Persidangan Umum
Bait Suci, Rumah-rumah Tuhan Meliputi Bumi
persidangan umum April 2024


Bait Suci, Rumah-rumah Tuhan Di Seluruh Bumi

Apabila anda datang dengan layak dan penuh dengan doa pergi ke rumah kudus-Nya, anda akan dipersenjatai dengan kuasa-Nya.

Tidakkah anda suka kata-kata indah yang baru kita nyanyikan? “Aku Tuhan tetap kan membantu. menegakkan engkau sehingga kuat, … ditopang tanganku yang maha hebat.”1 Tuhan menguatkan Orang Suci-Nya dari semua peringkat umur ketika mereka datang ke rumah kudus-Nya. Dari Kinshasa ke Zollikofen ke Fukuoka ke Oakland, para remaja, menurut usaha mereka sendiri, sedang melimpahi pembaptisan. Dahulu, kebanyakan pekerja tatacara yang dikasihi mempunyai rambut yang beruban—tetapi tidak lagi. Para misionari yang dipanggil, misionari pelayanan, dan para misionari yang kembali berada di setiap sudut. Di seluruh dunia terdapat perasaan semangat yang menarik kita ke rumah Tuhan.

Satu tahun yang lepas, seorang kawan rapat, berumur 95 tahun, tinggal di bahagian Timur Amerika Syarikat dan telah diajar oleh para misionari selama 70 tahun, berkata kepada anaknya, “Saya ingin pergi ke bait suci bersama kamu.”

Anak perempuannya menjawab, “Ibu, kamu mesti dibaptiskan terlebih dahulu.”

Imej
Pembaptisan saudari yang berumur.

“OK,” dia menjawab, “jadi, saya ingin dibaptiskan.” Dia dibaptiskan. Beberapa hari kemudian, dia dengan takzim masuk ke kolam pembaptisan bait suci. Dan lebih dari satu bulan yang lalu, dia memasuki bait suci untuk anugerahan dan pemeteraiannya. “Tuhan b’rikan hikmat pada Orang Suci; pulihkan semuanya bagai semula.”2

Imej
Saudari yang berumur di luar bait suci.

Pernahkah anda bertanya mengapa Tuhan akan mengarahkan nabi-Nya untuk meliputi bumi sekarang dengan bait suci-Nya?3 Mengapakah Dia, pada masa khas ini, memberi kemakmuran yang diperlukan kepada umat-Nya bahawa melalui persepuluhan kudus mereka, beratus-ratus rumah Tuhan dapat dibina?

Pagi ini, Presiden Dallin H. Oaks menunjukkan visual indah bait suci yang sedang dibina di seluruh dunia. Kathy dan saya baru-baru ini berada di Filipina. Fikirkan mukjizat ini: Bait Suci Manila telah dibaktikan pada tahun 1984. Sudah 26 tahun sebelum bait suci kedua di Cebu City siap pada 2010. Kini, 14 tahun kemudian, 11 bait suci sedang dibina, direka, atau disediakan untuk pembaktian. Dari utara ke selatan: Laoag, Tuguegarao, Santiago, Urdaneta, Alabang, Naga, Tacloban City, Iloilo, Bacolod, Cagayan de Oro, dan Davao. Ia sangat memegunkan untuk melihat pekerjaan-pekerjaan Tuhan yang menakjubkan!

Imej
Bait suci di Philippines.

Di seluruh dunia, rumah-rumah Tuhan semakin dekat kepada kita. Kenapa pada zaman kita?

Hari-hari Terakhir

Tuhan telah memberi amaran bahawa pada zaman akhir, akan terdapat kesusahan di kalangan negara,4 orang akan “mementingkan diri sendiri,”5 “segala hal akan berada dalam huru-hara,”6 kekeliruan akan berlimpah,7 dan “hati manusia akan kecut.”8 Kita telah melihat hati lelaki dan wanita kecut: tarikan dunia, gangguan suara yang menggoda, pengabaian pemeliharaan rohani, keletihan dari tanggungjawab penganutan.9 Mungkin anda sedih kerana telah melihat seseorang yang dikasihi, yang pada satu masa bercakap dengan ikhlas tentang imannya kepada Yesus Kristus, bersaksi tentang Kitab Mormon, dan bertekad untuk membantu membina kerajaan Tuhan, kini jauh dari kepercayaannya. Nasihat saya kepada anda adalah jangan putus asa! S’lamatlah! Bagi Tuhan, tiada yang mustahil.10

Dengan kekecohan dan ketidakpercayaan dunia yang dinubuatkan ini, Tuhan berjanji bahawa terdapat orang yang soleh, suatu bangsa yang menunggu kepulangan-Nya dengan bersemangat, orang yang berdiri di tempat-tempat kudus, dan tidak goyah.11 Dia berucap tentang orang perjanjian yang menahani anak panah musuh, mendisiplinkan iman mereka, berfikiran selestial, dan mempercayai sepenuhnya dalam Juruselamat, Yesus Kristus.

