Persidangan Umum
Fikiranku Menangkap Fikiran Ini Tentang Yesus Kristus
Persidangan Umum April 2023


Fikiranku Menangkap Fikiran Ini Tentang Yesus Kristus

Apabila anda terus dengan penuh perhatian menangkap fikiran Yesus Kristus, saya bersaksi kepada anda bukan sahaja dengan bimbingan syurgawi tetapi dengan kuasa syurgawi.

Pada musim Easter ini, saya bersetuju dengan semangat lagu rohani ini, “Pimpin Kami Ya, Yehova.”1

Satu cerita luar biasa dalam Kitab Mormon menceritakan tentang seorang pemuda dari sebuah keluarga terkemuka bernama Alma yang tulisan suci gambarkan sebagai orang kufur dan pemuja berhala.2 Dia pandai berbicara dan berpengaruh, menggunakan pujian untuk memujuk orang lain untuk mengikutinya. Menghairankan, malaikat menampakkan diri kepada Alma dan kawan-kawannya. Alma jatuh ke tanah dan begitu lemah sehingga dia dibawa dengan tidak berdaya ke rumah ayahnya. Dia berada dalam keadaan koma selama tiga hari.3 Kemudian, dia jelaskan bahawa walaupun dia kelihatan tidak sedar diri kepada orang di sekelilingnya, fikirannya masih aktif sehingga jiwanya berasa sedih, memikirkan kehidupannya yang mengabaikan perintah Tuhan. Dia gambarkan mindanya seperti “tertekan oleh ingatan tentang banyak dosa[nya]”4 dan “terseksa oleh seksaan abadi.”5

Dalam kekecewaannya, dia ingat ajaran sejak remaja tentang “kedatangan seorang Yesus Kristus, seorang Putera Tuhan, untuk menebuskan dosa-dosa dunia.”6 Seterusnya dia membuat kenyataan yang penting: “Sewaktu fikiranku menangkap fikiran ini, aku berseru di dalam hatiku: Ya Yesus, Engkau Putera Tuhan, berbelas kasihanlah padaku.”7 Semasa dia merayu untuk kuasa ilahi Juruselamat, sesuatu keajaiban berlaku: “Ketika aku memikirkan ini,” dia berkata, “Aku tidak dapat mengingat rasa sakitku lagi.”8 Tiba-tiba dia rasa kedamaian dan cahaya. “Tidak ada apa pun yang sedemikian hebat dan manisnya seperti kebahagiaanku,”9 katanya.

Alma “menangkap” kebenaran Yesus Kristus. Jika kita menggunakan perkataan “menangkap” dalam erti kata fizikal, kita mungkin berkata, “Dia menangkap penghadang jalan semasa dia terjatuh,” bermaksud dia menghulurkan tangan dengan segera dan berpegang kuat kepada landasan yang kukuh dan selamat.

Dalam situasi Alma, fikirannya menjangkau dan mengambil kebenaran hebat ini tentang korban tebusan Yesus Kristus. Menjalani iman menurut kebenaran dan dengan kuasa dan rahmat Tuhan, dia diselamatkan dari putus asa dan dipenuhi harapan.

Walaupun pengalaman kita mungkin tidak begitu dramatik seperti Alma, namun ia adalah penting secara abadi. Minda kita juga telah “menangkap fikiran ini” tentang Yesus Kristus dan pengorbanan-Nya yang penuh belas kasihan, dan jiwa kita telah rasakan cahaya dan kebahagiaan yang mengikutinya.

