Persidangan Umum
Pelayanan
Persidangan Umum April 2023


Pelayanan

Marilah kita menjangkau dan menjaga seperti Juruselamat , terutamanya kepada orang yang kita kasihi dan ditugas untuk melayan.

Saudara dan saudari dan kawan-kawan yang dikasihi, selamat datang ke persidangan umum!

Selepas persidangan umum Oktober lepas, Sister Gong dan saya jalan di Pusat Persidangan untuk menyapa dan dengar pengalaman injil anda semua.

Ahli-ahli dari Mexico berkata, “Hoy es el tiempo de Mexico” [Sekarang ialah masa untuk México].

Imej
Gilly dan Mary bersama Elder dan Sister Gong

Kami pelajari Gilly dan Mary ialah sahabat dari England. Semasa Mary sertai Gereja, dia kehilangan tempat tinggalnya. Dengan murah hati, Gilly jemput Mary untuk tinggal bersamanya. Penuh dengan iman, Gilly berkata, “Saya tidak pernah ragu Tuhan bersama saya.” Di persidangan, Gilly juga gembira bertemu semula dengan saudari misionari yang mengajarnya 47 tahun lalu.

Imej
Jeff dan Melissa bersama Elder dan Sister Gong

Jeff dan isterinya, Melissa, menghadiri persidangan umum buat kali pertama. Jeff bermain besbol profesional (dia seorang penangkap) dan kini seorang doktor pakar bius. Dia beritahu saya, “Saya dapati diri sedang maju ke arah pembaptisan kerana ia rasa seperti cara hidup yang paling tulen dan jujur.”

Sebelumnya, Melissa telah meminta maaf kepada pelayan saudara Jeff, “Jeff tidak mahu ‘baju putih’ di dalam rumah kami.” Pelayan saudara itu berkata, “Saya akan cari jalan.” Sekarang dia dan Jeff menjadi kawan baik. Di pembaptisan Jeff, saya bertemu dengan jemaah Orang Suci Zaman Akhir yang Jeff, Melissa, dan anak mereka, Charlotte, sayangi.

Sebagai pengikut Yesus Kristus, kita berusaha untuk melayani orang lain seperti yang Dia akan lakukan kerana kehidupan semua sedang menunggu untuk diubah.

Semasa Peggy beritahu saya bahawa suaminya, John, selepas 31 tahun berkahwin, akan dibaptiskan, saya tanya apa yang telah berubah.

Peggy berkata, “John dan saya sedang mengkaji Ikutlah Aku Perjanjian Baru dan John bertanya tentang ajaran Gereja.”

Peggy berkata, “Mari kita menjemput para misionari.”

John berkata, “Tiada misionari—kecuali kawan saya boleh datang.” Selama 10 tahun, pelayan saudara John telah menjadi kawannya yang dipercayai. (Saya fikir, Bagaimana jika pelayan saudara John telah berhenti datang selepas satu, dua atau sembilan tahun?)

John mendengar. Dia baca Kitab Mormon dengan niat yang iklas. Apabila misionari jemput John untuk dibaptiskan, dia jawab ya. Peggy berkata, “Saya terjatuh dari kerusinya dan mula menangis.”

John berkata, “Saya berubah semasa saya lebih mendekati Tuhan.” Kemudian, John dan Peggy dimeteraikan di bait suci. Disember lalu, John meninggal dunia pada usia 92 tahun. Peggy berkata, “John selalunya baik hati, tetapi dia telah berubah dengan cara yang indah selepas dia dibaptiskan.”

Imej
Jenny dan Meb

Sister Gong dan saya bertemu dengan Meb dan Jenny melalui video semasa pandemik COVID. (Kami bertemu dengan pasangan dan individu yang hebat melalui video semasa COVID, setiap orang diperkenalkan oleh presiden pancang mereka.)

Meb dan Jenny berkata masalah dalam hidup telah membuat mereka berfikir jika perkahwinan bait suci mereka dapat diselamatkan, dan jika dapat, bagaimana. Mereka percaya Korban Tebusan Yesus Kristus dan komitmen perjanjian dapat membantu mereka.

Bayangkan kebahagiaan saya apabila Meb dan Jenny menerima kad rekomen bait suci baru dan kembali bersama ke rumah Tuhan. Kemudian Meb hampir meninggal dunia. Betapa baik Meb dan Jenny telah memulihkan hubungan perjanjian dengan Tuhan dan satu sama lain, dan merasai kasih pelayanan orang ramai di sekeliling mereka.

Di mana-mana saya pergi, saya belajar dari mereka yang melayan dan mengambil berat seperti Juruselamat kita.

