Persidangan Umum
Tertelan Dalam Kebahagiaan Kristus
persidangan umum April 2024


Tertelan Dalam Kebahagiaan Kristus

Saya bersaksi bahawa Bapa Syurgawi kita mendengar rayuan anda yang menangis dan akan sentiasa bertindak balas dengan kebijaksanaan yang sempurna.

Kami kasihi kamu, Elder Kearon. Bolehkah saya meminjam loghat itu selama 10 minit?

Mukjizat yang Diingini

Dalam Perjanjian Baru kita belajar tentang lelaki buta bernama Bartimaeus, yang berseru kepada Yesus kerana menghasratkan mukjizat. “Pergilah,” kata Yesus, “kamu sembuh kerana kamu percaya kepada-Ku.” Pada saat itu juga orang itu dapat melihat.”1

Pada masa yang lain, seorang lelaki di Betsaida inginkan kesembuhan. Namun, mukjizat ini tidak datang dengan segera. Sebaliknya, Yesus memberkatinya dua kali sebelum dia “sembuh.”2

Dalam contoh ketiga, Rasul Paulus “tiga kali berdoa” dalam kesengsaraannya,3 namun, seperti kita tahu, permohonannya yang tulus ikhlas tidak dimakbulkan.

Tiga orang yang berbeza. Tiga pengalaman unik.

Oleh itu, satu soalan: Mengapa ada yang menerima mukjizat mereka dengan cepat, sementara yang lain sabar bertahan, menunggu Tuhan?4 Kita mungkin tidak tahu mengapa, namun kita tahu siapa “mengasihi [kita]”5 dan “melakukan segala hal demi kesejahteraan dan kebahagiaan [abadi kita].”6

Tujuan Ilahi

Tuhan, yang lihat akhir dari awal,7 meyakinkan, “kesusahanmu dan kesengsaraanmu akan menjadi bahkan suatu saat yang kecil”8 dan akan dibaktikan “demi keuntunganmu.”9

Membantu kita mencari makna lebih dalam percubaan kita, Elder Orson F. Whitney ajarkan: “Tidak ada kesakitan yang kita alami, tidak ada percubaan yang kita alami sia-sia. Ia mengajar kita. … Semua … yang kita bertahan [dengan sabar] … , membina perwatakan kita, menyucikan hati kita, mengembangkan jiwa kita, dan menjadikan kita lebih lembut dan bermurah hati. … Melalui kedukaan dan penderitaan, kesusahan dan kesengsaraan, kita memperoleh pendidikan yang kita datang ke bumi untuk pelajari dan membuat kita lebih seperti [ibu bapa syurgawi].”10

Memahami bahawa “kuasa Kristus [akan] melindungi [dia]” dalam kesengsaraan dia, Rasul Paulus berkata dengan rendah hati, “kerana ketika aku lemah, pada masa itulah aku mendapat kekuatan daripada Kristus.”11

Percubaan hidup membuktikan kita.12 Malah Juruselamat “belajar … menjadi taat melalui” dan dibuat “sempurna melalui penderitaan.”13

Dan suatu hari nanti Dia akan mengisytiharkan dengan penuh belas kasihan, “Kerana lihatlah, Aku telah menghalusi mu, Aku telah memilih mu dalam relau kesengsaraan.”14

Percaya kepada tujuan ilahi Tuhan memberi harapan kepada jiwa yang letih dan menyalakan tekad dalam musim kesedihan dan kepedihan hati.15

Perspektif Ilahi

Beberapa tahun yang lalu, Presiden Russell M. Nelson berkongsi pandangan berharga ini: “Apabila kita melihat segala hal dengan perspektif abadi, ia akan meringankan beban kita dengan ketara.”16

Imej
Holly dan Trey Porter.

Isteri saya, Jill, dan saya baru-baru ini menyaksikan kebenaran ini dalam kehidupan Holly dan Rick Porter, di mana anak lelaki mereka yang berumur 12 tahun, Trey, meninggal dunia dalam kebakaran tragik. Dengan tangan dan kaki yang terbakar teruk dari perjuangan yang berani untuk menyelamatkan anaknya, Holly kemudian bersaksi tentang kedamaian dan kebahagiaan besar yang Tuhan telah curahkan ke atas keluarga mereka dalam kepedihan mereka, menggunakan kata-kata seperti mukjizat, , menakjubkan, dan luar biasa!

