Persidangan Umum
Niat Tuhan Adalah Untuk Membawa Anda Pulang
persidangan umum April 2024


Niat Tuhan Adalah Untuk Membawa Anda Pulang

Segala-galanya mengenai rancangan Bapa untuk anak-anak terkasih-Nya direka untuk membawa semua orang pulang.

Saya ingin menyatakan kesyukuran atas doa-doa anda semasa saya memulakan proses penyesuaian dengan panggilan, melalui Presiden Nelson, untuk melayani sebagai Rasul Tuhan Yesus Kristus. Anda mungkin boleh membayangkan betapa merendahkan hati semua ini, dan satu masa pergolakan yang luar biasa dan pemeriksaan diri yang serius. Sememangnya ia satu penghormatan besar untuk melayani Juruselamat, dalam apa jua keupayaan, dan untuk melibatkan diri dengan anda dalam berkongsi berita baik injil harapan-Nya.

Selain itu, ia telah dikatakan bahawa di belakang setiap Rasul baharu berdirinya seorang ibu mertua yang tergamam. Saya tidak tahu jika ia telah dikatakan, tetapi dalam kes ini, ia pasti boleh terjadi. Dan saya mengesyaki bahawa hakikatnya ibu mertua saya tidak lagi bersama kami tidak mengurangkan rasa tergamamnya.

Beberapa bulan yang lalu, apabila isteri saya dan saya sedang melawat negara lain untuk tugasan Gereja, saya bangun awal satu pagi dan melihat di luar tingkap hotel kami. Di bawah tingkap atas jalan yang sibuk, saya lihat sekatan jalan raya telah didirikan dengan seorang anggota polis berdekatan untuk mengarahkan kereta apabila mereka sampai penghalang itu. Pada mulanya, hanya beberapa kereta yang datang dan berpatah balik. Tetapi apabila masa berlalu dan lalu lintas bertambah, barisan kereta mula meningkat.

Dari tingkap, saya memerhati polis itu mengambil kepuasan dalam kuasanya untuk menghalang aliran lalu trafik dan memalingkan orang. Sebenarnya, dia kelihatan bersemangat dalam langkahnya, seolah-olah dia mahu menari kecil, setiap kali kereta mendekati penghalang. Jika seorang pemandu kecewa dengan halangan, anggota polis itu tidak kelihatan ingin membantu atau bersimpati. Dia hanya menggelengkan kepala berulang kali dan menunjukkan ke arah yang bertentangan.

Kawan-kawan saya, rakan-rakan pengikut saya di jalan kehidupan fana, rancangan Bapa kita yang indah, bahkan rancangan-Nya yang “hebat”,1 direka untuk membawa anda pulang, bukan untuk menghalang anda.2 Tidak seorang pun telah membina satu halangan dan menempatkan seseorang di sana untuk memalingkan dan menghalau anda pergi. Sebenarnya, ia sebaliknya. Tuhan sentiasa mengejar anda tanpa henti. Dia “mahu semua anak-Nya memilih untuk kembali kepada-Nya,”3 dan Dia menggunakan setiap langkah yang mungkin untuk membawa anda kembali.

Bapa kita yang penyayang menyelia Penciptaan bumi ini demi tujuan nyata untuk memberi peluang kepada anda dan saya untuk memiliki pengalaman kefanaan yang merentangkan, peluang untuk menggunakan hak pilihan moral yang diberikan Tuhan untuk memilih-Nya,4 untuk belajar dan berkembang, membuat kesilapan, bertaubat, mengasihi Tuhan dan sesama kita, dan suatu hari kembali kepada-Nya.

Dia hantar Putera Terkasih-Nya ke dunia terjatuh ini untuk menjalani seluruh pengalaman manusia, sebagai teladan bagi anak-anak-Nya yang lain ikuti, dan untuk menebus. Kurnia korban tebusan Kristus mengeluarkan setiap halangan kematian jasmani dan rohani yang akan memisahkan kita dari rumah abadi kita.

Segala-galanya mengenai rancangan Bapa untuk anak-anak terkasih-Nya direka untuk membawa semua orang pulang.

Apakah para pengutus Tuhan, para nabi-Nya, panggil rancangan ini dalam tulisan suci Pemulihan? Mereka memanggilnya rancangan penebusan,5 rancangan belas kasihan,6 rancangan kebahagiaan yang agung,7 dan rancangan keselamatan yang kepada semua, “melalui darah Anak Tunggal-Ku.”8

Niat rancangan kebahagiaan agung Bapa adalah kebahagiaankita, di sini, sekarang, dan dalam keabadian. Ia bukan untuk menghalang kegembiraan dan menyebabkan anda bimbang dan takut.