Mengapakah Tuhan kini membawa ratusan bait suci-Nya lebih dekat kepada kita? Satu sebabnya ialah di tengah-tengah kekecohan dan godaan dunia, Dia telah berjanji untuk menguatkan dan memberkati para Orang suci perjanjian-Nya dan janji dia sedang digenapi.

Janji dari Bait Suci Kirtland

Bagaimanakah rumah-rumah kudus ini memperkuatkan, menghibur, dan melindungi kita? Kita menemui jawapan dalam rayuan Nabi Joseph Smith semasa pembaktian Bait Suci Kirtland. Di bait suci inilah Orang Suci nyanyikan, “Kita menyanyi bersama tent’ra surga.”12 Juruselamat sendiri muncul, dan para nabi zaman dahulu telah kembali, memberikan kunci-kunci imamat tambahan kepada injil yang dipulihkan.13

Ketika peristiwa kudus itu di Bait Suci Kirtland, Nabi berdoa agar di dalam rumah kudus Tuhan, para Orang Suci akan dipersenjatai dengan kuasa Tuhan, agar nama Yesus Kristus akan berada pada diri mereka, agar para malaikat-Nya akan bertanggungjawab ke atas diri mereka, dan mereka akan berkembang di dalam Tuhan dan menerima kegenapan Roh Kudus.14 Rayuan berkuasa ini digenapi dalam hidup kita semasa kita menyembah di rumah Tuhan dengan setia.

Bersenjatakan dengan Kuasa

Dalam rumah-Nya, kita dianugerahi dengan kuasa syurgawi.15 Iman kita kepada Yesus Kristus dan kasih kita kepada-Nya disokong dan diperkuatkan. Kita dijamin secara rohani tentang identiti sebenar kita dan tujuan hidup.16 Apabila kita beriman, kita diberkati dengan perlindungan dari godaan dan gangguan. Kita merasakan kasih Juruselamat apabila Dia mengangkat kita dari kesusahan dan kesedihan kita. Kita disenjatai dengan kuasa Tuhan.

Nama-Nya ke atas Kita

Dalam rumah kudus-Nya, kita mengambil nama-Nya dengan lebih lengkap ke atas diri kita. Apabila kita dibaptiskan, kita mengakui kepercayaan kita kepada-Nya dan kerelaan kita untuk mematuhi perintah-Nya. Di bait suci, kita dengan kudus berjanji, melalui perjanjian kita, untuk mengikuti Dia selamanya.

Imej
Lukisan Bait Suci Heber Valley Utah.

Para remaja Gereja ini sangat hebat. Dalam dunia yang susah, mereka mengambil ke atas diri mereka nama Kristus. Di Heber City, Utah, satu pertemuan awam diadakan untuk membincangkan butiran bait suci yang dirancang untuk pembinaan. Tiga ratus remaja mengisi taman yang bersebelahan untuk menyokong bait suci yang dicadangkan. Seorang lelaki muda, menjelaskan kepada pemimpin kerajaan dengan berani, “Saya berharap untuk berkahwin dalam bait suci ini. [Bait suci akan membantu] saya pastikan diri bersih dan suci.” Seorang lagi menggambarkan bait suci sebagai lambang cahaya dan harapan. Remaja putera dan puteri Gereja di seluruh dunia memeluk nama Yesus Kristus.17

Imej
Taman di Heber City dipenuhi dengan remaja.

Malaikat bersama Kita

Dalam Bait Suci Kirtland, Nabi Joseph doakan agar “para malaikat [akan] menjaga [para Orang Suci].”18 Secara berterusan melaksanakan tatacara bagi moyang di bait suci membawa pengesahan manis dan pasti bahawa kehidupan berterusan di sebelah tirai.