Imej
Menggenggam tangan yang menyembuhkan.

Kesedihan besar ibu ini digantikan dengan kedamaian apabila fikiran ini datang ke mindanya: “Tanganku bukanlah tangan yang menyelamatkan. Tangan itu kepunyaan Juruselamat! Daripada melihat parut saya sebagai peringatan tentang apa yang saya tidak dapat lakukan, saya mengingati parut Juruselamat saya.”

Kesaksian Holly memenuhi janji nabi kita: “Apabila anda berfikiran selestial, anda akan melihat percubaan dan pertentangan dalam cahaya baharu”17

Elder D. Todd Christofferson berkata: “Saya percaya bahawa cabaran untuk mengatasi dan berkembang dari kesusahan kelihatan menarik kepada kita semasa Tuhan menyampaikan rancangan penebusan-Nya di dunia pra-fana. Kita harus menghadapi cabaran itu sekarang dengan pengetahuan bahawa Bapa Syurgawi akan menyokong kita. Tetapi adalah penting untuk kita berpaling kepada-Nya. Tanpa Tuhan, pengalaman gelap penderitaan dan kesusahan cenderung kepada kemusnahan, kekecewaan, dan juga kepahitan.”18

Asas-asas Ilahi

Untuk mengelakkan kegelapan rasa tidak puas hati dan mencari kedamaian, harapan, dan kegembiraan yang lebih besar semasa cabaran hidup yang sukar, saya berkongsi tiga asas ilahi sebagai jemputan.

Satu— iman yang lebih kuat datang dengan meletakkan Yesus Kristus terlebih dahulu.19 “Lihatlah kepada-Ku dalam setiap pemikiran,” Dia mengisytiharkan; “ janganlah ragu, janganlah takut.”20 Presiden Nelson telah ajarkan:

“Kehidupan abadi [kita] bergantung kepada iman [kita] terhadap [Kristus] dan dalam Korban Tebusan-Nya.”21

“Semasa saya mengalami kesakitan besar disebabkan oleh kecederaan saya baru-baru ini, saya telah merasakan penghargaan yang lebih mendalam terhadap Yesus Kristus dan kurnia Korban Tebusan-Nya yang tidak dapat sepenuhnya difahami. Fikirkanlah! Juruselamat menderita ‘kesakitan dan kesengsaraan dan cubaan daripada setiap jenis’ supaya Dia dapat menghibur kita, menyembuhkan kita, menyelamatkan kita pada masa yang memerlukan.”22

Dia teruskan: “Kecederaan saya telah menyebabkan saya berulang kali merenungkan tentang ‘keagungan Yang Kudus dari Israel.’ Semasa kesembuhan saya, Tuhan telah menyatakan kuasa ilahi-Nya dengan cara yang damai dan nyata.”23

“Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu,”Juruselamat kita menggalakkan; “kerana Aku sudah mengalahkan dunia.”24

Dua—harapan yang lebih cerah datang dengan membayangkan takdir abadi kita.25 Dalam bercakap tentang kuasa yang wujud dalam memelihara “penglihatan tentang berkat luar biasa yang dijanjikan Bapa kita … di hadapan mata kita setiap hari,” Sister Linda Reeves bersaksi: “Saya tidak tahu mengapa kita alami banyak ujian yang kita hadapi, tetapi ini adalah ujian peribadi saya. dan ganjaran itu sangat besar, … sangat menggembirakan dan di luar pemahaman kita sehingga pada hari ganjaran itu, kita mungkin rasa untuk berkata kepada Bapa kita yang penuh belas kasihan, ‘Adakah itu sahaja yang diperlukan?’ … Mengapa ia penting … apa yang kita derita di sini jika, pada akhirnya, ujian itu … melayakkan kita untuk kehidupan abadi… dalam kerajaan Tuhan?”26

Presiden Nelson berkongsi: “Pertimbangkan jawapan Tuhan kepada Joseph Smith ketika dia merayu untuk kelegaan di Penjara Liberty. Tuhan mengajar Nabi bahawa penderitaan yang dialaminya akan memberinya pengalaman dan demi kebaikannya. “Jika engkau bertahan di dalamnya dengan baik,” Tuhan berjanji, “Tuhan akan memuliakan engkau di syurga.” Tuhan sedang mengajar Joseph untuk berfikiran selestial dan untuk membayangkan ganjaran abadi dan bukannya berfokus pada kesusahan yang menyeksa pada hari itu.”27

