya bagi semua orang dengan berkata:

“Sekarang, lihatlah, kebahagiaan-Ku besar, bahkan sehingga penuh, disebabkan kamu … ; ya, dan bahkan Bapa bergembira, dan juga semua malaikat kudus. …

… Di dalam [anda] Aku merasakan kegenapan kebahagiaan.”26

Datanglah kepada Kristus dan Menerima Kebahagiaan-Nya

Saudara dan saudari, saya mengakhiri dengan berkongsi kesaksian peribadi, yang saya tahu sebuah kurnia kudus. Saya bersaksi Yesus Kristus ialah Juruselamat dan Penebus dunia. Saya tahu Dia mengasihi kita semua. Fokus utama-Nya, “pekerjaan dan kemuliaan-[Nya],”27 adalah untuk membantu kita menerima kegenapan kebahagiaan dalam Dia. Saya seorang saksi peribadi bahawa pertaubatan harian dan datang kepada Yesus Kristus ialah cara untuk mengalami kebahagiaan—kebahagiaan melampaui imaginasi.28 Itulah sebabnya kita berada di bumi. Itulah sebabnya Tuhan menyediakan rancangan kegembiraan-Nya yang besar untuk kita. Yesus Kristus ialah “jalan untuk mengenal Tuhan dan untuk mendapat hidup”29 dan satu-satunya “nama yang diberikan di kolong langit yang melaluinya manusia dapat diselamatkan di dalam kerajaan Tuhan.”30 Saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.