Imej
Salvador bersama Elder dan Sister Gong

Di Peru, Sister Gong dan saya bertemu dengan Salvador dan adik-beradiknya.1 Salvador dan adik-beradiknya adalah anak yatim piatu. Hari itu ialah hari jadi Salvador. Pemimpin dan ahli Gereja yang setia melayani keluarga ini mengilhami saya. “Ibadat yang murni dan sejati … adalah ini, menolong anak yatim piatu dan balu,”2 “sokonglah yang lemah, angkatlah tangan yang terkulai, … kuatkanlah lutut-lutut yang lemah.”3

Di Hong Kong, seorang presiden kuorum penatua berkongsi cara kuorum mereka menjalankan 100 peratus temu duga pelayanan. “Kami mengaturkan rakanan dengan penuh doa supaya semua orang boleh menjaga seseorang dan dijaga,” katanya. “Kami selalu tanya setiap rakanan tentang orang yang mereka layani. Kami tidak tanda selesai di senarai pelayanan; kami melayani pelayan yang menjaga orang kami.”

Imej
Keluarga Bokolo

Di Kinshasa, Democratic Republic of the Congo, Presiden Bokolo berkongsi bagaimana dia dan keluarganya menyertai Gereja di Perancis. Pada satu hari, dia baca berkat bapa bangsanya, Roh mengilhami Brother Bokolo untuk pulang ke DR Congo bersama keluarganya. Brother Bokolo tahu mereka akan hadapi banyak cabaran jika mereka pulang. Dan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, belum lagi dibuka di Kinshasa.

Namun, dengan iman, seperti orang lain, keluarga Bokolo mengikut Roh Tuhan. Di Kinshasa, mereka melayani dan memberkati orang di sekeliling mereka, mengatasi cabaran, menerima berkat rohani dan duniawi. Hari ini, mereka bersukacita kerana ada rumah Tuhan di negaranya.4

Seorang penganut pula dilayan oleh teladan peribadi. Semasa muda, dia luangkan masanya bersantai di pantai. Pada satu hari, dia berkata, “Saya nampak seorang wanita yang menarik memakai baju renang sopan.” Oleh itu, dia pergi bertanya mengapa seorang wanita yang begitu menarik memakai baju renang sopan. Wanita itu seorang ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dan bertanya dengan senyuman, “Kamu mahu datang ke gereja hari Ahad?” Dia menjawab ya.

Bertahun-tahun yang lalu, semasa kami ditugaskan bersama, Elder L. Tom Perry berkongsi cara dia dan rakannya melayani seorang saudari yang tinggal sendirian di kawasan Boston yang tidak baik. Apabila Elder Perry dan rakannya tiba, saudari itu mengarahkan dengan berhati-hati, “Masukkan kad rekomen bait suci kamu di bawah pintu.” Hanya selepas melihat kad rekomen bait suci dia akan buka beberapa kunci dan buka pintu.5 Sudah tentu, saya tidak bermaksud setiap rakanan pelayanan perlukan kad rekomen bait suci. Tetapi saya suka contoh itu dimana mereka yang patuhi perjanjian pergi melayan, rumah dan hati akan terbuka.

Elder Perry juga memberi nasihat praktikal. Dia kata, “Berikan rakanan tugasan yang munasabah, dipilih dengan penuh doa, di kawasan sesuai supaya masa perjalanan digunakan dengan cermat.” Dia akan menasihat, “Bermula dengan orang yang paling memerlukan kunjungan. Binalah hubungan dengan orang yang akan menerima dan bereaksi baik kepada kunjungan.” Dia mengakhiri, “Usaha iman konsisten membawa mukjizat.”

Pelayanan yang lebih tinggi dan kudus6 datang apabila kita berdoa untuk “kasih suci Kristus”7 dan mengikuti Roh. Ia juga datang semasa presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan, di bawah arahan uskup, mengawasi usaha pelayanan, termasuk menugaskan rakanan pelayanan. Sila berikan peluang kepada remaja putera dan remaja puteri untuk menemani dan dibimbing oleh pelayan saudara dan saudari berpengalaman. Dan sila biarkan generasi muda kita mengilhami rakanan saudara dan saudari.

Di sesetengah tempat dalam Gereja, terdapat perbezaan pelayanan. Banyak yang kata bahawa mereka lebih melayani daripada dilayani. Kita tidak mahu dibimbangi oleh senarai semakan. Tetapi kita kerap kali perlu buat lebih daripada salam ikhlas di gereja atau “Bolehkah saya bantu kamu?” di tempat letak kereta. Di banyak tempat, kita boleh membantu, memahami situasi orang lain dan membina perhubungan semasa kita kerap melawat ahli-ahli di rumah. Jemputan berilham mengubah kehidupan. Apabila jemputan membantu kita buat dan mentaati perjanjian kudus, kita mendekati Tuhan dan satu sama lain.

