Cerita-cerita Kitab Suci
Kata-kata Bijaksana


“Kata-kata Bijaksana,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Kata-kata Bijaksana,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

Februari 1833

2:55

Kata-kata Bijaksana

Hukum kesihatan Tuhan

Pertemuan Sekolah Para Nabi.

Joseph Smith menjemput beberapa lelaki di Gereja untuk pertemuan di tingkat atas kedai Newel dan Ann Whitney. Di sana mereka belajar injil dan subjek lain, dan mereka berdoa sebagai kumpulan. Pertemuan ini dipanggil sebagai Sekolah Para Nabi.

Ajaran dan Perjanjian 88:117–137; Saints, 1:166

Emma Smith membersih selepas pertemuan.

Ramai lelaki menghisap paip dan mengunyah tembakau semasa pelajaran. Asap menyelimuti udara, dan tembakau mengotorkan lantai. Selepas pertemuan, Emma Smith naik ke atas untuk membersihkan bilik. Ia sangat kotor!

Saints, 1:167

Emma bercakap dengan Joseph.

Emma menggosok lantai, tetapi kesan tembakau tidak hilang. Dia bercakap dengan Joseph tentang kotoran itu.

Saints, 1:167

Joseph mendengar Emma.

Joseph mendengar Emma. Ini membuat dia tertanya-tanya tanggapan Tuhan tentang tembakau.

Saints, 1:167

Joseph berdoa untuk bimbingan.

Lalu Joseph bertanya kepada Tuhan tentang tembakau. Tuhan beritahu Joseph, Dia ada Kata-kata Bijaksana untuk Orang Suci.

Ajaran dan Perjanjian 89:1–9; Saints, 1:167

Joseph dan Emma bercakap tentang wahyu yang diterima.

Tuhan berfirman Orang Suci tidak boleh merokok, mengambil tembakau, atau minum alkohol atau “minuman panas,” bermaksud kopi dan teh.

Ajaran dan Perjanjian 89:1–9; Saints, 1:167

Joseph dan Emma berkongsi makanan dengan orang lain.

Tuhan juga mengajar Orang Suci bahawa bijirin dan buah-buahan baik untuk dimakan. Dia juga berkata kadangkala mereka boleh makan daging.

Ajaran dan Perjanjian 89:10–17; Saints, 1:168

Joseph kongsi Kata-kata Bijaksana dengan Sekolah Para Nabi.

Tuhan beritahu Joseph, Orang Suci yang patuhi Kata-kata Bijaksana-Nya akan dilindungi. Tuhan berjanji untuk berkati mereka dengan kesihatan, pengetahuan, dan kekuatan. Joseph beritahu lelaki di Sekolah Para Nabi tentang Kata-kata Bijaksana Tuhan.

Ajaran dan Perjanjian 89:18–21; Saints, 1:168

Lelaki buang paip rokok dan tembakau mereka ke dalam api.

Para lelaki dalam bilik membuang tembakau dan paip mereka ke dalam api untuk menunjukkan mereka mahu mematuhi Kata-kata Bijaksana Tuhan.

Saints, 1:168