Menjamin Fikiran tentang Yesus Kristus

Doa saya pada musim Easter ini adalah kita akan membentuk, menguatkan, dan menjamin fikiran Yesus Kristus yang paling penting ini ke dalam jiwa,10 menempatkannya ke dalam minda kita, membimbing kita dalam apa yang kita fikirkan dan lakukan, dan membawa sukacita manis dari kasih Juruselamat.11

Penuhi fikiran kita dengan kuasa Yesus Kristus tidak bermaksud mempunyai dia sahaja. Ia bermaksud segala fikiran berdasarkan kasih, hidup dan ajaran-Nya serta korban tebusan dan Kebangkitan-Nya. Yesus tidak berada di sudut minda, kerana fikiran mengenai-Nya sentiasa di hadapan dan “segala [yang kita junjung] dalam Dia!”12 Kita doa dan mengalami pengalaman yang membawa kita lebih dekat kepada Dia dalam minda. Kita menerima imej ilahi, ayat suci, lagu rohani dalam minda untuk menyenang fikiran harian dalam kesibukan hidup. Kasih kita kepada-Nya tidak melindungi perkara sedih dalam hidup fana, namun membolehkan kita menerusi cabaran dengan kekuatan lembih batas kita.

Jika Kukenangkan Yesus

Hatiku bersuka;

Tapi lebih suka kalau

’Ku dihadirat-Nya.13

Ingatlah, anda seorang anak roh Bapa Syurgawi. Seperti yang dijelaskan oleh Rasul Paulus, kita adalah “anak Tuhan.”14 Anda telah hidup dengan identiti individu anda sendiri lama sebelum datang ke bumi. Bapa mencipta rancangan sempurna bagi kita datang ke bumi, belajar dan pulang kepada Dia. Dia mengutus Anak Tunggal-Nya agar melalui kuasa Korban Tebusan dan Kebangkitan, kita hidup setelah mati; dan jika kita rela menjalani iman dalam Dia serta bertaubat akan dosa-dosa,15 kita diampuni dan menerima harapan kehidupan abadi.16

Memberi Perhatian Penuh pada Fikiran dan Roh Kita

Dalam hidup fana, fikiran dan roh kita perlukan perhatikan penuh.17 Fikiran kita membenarkan kita hidup, memilih, dan membezakan antara baik dan jahat.18 Roh kita menerima kesaksian bahawa Tuhan ialah Bapa kita, bahawa Yesus Kristus ialah Putera Tuhan, dan ajaran-ajaran Mereka adalah bimbingan kita untuk kegembiraan di sini dan kehidupan abadi.

Fikiran Alma menangkap fikiran ini tentang Yesus Kristus. Ia mengubah hidupnya. Persidangan umum ialah masa untuk fahami apakah yang Tuhan ingin kita lakukan dan menjadi. Ia juga sebuah masa untuk merenung kemajuan kita. Semasa tugas-tugas saya telah membawa saya ke seluruh dunia, saya telah lihat peningkatan kekuatan rohani dalam ahli Gereja yang soleh dan setia.

Lima tahun yang lalu, kita diminta untuk letakkan Juruselamat dengan lebih jelas dalam segala yang kita lakukan dengan menggunakan nama sebenar Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.19 Kita menggunakan nama-Nya dengan lebih bersungguh-sungguh.

Empat tahun lalu, pengurangan masa dalam pertemuan sakramen telah meningkatkan fokus kita dalam pengambilan sakramen Tuhan. Kita lebih berfikir tentang Yesus Kristus dan lebih tekun dalam janjian untuk selalu ingati-Nya20

Dengan pengasingan pandemik seluruh dunia dan bantuan Ikutlah Aku, ajaran-ajaran Juruselamat menjadi lebih utama di rumah, meningkat ibadat kepada Juruselamat sepanjang minggu.

Dengan mengikuti nasihat Presiden Russel M. Nelson untuk “dengarkanlah Dia,”21 kita meningkat keupayaan untuk merasa dorongan Roh Kudus dan lihat tangan Tuhan dalam hidup kita.

Dengan pengumuman dan penyiapan bait suci, kita lebih kerap memasuki rumah Tuhan dan menerima berkat-berkat-Nya yang dijanjikan. Kita rasa lebih keindahan Juruselamat dan Penebus dengan lebih kuat.