Ia dikatakan sesiapa yang memahami semangat pelayanan sejati buat lebih lagi daripada sebelumnya, sementara mereka yang tidak memahami melakukan kurang. Marilah kita buat lebih lagi, seperti Juruselamat kita. Seperti baris lagu rohani kita, ia adalah “tugas kasih bawa berkat.”8

Majlis bahagian, kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan, sila dengarkan Gembala Baik dan bantu Dia “cari mereka yang hilang, … membawa pulang mereka yang sesat, … membalut mereka yang luka, … mengubati mereka yang sakit.”9 Kita boleh bantu “malaikat tanpa disedari”10 semasa kita memberi ruang dalam rumah penginapan-Nya bagi semua.11

Pelayanan yang diilhami memberkati keluarga dan individu; ia juga menguatkan bahagian dan cabang. Fikirkan bahagian atau cabang anda sebagai ekosistem rohani. Dalam perumpamaan Kitab Mormon tentang pokok zaitun, Tuan Ladang dan orang suruhannya menghasilkan buah berharga dan menguatkan setiap pokok dengan mengikat kekuatan dan kelemahan semua pokok.12 Tuan ladang dan orang suruhan-nya berulang-ulang bertanya, “Apa yang dapat aku lakukan lagi?”13 Bersama-sama, mereka memberkati hati dan rumah, bahagian dan cabang, melalui pelayanan yang diilhami dan konsisten.14

Imej
Jalinan akar dan cabang

Pelayanan—iaitu penggembalaan—menjadikan ladang kita “satu tubuh”15—sebuah hutan kudus. Setiap pokok dalam hutan kita ialah salasilah keluarga yang hidup. Akar dan cabang berjalin. Pelayanan memberkati generasi-generasi. Apabila pelayanan diperlukan, uskup, presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan yang bijak bertanya, “Siapakah pelayan saudara dan saudari mereka?” Majlis bahagian dan temu duga pelayanan tidak sahaja tanya tentang cabaran atau masalah tetapi juga dengan mata, melihat dan bersukacita dengan Tuhan semasa kita melayani seperti Dia.

Juruselamat kita ialah teladan sempurna kita.16 Kerana Dia baik, Dia boleh pergi melakukan kebaikan.17 Dia memberkati yang satu dan 99. Dia ialah lambang pelayanan. Kita menjadi lebih seperti Yesus Kristus apabila kita buat perkara “untuk salah seorang daripada saudara-Ku” seperti yang kita akan lakukan untuk Dia,18 apabila kita kasihi orang ramai seperti diri kita sendiri,19 ketika kita “saling mengasihi; sebagaimana Aku telah mengasihi kamu,”20 dan apabila “seorang antara kamu hendak menjadi orang besar, dia harus melayani orang lain.”21

Yesus Kristus melayan. Malaikat melayan.22 Pengikut Yesus Kristus “melayani satu sama lain,”23 “bersukacita dengan mereka yang bersukacita, dan menangis dengan mereka yang menangis,”24 “mengawasi [dan] … memelihara [orang] dengan apa yang berkaitan dengan kebenaran,”25 “ingatlah … yang miskin dan yang memerlukan, yang sakit dan yang sengsara,”26 biarlah nama-Nya diketahui melalui pelayanan kita.27 Semasa kita melayani seperti Dia, kita menyaksikan mukjizat dan berkat-Nya.28 Kita peroleh “[pelayanan] yang jauh lebih mulia.”29

Kita akan letih secara jasmani. Tetapi dalam pelayanan-Nya kita “tidak letih dalam melakukan yang baik.”30 Kita dengan tekun melakukan yang terbaik, jangan berlari lebih dari kekuatan yang kita ada,31 tetapi percaya, seperti rasul Paulus ajarkan, bahawa “Tuhan mengasihi orang yang memberi dengan senang hati.”32 Kerana Tuhan yang “menyediakan benih untuk ditabur dan makanan untuk dimakan. Dia juga akan membekali kamu benih yang dapat kamu tanam.”33 Dalam kata lain, Tuhan memperkayakan semua supaya berkelimpahan.34 Mereka “yang menanam banyak benih akan mendapat tuaian yang banyak juga.”35

Di mana pun kita berada di musim Easter, marilah kita bantu dan jaga seperti Juruselamat, terutamanya mereka yang kita kasihi dan ditugas untuk melayan. Justeru itu, semoga kita mendekati Dia dan satu sama lain, menjadi lebih seperti Dia dan pengikut Orang Suci Zaman Akhir-Nya yang terbaik. Dalam nama kudus-Nya, Yesus Kristus, amin.