Rancangan penebusan Bapa adalah untuk penebusan anda, anda diselamatkan melalui penderitaan dan kematian Yesus Kristus,9 dibebaskan dari penawanan dosa dan kematian. Ia bukanlah untuk meninggalkan anda tanpa bantuan.

Maksud rancangan belas kasihan Bapa adalah untuk berbelas kasihan apabila anda berpaling kepada-Nya dan menghormati perjanjian kesetiaan anda kepada-Nya. Ini bukan untuk menafikan rahmat dan menyebabkan kesakitan dan dukacita.

Tujuan rancangan keselamatan Bapa adalah penyelamatan anda di kerajaan kemuliaan selestial apabila anda menerima kesaksian Yesus10 dan menawarkan seluruh jiwa kita kepada-Nya.11 Ia bukan untuk menjauhkan anda.

Adakah ini bererti kita boleh lakukan apa sahaja dalam kehidupan kita? Bahawa cara kita memilih untuk menggunakan hak pilihan kita tidak penting? Bahawa kita boleh mengambil atau meninggalkan perintah-perintah Tuhan? Tentunya tidak. Semestinya salah satu jemputan dan rayuan Yesus yang paling konsisten semasa pelayanan fana-Nya adalah kita berubah dan bertaubat dan datang kepada-Nya.12 Asas tersirat dalam semua ajaran-Nya untuk hidup dalam tahap kelakuan moral yang lebih tinggi13 adalah panggilan untuk perkembangan peribadi, untuk mempunyai iman yang berubah kepada Kristus, untuk peroleh perubahan hati yang hebat.14

Tuhan inginkan satu pembaharuan dari sifat mementingkan diri dan keangkuhan kita, pengusiran manusia semula jadi,15 untuk kita “pergi, dan janganlah berdosa lagi.16

Jika kita percaya niat rancangan Bapa adalah untuk menyelamatkan, menebus, menghulurkan belas kasihan kepada kita, dan dengan itu membawa kita kebahagiaan, apakah niat Putera yang telah melaksanakan rancangan hebat ini?

Putera memberitahu kita sendiri-Nya: “kerana Aku sudah turun dari syurga bukan untuk melakukan kehendak-Ku sendiri, tetapi kehendak Dia yang mengutus Aku.”17

Kehendak Yesus adalah kehendak Bapa yang baik! Dia ingin memungkinkan setiap anak Bapa-Nya untuk menerima matlamat akhir rancangan—kehidupan abadi bersama Mereka. Tiada yang dikecualikan dari potensi ilahi ini.

Jika anda bimbang bahawa anda tidak layak, atau bahawa jangkauan penuh kasih dari Korban tebusan Kristus yang tidak terhingga dengan belas kasihan meliputi orang lain tetapi bukan anda, maka anda salah faham. Tidak terhingga bermakna tidak terhingga. Tidak terhingga merangkumi anda dan orang yang anda kasihi.18

Nefi menjelaskan kebenaran indah ini: “Dia tidak melaksanakan apa-apa pun kecuali bagi manfaat dunia; kerana Dia mengasihi dunia, bahkan sehingga Dia menyerahkan nyawa-Nya agar Dia dapat menarik semua manusia kepada Dia. Oleh kerana itu, Dia tidak memerintahkan sesiapa pun bahawa mereka tidak patut mengambil bahagian dalam penyelamatan-Nya.”19

Juruselamat, Gembala yang Baik, pergi mencari domba-Nya yang hilang sehingga Dia menjumpai mereka.20 Dia “tidak sanggup bahawa sesiapa pun akan binasa.”21

“… Lihatlah, tangan belas kasihan-Ku dihulurkan kepadamu, dan sesiapa yang akan datang, dia akan Aku terima.”22

“Adakah sesiapa yang sakit di kalanganmu? Bawalah mereka ke mari. Adakah kamu mempunyai sesiapa pun yang lumpuh, atau buta, atau tempang, atau kudung, atau berpenyakit kusta, atau yang mati rasa, atau yang tuli, atau yang sengsara dalam apa cara sekali pun? Bawalah mereka ke mari dan Aku akan menyembuhkan mereka, kerana Aku memiliki rasa kasihan kepadamu”23

Dia tidak menghalau wanita yang berpenyakit darah; Dia tidak menarik diri dari penyakit kusta, Dia tidak menolak wanita yang berzina, Dia tidak menolak yang bertaubat—tidak kira apa dosa mereka. Dan Dia tidak akan menolak anda atau mereka yang anda kasihi apabila anda membawa kepada-Nya hati yang hancur dan roh yang menyesal. Itu bukan niat atau rekaan-Nya, atau rancangan, tujuan, keinginan, atau harapan-Nya.

