Persidangan Umum
Bila Untuk Menerima Berkat Bapa Bangsa Anda
Persidangan Umum April 2023


Bila Untuk Menerima Berkat Bapa Bangsa Anda

Ketika anda menerima berkat tersebut, anda akan menyedari dan merasai bagaimana Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus mengasihi anda dan cara Mereka fokus kepada anda secara individu.

Kelmarin kawan baik saya Elder Randall K. Bennett berucap tentang berkat bapa bangsa. Pesanannya hebat dan mengilhami semua. Kalian yang dikasihi, bolehkah saya berucap tentang berkat bapa bangsa juga? Bapa bangsa, semakin banyak permintaan berkat bapa bangsa, saya doa agar Tuhan akan berkati anda dalam menjalani panggilan anda.

Semasa saya pergi ke persidangan pancang, saya selalu mengunjungi bapa bangsa pancang dan isterinya. Bapa bangsa ialah pemimpin yang lembut, patuh dan luar biasa yang dipanggil oleh Tuhan. Mereka ceritakan saya banyak pengalaman rohani yang menakjubkan. Saya menanya mereka umur orang yang paling muda dan yang tertua yang mereka berikan berkat. Setakat ini, yang paling muda berumur 11 tahun dan yang tertua berumur 93 tahun.

Saya menerima berkat bapa bangsa sebagai ahli baru Gereja, pada umur 19 tahun, dua tahun selepas dibaptiskan. Bapa bangsa saya sangat tua. Dia menyertai Gereja pada tahun 1916 dan juga seorang perintis Gereja di Jepun. Ia merupakan kehormatan besar untuk menerima berkat bapa bangsa daripada pengikut Tuhan yang hebat itu. Bahasa Jepunnya agak susah untuk saya faham, tetapi ia sangat berkuasa.

Bapa bangsa yang saya jumpa beritahu saya banyak individu menerima berkat bapa bangsa mereka sebelum melayani misi. Remaja putera, remaja puteri, ibu bapa, dan uskup, berkat bapa bangsa bukan sahaja untuk persediaan melayani misi. Ahli-ahli yang dibaptis dan layak boleh menerima berkat bapa bangsa apabila masa sesuai bagi mereka.1

Para ahli dewasa yang dikasihi, sebahagian daripada anda belum menerima berkat bapa bangsa. Ingatlah, tidak ada umur maksimum.

Ibu mertua saya seorang ahli Gereja yang sangat aktif, melayani sebagai pengajar Lembaga Pertolongan sehingga meninggal dunia pada usia 91 tahun. Saya sedih untuk tahu bahawa dia tidak menerima berkat bapa bangsa. Dia telah alami banyak kesusahan dalam hidupnya, dan kerana dia tiada pemegang imamat di rumah, dia tidak menerima banyak berkat imamat. Berkat bapa bangsa mungkin dapat memberi ketenangan ketika dia amat memerlukannya.

Orang dewasa, jika belum menerima berkat bapa bangsa, jangan risau! Garis masa rohani setiap orang adalah berbeza. Jika anda berumur 35 atau 85 tahun dan mahunya, cakaplah dengan uskup anda tentang menerima berkat anda.

Para ahli baru Gereja, pernahkah anda dengar tentang berkat bapa bangsa? Saya tidak tahu tentang peluang menerima berkat ini semasa menyertai Gereja, tetapi uskup saya yang disayangi beritahu saya tentang berkat bapa bangsa dan galakkan saya untuk bersedia menerima berkat itu selepas dibaptis. Para ahli baru yang dikasihi, anda juga boleh menerima berkat bapa bangsa. Tuhan akan bantu anda bersedia untuk peluang kudus ini.

Marilah kita pertimbangkan dua tujuan berkat bapa bangsa:

  1. Berkat bapa bangsa mengandungi nasihat peribadi daripada Tuhan kepada anda.2

  2. Berkat bapa bangsa menyatakan keturunan anda dalam bani Israel.

Berkat bapa bangsa anda merupakan pesanan daripada Bapa Syurgawi anda dan akan termasuk janji dan nasihat berilham untuk membimbing sepanjang hidup anda. Berkat bapa bangsa tidak akan memetakan hidup atau menjawab semua soalan anda. Jika ia tidak menyebut tentang peristiwa kehidupan yang penting, jangan fikir maksudnya anda tidak akan ada peluang itu. Begitu juga, tiada jaminan bahawa segala hal-hal dalam berkat anda akan berlaku dalam hidup ini. Berkat bapa bangsa adalah abadi, dan jika anda hidup layak, janjian yang tidak dipenuhi dalam hidup ini akan ditepati di hidup kelak.3

Semasa anda menerima penyataan keturunan, anda akan mengetahui bahawa anda dari bani Israel dan keturunan Abraham.4 Untuk memahami kepentingan ini, tumpukan perhatian pada janji-janji yang Tuhan buat kepada bani Israel melalui Abraham.