Presiden Nelson berkata: “Tidak ada apa-apa yang mudah atau automatik tentang menjadi seorang pengikut yang berkuasa. Fokus kita seharusnya bertumpu kepada Juruselamat dan Injil-Nya. Ia sukar bagi minda untuk berusaha melihat kepada-Nya dalam setiap fikiran.”22

Dengan menumpukan perhatian kepada Yesus Kristus, semua yang lain di sekeliling kita—dilihat melalui kasih kita kepada-Nya. Gangguan yang kurang penting pudar, dan kita mengeluarkan perkara yang tidak selaras dengan cahaya dan perwatakan-Nya. Semasa anda sambung dengan penuh perhatian menangkap fikiran ini tentang Yesus Kristus, mempercayai-Nya, dan mematuhi perintah-Nya, Saya janji anda tidak sahaja mempunyai bimbingan syurgawi tetapi dengan kuasa syurgawi—kuasa yang membawa kekuatan kepada perjanjian anda, kedamaian kepada kesukaran anda, dan kebahagiaan kepada berkat anda.

Mengingati Yesus Kristus

Beberapa minggu lalu, Kathy dan saya melawat rumah Matt dan Sarah Johnson. Di dinding rumah terdapat gambar keluarga yang berharga, gambar Juruselamat dan ilustrasi bait suci.

Empat anak perempuan mereka, Maddy, Ruby, Claire, dan June, rasa gembira bercakap tentang kasih terhadap ibu mereka.

Selama satu tahun lebih Sara telah menjadualkan janji temu hari Sabtu untuk keluarga menghadiri bait suci supaya anak-anak boleh menyertai pembaptisan bagi ahli keluarga yang hidup sebelum ini.

Pada bulan November tahun lepas, Sara telah menjadualkan janji temu bait suci keluarga untuk minggu terakhir Disember pada hari Khamis dan bukannya hari Sabtu. “Saya harap kamu OK dengan itu,” dia berkata kepada Matt.

Sarah telah didiagnosis dengan kanser, tetapi doktor menjangka dia akan hidup dua atau tiga tahun lagi. Sebelum di pertemuan sakramen, Sarah telah berkongsi kesaksiannya yang hebat, mengatakan bahawa apa pun hasil baginya, dia mengasihi Juruselamat dengan sepenuh hatinya, dan “kemenangan telah dimenangi” oleh-Nya. Pada bulan Disember, kesihatan Sara menurun dengan mendadak, dan dia dimasukkan ke hospital. Pada awal pagi hari Khamis, 29 Disember, dia menyempurnakan kefanaannya dengan aman. Matt berada di sisi Sarah sepanjang malam.

Dengan hatinya sedih dan letih secara jasmani dan emosi, dia sampai ke rumah, berdukacita dengan anak-anaknya. Semasa Matt melihat telefonnya, dia melihat peringatan tentang janji temu bait suci Khamis yang dijadual oleh Sarah. Matt berkata, “Pertama kali saya melihatnya, saya fikir, Ini tidak akan terjadi.”

Tetapi kemudian fikiran Matt menangkap fikiran ini: “Juruselamat hidup. Tiada tempat yang lebih sesuai bagi keluarga kami untuk ke rumah kudus-Nya.”

Imej
Keluarga Johnson

Matt, Maddy, Ruby, Claire dan June tiba di bait suci untuk janji temu yang Sarah telah jadualkan bagi mereka. Dengan air mata mengalir, Matt melaksanakan pembaptisan dengan anak-anaknya. Mereka merasai kasih dan ikatan abadi dengan Sarah, dan mereka merasai kasih besar dan kedamaian Juruselamat. Matt berkongsi, “Walaupun saya merasai kesedihan yang mendalam, saya bersorak dengan gembira, mengetahui rancangan keselamatan Bapa saya.”