Tidak, Dia tidak meletakkan halangan dan rintangan; Dia menyingkirkannya. Dia tidak menghalang anda; Dia mengalu-alukan anda.24 Seluruh pelayanan-Nya adalah satu pengisytiharan niat ini.

Maka sememangnya ada korban tebusan-Nya sendiri, yang sukar dan melebihi kemampuan fana untuk kita fahami. Tetapi, dan ini adalah “tetapi” yang penting, kita boleh memahami, niat penyelamatan korban tebusan-Nya.

Tirai bait suci terbelah ketika Yesus mati di atas salib, melambangkan akses untuk kembali ke hadirat Bapa dibuka luas—kepada semua yang akan berpaling kepada-Nya, mempercayai-Nya, melemparkan beban mereka kepada-Nya, dan mengambil kuk-Nya ke atas diri mereka dalam hubungan perjanjian.25

Dalam kata lain, rancangan Bapa bukan tentang halangan jalan. Ia tidak pernah terjadi; ia tidak akan terjadi. Adakah terdapat perkara yang kita perlu lakukan, perintah-perintah untuk dipatuhi, aspek-aspek semula jadi kita untuk ubah? Ya. Tetapi dengan rahmat-Nya, ia berada dalam jangkauan kita, bukan melebihi cengkaman kita.

Inilah berita baik! Saya sangat bersyukur untuk kebenaran mudah ini. Rancangan Bapa, tujuan, niat, keinginan, dan harapan Dia adalah untuk menyembuhkan anda, untuk memberi anda kedamaian, semua untuk membawa anda dan orang yang anda kasihi pulang. Dengan ini, saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, Putera-Nya, amin.

Nota

  1. Russell M. Nelson, “Berfikiran Selestial!,” Liahona, Nov. 2023, 117, 118.

  2. Lihat 2 Nefi 26:25, 27.

  3. Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 1.1, Gospel Library.

  4. Lihat Musa 7:33.

  5. Lihat Yakub 6:8; Alma 12:30.

  6. Lihat Alma 42:15.

  7. Lihat Alma 42:8, 16.

  8. Musa 6:62.

  9. Lihat Ajaran dan Perjanjian 45:4.

  10. Ajaran dan Perjanjian 76:50-70.

  11. Lihat Omni 1:26.

  12. Lihat Matius 4:17.

  13. Lihat Matius 5-7. Contohnya, dalam Matius 5:43–44, Juruselamat mengajar para pengikut-Nya bahawa ia tidak mencukupi untuk “mengasihi sesamamu, dan membenci musuhmu.” Untuk mengikuti-Nya, mereka juga perlu “mengasihi musuh mereka.”

  14. Lihat Mosia 5:2. Untuk belas kasihan Yesus Kristus dapat dimainkan dalam kehidupan kita, kita mesti berpaling kepada-Nya. Alma yang Muda mengajarkan bahawa “rancangan penebusan yang mulia ini tidak dapat dibawa, hanya dengan syarat-syarat pertaubatan… ; kerana kecuali untuk syarat-syarat ini, belas kasihan tidak dapat berlaku”.(Alma 42:13).

  15. Lihat Mosia 3:19.

  16. Yohanes 8:11.

  17. Yohanes 6:38.

  18. Lihat Russell M. Nelson, “The Atonement,” Ensign, Nov. 1996, 35: “Korban tebusan-Nya tidak terhingga—tanpa penghujung. Ia juga tidak terhingga bahawa kaum manusia akan diselamatkan daripada kematian yang tidak berakhir. Ia tidak terhingga dalam penderitaan-Nya yang amat besar. Ia tidak terhingga dalam masa, menghentikan pengorbanan binatang sebelumnya. Ia tidak terhingga dalam skop—ia perlu dilakukan sekali untuk semua. Dan belas kasihan Korban Tebusan bukan hanya untuk bilangan orang yang tidak terhingga, tetapi juga untuk bilangan dunia tidak terhingga yang dicipta oleh-Nya. Ia tidak terhingga dalam ukuran manusia atau pemahaman fana.

  19. 2 Nefi 26:24.

  20. Lihat Lukas 15:4.

  21. 2 Petrus 3:9; Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 18:11–12.

  22. 3 Nefi 9:14.

  23. 3 Nefi 17:7; lihat juga ayat 6.

  24. Dalam ajaran Yesus Kristus yang menunjukkan bahawa sesetengah individu tidak akan mewarisi kerajaan syurga, Dia menjelaskan bahawa hasil ini bukanlah hasrat-Nya untuk mereka tetapi adalah hasil dari pilihan mereka sendiri (lihat Matius 7:13–14, 21–25).

  25. Lihat Matius 27:50–51; Ibrani 9:6–12.