Janji-janji tersebut termasuk:

  • “Keturunan-Nya akan banyak (lihat Kejadian 17:5–6; Abraham 2:9; 3:14).

  • “Keturunannya akan menerima Injil dan memegang imamat (lihat Abraham 2:9).

  • “Melalui pelayanan keturunannya, ‘semua keluarga di bumi akan diberkati, bahkan dengan berkat-berkat Injil, yang merupakan berkat-berkat keselamatan, bahkan kehidupan yang abadi’ (Abraham 2:11).”5

Sebagai ahli Gereja, kita ialah anak-anak perjanjian.6 Kita menerima berkat-berkat perjanjian Abraham apabila kita mematuhi hukum dan tatacara injil.

Persediaan untuk berkat bapa bangsa akan membantu anda meningkatkan iman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Dan apabila anda menerima berkat bapa bangsa, membaca dan merenungkannya, anda boleh fokus kepada Mereka dengan lebih kerap.

Presiden Thomas S. Monson jelaskan, “Tuhan yang sama ini menyediakan Liahona untuk Lehi menyediakan sebuah kurnia yang luar biasa dan berharga bagi anda dan saya hari ini untuk memberi arahan kepada hidup kita, untuk menandakan bahaya kepada keselamatan kita, dan untuk menetapkan jalan, bahkan jalan yang selamat—bukan ke negeri yang dijanjikan, tetapi ke rumah syurgawi kita.”7

Para uskup, ibu bapa, presiden kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan, pemimpin misi bahagian, pelayan saudara dan saudari, tolong galakkan remaja putera dan remaja puteri, ahli dewasa, dan ahli baru yang belum menerima berkat bapa bangsa mereka untuk cari arahan Tuhan dan bantu sediakan diri mereka untuk berbuat demikian.

Saya sering membaca berkat bapa bangsa saya dengan penuh doa; ia sentiasa memberi saya galakan. Saya tahu apa yang Tuhan harapkan daripada saya, dan ia telah membantu saya untuk bertaubat dan menjadi rendah hati. Apabila saya membaca dan merenungkannya, saya berhasrat untuk hidup layak menerima berkat-berkat yang dijanjikan.

Seperti kitab suci yang dibaca banyak kali ada makna baharu kepada kita kemudian, berkat bapa bangsa kita akan ada makna yang berbeza bagi kita pada masa yang berlainan. Kini berkat saya ada makna yang berbeza daripada masa saya berumur 30 tahun dan ketika saya berumur 50 tahun. Perkataan di dalam tidak berubah, tetapi kita melihatnya dengan cara yang berbeza.

Presiden Dallin H. Oaks menyatakan bahawa berkat bapa bangsa “diberikan di bawah ilham Roh Kudus dan patut dibaca dan ditafsirkan di bawah pengaruh Roh yang sama itu. Makna dan kepentingan berkat bapa bangsa akan diajar baris demi baris dalam perjalanan masa melalui kuasa Roh yang sama yang mengilhami [nya].”8

Saudara dan saudari, saya bersaksi Bapa Syurgawi dan Putera Tunggal-Nya, Tuhan Yesus Kristus, hidup. Mereka mengasihi kita. Berkat bapa bangsa adalah kurnia kudus daripada Mereka. Ketika anda menerima berkat tersebut, anda akan menyedari dan merasai cara Mereka mengasihi anda dan cara Mereka fokus kepada anda secara individu.

Kitab Mormon adalah satu lagi kesaksian tentang Yesus Kristus. Dan saya bersyukur dipimpin oleh seorang nabi hidup, Presiden Russell M. Nelson.

Saya sangat bersyukur untuk Juruselamat kita, Yesus Kristus. Ahad Easter ini saya akan fokus kepada Dia dan Kebangkitan-Nya, dan menyembah Dia dan bersyukur atas pengorbanan-Nya. Saya tahu Dia menderita dengan begitu mendalam kerana Dia mengasihi kita dengan begitu mendalam. Saya tahu Dia telah dibangkit kerana kasih-Nya bagi kita. Dia wujud. Saya bersaksi ini dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat General Handbook: Serving in The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, 18.17, ChurchofJesusChrist.org.

  2. Lihat “Patriarchal Blessings,” dalam True to the Faith (2004), 112.

  3. Lihat “Patriarchal Blessings,” dalam True to the Faith, 113.

  4. Lihat Abraham 2:10.

  5. Abrahamic Covenant,” dalam True to the Faith, 5.

  6. Lihat 3 Nefi 20:25–26.

  7. Thomas S. Monson, “Your Patriarchal Blessing: A Liahona of Light,” Ensign, Nov. 1986, 65.

  8. Dallin H. Oaks, “Patriarchal Blessings,” Worldwide Leadership Training Meeting: The Patriarch, 8 Jan. 2005, 10.