Walaupun banyak pengalaman kita di rumah Tuhan terlalu kudus untuk dikongsi secara awam, ada yang kita boleh kongsi. Empat puluh tahun yang lalu, semasa tinggal di Florida, Kathy dan saya pergi ke bait suci di Atlanta, Georgia. Pada malam Rabu, 09 Mei 1984, selepas menyelesaikan satu sesi di bait suci, seorang pekerja tatacara mendekati saya dan bertanya jika saya mempunyai masa untuk melakukan satu tatacara permulaan. Nama orang yang saya wakili adalah luar biasa. Namanya ialah Eleazer Cercy.

Keesokan harinya, bait suci dipenuhi dengan para Orang Suci. Semasa saya bersedia untuk melaksanakan anugerahan kedua pada hari itu, saya diberi nama orang yang saya akan wakili. Saya terkejut, nama itu adalah nama yang sama dari malam sebelumnya, Eleazer Cercy. Saya merasai Roh Tuhan semasa anugerahan telah selesai. Kemudian petang itu, masih dalam bait suci, Kathy nampak seorang kawan tua, Sister Dolly Fernandez, yang kini tinggal di Atlanta. Tanpa ahli keluarga lelaki bersama dia, dia bertanya jika saya boleh membantu dalam pemeteraian bapanya kepada datuk neneknya. Sudah tentu saya ingin lakukannya.

Semasa saya berlutut di hujung altar untuk tatacara kudus ini, saya dengar nama yang kini tertulis dalam minda saya, ayahnya, Eleazer Cercy. Saya percaya bahawa selepas hidup ini, saya akan bertemu dan memeluk seorang lelaki yang dikenali dalam kehidupan fananya sebagai Eleazer Cercy.

Kebanyakan pengalaman kita di rumah Tuhan membawa kedamaian yang menggembirakan dan wahyu yang tenang lebih daripada yang dramatik. Tetapi yakinlah: malaikat menjaga kita!

Kegenapan Roh Kudus

Kurnia Roh Kudus diberikan kepada kita apabila kita ditetapkan sebagai ahli Gereja. Setiap minggu apabila kita mengambil roti dan air dengan layak untuk mengingati Juruselamat, kita dijanjikan Roh-Nya akan sentiasa bersama kita.19 Apabila kita datang sukarela ke rumah Tuhan, tempat yang paling suci di bumi, kita berkembang dalam Tuhan dan “menerima kegenapan [lebih] Roh Kudus.”20 Melalui kuasa Roh Kudus, kita dipenuhi dengan kedamaian dan kebahagiaan dan harapan yang tidak terkata.21 Kita menerima kekuatan untuk kekal sebagai pengikut-Nya walaupun kita mendapati diri kita berada di luar tempat kudus.

Presiden Russell M. Nelson mengisytiharkan: “Juruselamat dan Penebus kita, Yesus Kristus, akan melaksanakan pekerjaan-pekerjaan agung-Nya di antara masa sekarang dan ketika Dia akan datang lagi. Kita akan melihat tanda-tanda menakjubkan bahawa Tuhan Bapa dan…Yesus Kristus … memimpin Gereja ini dalam kebesaran dan keagungan.”22 Meliputi bumi dengan rumah-rumah Tuhan adalah pekerjaan yang agung dan petunjuk yang ajaib.23

Kawan-kawan saya yang dikasihi, jika kita mampu dan belum meningkatkan kehadiran kita di bait suci, marilah kita cari lebih banyak masa untuk menyembah di rumah Tuhan. Marilah kita berdoa untuk bait suci yang telah diumumkan—bahawa harta-tanah boleh dibeli, agar kerajaan akan meluluskan rancangan, agar para pekerja yang berbakat akan melihat kurnia-kurnia mereka diperbesarkan, dan bahawa dedikasi kudus akan membawa kelulusan syurga dan kunjungan para malaikat.

Janjian

Bait Suci ialah rumah Tuhan. Saya berjanji bahawa apabila anda datang dengan layak dan penuh doa ke rumah kudus-Nya, anda akan dipersenjatai dengan kuasa-Nya, nama-Nya akan berada pada anda, para malaikat-Nya akan menjaga anda, dan anda akan membesar dalam berkat Roh Kudus.