Perubahan perspektif Joseph ini membawa pengudusan yang mendalam, seperti digambarkan dalam surat ini kepada seorang kawan: “Setelah dipenjarakan di dalam penjara selama lima bulan nampaknya hati saya akan selalu lebih lembut selepas ini berbanding sebelumnya. … Saya fikir saya tidak akan rasa seperti sekarang jika saya tidak menderita cabaran yang telah saya derita.”28

Tiga—kuasa yang lebih besar datang dengan fokus kepada kegembiraan.29 Selama masa yang paling penting dan menyakitkan, Juruselamat kita tidak menarik diri tetapi mengambil cawan pahit itu.30 Bagaimanakah Dia melakukannya? Kita pelajari, “Kerana kegembiraan yang menantikan-Nya, [Kristus] tidak peduli bahawa mati pada kayu salib,”31 Dia “ditelan dalam kehendak Bapa.”32

Imej
Kristus di Getsemani.

Frasa “tertelan” amat menyentuh hati saya. Minat saya meningkat apabila saya mengetahui bahawa dalam bahasa Sepanyol, ”tertelan” diterjemahkan sebagai “dimakan”; dalam bahasa Jerman, sebagai “memakan”; dan dalam bahasa Cina, “diselubungi.” Oleh itu, apabila cabaran hidup adalah paling menyakitkan dan membebankan, saya ingat janji Tuhan—bahawa kita “tidak akan menderita bermacam-macam kesengsaraan, kecuali ia [ditelan, diserap, dikuasai, dan diselubungi] dalam kebahagiaan Kristus.”33

Saya melihat dalam ramai daripada anda kegembiraan ini, yang “[melawan] … kefahaman fana,”34 walaupun cawan pahit anda masih belum dialihkan. Terima kasih kerana mentaati perjanjian dan berdiri sebagai saksi bagi Tuhan.35 Terima kasih kerana menghulurkan tangan untuk memberkati kami semua, sementara “dalam hati [anda] yang tenang tersembunyi kesedihan yang tidak dapat dilihat oleh mata.”36 Kerana apabila anda membawa kelegaan Juruselamat kepada orang lain, anda akan menemuinya untuk diri anda sendiri, Presiden Camille N. Johnson ajarkan.37

Janji-janji Ilahi

Sekarang, kembali bersama saya ke pertemuan sakramen di mana kami menyaksikan keajaiban keluarga Holly Porter dibantu oleh Tuhan.38 Saya berdiri sini merenungkan apa yang saya mungkin katakan untuk menghibur keluarga beriman ini dan kawan terkasih mereka, tanggapan ini datang: “Gunakan firman Juruselamat.”39 Jadi, saya akan tutup hari ini seperti pada hari Sabat itu, dengan firman-Nya, “yang menyembuhkan jiwa yang terluka.”40

“Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.”41

“Dan Aku akan juga meringankan beban yang ditaruh di atas bahumu, sehingga bahkan kamu tidak dapat merasakannya di atas belakangmu, bahkan sewaktu kamu berada dalam perhambaan; … dan agar kamu boleh tahu dengan suatu kepastian bahawa Aku, Tuhan Raja, mengunjungi umat-Ku dalam kesengsaraan mereka”42

“Aku tidak akan meninggalkan kamu sendirian seperti yatim piatu; Aku akan kembali kepada kamu.”43

Saksi Saya

Dengan ketakziman yang gembira, saya bersaksi Juruselamat kita hidup dan “janji-janji-Nya adalah pasti.”44 Terutamanya untuk anda yang bermasalah atau “yang sengsara dalam apa cara sekali pun,”45 Saya bersaksi bahawa Bapa Syurgawi kita mendengar rayuan tangis anda46 dan akan sentiasa menjawab dalam kebijaksanaan yang sempurna.47 “Semoga Tuhan mengabulkan bagimu,” seperti yang telah Dia lakukan untuk keluarga kami pada masa yang sangat memerlukan, “agar bebanmu boleh menjadi ringan,”48 bahkan “tertelan dalam kebahagiaan Kristus.”49 Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.