Cerita-cerita Kitab Suci
Para Rasul Melayani Misi ke Great Britain


“Para Rasul Melayani Misi ke Great Britain,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Para Rasul Melayani Misi ke Great Britain,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

Julai 1838–Julai 1841

2:59

Para Rasul Melayani Misi ke Great Britain

Mempercayai janji-janji Tuhan

Joseph Smith menerima wahyu untuk memanggil para Rasul Gereja melayani misi ke Great Britain.

Dalam wahyu kepada Joseph Smith, Tuhan memanggil para Rasul untuk misi merentasi lautan ke Great Britain. Walaupun sukar bagi Joseph untuk membiarkan para Rasul pergi jauh, dia mempercayai Tuhan. Ia juga sukar bagi para Rasul untuk meninggalkan keluarga mereka. Tetapi Tuhan berjanji untuk memberkati mereka.

Ajaran dan Perjanjian 118

Heber Kimball dan keluarganya.

Heber C. Kimball dan isterinya, Vilate, mempunyai keluarga muda. Mereka mempunyai seorang bayi yang baru berusia satu bulan. Ramai ahli keluarga mereka sangat sakit.

Saints, 1:405

Brigham Young bersiap sedia untuk melayani misinya.

Brigham Young juga sakit, dan keluarganya miskin. Tetapi isteri Brigham, Mary Ann, memberitahunya, “Pergilah dan melayani misi kamu, dan Tuhan akan memberkati kamu.”

Saints, 1:404–5

Brigham Young tinggal bersama Heber C. Kimball.

Brigham mula pergi, tetapi semasa dia sampai di rumah Heber, dia sangat lemah sehingga tidak dapat berjalan. Dia tinggal bersama keluarga Heber selama beberapa hari.

Saints, 1:405

Mary Ann Young menjaga Brigham dan Heber.

Mary Ann datang untuk menjaga Brigham sehingga dia dan Heber cukup sihat untuk pergi. Mereka berdua sangat lemah, tetapi mereka mahu berkongsi injil.

Saints, 1:405

Brigham dan Heber bertolak untuk misi mereka.

Heber dan Brigham mengucapkan selamat tinggal kepada isteri mereka dan naik ke belakang gerabak. Mereka berasa sedih meninggalkan keluarga mereka yang sakit dan miskin. Semasa gerabak itu bergerak, Heber berkata kepada Brigham, “Ini agak sukar.” Dia mahu membantu keluarga mereka berasa berani. Heber meminta pemandu gerabak untuk berhenti.

Saints, 1:405–6

Brigham dan Heber berhenti untuk mengucapkan selamat tinggal.

Dari dalam rumah, Vilate mendengar bunyi bising. Dia pergi ke pintu, di mana Mary Ann berdiri. Mereka melihat Heber dan Brigham berdiri di belakang gerabak, melambaikan topi mereka ke udara dan menjerit, “Hore! Hore! Hore untuk Israel!” Wanita-wanita itu menjawab, “Selamat jalan! Tuhan memberkati kamu!”

Saints, 1:406

Brigham dan Heber berkongsi injil di Great Britain.

Selepas perjalanan panjang merentasi lautan, Heber dan Brigham tiba di Great Britain. Bersama para Rasul lain, mereka mengajar ramai orang tentang Yesus Kristus dan injil-Nya. Ribuan orang telah dibaptiskan dan menyertai Gereja Juruselamat.

Saints, 1:408–11

Orang suci dalam perjalanan untuk tinggal di Nauvoo.

Ramai orang yang dibaptiskan di Great Britain berpindah ke Nauvoo untuk membantu membina bandar dan bait suci. Tuhan menepati janji-Nya untuk menjaga keluarga Heber dan Brigham semasa mereka melayani-Nya sebagai misionari.

Saints, 1:437–39