“Joseph dan Emma,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Joseph dan Emma,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
1825–1828
Joseph dan Emma
Bekerjasama untuk membawa Kitab Mormon kepada dunia
Emma Hale dibesarkan dalam keluarga besar di Pennsylvania, tidak jauh dari New York, tempat Joseph Smith tinggal. Emma dan keluarganya percaya kepada Tuhan. Emma suka membaca, menyanyi, menunggang kuda, dan mendayung sampan di sungai berhampiran rumahnya.
Saints, 1:31–32
Semasa Emma berumur 21 tahun, Joseph Smith dan bapanya datang bekerja untuk salah seorang jiran Emma. Bapa Emma menjemput mereka untuk tinggal di rumahnya.
Joseph Smith—Sejarah 1:56–57; Saints, 1:31–32
Joseph dan Emma mula saling mengenali. Mereka suka bersama. Tetapi ibu bapa Emma tidak menyukai Joseph. Mereka tidak percaya dia telah melihat malaikat.
Saints, 1:32–33
Kira-kira setahun kemudian, Joseph meminta Emma untuk berkahwin dengannya. Emma dan Joseph saling mengasihi. Mereka berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa Joseph di New York.
Joseph Smith—Sejarah 1:57–58; Saints, 1:34–35
Empat tahun telah berlalu sejak Moroni memberitahu Joseph tentang kepingan-kepingan emas. Apabila tiba masanya, Emma dan Joseph pergi ke bukit di mana kepingan-kepingan itu disembunyikan.
Joseph Smith—Sejarah 1:59; Saints, 1:36–37
Malaikat Moroni bertemu dengan Joseph di bukit dan memberinya kepingan-kepingan itu. Dia beritahu Joseph jika dia melakukan yang terbaik untuk menjaga kepingan-kepingan itu, ia akan selamat.
Joseph Smith—Sejarah 1:59; Saints, 1:37–38
Orang ramai dengar Joseph memiliki kepingan-kepingan emas, dan sebahagian mereka cuba mencuri kepingan-kepingan itu daripadanya. Joseph terpaksa mencari tempat untuk sembunyikannya. Semasa Joseph membawa kepingan-kepingan itu dari tempat persembunyian di hutan, beberapa lelaki menyerangnya. Dia menjatuhkan mereka dan berlari ke rumah ibu bapanya.
Joseph Smith—Sejarah 1:60; Saints, 1:38, 40–41
Apabila Joseph bawa pulang kepingan-kepingan itu, adik perempuannya bantu meletakkannya di atas meja. Moroni beritahu Joseph untuk tidak membiarkan sesiapa pun melihat kepingan-kepingan itu, tetapi keluarganya dapat merasai kepingan-kepingan itu semasa ia dibalut dengan kain.
Saints, 1:41
Tuhan mahu Joseph menterjemahkan kepingan-kepingan emas supaya orang ramai boleh membacanya. Tetapi orang di New York terus cuba mencuri kepingan-kepingan itu. Joseph terpaksa terus sembunyikan kepingan-kepingan itu agar ia selamat. Jadi Joseph dan Emma berpindah ke rumah berhampiran dengan ibu bapa Emma. Mereka berharap dapat menterjemahkan kepingan-kepingan itu dengan aman.
Joseph Smith—Sejarah 1:61–62; Saints, 1:43, 45–46
Joseph mula menterjemahkan kepingan-kepingan itu. Dia gunakan alat khas yang Tuhan sediakan untuk membantunya. Semasa Joseph menterjemah, Emma menulis apa yang dia katakan. Mereka bekerjasama selama berjam-jam. Emma kagum. Dia tahu suaminya menterjemah dengan kuasa Tuhan.
Joseph Smith—Sejarah 1:35; Saints, 1:49