Tuhan telah menjanjikan, “Setiap jiwa yang meninggalkan dosa-dosanya dan datang kepada-Ku, dan memanggil nama-Ku, dan mematuhi suara-Ku, dan mentaati perintah-perintah-Ku, akan melihat muka-Ku dan mengetahui bahawa Aku ada.”24 Terdapat banyak cara untuk melihat muka Kristus, dan tiada tempat yang lebih baik daripada rumah kudus-Nya.25

Dalam zaman ini yang penuh kekeliruan dan kekecohan, saya bersaksi bahawa bait suci adalah rumah-Nya dan akan membantu memelihara, melindungi, dan mempersiapkan kita untuk hari mulia apabila, bersama semua malaikat kudus-Nya, Yesus Kristus kembali dalam keagungan, kuasa, dan kemuliaan agung. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. “Teguhlah Landasan,” NyanyianRohani, no. 28.

  2. “Roh Tuhan,” Nyanyian Rohani, no. 2

  3. Kini terdapat 182 bait suci yang beroperasi. Enam sedang diubahsuaikan. Tujuh sedang menunggu pembaktian dengan satu lagi menunggu pembaktian semula. Terdapat 45 dalam pembinaan dan 94 lagi yang telah diumumkan atau sedang dalam perancangan dan rekaan.

  4. Lihat Lukas 21:10.

  5. 2 Timotius 3:2.

  6. Ajaran dan Perjanjian 88:91.

  7. Elder David A. Bednar berkata: “Asas-asas injil adalah seperti kemudi kapal kepada saya dan anda. Asas-asas yang betul membolehkan kita mencari jalan dan berdiri teguh, tabah, dan tak tergoyah sehingga kita tidak kehilangan keseimbangan dan jatuh ke dalam ribut kegelapan dan kebingungan di akhir zaman” (“Asas Injil Ku,” Liahona, Mei 2021, 126).

  8. Ajaran dan Perjanjian 45:26.

  9. “Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib, dan mengikut Aku” (Matius 16:24).

  10. Lihat Lukas 1:37.

  11. Lihat Ajaran dan Perjanjian 87:8.

  12. Nyanyian Rohani, no. 2.

  13. Lihat Ajaran dan Perjanjian 110. Sebelum masa ini, Nabi Joseph Smith telah menerima Imamat Harun dan kuncinya daripada Yohanes Pembaptis, dan dia telah menerima Imamat Melkisedek dan kuncinya daripada Rasul Petrus, Yakobus, dan Yohanes Pembaptis (lihat Ajaran dan Perjanjian 13:1; 27:12–13).

  14. Ajaran dan Perjanjian 109:15; lihat juga ayat 22.

  15. Presiden Russell M. Nelson berkata, “Bait suci dapat membantu dalam usaha kita. Di sana kita dianugerahi dengan kuasa Tuhan, yang memberi kita keupayaan untuk mengatasi Setan, penghasut segala pertikaian” (“Pendamai Diperlukan,” Liahona, Mei 2023, 101).

  16. Lihat Russell M. Nelson, “Choices for Eternity” (pertemuan rohani belia sedunia,15 Mei, 2022), Gospel Library.

  17. Elder Colin Stauffer, surat-menyurat peribadi, 30 Jan 2024.

  18. Ajaran dan Perjanjian 109:22.

  19. (Lihat Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79.)

  20. Ajaran dan Perjanjian 109:15.

  21. Lihat Roma 15:13.

  22. Russell M. Nelson, “Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Liahona, Mei 2018, 96.

  23. Brigham Young berkata, “Kita akan mempunyai ratusan bait suci dan ribuan lelaki dan perempuan yang melaksanakan tatacara bagi yang telah mati, tanpa berpeluang untuk mendengar dan mematuhi Injil” (Teachings of Presidents of the Church: Brigham Young [1997], 312). Dan Ezra Taft Benson telah berkata: “Nabi awal telah menubuatkan bahawa bait suci akan meliputi Amerika Utara dan Selatan, pulau-pulau Pasifik, Eropah, dan banyak tempat lain. Jika kerja penebusan ini harus dilakukan pada skala yang sepatutnya, kita akan perlu ratusan bait suci” (The Teachings of Ezra Taft Benson [1988], 247).

  24. Ajaran dan Perjanjian 93:1.

  25. Elder David B. Haight berkata:

    Elder David B. Haight berkata” “Adalah benar, beberapa orang telah melihat Juruselamat, tetapi menyelidik kamus, dia pelajari banyak tentang makna kata lihat, seperti mempelajari-Nya, mengenali-Nya dan pekerjaan-Nya, mengetahui kepentingan-Nya, atau memahami-Nya.

    Pencerahan dan berkat syurgawi ini sedia ada untuk kita semua.” (“Temples and Work Therein,” Ensign, Nov. 1990, 61).