“Membina Bait Suci Kirtland,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Membina Bait Suci Kirtland,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
Disember 1832–Mac 1836
Membina Bait Suci Kirtland
Rumah istimewa untuk Tuhan
Tuhan beritahu Joseph Smith sudah tiba masanya Orang Suci membina sebuah rumah istimewa di Kirtland. Rumah ini akan menjadi bait suci, tempat Tuhan akan kunjungi umat-Nya dan membuat janji dengan mereka. Dia akan beri mereka kurnia istimewa di bait suci-Nya. Dia memanggil kurnia itu sebagai anugerahan kuasa.
Ajaran dan Perjanjian 88:119; 95:8; Saints, 1:205
Orang Suci tidak segera membina bait suci. Beberapa bulan kemudian, Tuhan mengingatkan mereka bahawa bait suci sangat penting. Hyrum Smith berlari ke rumah ibu bapanya untuk mengumpul peralatan. Apabila ibunya bertanya, dia berkata dia mahu menjadi orang pertama yang mengerjakan rumah Tuhan.
Orang Suci di Kirtland mula membina bait suci. Ia memerlukan banyak wang dan kerja. Ahli Gereja seperti Sidney Rigdon memberikan banyak wang untuk membina bait suci. Mereka teruja untuk ikut perintah Tuhan dan menerima berkat-Nya di rumah-Nya.
Saints, 1:209–211
Semasa Orang Suci mengerjakan bait suci, mereka mula kehabisan wang. Sidney dan pemimpin Gereja yang lain bimbang. Sidney berdoa kepada Tuhan untuk bantuan.
Saints, 1:210–11
Seorang ahli Gereja bernama Caroline Tippets dan keluarganya telah menabung banyak wang. Caroline benarkan Gereja meminjam wang mereka untuk membantu membina bait suci.
Saints, 1:211–13
Ramai Orang Suci di Kirtland bekerja keras untuk membina bait suci. Ada yang memandu gerabak penuh batu ke bait suci. Yang lain membuat pakaian dan makanan untuk para pekerja. Kanak-kanak mengumpul kepingan kaca pecah untuk dikisar dan diletakkan pada dinding bait suci supaya ia berkilauan dan bersinar di bawah cahaya matahari.
Saints, 1:210, 219, 221
Tidak lama kemudian, bait suci siap! Orang Suci teruja ke rumah Tuhan untuk menerima berkat-berkat yang telah Dia janjikan kepada mereka.
Saints, 1:221