Persidangan Umum
Laporan Jabatan Pengauditan Gereja, 2023
persidangan umum April 2024


Laporan Jabatan Pengauditan Gereja, 2023

Kepada Presidensi Utama Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir

Kepada Para Saudara: Diarah melalui wahyu, seperti tercatat dalam bahagian 120 Ajaran dan Perjanjian, Majlis untuk Penggunaan Sepersepuluh—yang terdiri dari Presidensi Utama, Kuorum Dua Belas Rasul, dan Lembaga Uskup Utama—mengesahkan penggunaan dana Gereja. Entiti Gereja mengagihkan mengikut belanjawan, polisi dan prosedur yang diluluskan.

Pengauditan Gereja, yang terdiri dari profesional dengan bukti kelayakan dan adalah bebas dari semua jabatan Gereja dan entiti yang lain, ada tugas untuk membuat audit untuk memberikan jaminan yang munasabah tentang sumbangan yang diterima, wang yang digunakan, dan perlindungan harta Gereja.

Berdasarkan audit yang dilakukan, Pengauditan Gereja berpendapat bahawa, dalam semua aspek penting, sumbangan yang diterima, perbelanjaan yang dibuat, dan aset Gereja untuk tahun 2023 telah direkodkan dan ditadbir mengikut belanjawan, amalan perakaunan, dan dasar yang diluluskan oleh Gereja. Gereja mengikut ajaran yang diajarkan kepada ahlinya iaitu hidup dalam belanjawan, menjauhi hutang, dan menjimat wang bagi masa yang memerlukannya.

Dikemukakan dengan hormat,

Jabatan Pengauditan Gereja

Jared B. Larson

Pengarah Urusan