Cerita-cerita Kitab Suci
Newel dan Ann Whitney Bertemu Nabi Joseph


“Newel dan Ann Whitney Bertemu Nabi Joseph,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Newel dan Ann Whitney Bertemu Nabi Joseph,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

Oktober 1830–Februari 1831

2:25

Newel dan Ann Whitney Bertemu Nabi Joseph

Doa beriman dijawab oleh Tuhan

Ann dan Newel Whitney berdoa.

Ann dan Newel Whitney memiliki sebuah kedai di Kirtland, Ohio. Ann tidak dibesarkan dengan pergi ke gereja atau belajar tentang Tuhan, tetapi dia mahu mengenali-Nya. Setelah dia dan Newel berkahwin, mereka kerap berdoa dan minta Tuhan untuk memimpin mereka.

Saints, 1:111–12

Ann dan Newel mempunyai penglihatan.

Suatu malam semasa berdoa, Ann dan Newel melihat satu penglihatan. Dalam penglihatan itu, awan menutupi rumah mereka. Roh Tuhan memenuhi mereka. Awan mengelilingi mereka. Mereka dengar suara dari syurga. Memberitahu mereka, “Bersedialah untuk menerima firman Tuhan, kerana ia akan datang.”

Saints, 1:111

Ann belajar tentang injil daripada Parley Pratt.

Selepas beberapa ketika, Parley Pratt datang ke Kirtland. Dia dan rakan-rakannya mengajar injil Yesus Kristus. Sejurus Ann dengar apa yang mereka ajar, dia tahu itu benar. Dia balik untuk berkongsi berita itu dengan Newel. Tidak lama kemudian mereka dibaptiskan.

Saints, 1:112

Joseph dan Emma Smith bertemu Ann dan Newel.

Dua bulan kemudian, seorang lelaki dan wanita kunjungi kedai Newel. Newel tidak kenal mereka, tetapi lelaki itu menjabat tangan Newel dan memanggil nama Newel. Lelaki itu berkata, “Saya nabi Joseph.” Dia menjelaskan Tuhan menjawab doa Newel. Dia hantar Emma dan Joseph untuk bertemu Ann dan Newel.

Saints, 1:113

Ann dan Newel jemput Joseph dan Emma Smith untuk tinggal bersama mereka.

Newel dan Ann tahu penglihatan mereka menjadi nyata. Mereka minta Joseph dan Emma untuk tinggal di rumah mereka. Ann dan Newel mengasihi Yesus dan injil-Nya. Mereka berikan semua milik mereka kepada Orang Suci dan Gereja Juruselamat.

Ajaran dan Perjanjian 38:23–27, 34–42; Saints, 1:114