Pada musim Easter ini, saya bersaksi kebenaran yang lengkap dan mutlak tentang korban tebusan Juruselamat yang tiada bandingan dan Kebangkitan-Nya yang mulia. Semasa minda anda teguh dan selamanya pada pemikiran Yesus Kristus, dan semasa anda fokuskan hidup dengan lebih banyak kepada Juruselamat, saya berjanji kepada anda bahawa anda akan rasakan harapan-Nya, kedamaian-Nya dan kasih-Nya. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. “Pimpin Kami Ya, Yehova,” Nyanyian Rohani, no. 26.

  2. Lihat Mosia 27:8.

  3. Lihat Alma 36:10.

  4. Alma 36:17.

  5. Alma 36:12.

  6. Alma 36:17.

  7. Alma 36:18. Pada masa yang lain “menangkap” digunakan dalam Kitab Mormon adalah berbicara tentang mereka yang “menangkap hujung batang besi itu” (1 Nefi 8:24, 30).

  8. Alma 36:19.

  9. Alma 36:21.

  10. Pertempuran terbesar dalam hidup dilakukan dalam jiwa kita sendiri” (David O. McKay, in Conference Report, Apr. 1967, 84).

  11. “[Fikiran] menaja segala tindakan. Fikiran kita adalah papan suis, panel kawalan yang mengatur tindakan kita” (Boyd K. Packer, That All May Be Edified [1982], 33).

    Presiden Dallin H. Oaks mengajar: “Kita boleh membenamkan keinginan jahat dan menggantikan dengan yang soleh. Ini melibatkan pendidikan dan latihan. Presiden Joseph F. Smith mengajar bahawa ‘pendidikan … tentang keinginan kita adalah satu kepentingan yang besar’” (Pure in Heart [1988], 149).

  12. “Praise to the Lord, the Almighty,” Hymns, no. 72.

  13. “Jika ‘Ku Kenangkan Yesus,” Nyanyian Rohani, no. 56.

  14. Kisah Rasul-Rasul 17:29.

  15. Lihat Ajaran dan Perjanjian 58:42–43.

  16. Lihat Ajaran dan Perjanjian 14:7.

  17. “Tiada seorang pun melainkan Tuhan yang mengetahui pemikiran dan niat hatimu” (Ajaran dan Perjanjian 6:16).

  18. “Orang baik mengeluarkan perkara-perkara baik kerana hati mereka berlimpah-limpah dengan kebaikan. Tetapi orang jahat mengeluarkan perkara-perkara jahat, kerana hati mereka penuh kejahatan. Orang mengucapkan perkara yang terkandung di dalam hati” (Lukas 6:45).

  19. Lihat Russell M. Nelson, “Nama Gereja yang Betul,” Liahona, Nov. 2018, 87–89.

  20. Perjanjian kita setiap minggu dalam doa sakramen adalah bahawa kita akan “selalu mengingati-Nya” (Moroni 4:3; Ajaran dan Perjanjian 20:77). Kitab Mormon menggalakkan kita dengan menggunakan perkataan dua kali, satu demi satu: “ingatlah, ingatlah” (Mosia 2:41; Alma 37:13; Helaman 5:9). Mengingati secara rohani datang melalui kuasa Roh Kudus: “Dia akan mengajar kamu segala-galanya, dan akan mengingatkan kamu segala yang telah Aku katakan kepada kamu” (Yohanes 14:26).

  21. Russell M. Nelson, “Dengarkanlah Dia,” Liahona, Mei 2020, 90.

  22. Russell M. Nelson, “Menarik Kuasa Yesus Kristus ke dalam Hidup Kita,” Liahona, Mei 2017, 41. Presiden Nelson juga berkata, “Kebahagiaan [Orang Suci Zaman Akhir] rasai tidak berkait dengan situasi hidup kita tetapi berkait dengan fokus hidup kita” (“Kebahagiaan dan Penakatan Rohani,” Liahona, Nov. 2016, 82).